Thursday, February 28, 2013

Retis dan Politik : parodi makan diri..

assalammualikum wbt...

Bahang nak dekat pilihanraya ni betul-betul dah panas..walaupon aku bukan selebriti blogger, artis, atau orang-orang pemes, aku tak sampai hati nak tunjuk yang aku ni pro apa sebenarnya..memang tak luak apa pon sangat..paling tak pon korang yang baca blog aku je kutuk aku kalau tak sama pahaman politik ye dak..tak menjejaskan sapa-sapa, parti politik atau periuk nasik aku pon..hahaha..

Cakap bab politik ni, aku tengok orang memang emosi sikit banyak..kang sebab tau aku penyokong parti sekian-sekian, dah korang tak nak kawan dengan aku..mana la tau kan..hahaha..so undi aku rahsia...hahaha...

Tapi yang aku pelik ni, sedangkan aku yang bukan sapa-sapa pon risau akan penerimaan korang pasal pahaman politik aku, why artis dan celebriti kat malaysia ni makin berani ye nak join politik secara terbuka..terang-terang kutuk parti yang berlainan pahaman plak tu...


Adakah memang sebab perjuangan?

atau  sekadar lakonan yang dibayar?

atau lain lain sebab?


Yang terbaru kecoh pulak  pasal video parody manifesto yang dilancarkan PKR baru baru ni diparodikan oleh Nabil dan Saleh Yaakub..kesan dari video tu aku kira dah cukup besar...fanpage Suria fm tempat Saleh Yaakub jadi DJ dah huru hara jadinya sampaikan pihak radio terpaksa keluarkan kenyataan ..


Ni jadinya bila kurang alert soal sensitivi masyarakat dan tak reti jaga hati peminat..Station radio yang tak bersalah pon kena tempias kene boikot dan penuh kutukan kat wall...macam tu jugak yang terjadi kat Nabil..penat aku skroll kat wall dia tak habis-habis lagi orang mengutuk tindakan dia yang cuba berpolitik tu..terlalu banyak kutukan....

  Link




Salah sapa?


Diorang sendiri  la salah....over sangat..hahaha..tu makan dia..walaupon diorang ni artis yang ramai peminat yang suka dengan bakat diorang..tapi bila terkait dengan politik..habis dari minat tu terus jadi benci..pelik kan..ni bukan aku cakap..korang boleh tengok sendiri la kat page retis-retis ni..sebab tu aku cakap, bab politik ni orang emosi...korang tak sedar lagi ke jenis manusia yang paling ramai musuh ialah orang politik ni la..nak sangat, ambik kau...

Sebab tu aku tanya korang, bila artis-artis ni masuk politik, apa yang diorang nak sebenarnya? perjuangan,bodoh kayu, atau sebab ..ramai yang komen cakap habis la periuk nasik diorang lepas ni..tapi aku kurang terima pandangan tu sebab rezeki bukan atas mana-mana parti politik pon yang tentukan..tapi yang pasti peminat berkurang dan dibenci..serius..ni fakta yang jelas...

Ops, nampak cam aku berat sebelah pulak citer pasal artis yang kena kutuk sebab pro kerajaan tu je kan...hahaha..tapi hal ni sama je sebenarnya walaupon artis yang pro pembangkang..contohnya macam Abby Abadi..orang BN panggil Ustazah Abby..ni pon sorang artis yang kemain lagi aktif dalam PAS lepas berhijrah..


Aku tau ramai peminat dia dulu yang sokong bila dia berhijrah menutup aurat tu..tapi bila dia secara terang-terangan masuk politik sampai dapat gelaran 'ustazah' segera, Abby pon tak terlepas jadi kutukan dan dibenci sebab politik..hijrah tak hijrah tetap kena...nak berdakwah ajak rakan-rakan artis berhijrah tak salah..tapi nampaknya dia terlalu emosi lebih kat politik..lebih malang jadi artis yang pro pembangkang ni, citer-citer buruk pasal dia, lebih senang terkeluar kat media massa..terima je la ye..hehe..

So tu la sikit sebanyak ulasan aku mengenai dunia artis dan politik yang tengah kecoh sekarang ni..harap anda semua tertidur membaca..korang kalau nak kutuk aku bab lain aku tak kisah, tapi kalau bab politik aku surender sebab aku buta politik..noob, kayu, dan semua yang tak betul tu aku, yang betul tu korang ambil la..yang pasti sampai masa aku undi..hahaha..


p/s : pfttt..jadah la buat entri artis+politik lak...dua dua ni aku tak suka kay..kehkehkeh...


63 comments:

  1. aku pun seboleh-bolehnya malas nak sembang pasal politik bila duduk semeja dgn member2 sbb masing2 dah tunjukkan kecenderungan masing2 secara terang-terangan. So, ambil mudah, elakkan dari bercakap tentang tu, sesiapa pun tak terluka nanti.. kehkehkeh
    lagipun aku setuju dgn quote "undi adalah rahsia"
    adios..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade cara lain ha kalau nk duduk semeja gak dengan orang yang terang2 politik ni..kita ikut la rentak orang tu walaupon tak sehaluan..undi tetap rahsia..hehehe..

      Delete
    2. aku pon dah malas nak berborak dengan golongan2 yang fanatik politik ni. sebabnya dorang suka sangat kutuk + keji + hina + maki hamun parti yang dorang benci. sampai segala benda nak dikaitkan.. pastu nak puja sangat parti yang dorang sokong tu. hoh... wtf.

      tapi yang kau bengang dengan golongan2 fanatik ni je la. yang rasional tu aku xde hal..

      Delete
    3. yep..asalkan rasional tak kisah la..tapi yang penyokong2 ni bnyk yang emosi..boring betul..

      Delete
  2. undi aku pun rahsia jugak..tapi for sure bukan BN la..boleh gitu? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha....perahsia sangat ko ni...

      Delete
    2. Bangkang Dari Longkang tu ada banyak video sebenarnya..banyak isu jugak la pasal demonstrasi, pasal selangor, pasal 3 jeneral, mostly mmg membahan PR la..cuma x sebut nama parti jer..

      untuk aku yg tengok, rasa macam biasa jer..sebab pada aku, benda tu cuma hiburan..kalau tengok video2 tu, penglibatan saleh dgn nabil xbanyak pun..yg banyak afdlin, harun salim bachik, johan, dauglas lim, harith iskandar..tapi maybe video saleh dgn nabil tu ketara sgt, so jadi la isu besar..

      pasal selebriti join politik ni, banyak kot yg aku nmpk keburukan..contoh macam yg ko tulis..contoh lagi macam bob lokman, kemain org kutuk2 dia..and contoh lagi pasal ustazah masyitah ibrahim, since dia dah join politik, kredibiliti dia org macam dah xpandang sgt padahal dulu ramai yg minat dia..

      so kesimpulannya, yg kena kutuk artis jugak..parti tak rugi apa2..hahaha

      Delete
    3. memang nampak sangat la video2 diorang tu bahan pr walaupon tak sebut..yg paling kaw video politik tongong tu..kutuk terang-terang tapi pakai topeng plak...artis oh artis...hahaha.

      buat video camtu tak tau la dapat banyak mana bayaran..tapi, nama sendiri jugak buruk..otomatik masuk politik ade musuh pon nak jugak buat..parti tak jejas pape, diorang gak rugi..hahaha..

      Delete
    4. jadilah siti nurhaliza.. terang2 sokong bn tnpa kutuk mana2 pihak.. alamakkk... aku puji siti lah... aku tak minat dia. kehkeh..

      Delete
    5. ramai je artis join politik mell..tapi diam-diam atau ahli parti biase tu je la..jenis yang open sngat kutuk2 parti bukan dia sokong tu siap..dia yang akan kena balik pastu..hahaha..

      aku suke siti kay..hahahha

      Delete
    6. H, ayat kau tu sama macam sepupu aku. kitorang gelak je bila dia cakap camtu. lol.

      Delete
  3. ni entry bab politik ke acane?? maleh nk komen.. undi adalah rahsia.. boley?? dh jd public figure kena la jg tingkah laku.. ko pun sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. entri politik yang takde kaitan dengan kita semua pon..ni pasal artis kay..hahaha..

      aku kene jage tingkah laku gak ke?ko cam cikgu displin la..hahahha

      Delete
  4. kehkeh.. musim orang pasang bendera.. kesian tiang2 lampu.. pokok2.. dan seangkatan dengannya.. hahaha..

    aku.. law org sembang politik ngan aku.. sori.. tulung jgn story pasal politik ngn aku.. meluatt.. ini semua poyoo.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa la kan..kalau artis ni amik upah pasang bendera politik pon tak la seteruk ni kene kutuk..hahahah..

      Delete
    2. at least pokok2 tiang tu tak ngutuk dia.. hahaha.. aku yg bukan public figure ni pun pikir beratus kali kalau nak tulis pasal politik.. apatah lg retis.. tak pikiaq habis ka apa.. ce jd cm pakcik bundle tu.. undi adalah rahsia. kahkah..

      Delete
  5. keh keh keh...mereka nak cr follower twitter tu. tak pun nak tambah like FB. buat video murahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..publisiti murahan yang makan diri..

      Delete
  6. undi aku pun rahsia sebab aku tak der pilihan nak undi saper2. lain la kalau aku kat kb, aku tau la saper aku nak undi. hahahhaaha mohon jangan ban aku dari masuk malaysia balik flissss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila balik mengundi flisss.. haha..

      Delete
    2. Tapi saya silap la Chic Na, dalam IC address PJ, so saya takder yang berkenan di hati area tu. Kena tukar addres kelantan nextime hihihi.

      Delete
    3. alaa.. kan dah rugi satu undi. huhu..

      Delete
    4. ko mengundi kat berlin je la dora..hahaha...

      Delete
  7. untung parti bila artis pun sokong...siap berkempen lagi, kalau tersalah cakap pun takpe yang tanggung artis tu sendiri. hehehe.

    aku pestime nak buang undi ni, nak undi mana ek??? rahsia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. parti yng untung..kalau rugi artis sendiri yang tanggung.hahhaa...padan la muka..

      undi la mana2 aien..pilih dengan bijak..

      Delete
  8. Jambatan sudah roboh.. sudah roboh.. Semua mau roboh, BN bila mau roboh? ehh salah taip. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite tunggu je la pru13 nanti ye cik lin..hehehe..

      Delete
  9. kalau Ym tak suka, akak ni apatah lagi, kehkehkeh

    ps: malas nak ngundi tahun nih (kalau parlimen dah bubar r), tapi mak dah call surh balik ngundi, guane?? kehkehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. balik2...tanggungjawab sebagai rakyat tu..haha

      Delete
  10. bagi aku politik tu penting dan undi tu rahsia.

    ape pendapat ko hari ni, tak semestinya ko akan pada hari esok ye tak?

    lagipun dua-dua sama je.

    warga2 semua, bijak-bijaklah memilih. anda, penentu bangsa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..jngn cakap kita ni bleh berubah ubah pendapat..ahli politik sendri bleh lompat parti..so agak memalukan la kalau dulu beria kutuk sana, last2 pegi sana jugak..better rahsia..janji jalankan tanggungjwb..

      Delete
    2. haaa....

      kan, sapelah die konon-konon kempen. aku sendiri tak faham, benda yang mereka pertegakkan tak betul-betul memenuhi sentimen sesuatu party pun kadang-kadang.

      ia menyebabkan (eh?) politik ni jadi boring kat mata budak-budak...

      haha.

      Delete
  11. Nur tak boleh mengundi lagi, sebab tak cukup umur...boleh gitu..?hahaha..

    Ermm..tak minat juga politik2 ni.. retis pun tak delah ikut sangat2 pkembangan diorg..bila baca ni, baru tahu kes Mak nin dengan nabil ni...

    ermm..lepas ni xdelah mak nin di sinar FM ye..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela ko punye tak cukup umur..hahaha..maknin tu saleh yaacob ek..aku lagi la tau tau pasal selebriti ni..nak2 plak orang tua tu..hahaha..

      Delete
  12. aku mmg malas nak amik port pasal politik ni cuma amik tau jer la apa perkembangan yg berlaku..hoho

    pasal artis n politik ni pun malas aku nak komen.ko pun dh buat entry.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela..bukan ade kaitan pon retis ngn kita ni..cuma benda tengah hot kan..tu makannya kalau lebih2 pasal politik..haha..

      Delete
  13. Chic na was here.

    lepas PRU nanti harap2 diam la diorang tu semua. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kompom chicna..lepas PRU nanti terus senyap..sekarang ni je jadi isu..hahaha

      Delete
  14. orang pun tak suke kalau gaduh ngan kawan sbb politik,, orang dah pesan jangan cakap pasal politik ngan orang,, tapi dia cakap jugak,, banyak kali dah,, so sekarang,, tak nk kawan dah ngan dia,, tenang rasa,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko tampo je muja orang tak reti bahasa tu...hahaha..

      Delete
  15. wohh..sies baru tau kes ni..hoho..
    buat pening je msok politik ni..diam-diam sudah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah kecoh pon nia..demam pilihanraya ni macam2 la isu nak timbul..hahaha

      Delete
  16. nabil tak patut guna tag 'lu fikir la sendiri' lagi dah sebab dia buat lawak tak fikir dulu. sekarang ni nasib la ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tag dia tu dah kena kat diri dia sendiri la sekarang..tak pasal2 je..haha..kesian..

      Delete
  17. Undi aku pun adalah rahsia walaupun aku tak mengundi. [opps.. dah terkantoi plak].

    Bagi aku, aku tak kisah artis mana2 nak sokong parti politik mana pun. Cuma bila dah terang-terangan mengutuk parti lain dalam video yang sengaja dibuat untuk tujuan provokasi, aku rasa itu memang pendek akal namanya. Yang aku tgk semalamm, video nabil dan yasmin hani pasal free education. Pointless. Takde isi pun.

    Pastu bila peminat marah, mula la sampai nak bersara dari dunia hiburan. Kelakar la. Masa buat taknak fikir kesan dia. Haa. kan dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la tu..berpolitik ni hak individu eceli walaupon dia artis..tp contoh kalau cam video tu, agak tak sesuai la kan..memang provokasi betul..

      Delete
  18. Ade orang berjuang dalam keadaan gelap, ade yang berjuang dalam keadaan terang...penilaian masing2... =)

    ReplyDelete
  19. aku tak tahu sampai bila artis sedar yang politic and career tak boleh mix..tindakan dorang tu hanya akan memecah belahkan peminat dorang..isk..isk..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak taula lan..walaupon bende ni bermusim,tapi perit gak nak kena tanggung maki hamun dari peminat sendiri tu aku tengok..

      Delete
  20. sy xtgk lagi vid tu.. Hmm, malas lah nk tgk... nt sy x minat nabil dh.. keh3

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Semua benda nak dipolitikkan orang - orang Malaysia kita zaman skang ni....cerita nak up je...kalo nak dibandingkan dengan negara barat isu - isu seperti ini dipandang remeh sahaja kerana ia sekadar hiburan... Yang penting sekarang kita patut memberi penghormatan kepada pejuang negara yang sedang mempertaruhkan nyawa mereka demi keamanan negara ini.....dan doakan mereka yang gugur di mempertahankannya. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko pandang jauh sangat bro..pendapat ko ni betul, orang barat memang pandang remeh je nak2 benda yang dalam kontens lawak ni..tapi tau2 je la level pemikiran orang malaysia belum sampai tahap tu kan..apa leh buat..

      Delete
  23. assalamualaikum ... betullah . Apa saja yg berlaku kat Malaysia ni , hampir semua di politikkan ... last kes penceroboh kat lahad datu . Aduhaiiii ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. politikus kita memang gitu...hanyir..

      Delete
  24. dah banyak kes mcm ni...dan bila seorang artis jadi ahli politik..susah nak cakap

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan tak pasal2 imej diorang leh rosak..baik kerajaan atau pembangkang yang disokong, tetap kena..

      Delete
  25. serius aku tak suka membincgkan pasal politik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko layak mengundi ke tak cici? hahaha..

      Delete