Sunday, December 29, 2013

Cermin flashback..

Assalammualaikum wbt...

Perkara yang aku nak tulis ni sebenarnya dah terjadi sebulan yang lepas pon..waktu tu aku tengah cuci motor kat rumah mak aku..nak cuci kat rumah sendiri takleh pulak sebab rumah aku tinggi..haha..so pinjam guna air la kat rumah mak aku..hehe..

Baru je aku aku cuci tayar, tetiba member aku yang tengah layan koner depan simpang jalan kat rumah mak aku tu pulak nampak aku..maklum la aku vip kan..kalau singgah rumah mak aku pon jarang sangat aku pegi cari atau lepak dengan kawan-kawan kampung tu..so bila dia nampak kelibat aku, terus la dia pon berhenti singgah kat aku..

"Ahh..kacau betul mamat ni.." grr..

Saturday, December 21, 2013

Sentap : Punca-punca aku stress di Jalan Raya

assalammualaikum wbt..

Sejak dah lebih setahun bini aku kerja kat UM ni tugas aku cam biasa la pi hantar dan jemput tiap-tiap hari sebelum aku masuk opis..so bermakna setiap hari lah jugak aku mengalami stress dan tekanan perasaan dalam menjalankan tugas aku sebagai penghantar ni ketika di jalan raya..

Sebelum tu, aku nak tegaskan, hal ni bukan la berpunca dari bini aku pon..sama sekali aku tak pernah rasa tugas jadi despatch bini aku ni menyusahkan dan buat aku mengeluh..dah memang tanggungjawab aku ye dak..jauh sekali soal nak jaga hati bini..serius, aku stress sebab hal lain...teruskan membaca..hehe

Korang tau jela, tinggal kat KL ni serabut kepalotak kalau nak hadap jem pagi-pagi tu..bukan bini aku takda lesen kereta pon..boleh je dia nak pergi sendiri..tapi sangat la tak berbaloi..nak keluar subuh-subuh sebab nak elakkan jem..time balik pulak, dah dekat nak magrib baru sampai rumah..udah la minyak mahal..tahun depan tol pulak kabornye nak naik..takleh jadi...so, tugas  untuk hantar bini aku kerja memang sangat diperlukan untuk minimumkan bajet, kerugian masa dan elakkan bini aku stress pasal jem pastu badmood kat rumah..hahaha...


Friday, December 13, 2013

Dairi : Wad yang seronok..

assalammualaikum wbt..

Aku rasa excited betul nak tulis entri kali ni..haha..sebenarnya aku baru je discharge wad pukul 10 pagi tadi sejak rabu yang lepas aku check in..well aku sihat cuma frust sikit la tak sempat buat pape pon kat rumah sakit tu..urusan aku kena tangguhkan buat next week lak..appoitment penuh agaknya..tak kisah la sebab aku dekat je..cuba kena kat orang lain yang dari jauh..naya gak kena balik, pastu datang lagi ye dak..

Okay, aku taknak citer pasal masalah aku, cuma nak citer hal-hal kat spital sejak 2 hari setengah aku kat sana..eceli kali ni aku rasa senonok pulak masuk wad..walaupon aku ada lari lari jugak balik rumah dari wad tu sebab rindu nak jumpa anak aku, tapi sempat jugak la berkenalan dan bermesra-mesra dengan pesakit-pesakit lain kat sana...

Pertama sekali, aku tak la masuk wad yang bercampur pesakit-pesakit yang dalam rawatan..aku cuma duk bilik kuarantin je..dalam bilik tu cuma ada 2 katil..pakcik dan isteri  jiran sebelah aku ni huii baq hang, kemain ramah..hahaha..nama dia pakcik Zainal dan isteri dia yang duk setia menunggu ni berasal dari Penang..hari pertama aku masuk dah riuh..

Friday, November 29, 2013

Info : Rawatan Alternatif Kanser..

assalammualaikum wbt..

Bermacam-macam produk dan jenama berkaitan kesihatan boleh kita jumpa kat internet sekarang ni..google jela korang nak ubat/petua/suplement/ untuk apa-apa penyakit yang korang nak tau..belambak ada.. Tapi harini aku nak kongsi satu cara nak merawat kenser yang dikatakan sangat berkesan..sebelum ni pon aku ade tulis pasal rawatan alternatif kanser berkaitan ganja(Link)

Sebelum tu aku nak jelaskan, entri ni bukan la untuk aku promote pape, apatah lagi nak jual produk..Seriously aku cuma nak berkongsi maklumat..bila aku dah banyakkan membaca dan cari info tentang rawatan alternatif kanser ni, aku buat kesimpulan, salah satu bahan yang paling popular dikatakan paling mujarab dalam mengubat dan mencegah kanser ni adalah benda Allah ni..

Tuesday, November 26, 2013

Misteri Villa Bundle

assalammualaikum wbt..

Dari pagi tadi sampai la tengahari ni, aku dengan bini aku tak sudah-sudah la bertekak pasal kejadian malam tadi..

Dalam lingkungan 12.30 malam tadi, macam biasa, time ni la baru aku sibuk nak mandi..lagipon badan terasa panas pulak lepas sebat beberapa ulas durian musang king..durian tu memang sedak...


Ceritanya gini..masa ni anak aku dah pon lena dalam buaian..bini aku pon dah lena sekali masa lepas tidokan wazi ni..bla..bla..bla..aku pon mandi lebih kurang 15minit..

Bila aku dah keluar dari bilik mandi, aku tengok wazi dah pon baring sebelah ibu dia sambil menyusu..

takda apa yang pelik kan?

Saturday, November 23, 2013

People Change..

assalammualaikum wbt...


Harini merupakan hari anniversary perkahwinan aku ke 25..anak anak aku pon dah besar besar belaka..


anak lelaki pertama aku dah pon umur 23 tahun sekarang..masih menuntut kat luar negara dalam bidang kejuruteraan aero angkasa..nak cipta roket katanya..juga seorang blogger.-penjejakangkasa.com


anak dara aku pulak masih lagi bersekolah menengah di tingkatan 5..
nama blog-comelnomel.blogspot.com..

Fiksyida Forever dah Kahwin..

assalammualaikum wbt...

Yeahh..cuti sekolah dah pon bermula..pada budak-budak yang tengah menduduki peperiksaan SPM tu korang cuti la lambat sikit ye..Macam biasa asal cuti sekolah ramai yang ambil kesempatan ni untuk melangsungkan perkahwinan...aku pon ade la 2 3 jemputan kenduri kawen ni..minggu ni kat sini je, minggu depan kat Johor plak..insya'allah takda halangan aku sampai la kan..So kepada yang akan melangsungkan perkahwinan tu, aku doakan semoga semua urusan berjalan lancar..

Apa yang aku nak cerita sebenarnya, pada awal bulan tadi, sorang member blogger ni dah selamat pon melangsungkan perkahwinan..walaupon berdiri tak sama tinggi, duduk tak sama rendah, diorang ni memang pasangan yang sweet..kehkehkeh..semoga korang berbahgia dan sentiasa dirahmati Allah SWT...

Friday, November 15, 2013

Mempertahankan sesuatu yang bukan hak milik..

assalammualaikum wbt...

Minggu lepas masa aku lepak-lepak kat kedai bundle member aku sorang ni, sorang pulak lagi member aku yang baru balik kerja singgah datang bawak citer tentang masalah yang dia hadapi..lama jugak la aku jadi pendengar hal dia tu..hahaha..seriously aku sebenarnya tak tau nak bagi pendapat apa kat dia sebab aku takda lagi pengalaman tentang masalah yang dia alami dan harap sampai bila-bila takkan ada masalah tu dalam family aku..hal ni berkenaan soal harta la senang citer, hal rumah,tanah, duit membabitkan adik beradik..selalunya aku tengok kes-kes ni dalam tv je, lani jadi pulak kat member terdekat aku..kesian la pulak..

Sikit sebanyak personal member aku ni aku penah citer dulu dalam entri ni (link) dari bujang sampai dah anak dua orang ni ade je masalah..tapi bukan dia cari masalah cuma dia ni teraniaya..kesian wei..serabut je aku tengok rupa dia pikir masalah dia tu..kisah member aku ni bermula sejak ayah dia (pakcik ghazali)  berhajat untuk menjualkan rumah dan tanah yang dah sekian lama mereka anak beranak ni diami..mungkin sebab pakcik ghazali  ni saja nak keluar dari rumah tu lepas beliau berkahwin lagi sejak kematian isteri beberapa tahun lepas..

Thursday, October 24, 2013

Ilmiah : Bersihkan Jiwa..

assalammualaikum wbt..

Entri kali ni mungkin agak ilmiah skit, bukan nak mengajar cuma ingin berkongsi sikit sebanyak info yang aku dapat dalam usrah yang terbaru kelmarin..Macam biasa kalau Ustaz Hanafi yang datang mengajar beliau akan mengajar bab2 Tassawuf dan Sirah..aku perasan ramai yang kurang meminati bab ni, lantak korang la sapa tak minat..tapi tak tau kenapa, seriously aku sangat minat...

Topik usrah aku tadi sebenarnya berkaitan konsep berpasangan dan kepentingan zikir..bukan berpasangan macam yang penah aku tulis dulu LINK, tapi kali ni pelajaran ni lebih tinggi sikit..nak cerita detail-detail macam  ustaz memang tak dapek la jack..apa yang aku boleh ringkaskan dalam entri ni, hal berpasangan ni ecely tentang pasangan yang kita tak nampak dalam diri kita ni..

Sunday, October 20, 2013

Info : E-Masyarakat dan Keaiban..

Assalammualaikum wbt..

Percayakah korang yang masyarakat kita harini dah hilang banyak sifat bermasyarakat..maksud aku bukan lah keseluruhannya, cuma hidup kat bandar ni toksah kencing la kalau nak cakap kita ni bermasyarakat sangat..aku tak tuduh sesapa, aku sendiri pon macam tu, jiran setingkat pon tak habis kenal, apatah lagi jiran satu blok..

Bayangkan, dalam seminggu atau sebulan pon belum tentu boleh nampak jiran sebelah rumah..ni apa yang terjadi kat aku la..manenya tak, lepas subuh dah keluar rumah nak pegi kerja..kang malam biasanya lepas isyak baru balik rumah..tu la rutin harian kebanyakkan orang yang tinggal kat bandar sekarang ni..desakan  hidup mencari rezeki yang tak boleh elak..

Thursday, October 10, 2013

LOL : Cara Terbaik Lepaskan Diri Dari Kena Saman.

assalammualaikum wbt..

Sehingga kini rasanya aku memiliki agak banyak jugak saman-saman tertunggak tak kira saman Majlis Perbandaran tentang parking, saman lalulintas dan sebagainya..Yang paling aku tak suka pulak ofkos, saman AES..yang terbaru Aes berhampiran presint 9 putrajaya telah berjaya menambahkan lagi koleksi saman aku..demm..

Sebelum ni adik aku pernah menunjukkan aku satu video tentang  gadjet no plate kereta style james bond yang boleh ditutup secara kawalan remote untuk mengelakkan disaman AES dan bolehlah kita speed dengan hati yang tenang di lebuh raya..cuma masalahnya aku dah lupa kat page mana nak bukak..

So, masa aku google mencari cara-cara nak mengelakkan di saman tu, aku terjumpa satu video yang menunjukkan cara yang terbukti berkesan untuk mengelakkan disaman polis..cuma ini bukanlah saman AES..apapon tips ini masih boleh dipraktikkan andai anda berada dalam situasi yang sama..

Wednesday, October 9, 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha 2013/1434H..

assalammualaikum wbt...

Lebih kurang seminggu dari sekarang kita akan menyambut Aidiladha 1434 hijrah..semoga jemaah jemaah haji yang menunaikan haji pada tahun ni berada sihat-sihat la dapat beribadat kat sana dan selamat kembali ke Malaysia beserta Haji yang mabrur..

Orang kita kat sini pulak macam tradisi biasa je la kan..asal raya mesti nak balik kampung..pada yang berkemampuan pulak digalakkan membuat korban..ada daging lebih tu nanti boleh la deliveri kat aku ye..tulang pon aku terima..sedap buat sup..hahaha..

Kadang-kadang bila terbukak kat tv alhijrah yang ada live keadaan di Makkah tu, sikit sebanyak membuatkan aku rindu Tanah Suci tu..tak tau la bila boleh pergi lagi..cuma pengalaman pernah sampai kesana membuatkan aku terasa nak kesana lagi..

Friday, October 4, 2013

Dairi Blogger : Majlis Perkahwinan Dan Percutian..

assalammualaikum wbt..

Yeahh..berjumpa lagi kita dalam entri basi..bila dah takde idea nak update blog tetapi ada sikit kerajinan, maka ni la yang akan terhasil..hahaha..eceli kejadian ni telah berlaku pada hujung bulan Ogos yang lepas, kalau ikut tarikh roti dari kilang sampai expired, roti dah jadi macam tapai la kan..hahaha..

Macam entri basi pasal raya yang lepas, aku ada bagitau, kisah-kisah yang aku tulis tu, dah awal-awal pon blogger lain tulis..ala, kami yang terlibat ni bukan la sesapa pon..cuma group kengkawan kat blog ni jugak, cuma yang special sikit sebab diorang ni terlibat dalam group kat wechat dan memudahkan kitorang berhubung tu..so dengan berbesar hatinya, aku jemput la sesapa saja yang sudi memeriahkan lagi group 'kopitiam' sila la add id wechat aku..'bundle_05'

Wednesday, October 2, 2013

Kemaruk seks..

assalammualaikum wbt..

"Gara-gara kemaruk seks, pelajar berusia 13 tahun sanggup ditiduri 8 lelaki"..ni salah satu tajuk akbar tempatan tentang kes yang agak kecoh minggu yang sudah..aku tak pasti usia sebenar13 ke 12 sebab ade banyak versi..walaupon tajuk nampak rela, tapi keluarga mangsa menafikan pulak yang gadis tu rela..haih..dah tu pesal akhbar tu selamba je buat tajuk berita camtu..saman malu la apa lagi..

Aku bukan apa, bila baca kronologi kes tu, aku jadi takut lak mikir apa dah jadi dengan budak-budak sekarang ni..oh, mungkin "budak-budak" tu nampak cam remaja hingga ke belia, so nampak cam tak pelik sangat kan, tapi yang kes ni, diorang ni masih lagi taraf kanak-kanak kot..adoiyai..

So bila kes macam ni dah heboh, baru la aku nampak yang sebenarnya kerosakan akhlak budak-budak kat sini dah bermula sejak usia yang sangat muda lagi..masa aku umur 12 tahun dulu pon aku dah memang nakal, tapi kalau nak bandingkan dengan kes bebudak ni memang jauh benar la..aku rasa ni la agaknya yang dikatakan Malaysia semakin menuju kearah negara moden..baru la sama dengan US ye dak..gadis seawal 12 tahun dah takda dara..haha..

Sunday, September 22, 2013

Info : Ganja Untuk Perubatan

Assalammualaikum wbt..

Sejak-sejak doktor menyarankan aku menjalani rawatan kimoterapi ni, aku memang agak rajin la jugak mencari alternatif lain sebagai ikhtiar sembuhkan penyakit ni..yup, segala apa pon rawatan yang kita buat, hanya dengan izin Allah jugak ia sembuh atau tidak..apapon ikhtiar dan berdoa la kan..

Rawatan moden yang kos tinggi bukan la jaminan..lagipon bila kesannya agak memudaratkan mestilah kita akan pilih cara lain kan..nak cerita bab ni panjang lak kang..contohnye member blogger aku sorang ni -Lyd, dia kurang nak mempercayai vaksin dan ubat-ubat ni..kalau ikut pendapat aku lain pulak..so aku takmo diskusikan hal tu.hahaha...cuma aku pon tetap yakin seribu satu rahsia Allah yang kita tak tau boleh jadi penyembuh akan penyakit tu..bukan hanya ubat dan vaksin moden saja perantaranya..

Tuesday, September 17, 2013

From Bremen & Berlin With Love..

assalammualaikum wbt..

Aku rasa ramai dah kenal dengan nama Bob Marley..beliau yang merupakan seorang penulis lirik, penyanyi, dan pemuzik kumpulan Bob Marley & The Wailers..beliau adalah penghibur muzik reggea paling terkenal dan dihormati di seluruh dunia  yang mengembangkan muzik ska, reggea dari Jamaica..Bob marley juga merupakan salah sorang penyanyi yang aku minati..habis kat situ..

Tapi apa yang aku nak tulis kali ni bukan lah cerita pasal Bob Marley pon..cuma watak utama citer aku kali ni ada la iras-iras Bob marley sikit orangnya..beliau ni bukan la orang Jamaica atau bangsa asing pon, cuma orang penang yang dah menetap di German sekarang ni..

Sebenarnya bukan apa, aku minat tengok life orang biasa yang ade keluarga yang sweet sweet camtu..aku suka tengok anak brader Lepat ni yang sempoi dan selalu kelakar bila berbahasa melayu..dalam nampak kebahagiaan yang brader Lepat nikmati sekarang, mungkin tak ramai orang ingat atau tau kisah brader Lepat ni telah mengemparkan malaysia pada tahun 1997..

Dairi : Aktiviti "basi" blogger 2013

assalammualaikum wbt..

Seriusly hasrat aku nak update blog amat tinggi harini masa tengah bersantai layan anak aku bergolek-golek belajar meniarap sambil menonton ulangan cerita Istanbul Aku Datang buat kali ke 14 di Astro..macam best je tengok si Lisa Suwihani tu yang konon-kononnya blogger duk update blog masa kat Istanbul..hahaha..

Dah nak masuk 4 bulan..

Bla..bla..blaa..Done publish!..siak ahh..senang gila update blog..hahaha..pastu siap sempat berchatting or komen dari pembaca dia aku tak sure la..cepat je lepas update dapat feedback..gaya blogger pemes camtu la lebih kurang..untung la..haha..

Tuesday, August 27, 2013

Santai Bersama Mat Jebon

assalammualaikum wbt...


Ahad lepas aku telah di hubungi oleh Mat yang secara tergesa-gesa  ingin berjumpa aku..

"haloo boy, mana? aku nak tunjuk barang ni"

"ada kat rumah je..umah mak aku"

" Ok, 5 minit lagi aku sampei"

Belum pon 5 minit anak buah aku si Aiman tu dah menjerit, Pakngah, kawan pak ngah datang ni..aku syak Mat call aku kat depan rumah aku je kot..hahaha..

Aku keluar je rumah tengok Mat datang smart-smart ke rumah aku dengan berseluar slack dan berkemeja-T, siap berkasut..kat tangan memegang sebuah gadget berjenama buah yang aku sendiri tak mampu nak beli..jangankan beli, tu la 1st tima aku sentuh dari Mat..buah tersebut bersaiz mega la dari yang Cici pakai..

Monday, August 19, 2013

Tips : Ketagihan..

assalammualaikum wbt..

Mengikut kefahaman pendidikan aku yang setakat darjah 3suku , perkataan ketagihan ni diambil dari perkataan tagih atau dalam maksud idam, hasrat, atau mengingini sesuatu..bila idam atau hasrat tu terlalu tinggi, ia akan muncul dalam bentuk menagih dan seterusnya menjadi satu ketagihan akibat penagihan yang tidak terkawal..adakah korang paham apa yang aku tulis?..kehkehkeh..

ok..abaikan, sebenarnya ada beberapa perkara tentang ketagihan yang aku nak cerita ni yang aku alami..aku cuba tulis seringkas yang boleh je la sebab aku memang taknak tulis banyak-banyak...ketagihan pertama yang dah berlaku kepada diri aku sejak dibangku sekolah lagi ofcoz ketagihan pada rokok..Tahukah korang aku dah mula merokok sejak sekolah rendah? dah beribu  batang rokok dan mybe beribu kotak rokok dah aku hisap rasanya..yela lebih 15 tahun aku dah merokok ni..pada pandangan dan pengalaman aku sendiri, rokok ni lebih hebat dari ganja, arak dan sesetengah jenis dadah..

Wednesday, August 14, 2013

Mat Jebon-part 8 : Bebas dan Raya..

 assalammualaikum wbt..

Habis jahanam dah blog aku ni tak berupdate..kehkehkeh..ke ada yang terus lupa kat aku..kay fine..hahaha..tapi harap korang tak lupa lagi dengan watak Mat Jebon yang dah sampai part 8 masuk kali ni..sebenarnya takde citer istimewa sangat pon..just nak bagitau Mat dah grad pengajian sebelum raya tu hari..syukur lah..

Kalau tengok print skrin conversation aku dengan Mat bawah ni, rasanya Mat memang nampak berubah..cuma aku pulak rasa macam terkilan sikit la tak berpeluang tolong dia cari duit raya..selalu tu ade la jugak kawan-kawan nak cari orang cat rumah ke apa ke time-time nak raya ni..tapi masa Mat tanya aku pulak job takda..hahaha..bukan rezeki kau Mat.....

Thursday, July 4, 2013

Ragam Berpuasa..

assalammualaikum wbt..

Kurang dari seminggu dari sekarang umat islam akan menyambut bulan ramadan 1434 hijrah..jadi pada semua pembaca aku just nak ucapkan selamat menunaikan ibadat puasa dan semoga kita semua mendapat keberkatan dalam bulan yang mulia tu nanti..

So kurang-kurangkan lah membaca blog-blog yang tak mendatangkan faedah dan boleh mengurangkan pahala puasa terutama macam blog sampah aku ni..selain dari tu, aku nak citer sikit pasal kisah puasa aku masa bujang-bujang dulu..aku rasa ramai je sejenis aku ni dulu..tapi bukan korang la ye..hahaha

Orang puasa kita pon nak puasa..ok la tu ada lagi niat nak puasa..tapi amalan tempang..yang silap tu,lepas sahur tak sempat subuh dah membuta balik tak solat..jangan cakap subuh,waktu lain pon buat tak buat je..hahaha..bila dah sedar sekarang, aku terasa lapar puasa tu memang sia-sia..solat yang utama tak buat..korang pikir la ye,solat yang simple dan lagi ringan ibadatnye tu pon tak buat, tapi sanggup pulak berlapar dahaga..tak ke pelik tu?..bodoh betul aku..korang pon jangan la jadi bodoh macam aku..

Friday, June 28, 2013

Sentap : Sindrom Ibu baru di laman sosial..

assalammualaikum wbt..

Sindrom penyakit di laman sosial untuk orang baru berkahwin aku penah tulis dulu..(LINK)..mungkin dulu setiap hari wall aku penuh dengan status pengantin baru contohnya " harini sediakan sarapan untuk suami"  "suami belikan coli baru ♥..", "Otw balik kampung en.suami.", "bersama mak mertua yang ajar memasak " dan lain-lain lagi lagi la...

Now..bila usia perkahwinan tu dah lebih setahun atau 2 3 tahun, rasanya dengan sendiri la diorang akan stop memalukan diri dengan status-status haram jadah tu..fuh..lega..hahaha..tapi apa yang aku nak citer kali ni ialah tak lama lepas kehangatan pengantin baru tu reda dan bila dah memiliki anak pertama pulak, time ni akan la muncul lagi status-status yang sangat 'kekeluargaan'..hahahha...

Kekeluargaan ni maksud aku sindrom bila dapat anak la..sebenarnya tanda-tanda dia dah ada sejak awal kehamilan lagi..masa ni penuh excited update status pasal mengandung..ala, gaya artis-artis kan memang camtu..hahaha..lepas tu pulak bila bersalin dan dan terus update dari labour room lagi ..hilang terus sakit beranak tu lepas post status..hahaha..

Monday, June 24, 2013

Lulz : Evolusi nama anak...


assalammualaikum wbt..

Khamis lepas baby aku dah pon genap berumur sebulan dan mengikut prosedur biasa kenalah bawak baby untuk checkup dan diberi suntikan..apapon bukan pasal tu yang aku nak cerita..cuma sikit la perkara yang mengujakan aku yang buat aku tergelak sorang sambil menjeling bini aku ketika di klinik tu..

Mungkin kebetulan la haritu terpaksa bawak baby ke klinik kerajaan je sebab panel klinik untuk anak belum diuruskan..so terpaksa la berhadapan dengan orang ramai dan bila dah berhadapan terlalu ramai orang ni, ada la isu yang boleh aku tulis kan..hahaha..mohon bakal ibu bapa dan yang dah sedia jadi ibu bapa terima jela apa aku nak kutukkan ni ok..hahaha..

Trend zaman sekarang aku tengok  ibu bapa dah macam berlumba-lumba nak bagi anak nama yang panjang-panjang dan mirip nama omputih..mananya tak, nama nama sekarang kan biasanya tiga suku kata je..kalau yang masih satu  atau dua sukakata dikira ketinggalan..siap ada nama awal,tengah dan akhir tu belum dibin/bintikan lagi.


Saturday, June 22, 2013

Misteri Kampung Donglai Surveyor Edisyen..

assalammualaikum wbt..

Dalam entri misteri  kampung Donglai yang lepas aku ada bagitau yang aku nak tanya surveyor tempat kerja aku tentang kejadian pelik yang menimpa diorang kat sana..so aku dapat la satu cerita yang tak disangka-sangka ni..terpulang korang semua la nak percaya ke idok..

Aku malas nak tulis banyak sebenarnya ni..tapi macam info sumber yang terus dari yang mengalami sendiri, kejadian misteri tu pon berlaku siang hari..yela..takkan diorang nak survey malam-malam pulak kan dalam hutan tu..sedangkan siang pon bleh terjadi benda pelik aku tau la kalau stay malam-malam kat situ bleh kena apa..adoi..

Citernye macam ni, dalam perjalanan naik bukit, turun bukit kat hutan tu, ada la sorang member aku yang kerja site ni, nama dia Lan..masa tu dia agak terpisah sikit la dari yang lain sebab dah agak keletihan..dia berehat la sorang kat belakang..yang lagi empat orang dah turun dari bukit..jarak anggaran yang diceritakan cuma lebih kurang 300 meter je pon..tak jauh mana..

Thursday, June 20, 2013

Tiada keadilan didunia..

assalammualaikum wbt...

Lama aku tak buat entri ilmiah ye dak..ok kali ni aku nak share berkenaan apa yang aku dapat dalam majlis ilmu kelmarin..Percayakan korang tiada keadilan mutlak kat dunia ni..makin kita terima hakikat ni,bermakna kita akan semakin tenang..selagi korang tak boleh terima kenyataan dunia ni tidak adil, selagi tu korang akan kecewa, dan marah bila hanya kezaliman yang korang dapat..

Setuju?..contoh camni la, orang selalu cakap buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat..hakikatnya tak seindah realiti..nilah dunia..hahaha..tak penah ke tengok orang jahat bebas, terlepas? lebih dari tu pon ade, orang yang jahat plak di sanjung..dapat pangkat Dato, Tan Sri, jadi ketua masyarakat, terus bebas berbuat jahat dan menyamun..orang baik pulak terus ditindas..kemuncak ketidakadilan akan tiba ketika Dajjal keluar nanti..

Ini bukan drama, bukan filem..ini yang telah berlaku dan akan terus berlaku terutama pada akhir zaman ni..ini la yang sebenarnya dinamakan ujian iman..kalau mengikut pengajian tauhid tentang mengenal sifat-sifat Allah, kita sedia maklum bahawa Allah swt memberi dan menunjukkan sifat keadilanNya secara mutlak di akhirat kelak..manakala didunia Allah tidak menunjukkan sifat keadilanNya secara menyeluruh sebagai ujian kepada orang-orang yang beriman..

Tuesday, June 18, 2013

Kisah misteri Kampung Donglai, Semenyih..

assalammualaikum wbt...

Sejak aku aktif blogging dari tahun-tahun yang lepas, rasanya bulan ni aku paling kurang posting entri baru..alasan sibuk untuk tiada masa blogging bagi aku bukan alasan kukuh pon..so pada kawan-kawan blogger yang dah kurang menulis tu toksah bagi alasan sibuk la ye..sesibuk mana pon aku, rasanya tulis blog ni tak langsung mengganggu masa aku..bukan lama pon nak tulis..setengah jam la paling lama pon..kalau pro cam aku 15minit je..hahahaa...

Tapi tu kalau minat dah mendalam la ye..kalau ade yang nak cakap blogging ni suka-suka je, tak update pon tak kisah, tu terpulang u all la..aku pon suka-suka gak, tapi minat nak berkongsi tu tinggi..bila seminggu takda entri baru mula la runsing..serius beb..pegi la mana-mana pon baik, opis, site, makan, pasaraya, melepak, dalam masa yang sama mesti aku duk pikir apa benda menarik yang boleh aku kongsikan dari 24jam sehari aku ni..punca utama satu jer, aku takda idea..haha..

Apapon ofkos bukan entri dairi semata-mata..ingat aku retis ke..hehehe.....tapi untung la orang yang ade life best ni..buat entry dairi pon ramai je baca..'harini pegi kelas, balik kelas, ok nak tido.gudnite'..habis satu entri..hahaha..dan walaupon kebanyakkan entri dairi aku taklah personal sangat, entri dairi ni tetap gak merupakan ketegori entri paling aku tak suka dan benci nak tulis ..sebabnye macam aku cakap tadi la..aku terpaksa pikir apa benda menarik dalam hidup aku yang boleh aku kongsikan bila dah takda idea sangat nak menulis..yup.ni pilihan terakhir bila takda idea..demm..aku benci..

Thursday, June 13, 2013

Dairi : Nyawa di hujung jalan..

assalammualaikum wbt...

Syukur alhamdulillah aku masih bernafas malam ni..kejadian pagi tadi betul-betul buat aku seram..walaupon seminit lepas tu aku tetap cool dan gelak-gelak je..itu tak dapat menafikan yang jantung aku punya lah berdebar tak hilang bila terbayang nyawa dihujung jalan.. fuh, memang ngeri...

Citernye camni..pagi tadi aku pergi melawat satu tapak kerja ni kat semenyih..just untuk ambil gambar dan tacap dalam drawing aku je pon..dan mujur la jugak aku bawak member sorang ni dan dia kira penyelamat keadaan..

Macam biasa aku drive..bawak 4x4 kecik je..kawasan tu bersebelahan Dam Semenyih..kalau korang biasa kawasan ni, kat sini ada la beberapa kawasan reakreasi air terjun, dan banyak tempat-tempat memancing..kawasan hutan, bukit-bukit la senang citer..tempat yang aku nak pergi ni pon kampung orang asli..so memang kawasan hutan la kan..

Wednesday, June 12, 2013

Cinta vs Materialistik..

assalammualikum wbt..

Wujudkah wanita yang memilih harta berbanding cinta atau dalam bahasa mudahnya perempuan materialistik?..dari pemerhatian dan pengalaman aku..wanita metarialistik memang ada dan bersepah..tujuan metarialistik ofcoz nak kemewahan..tapi kalau nak dibandingkan harta dengan cinta ni, macam ada yang tak berapa kena la aku rasa..dan ni la isu yang aku nak kupaskan..cewahh.. kehkehkeh...

Citer pasal perempuan metarialistik ni sebenarnya bagi aku hanya lebih di gembar gemburkan media je dalam drama dan filem melayu ni.. asal pompuan mata duitan je mesti tak pandang laki sengkek walaupon hensem dan baik..pastu eksyen gila babi..tapi kesah yang digambarkan dalam drama tu biasa la kan..lebih-lebih sangat dan tak sampai kesudahan pon..hahaha..antara yang aku ingat, citer pisau cukur lakonan maya karin dengan fazura tu...tah apa-apa je citer tu..tapi sebab dulu aku suka fazura, tengok gak la..haha..

Thursday, June 6, 2013

Info : Perbezaan Laki bujang dengan Laki orang..

assalammualaikum wbt...

Soal perbezaan tentang lelaki yang baik dengan nakal aku penah citer dulu LINK..tapi kali ni aku nak bagitau korang pulak apa perbezaan laki bujang dengan laki bini orang ni..hehe..adakah ada kaitan dengan aku?..harap maap, takda kaitan sama sekali..haha...

Pertama sekali kalau ikut hukum syarak perbezaan lelaki bujang dan laki orang ni bermaksud mereka belum pernah melakukan akad nikah, senggama atau mandi dengan isteri..kalau dah buat walaupon belum akad nikah sekalipon, anda tetap masih memang title bujang..sebelum tu aku nak tanya sikit la kat awek-awek yang baca blog ni..adakah korang pernah bercinta atau sedang bercinta dengan laki orang?

Aku ada terbaca blog seorang awek ni yang bercinta dengan laki orang..dia cakap dia suka laki orang ni sebab, laki berkahwin seorang penasihat yang baik dan pendengar yang setia, jauh beza dari laki bujang yang dia kenal..wooo..betul ke?..harap laki bujang jangan cepat buthurt..'kita' amik pengajaran dan buktikan lelaki bujang bukan macam tu..yup..aku bangkang statement awek tu..hidup lelaki bujang...

Monday, June 3, 2013

Dairi : Gua penat dan terfaktap..

assalammualaikum wbt...

Entri kali ni takda citer menarik yang aku nak kongsikan..cuma kisah aku yang tersumbat dan penat di hujung minggu..punya la penat lepas solat asar petang tadi aku baring la kejap nak rehatkan badan..hambik ko..pukul 1 pagi baru aku terjaga..nasib tak subuh terus..tak pasal pulak banyak nak qada solat tu kang..haha..

So apa yang aku nak citer ni, cuma pasal apa yang buat aku penat..erk..boleh ke buat entri camni?..hahaha..lantak la..sebab aku dah puas tido tadi, alang-alang dah berjaga ni, biarkan aku merapu kejap sementara nak subuh..haha..

Kalau nak citer, tak penahnya aku tak penat..tapi malas citer banyak, aku nak review aktiviti dari hari sabtu je la.. penat aku ni kira bermula dari jumaat malam sabtu la..dari hari ke hari aku dah cuba berjanji dengan diri untuk tido awal sebenarnya..tapi hampeh..tak pukul 3 4 memang tak ingat nak tido..kalau hari bekerja takpa lagi..badan letih tak cukup tido pon pegi kerja bukan nak guna tenaga sangat..

Thursday, May 30, 2013

Prank part 2 - Tahun Baru di Genting Highland..

amaran : entri mengandngi unsur-unsur lucah, bahasa kesat yang tidak keterlaluan..

assalammualaikum wbt...

Kalau dulu aku pernah tulis satu entri tentang tutorial prank member masa zaman muda-muda dulu..kejadian tu masa aku baru baru tamat persekolahan..tapi ada satu lagi prank yang agak gila dan 18sx telah berlaku masa aku meningkat belia, masa tu aku tengah sambung belajar..harap mak aku dan mak mertua aku tak bukak blog aku ni..banyak kali jugak aku pikir nak publish ke tak entri ni..hahahhaa..

Masa ni umur dalam 22-23 camtu la lebih kurang..kepala otak tak betul lagi..macam biasa aktiviti aku dulu bila tiap-tiap kali sambutan tahun baru, mesti ada planning nak celebrate kat mana-mana..tapi tahun tu aku dengan budak-budak hosmate aku rancang nak lepak Genting Highland..bermalam terus kat sana..

Sebenarnya prank ni tak dirancang awal-awal pon macam prank yang lepas..cuma kebetulan je dan terus jadi..ramai jugak yang ada masa ni..kami pergi dua biji kereta..dalam 8 orang yang pergi tu, semuanya ting tong..ada yang kaki batu, kaki ganja, kaki minum, dan macam-macam lagi la..semuanya pergi dengan harapan nak enjoy sampai lebam..

Tuesday, May 28, 2013

Kenot Brain : kunci dan pakcik..

assalammualaikum wbt...

Kali ni aku ada story yang luar biasa..sangat pelik, senggama minda, memang bisjut, royi dan miyo la senang citer..ceritanya pagi tadi aku dengan member aku masuk town jap, urusan kerja..sebabkan tempat yang aku nak pergi ni tengah town, Wisma Selangor Dregging ni terletak berhampiran KLCC, kitorang keluar merempit je la.senang parking free dan cepat sampai..member aku rider, aku jadi cikaro..

Settle urusan kat situ, aku ajak member aku ni merayau kejap pegi "Jalan Pasar"..target aku nak sambar sebijik rayban caina sebab yang lama dah patah..sepanjang perjalanan, cuci mata kat situ memang takda hal lagi..tapi kejadian pelik terjadi bila aku sampai kat motor masa nak balik..

WTF..terdetik dalam hati aku.."ni sapa gila pulak yang tetiba pegi rantai kunci motor orang ni.."

Setahu aku member aku cuma rantaikan tayar belakang dia dengan rantai buruk je..ni tiba-tiba pulak tertambah lagi satu rantai kunci yang memang baru..

Sunday, May 26, 2013

Newborn : Bundle Jr..

assalammualaikum wbt...

Pertama sekali syukur kehadrat ilahi setelah sembilan bulan bini aku mengandung, akhirnya cik puan wani dah selamat bersalin awal 9 hari..sebelum tu, apa yang aku nak tulis ni harapnya korang jangan salah paham..korang masih lagi berada di blog sampah..bukan blog ben ben a.k.a brader taf taf..jangan betulkan moniter anda..

Aku cuba tulis sedetail mungkin sebab ni mungkin pengenalan dan akhiran untuk kisah ni sebab aku dah janji dengan diri aku dan korang semua, blog sampah bukan blog untuk citer pasal anak..mungkin kalau ada pon dalam entri akan datang, kisah  aku pergi bercuti dengan keluarga atau apa-apa event la..tapi insya'allah bukan citer pasal aku tukar lampin anak, bagi anak makan nestum,tidurkan anak atau sewaktu dengannya..hehe...

Pagi Isnin 20/5/2013 bini aku dah mengadu sakit..tengah malam sebelum tu sebenarnya aku dah bawak pon dia ke labor room, tapi doktor cakap belum nak bersalin lagi..masa ni dia dah tak tentu arah dah..dari malam sampai ke pagi memang tak boleh tido katanya..so pagi tu aku terus bawak dia semula ke hospital..take note kengkawan pompuan yang nak kawen dan beranak, dari apa yang nak nampak, nak bersalin ni memang azab, aku yang kental ni pon jadi tak senang duduk tengok bini aku menahan sakit.

Wednesday, May 22, 2013

Mat Jebon Part 7..

Assalammualaikum wbt..

Kalau nak di ikutkan siri Mat Jebon ni patutnye dah tamat sejak part6 pada Julai 2012 lagi..tapi tak lama lepas tu, muncul pulak entri tribute untuk Mat Jebon sebab aku rindu kat dia..hahaha..apa pon kali ni aku terpaksa sambung balik sebab ada lagi story pasal dia..takpe aku tulis ringkas-ringkas je la..

Sejak bulan 7 tahun lepas last aku jumpa Mat yang baru keluar jel, terus tak dengar khabar berita dari dia..kebetulan semalam pulak aku ade bersembang pasal Mat dengan seorang kawan aku, dan sungguh tak sangka, harini dia call aku..kehkehkeh..macam tau tau je kami mengumpat dia..

Elok je aku sampai depan rumah petang tadi dari jemput bini aku kat hospital, iklan sikit,bini aku baru bersalin semalam ye kawan-kawan, hal tu lain kali la aku cerita..hehe..ok sambung balik..cam biasa la kalau citer dari mat jebon mesti ade elemen kejutan yang tak berapa suspen sangat pon kan..hahaha..pendekkan citer, aku dapat panggilan dari nombor misteri la siang tadi...

Sunday, May 19, 2013

Susuk : kepercayaan karut atau adakah benar boleh menambah kecantikkan?

assalammualaikum wbt..

Dulu aku pernah tulis pasal kepercayaan karut (Link)..bagi aku hal tu lebih kepada perkara  menipu, mengarut  dan tahyol semata-mata..tapi kali ni aku nak kita bincangkan pulak pasal SUSUK..adakah ini karut? aku tertarik pasal isu ni sebab aku ada terbaca pasal susuk ni dalam blog sorang doktor...

Kisahnya macam ni, satu hari tu , doktor ni didatangi pesakit kat klinik dia selepas seorang wanita terlibat dalam kemalangan..teruk jugak la muka-muka dia luka..lepas doktor tu chek,ada gigi yang patah dan kemungkinan tulang bahagian mulut jugak ada yang patah..so untuk lebih detail, doktor tu pon buat xray muka dan tulang belakang dia..

"Homakkau" kata doktor tu terperanjat lepas tengok film xray..

Saturday, May 18, 2013

Sentap+Tips : Bercinta dan memilih pasangan hidup..

assalammualaikum wbt...

Bercakap tentang jodoh, orang selalu cakap kalau dah jodoh tak kemana, tak lari gunung dikejar..aku setuju dah jodoh memang tak kemana, dan gunung memang tak lari dikejar, masalahnya yang nak dikejar ni orang..bila soal kejar mengejar dengan orang ni, jodoh tu 50% la atas usaha kita..kalau dapat insya'allah jodoh tu ada, tu pon ade kemungkinan tak kekal sebab lagi 50% lagi hanya tuhan yang tahu..kita merancang, tuhan tentukan..

Pada yang belum baca, sebelum ni aku ada post satu entri pasal aku frust hal jodoh dan bercinta ni (link)..kalau tak nak meleleh hingus jangan baca..ok dalam entri ni ada beberapa perkara aku nak cakap yang semuanya tentang jodoh, kapel dan seumpanya..

Pertama sekali..berkenaan orang yang bercinta macam beruk ketika muda..tengah sekolah dah gatal bercinta, habis SPM kawen..kalau zaman dulu tak pelik pon kan..nenek aku pon kawen muda..belas-belas tahun dah kawen..sekolah pon idok..haha..so takda la isu bercinta masa sekolah kan..

Friday, May 17, 2013

Ombak Hujan Rindu..

Izam termenung, camne gadis idaman kalbunya boleh pergi begitu saja, tiba-tiba dia teringat satu nama yang ada berkaitan dengan gadis tersebut..

"Chuu, kau sihat?"

"Eh, Zam.. Kau tetiba wechat ngan aku ni buang tebiat ke apa? Haha"

"Hahahaha,, aku tiba-tiba suka kat member kau la, haha"

"La, sapa? Kau ni,, main suka-suka jek kan"

"Zura,"

Jawapan yang pendek,tapi susah nak dikeluarkan, terasa nak berlinang air mata Izam bila teringat kat nama tersebut..


"La, mana kau kenal dia? kau ni Zam."

Thursday, May 9, 2013

Repost : Emas lagi murah dari ais!

assalammualaikum wbt..

Korang ada follow harga emas semasa tak? walaupon aku lelaki, aku minat emas jugak maa..selalu je aku follow harga semasa emas ni..nak beli je la tak mampu..ekeke...kalau aku dah kaya sikit nanti insya'allah aku beli emas banyak banyak bagi bini aku...hihi..

Harga emas semasa sekarang kalau tak salah aku, 1gram RM 189 untuk emas 916..Emas 999 dalam RM 200 lebih kot..tapi apa yang aku nak cerita ni bukan pasal emas je..ada lagi benda yang lagi yang lagi mahal dari harga emas ni..

Tuesday, May 7, 2013

Rumah dah siap, pahat masih berbunyi..

assalammualaikum wbt..

Pilihanraya dah pon habis.cuma demam tu belum kebah..aku tak pandai nak mengulas pasal keputusan PRU13 ni..keputusan tu pon aku tak habis tengok lagi sapa menang sapa kalah..tak kisah la walaupon dikatakan PRU13 ni tak adil, kerajaan BN guna teknik kotor atau apa je..tu semua dah tersurat..tetap kena tunggu 5 tahun lagi untuk cuba...nak pelik apa, demokrasi takkan pernah adil walau sapa pon yang memerintah..yang berkuasa tetap akan menindas yang lemah..

Sekadar nak kongsikan sikit mungkin boleh jadi penaik semangat untuk penyokong PR yang tengah kecewa..citer ni dalam usrah aku minggu lepas yang tentang perjuangan ni bukan la senang nak berjaya..memang akan makan masa jugak..dalam sejarah sejarah Nabi yang nak berdakwah untuk kaum Bani Israel pon Allah dah tunjuk macam tu..sejak dari zaman Nabi Musa Allah dah perintahkan Nabi Musa membawa umatnya ke palastine untuk membina kerajaan islam di sana..tapi tertangguh sampai la ke zaman Nabi Dawud..

Friday, May 3, 2013

Lulz : Edukesyen Untuk Mat Rempit..

assalammualaikum wbt...

Sebagai salah seorang penunggang motorsikal atau mat rempit, aku rasa terpanggil untuk menulis satu perkara yang aku rasa amat memalukan mat rempit lain..bukan niat nak mengajar cara menunggang motor apatah nak pertikaikan coner lap yang anda ambil kurang dari 70 darjah mahupon tentang kelajuan..apa yang aku nak cakap kat sini adalah semata-mata kerana fesyen...

Aku rasa semua orang tahu yang penunggang motosikal biasa memakai jaket semasa menunggang tak kira siang, malam, hujan atau panas..ada beberapa sebab kenapa aku dan yang lain-lain penungguang memakai jaket, antaranya..

  • Untuk melindungi bahang matahari semasa panas
  • Untuk kurangkan sejuk diwaktu malam
  • Untuk  melindungi baju kerja daripada berbau asap, kotor..
  • Untuk elakkan basah semasa hujan..
  • Sekadar nak tayang jaket Arai baru...kehkehkeh...
  • Dapat mengurangkan kecederaan, calar, luka apabila jatuh..  

Thursday, May 2, 2013

Teori konspirasi : The Beatles..

assalammualaikum wbt...

Adakah  korang peminat siri teori konspirasi?..ada beribu macam kisah teori konspirasi yang ditulis oleh pengkaji pengkaji barat, tempatan dan terdapat dalam berbagai bahasa yang kita boleh baca..search je dalam cari google korang boleh jumpa bermacam-macam tajuk..teori konspirasi pendaratan manusia ke bulan, ilumminati, freemason, politik, agama, dan macam-macam lagi  yang agak sensasi..

Sebelum tu biar aku jelaskan apa definasi teori konspirasi ni..ok,secara ringkas perkataan teori yang diambil dari perkataan Yunani iaitu Therio bermaksud pemandangan, so untuk memahamkan kita dari sifat teori ni, ia bermakna pendapat..dan secara ringkasnya konspirasi pulak bermakna, komplot atau persengkongkolan..

Jadi bila perkataan tu digabungkan, ia membawa maksud teori yang berusaha menjelaskan sesuatu peristiwa atau sejarah yang dianggap telah di rencanakan dalam diam oleh kelompok atau organisasi yang berkuasa dan berpengaruh..contohnya pengkaji teori konspirasi banyak mendakwa peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah seperti politik telah dimanipulasi oleh para konspirator untuk sesuatu kepentingan...

Wednesday, May 1, 2013

Tips : Teknik pujuk bini paling berkesan (drama pendek)...


Selepas 5 jam di kolam memancing D'haritage..aku bergegas balik ke rumah..


aku tengok jam awal lagi..baru pukul 2.30 pagi ropenye...sampai depan pintu, aku seluk poket cari kunci rumah..adehh, takda pulop..


demm..baru nak surprise pelop bini awal-awal pagi ni...


"tukk..tukk..tukk..Yang..Ooo yang"..aku mengetuk pintu dengan berhemah risau jiran sebelah rumah pon terjaga...


"Tidur kat luar"..laung bini aku dari dalam....

Monday, April 29, 2013

Sesi mengkritik + tips..

assalammualaikum wbt..

Malam ni aku terkejut bila check komen yang perlu di approve, ada banyak komen yang semuanya dari Mama Dora..elok aku senang lenang nak layan running man terus rajin kan diri la sikit tulis entri.teruja punya pasal..hahaha..

Sebelum tu aku macam nak review entri aku sendiri sikit (syiokk sendiri) sebab bila Mama Dora atau nama id nastyna komen kat entri-entri aku tu, dan aku chek balik entri apa yang aku tulis, aku rasa entri lepas tu macam ade la tinggi sikit nilai untuk perkongsian kalau nak dibandingkan entri 2013 ni..betul dok mocik?..hahahhaa..

Bila tengok balik yang aku penah tulis, kadang-kadang tu datang perasaan, eh betul ke ni aku penah tulis, macam poyo je..hahahaha...apapon aku cuma rasa je camtu, hakikatnya memang tu yang aku tulis tanpa kopipes mana mana ye...apa yang aku nak cakap, aku sendiri rasa sekarang aku dah lost idea nak menulis tentang info, sentap yang dalam ketegori penulisan yang aku suka..

Thursday, April 25, 2013

Penghargaan buat Pn ruzy..hehe..

assalammualaikum wbt...

Aku just nak ucapkan terima kasih bebanyak pada seorang member chatting lama ni,(Pn.Ruzy) yang merupakan jugak supporter dan member berblogging pertama sekali  since 2009..aku terharu lagi sebab dia jugaklah orang pertama yang dah hadiahkan Bundle.Jr presents...

Serius cantik baju-baju yang kau hadiahkan tu Zie.Eceli semalam aku dapat la satu panggilan dari pejabat courier ni..aku langsung tak teringat pasal present yang Pn Ruzie ni nak hantar walaupon minggu lepas dia memang ade text aku mintak alamat dan cakap ada hadiah untuk anak aku nanti..

Terkejut jugak aku bila kerani courier tu cakap..

Tuesday, April 23, 2013

Sad songs Instrumental

Amaran : orang yang tengah bersedih, putus cinta tak digalakkan dengar..

Sempena hujan petang tadi bagi kawasan Kuala Lumpur dan yang sewaktu dengannya, aku dengan duka citanya ingin tujukan instrumental (rainy mood) lagu sedih ni untuk korang semua..Jangan salah paham, aku cuma konon-konon je ni berduka untuk menjiwai apa yang aku nak sampaikan ni..tajuk pon sad kan..so kena la ikut tema..

Penat jugak aku selongkar youtube cari lagu-lagu sedih..lagu melayu, korea, jerman, hindustan, jepun habis aku try..tapi tak de yang berkenan..last sekali aku teringat instrumental yang H pernah post dulu..bila aku combinekan dengan rainy mood hasilnya memang perghh, ohsem, syahdu, dan rasa terawang awangan nak tido atau mungkin boleh mengganggu emosi bila terkenang kisah cinta lama yang sedih...sob..sob..kehkehkeh..


Okay la, aku tak nak tulis banyak..korang nikmatilah sendiri..

Sunday, April 21, 2013

Persoalan tentang nama, gelaran dan keturunan..

assalammualaikum wbt...

Tinggal lebih kurang sebulan je lagi bini aku akan bersalin..kiranya masa sekarang ni aku dah pening pikir soal nak memilih nama anak..aku tertarik dengan satu topik yang agak sensitif mengenai nama ni masa bersembang dengan bini aku..

Bini aku tanya, nama-nama macam orang Kelantan yang berpangkal Wan, Nik dan orang-orang melayu berketurunan arab yang nama bermula dengan Sheikh, Syed dan Sharifah tu tak boleh ke orang yang bukan dari keturunan tu nak guna?

Dari pandangan Jahil aku..bila bini aku tanya camtu, aku jawab "mungkin boleh kot"..tapi aku tak bermaksud la pendapat aku betul..dalil yang buat aku terpikir boleh tu semata-mata sebab aku terpikir, salah ke kalau beri nama anak dengan awalan tu sebab rasanya masih tak melanggar hukum syarak dan bukan nama-nama yang dilarang guna dalam islam atau bermaksud tak baik...

Friday, April 19, 2013

Gwiyomi meme..

assalammualaikum wbt..

Rasanya ramai dah tau fenomena Gwiyomi plak sekarang melanda dunia..hahaha..rasanya mula-mula sekali aku perasan pasal video gwiyomi ni kat blog serius..awek thai yang habis kiut...

Semalam pulak, busuk ping ada promote satu video gwiyomi  yang dikatakan dari seorang isteri yang tujukan video tu kepada suaminya..kesian jugak aku tengok dalam ramai yang puji dia seorang yang sweet dan comel, tak terlepas jugak jadi hentaman golongan serbanistas..

Dengar citer video asal telah pon dikeluarkan semula oleh isteri orang yang kiut tu..tapi sayangnya dah ada yang copy dan upload lain..kesian dia..

Wednesday, April 17, 2013

Dairi : Lepak blogger..

assalammualaikum wbt..

Setelah bertahun aku tak pernah keluar aktiviti sosial dengan kawan-kawan dari dunia cyber ni..malam tadi akhirnya hasrat untuk berjumpa dengan beberapa kenalan dari blog sampah ni tercapai jugak..cet..ayat skema..haha..

Walaupon tak ramai, dan perjumpaan ni bukan lah dari mana-mana group blogger otai..aku rasa seronok..krem gak perut aku gelak tengok diorang ni punye perangai..kehkehkeh..

Eceli, perjumpaan ni bukan la rancangan aku..kebetulan Encik H outstation datang KL sekarang ni dan HQ opis H ni berjiran je dengan opis aku..so awal-awal lagi kiranya aku dah jumpa H..tak sangka pulak H deal dengan makcik-makcik ni nak jumpa..haha..

Monday, April 15, 2013

Politik versi Rayban Ymbundle..

assalammualaikum wbt...

Aku pasti banyak kawasan sekarang rata-rata telah dilanda perang bendera parti yang akan bertanding pada PRU 13 tak lama lagi nanti...kawasan rumah aku tak payah cakap la..semak dah mata aku nengok..sampai ada sekali tu hampir boleh menyebabkan aku exciden disebabkan bendera telah ditiup angin dan menutup kepala aku semasa sedang mengambil lap nak masuk ke taman..

Demm..nasib baik takda awek-awek yang nampak..aku rela jatuh dari digelakkan awek kalau dia nampak kepala aku ditutup bendera tengah jalan tu..apa daa, pasang bendera rendah-rendah kat tepi jalan..serius bahaya ok untuk penunggang motor macam aku ni..

So harini aku nak cakap pasal politikus sikit..hahaha..takda yang berat dan menyebelahi mana-mana parti kay..first sekali aku nak cakap pasal bendera tu la sikit..bagi pendapat aku la kan. perang bendera ni langsung tak berfaedah dan hanya membazir.. aku tak nampak langsung faktor kemenangan sesebuah parti tu berlandaskan bendera yang paling banyak tergantung yang akan menang pilihanraya..

Wednesday, April 10, 2013

Gengster keding + video mu untukku (meet auntie Na)..

assalammualaikum wbt..

Aku sebenarnya macam boring pon ade nak cakap pasal displin pelajar dan salah guna teknologi ni..dua perkara ni dah pernah pon aku tulis..tapi makin hari makin banyak kes yang berlaku lagi..dan ini menunjukkan tahap kebanggangan manusia sekarang makin naik bila teknologi makin canggih..

Rasanya ramai yang dah tau pasal rakaman Ongbak 5 kat SMK Tun Hussien Onn Pulau Pinang yang tersebar luas semalam..walaupon aku sendiri pernah terlibat dalam pergaduhan macam tu dulu, bahkan lebih teruk dari tu sampai cedera parah masuk hospital, berjahit luka dan mengunakan senjata, tapi bila aku tengok budak-budak tu belasah seorang pelajar yang tak mampu melawan,tiba-tiba aku rasa panas...

Tambah kebodohan yang lebih terserlah, sambil-sambil berseronok belasah orang, depa sendiri jugak yang merakamkan aksi tu..hahaha..kalau awal tahun 2003-2004 dulu sejak handfone berkemera ni dah terjual,penyebaran video berkualiti rendah ni lebih kepada individu tertentu je sebab lebih kepada penggunaan bluetooth ..tapi masa tu lebih kepada klip 3gp pasal seks la kan..

Sunday, April 7, 2013

Lulz : Seksi hak kami - Persatuan Gemuk Seksi Selayang Mulia

assalammualaikum wbt...

Korang penah tengok rancangan fashion police kat channel E!..Ok kali ni aku plak nak jadi polis fesyen..puncanya baru-baru ni aku telah ternampak seorang wanita kat area rumah aku sewaktu keluar dari lift..dengan ukuran badan yang dalam anggaran aku 50 40 50..senang citer dia adalah seorang yang obesiti berumur dalam lingkungan 30an..apa yang buat aku nak tulis tentang dia adalah disebabkan dia telah menzalimi diri dia sendiri..

Kesian..tu je yang aku leh katakan..dengan lemak-lemak tepu yang terdapat di seluruh badan..tergamak dia memakai baju yang terlalu ketat dan seksi..aku tak tau la jenis apa pakaian dia tu..jenis yang baju tanpa lengan dan terus jadi macam skirt pendek paras peha tu..yela aku bukan perempuan nak tau pasal pakaian diorang kan..tapi baju macam tu  biasa la kalau dipakai oleh cikaro-cikaro kat club..

Tapi malangnya, perempuan itu tanpa ada perasaan yang bersalah buat rilek je berpakain gitu kat sini..kehkehkehkeh....aku rasa hal ni bukan la satu perkara yang pelik pon..kat mana-mana pon ada kan..ok sebelum tu, aku taknak cakap soal aurat atau dalam konteks islamik..walaupon sekali pandang pon dah tau dia melayu, lantak dia la..yang aku nak higlhlight kali ni tentang menzalimi diri sendiri dalam berfesyen...hahaha...

Wednesday, April 3, 2013

Hidayah itu milik Allah..

assalammualaikum wbt..

Lama lak rasa tak menulis..idea duk beku dalam kepalotak ni takmo keluar...tajuk entri ni sebenarnya dah dua minggu aku perap dalam draf..tapi tajuk je la..entri je baru lani je aku tulis..hahaha..walaupon nampak tajuk ni dah macam rancangan al kuliyah, tapi korang jangan risau..takde isu berat pon aku nak tulis..bacaan ringan-ringan je macam biasa..

Sebelum tu, ni bukan pasal Nurhidayah binti Sameon ye..Hidayah yang aku maksudkan ni kalau dalam pengertian bahasanya bermaksud mendapat cahaya petunjuk dari Allah swt untuk menuju kearah yang diredhaiNya..ok simple jer..

Soalan yang aku nak kongsikan kat sini..bagaimana untuk mendapatkan hidayah Allah swt?.apa yang aku nak kongsikan ni bukan la aku pandai-pandai..aku bukan ustak, tapi dari apa yang aku dapat dalam usrah mingguan, kalau yang aku rasa menarik dan senang untuk aku convertkan format dari yang aku dengar kepada bacaan untuk korang, insya'allah aku tulis...

Monday, April 1, 2013

Repost : Tutorial & Tips Cari Pasangan (ym.bundle style)...

assalammualaikum wbt..

Ada sesapa tengah kecewa dalam percintaan sekarang?..cinta anda ditolak?..rilek..jangan putus asa..kuatkan semangat..baca teknik dan tips nak dapat awek/pakwe baru dengan cara jahat atau tersembunyi ni hasil pengalaman aku sendiri..sebabkan aku dah pon kawin, so tak kisah kot kalau aku kongsi cara aku ni dulu dulu nak cari gundik..kahkahakah...

Teknik aku ni sebenarnya mudah je nak paham..konsepnya kita boleh luahkan perasaan kita kat orang yang kita suka tanpa risau dia reject atau kita dapat malu dan korang tetap boleh jadi kawan dia walau apa pon jadi..hahaha..jahat siak..harap jangan salah guna teknik ni untuk jadi player..

Friday, March 29, 2013

Sentap : aku tersentap..

assalammualaikum wbt...

Serius aku rasa ibarat kena renjatan elektrik bila ramai yang mengatakan aku buat entri style H smalam..what the....sory geng aku emo sikit kali ni..hahaha..mungkin korang anggap macam biasa je dengan post blank aku yang sebelum ni..tapi aku tak rasa macam tu..sentap gila..aku jadi terpikir, apakah neraka aku dah buat ni..

Aku langsung tak teringat yang H ade buat entri bajet wordless wednesday yang sorok-sorok text tu masa post sampai orang semua ingat aku tiru H..warghhh..sori H, aku bukan nak kondem ko, cuma aku memang takkan buat benda pelik-pelik cam ko biasa buat tu..apatah lagi nak tiru..adehhh..sentap beb, benda ni aku rasa dah ibarat macam korang cop plagiat kat dahi aku..demmm..

Memang aku takda idea nak menulis sekarang, tapi aku sanggup lagi repost entri-entri lama yang korang belum baca dari meniru ni..meniru orang yang paling dekat pulak tu..tapi betul jugak, bukan salah korang terpikir camtu..siap highlight lagi kot-kot ade text..dah terbiasa baca entri wordless H camtu kan..tapi percayalah aku langsung tak terniat nak tiru H dan aku lupa dia penah buat camni walaupon sebenarnya berbeza..maaf fan club encik H..

Sunday, March 24, 2013

Lulz : Tips menulis entri..

assalammualaikum wbt..

Sebenarnya tajuk ni propa je lebih..aku bukan lah orang yang layak memberikan tips berkenaan perkara ni sebab aku sendiri masih newbie dalam menulis atau menaip ni..sebelum tu harap maklum, aku suka perkataan "menulis" dari "menaip" dalam blogging ni..harap inspektor bahasa tak jengah blog aku..

Kadang-kadang aku ni macam syok sendiri pon ada...ada sesetengah entri yang aku tulis tu aku suka.hehe..nak pulak pembaca dapat apa yang aku nak sampaikan dalam entri tu, baik  sentap, info dan lain-lain..aku sendiri rasa woww..kehkehkeh

Tipu la kalau aku tak rasa seronok bila pembaca suka apa aku sampaikan..nak pulak hits tinggi yang baca entri tu..komen sesak..dah memang tujuan aku blogging ni untuk perkongsian kan..so, syok sendiri aku kat sini bermaksud aku seronok la dengan hasil yang aku terima lepas entri tu terpublish..hikhik..

Thursday, March 21, 2013

Modern and Stylish : Mods 2013

assalammualaikum wbt..

Sejak akhir-akhir ni aku dah macam orang angau yang jatuh cinta kat princess pon ada..makan tak lalu, tido tak lena..asik terbayang je kat Nozomi sasaki..eh, bukan bukan...hahaha..

Eceli sejak dua menjak ni, ketagihan adrenalin aku untuk merempit dengan vespa semakin menjadi-jadi bila ternampak orang menunggang vespa..keinginan aku ni sama je macam  yang aku alami sepuluh tahun yang lepas sewaktu baru-baru memiliki vespa pertama V super150..

Kebetulan plak scooter aku yang sekarang ni pon dah agak uzur..tu yang buat aku rasa nak beli scooter baru yang berjenama vespa ni..keperluan dan keinginan boleh pakej sekali.hehe..cuma macam biasa la kan, masalah kewangan je lagi yang belum setel..hahaha..

Tuesday, March 19, 2013

Metroll news : Blogger Hilang


KUALA LUMPUR : Seorang penulis blog My colorful secrets kini dilaporkan hilang secara tiba-tiba dari dunia blogging hampir sebulan yang lalu dan sehingga kini masih belum ditemui.beliau yang berasal dari Johor dikhabarkan baru sahaja menjalani suntikan kolegen di bibir sebelum dilaporkan hilang.

Ketua polis Johor berkata, beliau yang merupakan anak kedua dari 5 beradik dilihat kali terakhir blogging pada 20 febuari yang lalu dan kali terakhir muncul sebagai pengkomen di blog sampah pada 25 febuari.

Beliau berkata selepas mangsa tidak lagi muncul sejak dari itu dan beberapa blogger telah membuat laporan di Balai Polis Gua Musang.

Monday, March 18, 2013

Langkah Bendul

assalammualaikum wbt...

Sebelum ni, dalam entri bab penceraian tu aku ada bagitau yang sepupu aku yang tengah tunggu result SPM ni nak bertunang..ok, pertunangan tu dah lepas..cuma yang agak mengejutkan tak sampai sebulan dari bertunang, semalam telah selamat pon majlis perkahwinan dia ni..hahaha..

Seriusly walaupon dalam kelam kabut pengantin ni tak sabar-sabar nak berkahwin, majlis dapat berjalan lancar..alhamdulillah..dalam 2 3 minggu nak uruskan semua memang agak kelam kabut beb..memang jenuh la adik beradik dia nak kumpulkan dana untuk majlis dalam sebulan tu..paham pengajaran kat sini apa?

Kalau nak kawin tu, buat perancangan memolek dulu..jangan last minit...nak bertunang pon dah buat keluarga terkejut pasal result SPM pon lom keluar, tetiba tak sampai sebulan terus nak kawin..hahaa..parah..kesian kat keluarga kay..

Tuesday, March 12, 2013

Imbasan 3D 4D Ultrasound untuk wanita mengandung..

assalammualaikum wbt..

Apa yang korang semua tau tentang ultra sound? cewah..bajet bagus-bagus je aku..eceli aku pon baru je terdedah dengan semua benda-benda ni..bukan lah benda baru pon, cuma aku je baru amik tau..hahaha..

Ok sekadar infomasi ringkas yang aku cedok dari sini (LINK)..Ramai yang tak berapa jelas apakah beza scan 2D 3D dan 4D..

Secara ringkas 2D (2Dimensi) scan terbahagi kepada dua..yang pertama scan ultrasound yang biasa  boleh didapati di klinik biasa atau hospital tetapi bukan untuk mengesan kecacatan pada bayi.manakala scan 2D detail scan yang lebih teliti boleh memberikan maklumat tentang kecacatan bayi sehingga 70-80% kecuali kecacatan komosom..

3D (3Dimensi) scan adalah gabungan 2D dalam isipadu (volume) untuk menghasilkan gambar statik luaran rupa bayi..

4D (4Dimensi)  pula adalah imbasan 3D yang bergerak..dengan kata lain ia merupakan pengimbasan siaran langsung (video)..so kita boleh melihat bayi bergerak, menguap dan lain-lain..yang pasti bukan 4D nombor ekor tu ye..

Monday, March 11, 2013

Info : tips elakkan dibuli..

assalammualaikum wbt..

Minggu lepas kecoh pasal video buli membabitkan pelajar Uitm sabah Katanya..bila aku tengok video tu, apa yang aku leh cakap, kaki-kaki buli tu memang poyo...aku ingat zaman buli membuli ni dah habis dah..coiiii..

eh, aku lambat ye nak tulis pasal ni..dah basi?..lantak la..hahaha..bukan apa..bila citer pasal buli ni, aku pon ada jugak pengalaman dibuli dan membuli ni..

Apa yang aku nak tulis ni untuk yang dibuli la terutamanya..yang kaki buli ni aku takleh nak kata apa la..walaupon nampak yang dibuli ni cam loser, tapi pembuli yang sebenarnya loser..So sebagai bekas pelajar yang kira dah melalui benda-benda ni..aku nak bagi tips la sikit camne nak elakkan di buli..nak membuli je aku taknak citer kat sini..tapi boleh PM aku kalau nak tau lebih lanjut..hahaha..

Saturday, March 9, 2013

Repost : Konflik Seorang blogger..

Argghh..serius aku sumbat ni bini takda..nak update blog pon takda idea jugak..

punyalah aku bosan sampaikan takda kerja sangat aku pon godek-godek la balik entri lama aku...

aku ni ada masalah sikit mudah lupa apa aku penah tulis..


bila tertengok entri tu terus teringat sebenarnya entri tu aku tulis berdasarkan perasaan seorang

member blogger ni untuk bagi seorang lagi member blogger ni sentap...

dan..hasilnya entri aku tu memang berkesan.......hahahaha..

ok ni re-posting entri tersebut...agak panjang dan membosankan...

Thursday, March 7, 2013

Salahkah aku sebab jadi pemabuk tegar?

assalammualikum wbt..

Pehh..lama lak aku rasa tak update entri...malangnya takda sapa pon yang sedar akan ketiadaan entri kat blog aku untuk seminggu ni..ok fine..

Memula sekali aku nak bagitau, aku akan kurang sikit berblogging sekarang sebabnya pc aku kat rumah dah rosak..mohon la sikit sumbangan untuk aku beli pc baru kalau boleh...perkara kedua dari harini sampai Ahad aku akan bujang kejap pasal bini aku dah balik kampung..so kalau ade sapa-sapa nak ajak aku berpoya-poya ok jugek..hahahaha..

Citer pasal bini aku balik kampung ni, malam tadi aku cuma hantar dia kat KL central je la..nak balik dengan dia aku banyak pulak kerja..selalunya naik bas je pon..tapi kali ni dia saja la nak naik keretapi pulak..ni pestime aku masuk keretapi tu walaupon tak jalan..hahaha..noob gila..bini aku ambik yang siap katil..naik pukul 9.20 malam tadi sampai Arau perlis 8 pagi tadi camtu kot..ok la tak penat sangat badan tu kan..

Thursday, February 28, 2013

Retis dan Politik : parodi makan diri..

assalammualikum wbt...

Bahang nak dekat pilihanraya ni betul-betul dah panas..walaupon aku bukan selebriti blogger, artis, atau orang-orang pemes, aku tak sampai hati nak tunjuk yang aku ni pro apa sebenarnya..memang tak luak apa pon sangat..paling tak pon korang yang baca blog aku je kutuk aku kalau tak sama pahaman politik ye dak..tak menjejaskan sapa-sapa, parti politik atau periuk nasik aku pon..hahaha..

Cakap bab politik ni, aku tengok orang memang emosi sikit banyak..kang sebab tau aku penyokong parti sekian-sekian, dah korang tak nak kawan dengan aku..mana la tau kan..hahaha..so undi aku rahsia...hahaha...

Tapi yang aku pelik ni, sedangkan aku yang bukan sapa-sapa pon risau akan penerimaan korang pasal pahaman politik aku, why artis dan celebriti kat malaysia ni makin berani ye nak join politik secara terbuka..terang-terang kutuk parti yang berlainan pahaman plak tu...

Monday, February 25, 2013

Penceraian yang Menakutkan..

assalammualaikum wbt..

Salah satu perkara yang harus dielakkan dalam perkahwinan ialah penceraian..dalam islam pon hal penceraian ni sangat la tak digalakkan walaupon boleh atas sebab-sebab tertentu...dan lagi pelik kalau ade orang yang kawen pastu suka-suka nak bercerai..haha..ni tak mungkin la kan..dalam filem boleh la yang kononnya kawen kontrak tu pastu cerai..

Bukan apa..semalam duduk sembang-sembang dengan mak aku masa makan, ada la dengar citer baru hal keluarga dan sedara mara ni sikit..

Yang si adik tengah tunggu result SPM sekarang bagitau yang pakwa dia  nak hantar rombongan meminang..hahaha..terkejut jugak la famly dia..belum keluar result SPM dah tak sabar..hahahaha...tapi takda salah apa pon kan..keluarga dia pon terima..minggu depan insya'allah depa bertunang...

Sunday, February 24, 2013

Selera Pantai Timur..

assalammualaikum wbt..

Aku tau korang boring baca entri aku yang lepas tu kan...bab perkongsikan ilmu sikit malas la tu nak baca..macam la aku tak tau..hahaha..

Ok takpa..rehatkan minda dengan entri merapu ni pulak..minggu lepas, ada satu hari tu time lunch, aku sorang je tinggal kat opis,so  aku pon keluar la merayap jap jalan-jalan cari makan....tapi aku malas la nak makan nasik sorang-sorang kat kedai..macam forever alone plak kan..hahaha..

So ni la kedai pilihan aku..hahaha..kedai red warrior je aku panggil..menu petang dia kuih muih Kelantan la.cuma aku datang sini nak beli pisang goreng je...Meroh sokmo keda..hehe..

Friday, February 22, 2013

Syariah compliant : Qarin, Islam tersebar dengan pedang? dan isu kalimah Allah....

assalammualaikum wbt...

Usrah kat opis semalam betul-betul banyak benda baru yang aku dapat..memang tahap tinggi sikit la kata ustaz aku..punya la ustaz tu takut orang melopong tak paham, banyak kali dia tanya staff semua paham ke dok yang dia ceritakan tu..hahaha..

Aku nak ulaskan pon sebenarnya blur nak start macam mana..tapi apa yang aku dapat tu macam best untuk aku kongsikan..ada dua perbincangan yang penting gak la kalau tak silap aku..tapi dalam dua topik tu, ustaz sentuh macam-macam jugak kaitan dengan cerita..

Pertama sekali pasal Qarin..walaupon dah biasa dengar dah pasal tu, tapi yang kali ni agak berguna la untuk persediaan aku nak jadi papa bundle pasni..hehe..ada la pencerahan yang aku dapat untuk sambut baby bila lahir nanti..contohnya macam bacaan-bacaan surah yang bagus untuk baby..kira untuk pengisian rohani bagi baby mulakan kehidupan kat dunia ni dan kaitannya dengan qarin yang mempengaruhi baby..ok la..at least dapat jugak ilmu kan..


   
   
   
Dengar kat sini nak lebih jelas..aku siap rakam untuk korang nih..
 

Monday, February 18, 2013

Tips aku terbukti berkesan..hehe

assalammualaikum wbt..

Entri ni kira macam sambungan la kisah aku chat dengan member aku tempoh hari..apa yang aku nak ceritakan kira macam aku ni antara orang beruntung la sebab terselamat dari golongan MLM atau pon jualan langsung ni..yup..pengalaman memang mengajar aku.hahaha..

Sebenarnya lepas dari aku chat dengan member aku tu, sampai sekarang dia terus senyap..seriusly masa tu aku bersangka baik je yang dia nak jumpa aku memang sebab sekadar nak sembang atau lepak-lepak je..tak sangka apa yang aku sound dia tu rupanya buat dia sentap dalam diam..hahaha..

Aku siap keluar pegi beli stok makanan standby kalau dia datang..maklum la tetamu nak datang rumah kan..tapi dalam dia duk gelak aku bahan camtu, rupanya memang sah niat dia nak jumpa aku tu sebab nak promote bisnes dia..patutlah lepas tu terus senyap..kehkehkeh...nasib dia tak datang..kalau tak memang aku campak dari tingkat 15 ni..hahahhaa...

Friday, February 15, 2013

Untung la jadi penulis 'bebas'..

assalammualaikum wbt..

Artikel Budaya riak dan takbur yang Noob tulis baru ni sebenarnya biasa je bagi aku..aku pon dah tulis banyak kali dah pasal hal laman sosial tu..tapi bila skroll kat komen-komen, aku jumpa diorang kaitkan hal tu dengan blogging  plak..demm..

Hal ni berkaitan profile sebenarnya punca masalah utama yang aku nampak.."dikenali" atau "tak dikenali"..bila pikirkan hal ni..aku rasa macam tak adil la jugak apa yang Noob tulis..sebabnya dia pon ibarat Anonymous je walaupon suka kutuk anon..Registered user yang tak dikenali jugak..hahaha..

Aku terasa sikit la bila orang mengaitkan budaya riak dan takbur ni dengan aktiviti blogging...betul apa yang dikatakan Noob tu..ofcoz aku terasa sebab dia cakap betul..selama ni aku ingat kat laman sosial je lebih...thanks menyedarkan aku..

Spesis manusia yang memang suka menunjuk tu,aku takleh kata apa la...ada ramai sangat yang camtu kat FB..mybe aset dia banyak..tapi kalau kat aku ni, rasanya takda apa pon yang boleh aku nak tunjuk dan banggakan..aku cuma insan marhaen yang serba kekurangan..takda yang hebat pon..dan aku tak penah join gathering blogger..kehkehkeh...

Monday, February 11, 2013

Perhubungan yang WTF..

assalammualaikum wbt..

Satu perkara yang biasa aku nampak zaman persekolahan dulu yang bila aku ingat balik buat aku rasa nak tergelak ialah pasal perhubungan yang karut ni..sapa yang sezaman dengan aku,maksudnya yang dah tinggalkan sekolah 10-15 tahun lepas  mesti pernah alami atau lihat sendiri..


Walaupon aku ni dalam ketegori semseng sekolah ketika tu, lu orang harus percaya walaupon demikian, aku memiliki ramai peminat disebabkan aku seorang yang frendly dan sedikit kiut..ramai jugak awek awek cakap aku sweet talker..


So disebabkan tu, tak pasal pasal aku pon ada memiliki beberapa adik angkat dan kakak angkat yang cantik dan comel-comel..aku tak tau pasal apa orang pompuan ni suka sangat nak main angkat angkat aku..hehe..sebelum tu , ni kes diorang yang melamar aku jadi abang atau adik angkat ye..aku tak pernah lagi buat perkara terkutuk tu..kehkehkeh..


Thursday, February 7, 2013

Dairi : misi mencari kicap (Cameron Highland)

assalammualaikum wbt..

Orite..entri ni aku nak stori macam yang aku mention dalam entri lepas tentang percutian tak dirancang tu..pada asalnya niat keluar rumah hanya lah nak membeli kicap, tah macam mana sedar-sedar kami dah sampai Plaza Tol Sungai Buluh..

Bila dah melepasi tol, aku terus blur nak beli kicap kat mana sebenarnya..tanpa banyak pikir aku terus ambil arah ke Utara..Mungkin kat RnR Tapah ada kedai jual kicap..aku teruskan perjalanan..

Monday, February 4, 2013

Troll : hepi besday abam bundle..

assalammualaikum wbt..

Aku baru balik dari percutian tanpa dirancang ni..agk letih la jugak berjalan..takpa nanti aku citer pasal holiday tu..banyak dah ni blog-blog belum lawat..malas la plak nak BW lagi..apa pon sekarang ni aku nak tulis pasal troll yang telah terjadi sabtu 2-2.2013..


Aku pon dah hampir lupa sebenarnya aku ada tukar tarikh lahir kat profile akaun FB aku sebelum ni..tau-tau bila sampai tarikhnya Sabtu lepas, macam yang biasa , ofcoz ada kawan-kawan dan kenalan FB tu wish besday..


kehkehkehkeh..korang memey kelakar la...


Thursday, January 31, 2013

Seni Bahasa Utagha..

assalammualaikum wbt..

Bahasa utara bagi aku sangat susah untuk dibuat-buat..nak pandai betul-betul kena la tinggal sendiri kat penang, kedah atau perlis dan biasakan perbualan dengan loghat tu..so aku yang setakat berbini orang kedah ni lidah tetap keras la bila nak cakap sleng kedah dengan dia..

Dan aku sebenarnya lebih suka merosakkan perkataan bila nak cakap kedah ni..maaf, kadang-kadang tu memang aku sengaja nak bagi dia marah..haha..tapi yang selebihnya memang aku noob la..


Macam biasa yang ramai sedia maklum, huruf R dibelakang perkataan selalunya ditukar ke huruf Q dalam sleng utara..contohnya  Omar menjadi Omaq, Tukar jadi Tukaq...itu contoh Nama dan perkataan yang biasa..


Tapi bukan setakat hat tu je..tu yang aku cakap susah nak jadi orang kedah klon ni..perkataan macam 'rumah' depa sebut ghumah..

Wednesday, January 30, 2013

Sentap : ini betul-betul sampah...

assalammualaikum wbt...

Cukup la dulu entri2 plagiat aku setakat ni..terasa pemalas sangat pulak aku bila buat entri camtu.. hahahaa..kesimpulan yang aku boleh buat, plagiat memang jalan mudah untuk jadi blogger dan cepat terkenal...tapi jadi blogger yang takda etika je la..tu ye tahap korang kaki plagiat..nak hasilkan artikel sendiri tak pandai ye dak..kehkehkeh..

Aku tetap dengan etika aku biarlah blog aku sampah, entri sampah, asalkan bukan plagiat..apa yang terhasil dalam blog sampah ni tetap hasil tulisan aku..dan aku terasa bangga jugak sebab ada antara entri aku yang telah di copy paste oleh blogger lain..

Bab tu aku tak kisah sebab walaupon aku tak sokong plagiat, tapi bila entri aku di copy oleh orang lain, itu membuktikan hasil tulisan aku dah ada la value sampaikan layak dicopy..hahahaha..

Tuesday, January 29, 2013

#Plagiat 03 - Sindrom dapat laki - part2

assalammualaikum wbt..

Cuti sekolah dah berlalu lebih kurang 2minggu..so bermakna pengantin2 baru yang melangsungkan perkahwinan semasa cuti sekolah tu dah tengah sedap2 la sekarang kan..hahahaa..maksud aku hati tengah senang lagi la..berbunga-bunga je..inai kat jari pon belum hilang...

Macam aku penah tulis sebelum ni kat blog sampah pasal sindrom dapat laki dan mak mertua iaitu sindrom yang buat aku geli geleman tahap rasa nak muntah hijau..sekarang ni sindrom tu aku nampak lagi dalam fb bini aku..

kawan sekolah dia pulak yang baru kawin ni..hahahhaa...aku tak kisah lagi kalau sekadar nak berkongsi gambar2 hanimun ke, gambar kawin ke lepas kenduri tu.of coz tu ramai orang nak tengok..tapi macam yang aku cakap tu kan..asal lepas kawin je mula la penyakit tu dapat..masalahnya hal tu mengerikan ok...hahaha...

Monday, January 28, 2013

#Plagiat 02 - cutting gay kah?wth..

assalammualaikum wbt..

Hampir tiga minggu dah aku berkecimpung dalam arena gymnastik gym ni..macam yang aku ada bagitau dalam blog sampah aku masuk gym ni bukan la nak buat badan pon..sekadar nak sihat..hehe

so sejak dah selalu jumpa brader-brader taf kat sana, aku dapat kesimpulan ada 3 jenis orang yang masuk gymnasium ni..pertama golongan majoriti ialah orang yang memang nak buat badan ketul-ketul macam hulk..kehkehkeh..

kedua, golongan yang sekadar nak sihat dan sedap badan macam aku..cutting badan atlit2 je..hehehe..ketiga, golongan yang dalam proses nak menguruskan badan secara pukal mengikut jadual dan teknik yang diajar oleh trainer gym tu..setakat ni, tu je la yang aku nampak..haha

Aku penah citer dulu masa mula-mula aku datang gym tu,aku dah kena bahan dengan brader brader kat sana sebab datang gym sekadar nak joging..lepas tu aku combinekan joging dengan main besi sekali..pon kena kutuk gak..kehkehkeh..hampeh betul..

Alasan diorang..orang main besi manada joging bro.badan kecut..hahaha..ni la yang aku cakap golongan majoriti tu..datang gym memang untuk buat badan semata-mata..kalau ajak lari gerenti diorang pancit..hahaha..ni yang aku taknak sebenarnya..apa guna badan macam kura-kura, tapi stamina takda kan..tak best nak game nanti..hehehe..

#Plagiat 01 - Aku buat hal lagi...

Salam Maulidur Rasul semua..

Aku tak nak tulis banyak pon kat entri ni..walaupon aku  mengutuk blogger yang kaki plagiat, untuk kali ni aku nak cuba merasai apakah feel yang dapat dari kerja-kerja plagiat ni..hahaha..


Mungkin lepas dari entri ni, akan menyusul jugak beberapa entri plagiat dari aku..buat sementara waktu ni aku malas nak menulis..cuti kejap..kebetulan aku pon tengah demam ni..wooo...


In b4..apa yang aku copy paste ni dan yang aku post kemudian adalah hasil tulisan aku jugak sebenarnya..just dari belog aku satu lagi (bundle pages)..


Ini yang dikatakan plagiat entri sendiri eceli..kahkahkah...


p/s : aku masih yakin dengan penulisan aku, tak perlu la nak copy orang lain punye entri..hehe..

Friday, January 25, 2013

Lipan goreng kunyit

assalammualaikum wbt..

Aku tak tau apa motif aku sambung lagi cuti harini..bermakna hari selasa minggu depan la aku akan kembali ke pejabat..hahaha..bosan betul cuti-cuti takda duit ni..nak topup kredit Hp pon tak lepas ni..err..teringat lagi member aku sound haritu.." ko ni dari dulu sampai sekarang, Hp asik  habis kredit je "..kehkehkeh..


Nak buat camna..masa nak guna tu plak dah habis kan..hahahhaa..tapi sekarang ni aku salahkan Hp aku, pelik je..aku tak guna pon, kredit makin sikit..nak cakap aku online guna hp, tak guna duit pon..ada wifi..ahh, lantak ko la....biar takda kredit..janji ada internet..huhu..


Okay, berbalik kat tajuk yang agak ngeri tu, cuti semalam, aku dengan bini aku keluar la ke pasaraya untuk beli stok barang dapur..ada la beli-beli sikit ikan, daging, sayur sayuran...


Yang peliknya, tah macam mana boleh ada jual Lipan plak semalam..terus bini aku nak beli..sedak katanya..dulu kat Kedah dia penah makan..erkk..exotic gak bini aku ni..-_-'

Wednesday, January 23, 2013

Monster comel dan cleverbot..

assalammualaikum wbt..

Rasa macam lama pulak aku tak update blog..ada sesapa rindu aku?..takde..ok fine..takda isu apa-apa aku nak tulis kali ni..nak cakap aku sibuk minggu ni tak jugak..

Senang lenang sampai naik bosan tak tau nak hadap apa lagi kat internet ni..yang sebetulnya aku takda idea nak tulis apa..-_-'


Minggu ni aku baru follow blog Mama Monster (Dora)...Jelita a.k.a monster sangat kiut...cerita dan gambar-gambar beliau kat sana pon sempoi dan best..cam layan citer twilight lak tengok tempat sejuk gitu..err..kantoi aku layan twilight..hehehe....


So automatik Mama Monster terpilih dalam bahan bacaan yang aku suka baca..eh, ingat senang ke aku nak suka blog-blog dairi ni..memang semua orang boleh tulis blog dairi..tapi penyampaian yang sempoi dan citer-citer menarik tu yang payah nak jumpa...

Saturday, January 19, 2013

Sentap : kisah pemandu teksi..

assalammualaikum wbt..

Dalam perjalanan nak ke masjid tengahari tadi, aku sempat bersembang dengan brader orang lamo surveyor kat opis aku ni tentang sikap pemandu..sebenarnya dah lama aku perhatikan hal ni..so aku keluarkan la statement aku tu kongsi kat beliau..

Mungkin statement aku ni akan mengundang butthurt pihak yang aku nak kutuk ni..tapi harap maklum la ye..kalau terasa baik berubah..terasa je tak guna bak kat Hiro.(lama gop aok tak update belog)..hahaha..

Aku tak sangka jugak rupanya apa yang aku rasa, brader tu pon rasa benda yang sama...aku berpendapat dan aku pasti "kebanyakkan" pemandu teksi kat lembah klang ni sangat lembab memandu..

korang setuju?

Serius, aku takda bukti pon nak tunjukkan kat sini..ni pendapat aku je..tak salah kan kalau aku cakap camtu? tuduhan aku ni tak bermakna pemandu teksi yang aku tujukan ni buat kesalahan pon..memandu lembab ofcoz bukan kesalahan.. tapi sedarkan wahai pemandu teksi sekalian, korang membuat ramai pemandu lain sakit hati dengan cara pemanduan sesetengah korang ni yang memang wtf....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...