Monday, April 15, 2013

Politik versi Rayban Ymbundle..

assalammualaikum wbt...

Aku pasti banyak kawasan sekarang rata-rata telah dilanda perang bendera parti yang akan bertanding pada PRU 13 tak lama lagi nanti...kawasan rumah aku tak payah cakap la..semak dah mata aku nengok..sampai ada sekali tu hampir boleh menyebabkan aku exciden disebabkan bendera telah ditiup angin dan menutup kepala aku semasa sedang mengambil lap nak masuk ke taman..

Demm..nasib baik takda awek-awek yang nampak..aku rela jatuh dari digelakkan awek kalau dia nampak kepala aku ditutup bendera tengah jalan tu..apa daa, pasang bendera rendah-rendah kat tepi jalan..serius bahaya ok untuk penunggang motor macam aku ni..

So harini aku nak cakap pasal politikus sikit..hahaha..takda yang berat dan menyebelahi mana-mana parti kay..first sekali aku nak cakap pasal bendera tu la sikit..bagi pendapat aku la kan. perang bendera ni langsung tak berfaedah dan hanya membazir.. aku tak nampak langsung faktor kemenangan sesebuah parti tu berlandaskan bendera yang paling banyak tergantung yang akan menang pilihanraya..

Ada yang kata pasang bendera banyak-banyak ni dinamakan perang psikologi..muhahaha...tahi la..So adakah kemenangan atau kekalahan parti parti yang bertanding dalam PRU lepas disebabkan bendera?..bendera BN penuh je kat tempat aku, tapi kalah jugak..hahaha..dah la, abaikan pasal ni, tak best langsung..hahaha..



Nak cakap banyak pasal politik ni aku belum layak..setakat ni, aku mengundi pon belum penah..kehkehkeh..insya'allah untuk PRU 13 ni aku akan mengundi untuk kali pertama sebab umur baru 21 tahun..kehkehkeh..so golongan belia macam aku ni selalunya banyak yang atas pagar dan mungkin ada yang dah celik menurut kepercayaan masing-masing..kehkehkeh..dah macam pegangan agama lak..

Yela, golongan yang dah rasa celik ni biasanya ramai yang taksub..kalau toreh kulit tu kompom keluar darah kaler biru, hijau, cyan dan lain-lain..celik yang aku maksudkan ni ialah, dia rasa apa yang ditahu dan apa yang dia mahu tu yang terbaik..baik pro kerajaan mahupon pembangkang..sama dengan je...mazhab ni cakap dia betul, mazhab tu cakap dia betul..hahahaa..up to you la....better la jugak dari aku yang atas pagor je ni kan..haha..

Aku biasa tengok orang-orang berbalas kutukan kat laman sosial ni tentang politik..tah la..aku tak sampai tahap tu lagi..mungkin korang penah terbaca camni..


"Kau tak suka kerajaan, jangan la duduk Malaysia"

"Kau bising-bising ni kau kerja dengan kerajaan jugak"

"Kau tak tau bersyukur ke ? kerajaan dah bagi macam-macam kena la balas budi"

"Konon tak sokong kerajaan, tapi BR1M, baucer buku ambil jugak"


hahahahahha...malas aku aku ulas...tapi aku sure pembaca kat sini ada yang dipihak yang bertanya soalan ni dan ada jugak yang dipihak menjawab...ok, jangan gaduh..aku lagakan kepala tu kang..hahahhaa...

bukan hanya di Malaysia..mana mana negara lain pon sama..


Tentang media massa pulak, aku rasa semua pon dah sedia maklum kan peranan media massa ni ofcoz hanya memihak Kerajaan je...aku tak bercakap sebagai penyokong PKR kat sini..cuma sebagai insan marhaen yang inginkan ketulusan suara dua pihak..aku pernah baca satu komen dalam blog Mazidul (wartawan TV3) yang mengkritik kerjaya Wartawan yang melaporkan tentang berita terutama politik ni sangat tak profesional berbanding wartawan hiburan....

Dan aku tertunggu-tunggu jugak balasan Mazidul tapi tak berbalas..aku rasa walaupon korang tak minat tengok Melodi, atleast sesekali mesti pernah tengok jugak kan..aku sebenarnya respek dengan wartawan-wartawan hiburan ni sebab depa telus bila menyiarkan statement contohnya dari seseorang artis yang dituduh melakukan kesalahan, untuk minggu seterusnya mereka akan terus mendapatkan maklum balas atau kenyataan pencerahan dari artis yang dituduh tu..so terpulang peminat untuk menilai. sama-sama dapat bersuara..tapi kenapa double standard bila isu politik..kesian rakyat...

Tentang bermacam-macam video seks yang melibatkan  pemimpin tertinggi PKR tu pulak, aku tak tau nak komen apa..kalau betul mereka terlibat mohon la bertaubat, kalau tu cuma fitnah, Allah mungkin nak uji dan kebenaran akan muncul..aku tak menyebelahi dan aku tak menuduh sebab bila baca dua-dua pihak aku jadi blur..hahaha...pandai-pandai la..cuma yang aku risau, selamat ke nak tido kat hotel lagi lepas ni...demm..citer banyak tak guna kan..so aku nak bagitau terus dalam pilihan raya nanti aku akan pangkah...........RAHSIA....HAHAHA....



p/s : H, kau baik-baik duk hotel tu..kehkehkeh...


23 comments:

  1. Replies
    1. pahal internet ko? hotel tu takde wifi ke sebelum ni..

      Delete
    2. pasal bendera, macam Lyd cakap la, pasang bendera sebanyak mana pun, kalau org taknak undi org tetap tak undi jugak..cuma mungkin suasana jer la..dua2 xnak kalah, last2 perang bendera dulu habis-habisan..

      pasal media massa dgn media cetak, mmg nampak sgt la bias tu..xtau la kalau diorg mmg terpaksa ke apa ke..kot kalau kutuk kerajaan, xpasal2 stesen tv dgn akhbar kena tutup..xleh nak cari makan..kehkeh

      utk aku secara personal, terlalu byk memihak kerajaan ni buatkan aku rasa bosan nak dengar or nak baca..then kalau baca harakah or suara keadilan pun citernya sama jugak, diorg pulak yg kutuk kerajaan..last2 jadi blur, xtau nak percaya yg mana..

      pasal video seks kat hotel, aku dah check bilik ni..nampaknya xde cctv..line clear..kahkahkah

      Delete
    3. smlm macam apa ntah..lgsung xdapat..malam ni ada la 2 bar..

      Delete
  2. Sekarang ni betul2 perang benderalah...
    mmg penuh bendera kiri kanan jalan..

    klau gantung elok2 tak apa jugak...
    ni gantung mcm org takde tgn..
    kdang2 nampak mcm pbaziran pun ada..

    Nur pun tak layak ulas lanjut pasal politik ni..
    tak cukup umur lagi...kehkehkeh.... ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg bazir pon..ko jgn perasan muda sangt la nur..undi adalah rahsia..lol..cam takde kaitan pon reply aku ni..haha

      Delete
  3. Aku ada draftkan saya entry pasal politik malaysia vs politik luar negara especially aspek media, tapi aku tak publish sebab aku fikir banyak kali, payah kot orang nak terima pendapatan aku tu.

    Btw aku penuhkan kotak komen kau sini jer la... Kat sini dorang selamba badak buat joke pasal menteri2 dan mana2 parti politik, people here sangat demanding, and really stand for their right. Tapi tu la, human right, animal right, gays right... macam2 right yang tak right. Seksi itu hak kami tu sangat berleluasa la hahaha. Pernah dengar FKK? Jerman kan femes dengan kebogelan mereka. muahahaha

    Pasal bendera tu aku tak nak komen la, kang lagi panjang dari entry kau jadi nya. hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu sebenarnya kebebasan bersuara la tu..ada baik dan buruknya..tp kalau kat sini tak kisah la apa pon,m yng buruk2 pasal kerajaan biasanya ditapis..buat provoke pasal kerajaan kene tangkap la jawbnya..haha

      #mujur aku tak tercampak kat german..iman tak kuatla katakan..haha..

      Delete
  4. aku harap sangat ada orang macam tok mun bertanding kat tempat aku. boleh pangkah sebelah logo kunci.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kat tempat aku ade je..tp kira ok la ade calon bebas ni..pengundi atas pagar yang dah bosan tngok drama bn dan pakatan rakyat leh pilih bebas je...habis citer..hahaha

      Delete
  5. ok aku iyekan jer la ko umo baru 21.hakhak.. tak habis2 isu politik.kt fb tu lg la naik menyampah aku..taun ni aku tak dpt ngundi kot sbb dlm pantang..sedih gila.haha.

    bab bendera ni semua yg lawaknya siap buat macam2 bentuk.hari tu en suami beria je kata kt aiman nk tunjuk kapai,kapal terbang, kereta kebal..rupanya bendera parti bulan depa buat bentuk ni semua,mmg kreatif la..

    yg lawaknya belakang kapal n kapal terbang bulan tu ada kereta kebal bendera umno siap patung konon dok tembak bendera bulan kt depan.

    macam2, tp bg aku better buat cmni dr dok gantung2 bendera smp menganggu penunggang moto macam ko

    tau apa aiman kata kt abah dia?tu je nak tunjuk?tido lagi baik.pastu terus smbg tido dlm kereta.muahaha..

    panjang kan aku komen..:)

    ReplyDelete
  6. err.. kat greenwood kalau kau perasan, bendera ni sebelah menyebelah. mcm org yg sama je pasang. dahlah yg menyokong batang buluh tu, kain dari parti lain..

    ReplyDelete
  7. aku 2minggu kat penang, sana penuh roket.

    ReplyDelete
  8. kdg² rs mcm semak semacam je bendera² tu.. aku nk kuar simpang pun ssh.. haishhh

    ReplyDelete
  9. erm... tempat aku langsung tak ada perang bendera... bosan la pulak...

    ReplyDelete
  10. menyampah aku law cakap pasal perang bendera.. semakk.. haih!

    seyess... aku gelak sensorang bayangkan bendera tutup muka ko.. bendera parti mana tu? hahahahaha...

    ReplyDelete
  11. errrrrr ...
    akak baca semua komen-komen yang ada kat atas ni.
    pastu dah baca, akak pulak x tau nak komen ape.
    tapi malam ni akak rase nak makan ayam masak cili lah.
    sedap jugakkan ?????

    miahahhahaa. ko jangan marah akak komen yg xde kena mengena gan entri ko.
    ko kalau marah akak balut muke ko gan bendera BN, PKR & PAS nanti.

    ReplyDelete
  12. pasang bendera suka2 je bagi meriah sikit. ok pe, cam teduh sikit jalan. kihkihkih..

    ReplyDelete
  13. klu gua ckp tmpt gua masih xda perng poster pcya x?mmg pelik tp tu yg jd sini...mcm xda suasana nk pru ja tmpt gua ni huhu..

    ReplyDelete
  14. yg pasti, BN letak calon yg unwinnable candidate. itu je boleh ckp.

    ReplyDelete
  15. Fesbuk penuh dengan politik, blog pun politik. K, bye!

    ReplyDelete
  16. hahaha...setuju..wartawan hiburan bagitau yang betul hahaha...oh ya aku nak bagi2 undi boleh ker..satu untk BN satu untuk pembangkang..baru adil..parlimen bagi kat BN dun bagi pembangkang,...hahaha

    ReplyDelete
  17. Perang bendera mungkin tak menentukan menang kalahnya sesebuah parti. Tp kalau aku kat side dorang pun, aku tetap rasa pasang bendera tu penting. Nak menunjukkan semangat perjuangan la kiranya. Cuma, aku pun tak setuju la kalau pasang bendera tu dah sampai mengganggu ketenteraman awam. Siap boleh sebabkan org eksiden lak tu. Kahkah! Tergelak aku membayangkan bendera menutup muka kau tu Pakcik. Kahkahkah!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...