Friday, February 15, 2013

Untung la jadi penulis 'bebas'..

assalammualaikum wbt..

Artikel Budaya riak dan takbur yang Noob tulis baru ni sebenarnya biasa je bagi aku..aku pon dah tulis banyak kali dah pasal hal laman sosial tu..tapi bila skroll kat komen-komen, aku jumpa diorang kaitkan hal tu dengan blogging  plak..demm..

Hal ni berkaitan profile sebenarnya punca masalah utama yang aku nampak.."dikenali" atau "tak dikenali"..bila pikirkan hal ni..aku rasa macam tak adil la jugak apa yang Noob tulis..sebabnya dia pon ibarat Anonymous je walaupon suka kutuk anon..Registered user yang tak dikenali jugak..hahaha..

Aku terasa sikit la bila orang mengaitkan budaya riak dan takbur ni dengan aktiviti blogging...betul apa yang dikatakan Noob tu..ofcoz aku terasa sebab dia cakap betul..selama ni aku ingat kat laman sosial je lebih...thanks menyedarkan aku..

Spesis manusia yang memang suka menunjuk tu,aku takleh kata apa la...ada ramai sangat yang camtu kat FB..mybe aset dia banyak..tapi kalau kat aku ni, rasanya takda apa pon yang boleh aku nak tunjuk dan banggakan..aku cuma insan marhaen yang serba kekurangan..takda yang hebat pon..dan aku tak penah join gathering blogger..kehkehkeh...

apa yang noob komen ni lebih penting dari point dia kat entri dia bagi aku..yup.aku mmg suka baca komen..hehehe...



Disebabkan isu tu berkenaan riak dan takbur yang kita tak sedar, mungkin ada sebahagian entri personal aku dalam blog ni menjurus kearah tu ..apatah lagi bila aku upload gambar walaupon niat aku bukan nak menunjuk pon...payah jugak walaupon buat blog personal ni..ada je isu yang timbul..hahaha..

Lagi buat aku sentap sebab aku penah buat entri pasal pegi umrah dulu..serius aku takde niat apa-apa bila buat entri tu..lebih-lebih plak.masa tu kalau nak dibandingkan sekarang, aku takda pembaca pon lagi..entri aku sekadar untuk simpanan aku je..anon kat situ ada mengatakan..


"sedih bila tengok orang tunjuk gambar pegi umrah, dalam beribadat takleh riak.."


HUH!..Sentap, sebab aku penah buat..tapi bukan kat FB ye..cuma kat blog aku yang takda pembaca dan takda sesapa lagi yang kenal..So atas sebab ni aku aku terpaksa la remove entri tu walaupon takda sapa yang peduli entri lama tu..

Seriusly aku tak kisah bila orang nak kritik, kutuk aku bila tak sependapat dengan apa yang aku tulis..tapi bila kes macam yang anon tu cakap, ada betulnya walaupon niat seseorang tu dia tak tau pon apa..tentang hal ni aku terima pendapat dia walaupon aku rasa takde lah bersalah sangat dengan situasi aku tu..pilihan terbaik just remove..

Bila pikirkan isu ni, aku jadi down plak nak blogging..kan senang kalau aku seorang penulis yang tak dikenali..maksud aku bukanlah blogger dikenali macam brader taf tu..haha..cuma kan bagus kalau aku start blogging dulu sebagai blogger unidentified, anonymous, tanpa nama, penulis misteri (H)...hahaha..aku gelar korang ni 'penulis bebas' la senang...
 
Tapi aku respek obe gemuk la sebagai contoh..bukan sekadar registered user tapi tak dikenali macam kebanyakkan blogger sekarang..sapa yang berani sangat nak tulis perkara provoke, politik,sentap, menganjing, troll, isu sensitif, tapi dikenali macam dia..jangan cakap dia, sampaikan bini dia pon jadi mangsa orang kutuk sebab memang dikenali..hahahha..nasib lu la gemok..

Aku rasa entri aku ni dah macam melencong pon ade..hahaha..lantak la..so pada penulis-penulis bebas semua..sebabkan korang ni jenis bebas yang kalau orang nak kutuk atau puji pon takda apa yang menjejaskan korang..cuba la jadi penulis yang bertanggung jawab ye..untung lah tak dikenali..err..macam terbalik lak dari mcam biasa orang cakap..kehkehkeh..

Apa pon, kalau dulu aku blogging suka-suka, kini aku blogging memang untuk perkongsian dan berkawan..walaupon aku bukan blogger terkenal..cukuplah kawan-kawan pembaca setia blog aku ni kenal..walaupon aku tak join mana-mana group blogger, tak pegi gathering blogger, atleast kalau yang kenal aku tu,leh gak tegur kalau jumpa kat pasar malam kan..pengenalan aku kat sini memang asli..haha...

Okay la..last sekali, take note blogger personal semua..orang mungkin anggap kita riak atas sesuatu yang kita tunjukkan dalam blog walaupon cuma cerita peribadi..so berhati-hati la buat perkongsian tu..peringatan untuk aku jugak..apa pon terpulang la kat korang..blogging dengan berhemah, tunggang dengan cermat..ingat orang tersayang..

choww....


46 comments:

  1. Kadang kadang hati manusia ni susah betul nak di tebak. Walaupun niat kadang kadang sekadar nak kongsi, masih ada yang nak jadikan isu sebagai berlagak blablablabla. Complicated jugak eh. Hati manusia, susah nak faham -__-

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendapat kita tak sama tu biasala..tapi kalau untuk kebaikan bersama, kita takleh abaikan pendapat orang tu..

      Delete
  2. X mudah nk jd blogger ni. Tu cabaran dia. Kadang2 kita x de niat pn nk mnunjuk ke ape tp kita x boleh halang org lain nk brikn pendapat kan. Just let it be & teruskan blogging.

    ReplyDelete
  3. eh...no wonder la aku godek entry lelama kau takder pun pasal perkara disebut di atas. hehehe
    ni ada terpanjang pulak komen kalau aku nak ulas pasal riak ni, mau menangis semua kalau aku start berhujah hahah. bagi aku, tulis jer apa kita nak asal jangan sakitkan hati orang, dosa kita ngan tuhan, Allah tu maha pengampun, dosa kita ngan orang... payah wei.
    Aku sendiri pun ppikir namploh kali sebelum publish apa2 even cerita aku tu nothing just for fun share peel anak, tapi still takut ada orang terasa, ngna muka anak aku duk tepek hari2 tk pasal2 turut kena maki sekali harung. hahaha kan dah cakap terpanjang. ni banyak lagi aku nak cakap. jangan stop sebab sekomen dua tu please. ko bagi semangat aku blogging tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru baca entry mamat Noob tu, memang betul apa dia kata tu, even aku pun pernah publish satu entry macam tu tapi aku dah remove untuk menjaga hati banyak pihak hahaha. ala.. setiap benda kan ada pro and cons, macam aku nak share pictures and cerita ngan orang kat malaysia, kena juga on FB, walau aku kurang gemar.
      makpah mak temah kat kampung yang takder fb takder blog, pun ada jer riak cara mereka, payah benda ni. kita guna la ia sebaik mungkin.
      baru aku nak citer pasal JJ berak ahahaha.

      Delete
    2. pasal kalau kita wat salah dengan allah dan dengn orang tu aku setuju cakap ko..sebenarnya nak kata rumit idok la rumit sngt pon isu ni..tp sesetengah orang tu ada sikap yang complicated sikit kat dia kot..

      bagi aku islam pon ajar jangan bersangka buruk..so takda la timbul nak cakap orang tu tak elok, orang ni tak elok kan..lain la kalau betul2 nampak apa yng salah.baru tegur..soal niat orang ni, kita bersangka baik je la..

      Delete
  4. huhu...sy dulu suka tulis je apa nak tulis... tapi payah gak kan... pernah juga org jadikan blog n fb sy sbgi isu utk org adu dombakan sy dgn bos sy. Org tu siap geledah lagi blog n fb sy utk bhn buktinya mengadu domba, memfitnah, mengumpat aka menggosip sy kpd rakan2 lain. huhu... Lastly, sy save as draft je entri2 yg sy rs boleh menghancuskan telinga sy mendengar gossip ttg blog n fb sy. Tapi ada gak entri yg sy biarkan terpampang dgn hrpn biar 1day dia terbaca & tahu kesilapannya mencaca marbakan hidup sy walhal sy tak prnh ganggu pun hidup dia. bila hidup dgn rmi manusia, mmg camni. sobar je la... Inilah pengalaman hidup...yg merupakan ujian. Maaf ya mencelah disini. Tertarik dgn title entri

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum, kakzana rasanya first time dtg blog ni, bukan follower rasanya. Ckp psl riak ni, terpulang pada pandangan masing2. Kita share yg berfaedah, dapat pahala. Tak tayang kat blog pun contohnya pergi umrah tu, kita cerita kat kwn2 office, kat saudara mara pun boleh mendatangkan riak. Susah juga kalau apa yg kita buat semuanya jadi buah mulut. Penting sekali nawaitu kita.

    ReplyDelete
  6. Takde org cop 1st pun. Okey, 1st!

    Balek kelas nanti aku sambung komen ey. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada point yang aku setuju & ada point yang aku tak bape setuju. Macam komen Punzeel kat entry PON tu, berlagak or berkongsi aku pun dah tak reti nak beza. Aku pun camtu kut. Hahaha!

      Bab ramai yg menunjuk dan riak yg terang2 riak tu mmg aku pun langsung tak sangkal. Tapi bab riak tanpa sedar, riak tanpa niat, tu sume susah kut nak define if nak kaji betul2. 1st thing, aku jarang2 la nak pikir org tu nak riak or menunjuk bila dorang berkongsi apa2 pun bahkan dlm fb sekalipun. Entah. Aku anggap macam dea just nak bercerita ngan kawan2 dea je, tp tu la dorang lupa kawan yg tak bape kawan pun ramai kat fb kan? Err termasuk dlm blog la senang cite.

      2nd thing, apa kaitan jadi penulis bebas ngan riak? Riak tu sebuah rasa, kut. Contoh, org puji2 kau ke, kehebatan, aset, penulisan. Aku rasa riak boleh timbul samaada org kenal or tak kenal kau. Even if org tak kenal kau siapa, tp kalau org puji, kau terlebih bangga, tu bukan riak gak ke namanya? Tak kesah la org kenal kau ke tak. Riak tu kan perasaan kan? Ke aku salah faham?

      Tapi, main pointnya aku tetap setuju yg benda ni peringatan untuk kita2 gak sebenarnya yg suka sgt kongsi itu, kongsi ini. Aku setuju yg pasni mmg kena hati2. Aku pun jadi takut2 gak nak berkongsi. Aku rasa aku pun salu je terniat untuk berasa riak ni. Macam, konon2 merendah diri tp jauh dalam sudut hati mengharapkan org nampak kebaikan aku di sebalek rendah diri tu. Boleh timbulkan riak jugak tu kan? Err lama2 aku pun dah tak paham maksud riak tu apa. Hahaha!

      Delete
    2. Salam. Aku rasa hujah Liyaa Mf ni aku setuju.

      Kalau semua benda kita terlalu fikirkan, nampaknya takde la pembacaan... takde sape la nak menulis itu ini..

      Berserderhana dalam menulis.
      Kita tak boleh menepis semua pandangan orang tapi kita boleh menapis apa yang perlu.

      Anon,
      -kak6-

      Delete
  7. Itu tarak hal la bro, manusia dicipta berbeza pendapat...rambut hitam tapi hati sulam lain....ape2 pon jangan down... ape2 lu cerita pon kelasss bro...

    ReplyDelete
  8. apa yang PON cakap ada betulnya apa yg ko cakap pun ada betulnya cekgu. bagi blogger personal macammm...aku. take note!!!

    berpada dalam bercerita. cuma kadang kita dah rasa berpada-pada tapi penerimaan orang pula berbeda makanya dari aku rasa tak riak mana pun entry personal aku tapi bila orang pulak anggap riak jadi riak la entry tersebut. susah juga ek.

    ReplyDelete
  9. takde org ckp second pon. ok. aku second. balik dr site nanti aku komen. ni pun thru enpon dan sesungguhnya kemalasan log in..
    -kakak angkatmu-
    4feet8
    err jgn muntah.. kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. mm cakap liyaa yg 1st point tu aku setuju dan cakap encik H pun aku setuju. bila bercerita kat blog aku tak pernah terlintas, terfikir pun pasal riak. tapi kalau kau ada ternampak unsur2 tu kat blog aku, mohon komen kat entry aku "itu riak" n aku boleh padam atau edit semula. ;)

      Cerita tentang riak ni lagi, meh aku share;
      Pagi tadi aku share gambar KLIA 2 serta sambungan track ERL dari KLIA 1 ke KLIA 2 kat twitter. ok, tujuan utama, nak inform kat kwn2, yg ERL KLIA 2 dah siap dan akan beroperasi. itu info. tu saja. sekali keluar kat timeline aku, cakap aku riak.
      down betul. kalau tak suka bagitau tak suka, aku boleh delete gambar tu.. entahla..betul ckp encik H, kita tak boleh kawal apa pandangan org/penerimaan org atas apa yg kita share.

      nota tambahan: terima kasih bandel entry ni, aku akan belajar buat entry nota pendek je lepas nih. mmm.. mungkin. ;)

      Delete
  10. menunjuk tu lain..berkongsi tu lain..tak semua yg menunjuk tu niat berkongsi..dan x semua yg berkongsi tu niat menunjuk..

    cth macam ko sndiri la..since ko pun dah prnah buat entry pasal menunjuk kat fb, aku x fikir ko akan ada intention untuk buat benda yg sama kat blog..means ko cuma nak berkongsi, bukan sbb nk menunjuk..

    pasal umrah tu, aku prnah nmpk gmbar..tapi x ingat la aku prnah baca ke tidak..kalau aku baca pun, aku x rasa benda tu nak menunjuk..lagi motivate aku utk pergi umrah ada la..

    tapi x bermakna la yg ko xde perasaan riak..sikit2 mesti ada yer tak? hahaha..aku pun sama jugak kot..tadi bila aku tengok2 balik entry lama, nampak macam citer pasal beli kereta baru tu berunsurkan riak pulak..padahal bukan aku nak menunjuk beli kereta pun, sekadar cerita jer kot..

    kesimpulannya..kita xleh kawal fikiran org sama macam apa yg kita nak..contoh macam brader taf tu..mungkin dia cuma nak kongsi citer pasal anak dia..tapi aku tetap akan rasa, "ah lu ni menunjuk la bro..org lain pun ada anak kot..tapi xde la sampai anak kentut pun nak tulis dalam blog".

    so camtu la kesimpulannya..kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. geng, aku sokong ape yang H cakap....

      pengisian yang lebih penting tunjukkan yang seseorang tu menunjuk atau tak.

      bagi aku la.

      kalo ko cerita pasal ko pegi umrah, lepas tu mintak rakan taulan blog mendoakan, contohnye la kan.

      tu dah kire ko berkomunikasi 2 hala. kire macam ko bagi tau kawan-kawan yang ko pegi umrah. doa kan ko selamat pegi dan balik.

      sebab tu antara menunjuk atau riak atau ikhlas atau berkongsi ia berkenaan dengan niat dan cara perkongsian cerita la.

      tu je hujah saye yang arif. sekian :P

      Delete
  11. Alaa rasa nak nanges pulak baca entri ni haha. Dah kenapa aku sensitip sangat nehh haha. Memang, niat kita orang tak tau. Yang penting kita niatkan betulbetul nawaitu kita terhadap Allah. Pasal riak ni memang susah kita cerita. Entahhlah, saya sebagai blogger yang guna identiti sendiri pun terasa huu :/

    p/s : Abam jangan stop blogging, blog sape saya nak baca lagi nanti huhu.

    ReplyDelete
  12. riak atau ikhlas tu rahsia hati. siapa je yang mampu bagitau rahsia hati orang lain secara tepat melainkan ALLAH? lagi satu, kadang2 kita nampak ada orang tu macam sombong tapi sebenarnya dia bukan camtu. sebab tu x penting sangat perhitungan manusia atas perbuatan kita. yang penting tujuan n niat kita mengeluarkan sesuatu hujah.
    lagipon kita x disoal nanti tentang pandangan orang lain terhadap perbuatan kita (yang kadang2 tu langsung x kenal siapa kita), tapi kita disoal berkenaan niat n amalan kita sendiri.
    so pasni kalau betul ada lagi orang sindir kata x ikhlas, sombong or nak meriak, tanya balik diri.. apa niat asal n tujuan kita keluarkan entri or hujah tu?

    ReplyDelete
  13. Soal riak ke tak riak tu hanyalah conclusion yang org membaca tu buat. Mungkin apa yang seseorang tu post tak de niat nak riak pun. Contoh mcm ko kata pasal kisah ko gi umrah tu la. Ko tak de niat. Tapi oleh sebab ko taknak nanti timbul fitnah [sbb kalo kita buat sesuatu yang boleh mengundang fitnah, kita pun turut berdosa jgk], betul la tindakan ko utk remove entry tu.

    Kadang2 aku pun ada jugak rasa menyesal sebab expose diri aku, dan gmbr2 aku kat blog. Sama mcm ko fikir, kan elok kalo aku jadi penulis misteri. Rasanya akan lebih banyak entry yang lebih membina minda yang boleh aku tulis tanpa melukakan hati org2 terdekat aku. Tapi apa bleh buat. Sushi dah menjadi bubur wasabi. Kalo nak jadi penulis yg macam tu, aku kena buka blog baru. Tapi kang takde org baca, takut message tak sampai. Aihh... dilema2. So, dah alang2 sampai ke sini aku berblog... aku pun buat mcm ko la. Blog utk berkawan. [semua nak tiru ko. Hahaha.. ]

    ReplyDelete
  14. kau pernah datang singgah blog aku tak? hehe .. aku pun antara golongan yang tak dikenali. aku suka berkongsi , bercerita sebab aku memang suka menulis dan mengarang. aku pun tak pernah cuba nilai isi blog aku tu. yang aku tau , blog aku , mesti semua betul. hahaa!

    yeah , penulis bebas doesnt mean kau bebas menulis tanpa sempadan. banyak hal kau kena fikirkan dan sekali kena tapis juga sebab kau tak tau pembaca kau dari golongan mana. golongan muda mudi ke , tua ke , perdana menteri ke , retis ke. kita mana tau kan.

    ReplyDelete
  15. seriously ku tak setuju,, kuguna fb sbg tmpat simpan gmbr,, contoh spupu kawin ari tu, kakak dia ada kat sabah. bila yang jauh2 dh tgk, kupun privatekan album,, tkkan tu pun salah,, orang yang berprasangka buruk je kot pk pasal riak. mybe ada yang riak tapi tak leh la nak generalise semua yang share gambar tu riak. nk kongsi ngan kawan tak de salah di situ rasanya,,, pendapatku jela,, kalau salah,, buat2 betul jela,, hehehe,, slmt solat jumaat :D

    ReplyDelete
  16. ehm entry daku ada yg riak kot..hahaha...terpulang pada individu bagaimana nak nilaikan sesuatu tue..tp ygbab derma bagi cek besar tue serius mmg menunjuk2

    ReplyDelete
  17. HAHAHA lawok pun ade.. ;))

    actually senang je Bundle utk Na klau org tu fikir positive dye akn rasa org yg publish tu just nak share bercerita ..blog masing2 fb masing2 tweet masing..
    so apa yg dyeorg nak buat actually hak dyeorg..klau xsuka REMOVE kan mudah??

    klau yg fikir negative tu laa yg yg akn fikir org tu nk riak laa nak blagak laa mcm akan fikir yg negative je laa..sbb kekadang org yg fikir negative ni tergolong dari bnyk sifat contoh jeles/iri hati-sbb dye xboleh dpt n ada ape yg org lain dapat dan ade .kan sennag kita bersyukur dgn ape yg kita ada jgn iri hati dgn kelebihan org dan jgn ada perasaan dengki..jgn suka berfikir bukan2 terhadap org..klau hati kita mulia bersih dan bagus..kita xkn terdetik berckp pasal org lain riak laa takbur laa belagak laa KAN KAN KAN

    ReplyDelete
  18. hmmmmmmmmmmmmmmm (panjang pulak 'hmm' nya)
    betoi jugak la ap yg hg ckp tu.bukan betoi jugak,tp mmg betoi.social network revealing ur real attitude. sbb sbelum ada fb orag xtau dia ni gila glem ka apa ka.tapi tak semua,itu sudah pasti.better jadi silent writer sbb org diangkat dan dinilai berdasarkan idea dia,keperibadian dia,bukan rupa.kalau kaya,muka lawa,otak kosong tak guna gak.kalau nak menulis atau share apa2 lebih baik sebarkan sesuatu yang berguna pada org lain. kalau takat nak sembang2 atau share gmbaq,kat org2 tertentu dah la. kalau dh bnyak kali sangat upload gambaq,selesa dengan pujian yang diberikan,walaupun niat dia tak terpesong,orang akan anggap lain dan menimbulkan fitnah.tu pendapat aku yg jahil ni la. wallahua'alm. ^^

    ReplyDelete
  19. boking meja d sni.. kejap lg aq buat entri... hahaha

    ReplyDelete
  20. chic na was here.. :D

    actually xreti nak komen since chicna pun masih newbie. tp kebanyakan blogger termasuk diri sendiri, hehe.. buat blog ni macam life diary, so tak kisah la kot nak tulis ape. mungkin niat dia just nak berkongsi. menunjuk @ tak tu hanya pandangan readers sahaja. yayyy berjaya komen. haha..

    ReplyDelete
  21. Riak?

    hmm, sy suka baca entri2 cmtu.. entri org g umrah.. entri org dh beli keta idaman dia.. entri yg menghepikan la.. so, dlm kita baca tu, kita bleh berkongsi kehepian si penulis.. ^^ riak tu dri si penulis lah kan.. tapi sbg pembaca yg budiman, anggap je r yg dia tu nk share.. hehe..

    ReplyDelete
  22. itulahnye..hati manusia..apa-apa pun pada aku bersangka baik je la dengan semua dan ape je dorang nak share tu..samada dia nak riak ke takabur ke itu dia sendiri dgn Allah je yg tahu..ada la balasan nanti akibat niat tak elok die tu..Allah kan adil dan maha mengetahui..

    ReplyDelete
  23. semua komen berjela jela....

    benda riak, menunjuk ni complicated sebenarnya. sebab kalau kita duduk sebelah pihak yang cakap "kau ni riak,nak menunjuk, perasan" , memang selamanya kita akan nampak yang dia dia dan dia tu riak...

    but kalau kita duduk bersila kat side yang satu lagi... kita akan fikir apa yang dia buat tu tak riak pun.. senang cite, 'kita' tu maybe seorang yg optimis.. tak pikir pun orang tu nak menunjuk ke ape.. maybe kalau dia buat sesuatu yang boleh mendatangkan riak, contoh share gambar pegi paris ke.. dia tak rasa pun yang benda tu riak. sebab memang dia takde niat nak menunjuk. sekadar berkongsi. it comes from dia bersangka baik terhadap orang. so dia expect some sangka baik jugak dari orang lain.

    well, u look what u see kan. dalaman mana tau. orang ni susah nak dijangka. nak puaskan hati semua pihak memang susah :)

    so it depends kepada si empunya badan tu sendiri... Mem aku penah cakap, kalau kita selalu dok kata orang, nanti Allah balas kat kita balik. Yang orang riak dalam erti kata sebenar tu, maybe dolu2 dia suka dok kata orang lain riak kot..

    if ada orang post gamba kucing siam rege 4K, gamba skyline baru keluar kilang sekalipun.. inshaAllah aku takkan pikir dia riak.. KALAU aku kenal dia. KALAU dia tu kawan aku. tapi kalau strangers yang post cenggitu, sedikit sebanyak confirm aku akan cakap "hailoh.. menunjuk!" hahahahaha

    p/s: aku suka bebeno tengok gamba anak pakcik taf tu.. gamba anak dia je ok.. gamba pak dia buat ape :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk.. muhun abam bundle check karangan saye -_-"

      Delete
  24. Tulaa... semakin blogger tu makin dikenali, setiap entri yang nak ditulis kena slalu hati2 sebab boleh jadi isu.. kadang2 rasa tertekan jugak sbb rasa macam tak bebas dalam menyampaikan sesuatu.. yela nanti kena saman pulak.. huhu

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  26. bila aku bc entry ni, aku rasa xjadi nak update pic bini..
    klau aku update, nanti de yg kata aku riak lak.haha

    ReplyDelete
  27. ssh nak cakap bab riak nie..yg penting niat kita..macam aku kadang2 nak tulis tu aku delete balik sbb ssuatu benda tu menjurus kearah riak..wpun niat aku bukan tp aku andaikan benda tu tak luak pun klu aku tak inform dlm entry..

    setujulah yg kita kena hati2 dlm setiap perkongsian..:)

    ReplyDelete
  28. benar juga... adakala kita berkongsi tapi dianggap menunjuk. perlu berhati2.

    ReplyDelete
  29. tak..masalahnya kenapa semua orang komen macam nak buat entri lagi satu? -.-

    ReplyDelete
  30. Replies
    1. betul..niat kene ikhlas dan selalu bersangka baik..habis citer..

      Delete
  31. berbalik kepada blog/upload pasal gambar2 pergi umrah aku tak rasa salah kalau tujuannya betul..sometime kita tak tahu, dengan membaca pengalaman/nelihat gambar orang kat mekah akan membuatkan seseorang itu terpanggil untuk menziarahi mekah..itu just personal opinion aku jer laa..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  32. hahaha sentapppppppppppppp.
    ntah ye. aku rasa takde siapa boleh lari dari isu ni. kadang tu bukan adddda niat untuk riak pun, skadar nak share apa yg buat kita hepi or bhagia. then org salah tafsir. but then turut x dinafikan mmg ade sestgh org yg mmg niat dia untuk bermegah. *mintak dijauhkan*

    err..


    chuu muqhlis

    ReplyDelete
  33. kurangkan tulisan, lebihkan lukisann...hahhha, ni yg hamba nak buat skrg nih..takot kena pangkah kalau lebey2 ayat..hati org, bukan kita tahu.

    tpppppp, still suka dtg sini walaupon line cam tak sehat jek 2,3 ari nih..haaaihh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...