assalammualaikum wbt...
Lama aku tak buat entri ilmiah ye dak..ok kali ni aku nak share berkenaan apa yang aku dapat dalam majlis ilmu kelmarin..Percayakan korang tiada keadilan mutlak kat dunia ni..makin kita terima hakikat ni,bermakna kita akan semakin tenang..selagi korang tak boleh terima kenyataan dunia ni tidak adil, selagi tu korang akan kecewa, dan marah bila hanya kezaliman yang korang dapat..
Setuju?..contoh camni la, orang selalu cakap buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat..hakikatnya tak seindah realiti..nilah dunia..hahaha..tak penah ke tengok orang jahat bebas, terlepas? lebih dari tu pon ade, orang yang jahat plak di sanjung..dapat pangkat Dato, Tan Sri, jadi ketua masyarakat, terus bebas berbuat jahat dan menyamun..orang baik pulak terus ditindas..kemuncak ketidakadilan akan tiba ketika Dajjal keluar nanti..
Ini bukan drama, bukan filem..ini yang telah berlaku dan akan terus berlaku terutama pada akhir zaman ni..ini la yang sebenarnya dinamakan ujian iman..kalau mengikut pengajian tauhid tentang mengenal sifat-sifat Allah, kita sedia maklum bahawa Allah swt memberi dan menunjukkan sifat keadilanNya secara mutlak di akhirat kelak..manakala didunia Allah tidak menunjukkan sifat keadilanNya secara menyeluruh sebagai ujian kepada orang-orang yang beriman..
Bercakap tentang keadilan, pasti lah kita semua selalu mengharapkan ganjaran, pembalasan atau penghargaan terutama sesama manusia..contohnya suami yang berpoligami tentu akan mengalami situasi dimana isteri akan merasa ketidakadilanan terhadap dirinya..dalam berkerja pon sama..usaha kita yang lebih, tapi kurang mendapat ganjaran setimpal,macam tu jugak dlm keluarga, masyarakat dan apa situasi pon, hal ni memang sangat la lumrah..
So jelas kan, tiada keadilan yang mutlak di dunia ni...dah tu macam mana kita nak menghadapi sesuatu situasi andai keadilan tu memang kita tak dapat walau macam mana pon usaha kita?..takkan kita nak salahkan Allah sebab tak berlaku adil..hahaha..dalam hal ni kita berbalik la semula kepada yang mula tadi..Allah sedang menguji kita..dan sebetulnya memang apa yang Allah berikan pada kita kat dunia ni adalah ujian..
Jangan pulak kita sangka hanya kesusahan tu je satu ujian..buat baik terus terus diberikan balasan, Allah berikan kenikmatan pon sebenarnya satu ujian..dengan cara ni jugak sebenarnya kita belajar untuk berlaku adil..bukan sekadar dengan manusia tetapi berlaku lah adil dengan Allah..ikhlas lah dalam beramal..ingatlah yang di akhirat kelak keadilan yang sebenar-benarnya akan Allah berikan..
Banyak hikmahnya mengapa Allah berbuat demikian..salah satunya ialah untuk menunjukkan bahawa mereka yang mahu dan mampu melakukan kebaikkan dan meninggalkan larangan dengan ikhlas, sabar dan istiqamah hanyalah orang yang beriman..percaya dengan yakin bahawa Allah Maha melihat akan perbuatan itu dan membalasnya dengan ganjaran atau hukuman yang setimpal..
Kesimpulannya,marilah kita betulkan niat dalam melakukkan sesuatu tu..biarlah kerana Allah..percayalah walaupon tiada keadilan untuk kita dia dunia, walaupon tiada sapa dapat membalas kebaikan dan kejahatan didunia, yakinlah hanya Allah yang mampu kemudian hari...jadi terima la hakikat ni dengan berlapang dada..sekian...
p/s :boleh paham kan..aku malas nak ulas panjang-panjang..haha..
1st..
ReplyDeletenah bisjut..
Deleteeh tapi kat Malaysia ada Keadilan tau..Parti Keadilan Rakyat..hahaha
DeleteAbis org takde parti cam aku tak dapat la keadilan rakyat ek..hahaha..
DeleteEh ape plak takde parti Bundle..Ko parti bebas la..haha
Deleteoiii PRU dah habis la
royi ade x?? ekekek
Deleteroyi dah tamat tempoh la..hahaha
Deletestr0ngly agree...lambat laun pihak yang benar akan menang jugak..cuma masa yang menentukan..
ReplyDeletehujung akhir zaman nanti je baru jadi macam tu cik karmila..setakat sekarang ni redha je la yang org islam, orang baik, orang alim akan diuji kesusahan dan tiada keadilan..
Deletesetuju, kita bukan saja diuji dengan kesusahan,
ReplyDeletetapi dengan nimat juga kita akan diuji.
mmg nampaklah ketidakadilan berleluasa pada akhir zaman sekarang ni.
dan kita sebagai manusia, diberikan akal dan fikiran,
secara tak langsung boleh berfikirkan untuk sebelum melakukan sesuatu.
hidup didunia ni adalah ujian la senang citer..lepas ujian, kat akhirat ganjaran menanti..
DeleteYa. Kenikmatan pun satu ujian.
ReplyDeleteAsik anggap susah musibah je sebagai ujian.
P/s:Tadi aku rasa aku yang first. Haha.
jadi kene syukur la kan kalau dapat ujian nikmat..ko 1st ke td..ok aku percaya..hahaha
Deletefaham2!! :D hanya lam novel je ada betul2 keadilan.. -,-
ReplyDeletehahahaha..kaki novel betul ko ni..
DeleteSenang lenang pak imam tua lagi besar ujian dia, setan datang bertenggek menggoda. Ini lah dunia.. omputeh kata, this is life. hehheee
ReplyDeletesorry la aku baca ni dalam lalok sikit, komen pun alalalalong. panas kedo'ong ni sini.
betul gak tu..aku penah dengar gak pepatah tu..makin kite kuat iman, mkin besar ujian..this is life..haha
Deleteini tidak adil..
ReplyDeletetidak adil..
kteorg faham,
dunia x adil. haha
bgs..haha..aku ingat yuna tadi..haha
DeleteKalau nak citer pasal adil ni boleh bikin panas je. Cuma kalau kita redha dan tak fikirkan sgt pasal ketidakadilan tu, hati sendiri pun tak sakit. Apa aku merepek ni.
ReplyDeletebetul la apa ko repekkan tu lyd..keadilan tu kadang2 Allah saja tangguhkan kat dunia ni..ade boleh dapat, ade tak dapat..takdir
DeleteHipotesis aku ialah semakin kuat iman seseorang semakin banyak mereka di uji. Betul tak?
ReplyDeletebetul ustazah..camtu gak aku penah dengar..
DeleteWaalaikummusalam, aku nak insaf sekejap
ReplyDeletesila-sila..hahahaha
Deletenak jadi jahat la.. kot2 aq jd datin ke kan?? datin lina ..perrghhttt gempak gitu.. hahaha
ReplyDeleteini memnag tidak adil.. woha!! tidak adik bg aq seorang pkerja yang begaji sedikit, majikan mengambil bnyk hasil dr keuntungan yg telah pkerja usahakan.. memang tidak adil bgku!! kenapa tetiba.. ke salah komen.. ekekeke..
kbaii
aku tgh bayangkan ko nak jadi jahat lina..dapat la jadi bini datuk..ade skandal dengan gigolo..perghh..hahahahaha...
Deletetpi sayangnye ko cuma perkerja yang majikan mengambil hasil yang banyak dari penat lelah ko..hahahaha..memang tak adil..hahaha
dulu aku salu gak xpuas ati atas sesuatu perkara.. bila ade prob.. why me?.. bila tgok org hepi.. ah.. kn best lau aku pun cmtu.. tp itu dulu... now, aku dah malas nak pk2 semua tu.. jalani je kehidupan sebaik mungkin.. tak kira susah atau senang.. berlapang dada.. alhamdulillah.. hidup makin tenang.. walaupun dugaan dan cubaan dtg silih berganti. dah itu namanya kehidupan.. redah jelah. sekian..
ReplyDeletesebenarnya kan, orang yng ditimpa ujian nikmat ni memang la boleh lagi ingat tuhan tu adil..tapi kalau ditimpa musibah, jgn harap kita boleh redha dan2 tu gak..mesti kecewa, sedih, marah,..makan masa nak tenang tu..
Deletedah lama sedar dunia ni memang x adil.. sebab keadilan sebenar di Mahsyar nanti je. tapi apapon hidup musti diteruskan. untuk pastikan keadilan milik kita di Akhirat nanti. (cuba bermuhasabah dengan tulisan kau n diri sendiri.)
ReplyDeleteyup..mahsyar la tempat untuk dihitungkan segala amalan..
Deleteaku jadi respect pas baca entri ni...
ReplyDeletememang dunia takde keadilan, tapi kite mesti belajar menjadi adil kan?
kita ikut cara nabi saw..mst adil lah ye.sila lah dtg blogcsy..http://ajax85.blogspot.com
ReplyDelete