Thursday, October 24, 2013

Ilmiah : Bersihkan Jiwa..

assalammualaikum wbt..

Entri kali ni mungkin agak ilmiah skit, bukan nak mengajar cuma ingin berkongsi sikit sebanyak info yang aku dapat dalam usrah yang terbaru kelmarin..Macam biasa kalau Ustaz Hanafi yang datang mengajar beliau akan mengajar bab2 Tassawuf dan Sirah..aku perasan ramai yang kurang meminati bab ni, lantak korang la sapa tak minat..tapi tak tau kenapa, seriously aku sangat minat...

Topik usrah aku tadi sebenarnya berkaitan konsep berpasangan dan kepentingan zikir..bukan berpasangan macam yang penah aku tulis dulu LINK, tapi kali ni pelajaran ni lebih tinggi sikit..nak cerita detail-detail macam  ustaz memang tak dapek la jack..apa yang aku boleh ringkaskan dalam entri ni, hal berpasangan ni ecely tentang pasangan yang kita tak nampak dalam diri kita ni..

Mungkin ramai yang dah tau tentang kewujudan Qarin yang orang tua-tua dulu katakan itu adalah kembar kita, dan maksudnya pasangan la kan..tu cuma salah satu..tapi aku bukan nak bicarakan hal qarin tapi lebih dari itu..

Sebelum nak tulis ni aku google sikit tentang hal berkaitan apa yang ustaz tak terangkan lagi contohnya macam mengenai alam lahut, alam jabarut, alam malakut dan bermacam-macam alam lagi..ingatkan aku boleh la paham apa yang aku jumpa kat google tu, tapi ternyata memang macam apa yang ustaz bagitau la, kalau dah pas ilmu tu kalau belajar kat makkah, kira dah boleh balik la tu, just nak menggambarkan ilmu tu memang tinggi..satu hapa aku tak paham..



Sekadar ringkasan, roh kite ni telah dan akan melalui semua alam-alam tu la..tapi yang jadi topiknya sekarang..roh yang asalnya suci dan sentiasa mengingati dan memuji kebesaran Allah swt ni bila dah diturunkan ke dunia dan kita lahir telah menyebabkan roh kita lemah dan menyebabkan roh yang berada dalam jasad kita ni lupakan Allah swt..

Persoalannya kenapa?..

Bila roh diturunkan kedunia dan tercipta jasad, Allah akan mengurniakan kita jiwa dan akal..kalau ikut kata ustaz dalam konsep berpasangan, roh ni pasangan dia jiwa, dan anak dia akal..so roh ni ketua keluarga la kan..mulanya aku konfius gak sebab ingatkan roh tu la jiwa, tapi bukan rupanya..jiwa ni dalam maksud mudah dia hati atau perasaan la ye...cuma dalam masa yang sama bisikan syaitan pon datang dan lahirlah shahwat atau nafsu ni...

Kata ustaz, roh dan jiwa ni yang sebenarnya patut membimbing akal sebab akal tu anak..tapi istilah yang digunakan sekarang dah tak macam tu pon...apa yang biasa kita sebutkan atau yang orang tua kita pernah cakap untuk mengajar kita ialah contohnya macam ni..


"Hang jangan ikut hati, guna kepalotak(akal) tu sikit".. betul tak??


Imam Ghazali pon pernah berkata, Hati tu raja, Akal itu menteri..tapi kenapa kita kena ikut menteri tak ikut raja?..tu Imam Ghazali cakap, bukan kecik-kecik anak wei...sebenarnya takde apa yang salah dalam konsep tu sebab insan marhaen macam kita semua ni memang tak boleh berpandukan hati sebab hati kita ni lemah..hati tu la tempatnya syaitan datang membisikkan kemungkaran dan akal je yang last choice boleh membuat pertimbangan...tapi bila hati yang dah terlalu gelap ni membimbing akal..tu yang menjadikan seseorang tu semakin jauh dari Allah swt.. 

Dah tu macam mana nak bersihkan semula jiwa kita tu?..nak bersihkan jiwa, kita kenalah kuatkan la balik roh kita yang dah jauh terbelenggu walaupon asalnya roh la ketua dalam jasad ni tapi akhirnya nafsu dan akal saja yang menguasi..caranya berzikirlah..sebab tu ustaz2 selalu cakap zikir tu makanan rohani..tapi kita lupa, dalam masa kita cuma berdoa untuk jiwa,(doa tu kan cuma permintaan apa yang hati kita inginkan) tapi kita lupakan roh kita yang sangat perlukan zikir-zikir untuk kuat dan boleh membimbing hati..

So akhir kata, tu jela yang mampu aku terjemahkan dalam bentuk penulisan, walaupon rasanya tak sampai 50% pon dari yang aku dapat dalam usrah tu, aku dah rasa topik ni berat..mohon pencerahan dan tunjuk ajar andai ada apa tersilap dalam penulisan aku ni..yang baik datang dari Allah swt, yang buruk hanya dari aku..wallahualam..



16 comments:

  1. tak mampu la nak bagi pencerahan sebab aku lagi le tak faham ilmu pasla roh2 ni. Bila ko kata pasal Qarin tu aku teringat filem golden compass. Camtu le kot ada qarin yg sentiasa ikut kita. Cuma kita je tak nampak. Tapi Nicole kidman nampak. Ececeh. Merepek plak aku.

    Kesimpulan yg aku dpt drpd entry ko ni, ialah kita kena banyakkan berzikir untuk kuatkan roh kita yg lemah bila kita lahirkan dunia ni.

    ReplyDelete
  2. aku rasa benda2 macam ni kena pergi sendiri baru ada kefahaman...

    ReplyDelete
  3. aku boleh je google tp aku nk tanya gak. amende marhaen>?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku google je ni bg engko..ekeke..

      marhaen dalam bahasa inggeris adalah plebeian. yang bermaksud commoner. working class atau rakyat biasa. tapi dari segi negatif marhaen juga membawa maksud tidak berpelajaran, kurang ajar juga. Jadi boleh lihat maksud ni dari dua2 konteks. kalau positif lebih membawa maksud rakyat biasa yang sederhana. Atau mungkin ‘kurang ajar’ dari konteks tidak membenarkan diri ditindas. Semua bergantung pada konteks yang kita bicarakan.

      Delete
  4. Teringat satu lagu nasyid ni "pandangan hati itu yang hakiki, jika hati itu bersih".
    Hmmm... aku baca, dan cuba fahami. Sebab benda ni macam kau ckap, adalah peringkat tinggi.. point nyer, mari lah bersihkan hati dan banyakkan berzikir. Terima kasih untuk pengisian.

    ReplyDelete
  5. haahlah bandel. bila hal-hal tasawuf kat masjid, aku jarang nak fokus.. tapi bab sirah bes.
    aku pun taknak byk sebut pasal ni, sbb dia kena berguru, kalau sekadar baca, tu yg boleh jadi berguru dgn benda lain nanti.. (mcm cerita bismi-lakonan nasir bilal khan tu) sbnrnya aku nak sebut pasal roh yg jadi ketua tu. tapi, lebih baiklah aku bertanya pada yg afdal daripada aku gugel.. takut salah difahami-kan nanti.

    aku setuju dgn Lyd dan mama jj, bykkan zikir sbg mknan roh kita secara tak lansung bersihkan hati jg..

    ReplyDelete
  6. akk mmg suka sirah. Siap bole nangis2 bila dengar kisah nabi. Tapi bab nangis tu kalo ustaz tu pandai bercerita.

    ReplyDelete
  7. mak salu pesan.. berzikirlah selalu walau apa yg kita buat.. samaada tengah sidai baju.. hatta kopek ikan bilis pun.. huhuhu.. makanan rohani penenang jiwa.. marilah berzikir disamping itu membersihkan jiwa.. dan mengembalikan roh yg boleh jadi sepatutnya jadi ketua.. kann..

    ReplyDelete
  8. astagfirullah...

    walaupun penerangan kau sempoi... tp aku memahaminya...

    cuma, kalau boleh ko tyekan ustaz tu....

    mcm mana nak ubatkan jiwa yang kosong?

    ReplyDelete
  9. mcm dah lame x dgr pkataan qarin tu. x berpa arif n mcm menarik utk google psal qarin tu hehe. lpas ni nk google.
    ty bundle share ilmu ni :)

    chuu

    ReplyDelete
  10. aku cuba baca dan fahami..aku rasa aku faham serba sedikit..yg paling utama pointnya kena bykkan zikir la kan..Insyaallah beb sam2 kita jafikan amalan seharian

    ReplyDelete
  11. aku ni mcm malas je nk baca bundle..sejak dua menjak tiga menjak ni semua aku mlas.. tolong ketuk sikit aku ni

    ReplyDelete
  12. sy teringin nak blajar ilmu tasawuf. tapi kalo blajar dri buku je, risau menyimpang plk dr lndasan.

    ReplyDelete
  13. kesimpulannya,,kena banyakkan berzikir walau dimana sahaj atau apa aje yg kita lakukan..jadikan ia makanan rohani kita..betul tak pak ostat??

    ReplyDelete