Monday, December 22, 2014

Tadika Yang Sesuai Untuk Hero Aku..

Assalammualaikum wbt...

Dikesempatan bini dan anak aku sedang bercuti di rumah mak toknye di kampung sekarang, so aku pon ada la masa lapang sikit kat rumah ni mengadap blog walaupon agak rindu jugak kat depa sebab sunyi..sob..sob..so ceritanya kali ni, bila terpikir pasal anak, aku dah terbayangkan apa lah yang aku mampu bagi untuk anak aku 3 4 tahun dari sekarang..maksud aku pendidikan awal dia di tadika nanti..

Macam aku dulu, kemana lagi kalau bukan masuk tadika kemas je kan..serius aku masih ingat lagi serba sikit aktiviti masa aku di tadika tu..main, makan, menyanyi, belajar kenal huruf  dan lain-lain...pelik jugak, memori aku masa tu lekat kuat dalam kepalotak aku ni..hahaha..



Monday, December 15, 2014

Kisah Bubur Jagung Bergandum Ayam..

Assalammualaikum wbt..

Tak tau la sama ada aku yang noob atau perkara ni kurang diketahui ramai..minggu lepas bini aku sibuk la teringin nak makan bubur jagung..haa, ni takda kaitan dengan mengidam ok..so pendekkan cerita, masa shopping barang dapur kat Giant tu, dia pon beli la sekali jagung dalam tin tu dengan bahan-bahan yang dia guna nak buat bubur tu..

Disebabkan aku tak berminat dengan  bubur jagung, aiskrim jagung, air jagung atau apa-apa kaitan jagung yang telah dimodified ni, so aku tak amik kisah pon sebenarnya tentang isu bubur jagung ni..buah jagung asal je yang aku leh terima..tapi tah macam mana, bila dah keluar dari Giant tu baru dia teringat ada bahan lain terlupa beli..

nampak sedap, tapi kurang minat..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...