Wednesday, August 21, 2019

ULASAN SPOIL, DEAD A WEEK (OR YOUR MONEY BACK).

Salam..

Malam tadi aku sempat la layan sekejap movie kat astro..buka je tv cerita tu pon dah start..apapon masih boleh paham la apa terjadi sebelum tu walaupon tak sempat tengok dari mula..

Cerita ni mengisahkan tentang seorang penulis yang gagal la pada dasarnya.kemungkinan dia seorang penulis novel..hasil penulisan dia ni takda mana-mana syarikat penerbitan pon nak terbitkan..memang loser la..haha..

Aku tak pasti apa masalahnya dia ni sebenarnya selain penulis yang gagal sebab nampak ok je, tapi yang heran, dia menulis tentang kejadian bunuh diri..lagi gila kejadian yang ditulis tu berkisahkan tentang diri dia sendiri yang nak bunuh diri..dan lebih kurang 10 kali percubaan dia cuba bunuh diri pon gagal jugak..haha..

Macam-macam cara dia cuba bunuh diri pon tak berjaya..haha..hidup susah, nak mati pon susah la ni gamaknya..hahaha..sampai satu masa, akhirnya dia dapat hubungi pembunuh upahan dan minta dia dibunuh..part yang lawaknya, pembunuh upahan ni siap ada brochure bagaimana cara nak mati.


Nak mati cara hero mahal la skit..disebabkan mamat ni takde duit, maka cara mati yang disyorkan cuma di tembak dari jauh je la..so lepas setuju semua dan sign aggrement, dia akan dibunuh dalam seminggu atau wang dikembalikan..

Nak jadikan cerita, pembunuh upahan ni pon gagal jugak untuk bunuh dia..haha..bukan cakap mamat penulis ni mengelak pon, cuma masa dan detik ketika pembunuh upahan ni tembak pon akhirnya tersasar pada orang lain..bukan sekali jer percubaan dua 3 kali pon masih tak kena..hahaha..

Dah la orang lain yang jadi mangsa tu orang awam, polis..tak pasal-pasal pembunuh upahan tu kena panggil persatuan assasin  dan dipaksa bersara awal..hahahaha..bos dia kata 'sebagai profesional, kita tak tersasar dalam membunuh'.. hahaha.

Dan lepas tu, aku tak tau macam mana kesudahannya sebab aku pon tertidur kat sofa..dia hidup atau mati lepas tu, ntahlah..hahaha..cuma pengajaran yang kita sebagai orang islam yang dah memang patut tahu yang bunuh diri tu berdosa besar..mati masuk neraka..dan percayalah qada dan qadar..hidup mati urusan tuhan..kalau belum masanya mati, maka hidup la kita..orang-orang dulu ada berkata, pantang maut sebelum ajal..sekian..


p/s : nak tau kesudahannya, tengok la sendiri ' dead in a week, (Or your money back)'


Monday, July 8, 2019

CABUT GIGI GERAHAM DAN DRY SOCKET..

Assalammualaikum..

Serius tak sedar dah dua bulan aku tak update apa-apa..baru cadang nak rajin blogging tahun ni..lupa dowh nak bukak blog bila dah aktif balik guna instagram ni..kehkeh..

Kita skip jela bulan puasa dengan raya punya cerita ye dak..entri ni aku nak cerita pasal aku cabut gigi lagi..last aku cabut gigi dalam entri blog ni ialah pada tahun 2012 dulu..pehh..lama seyy..kemain rajin lagi aku tulis entry panjang lebar masa tu.. boleh baca sini kalau rajin : kronologi maksilofasial surgery

cerita pasal kali ni, simple sikit tapi sakit jugak..tu je aku leh cakap..sakit gigi ni memang buat jiwa aku kacau la senang cerita..so kronologi kali ni begini ceritanya..pada Isnin minggu lepas 1/8/2019, lepas dah beberapa hari gigi aku terasa sakit bila minum ais, aku jadi stress dan terus nak jumpa dentis..

So dengan harapan gigi aku yang dah lama aku tau berlubang ni dapat la dia tampal..so aku takda la terpikir langsung pasal nak kena cabut ni..bila dah doktor chek, terus dia cakap, gigi aku ni dah takleh tampal, kena cabut jer..aku pon biar jela dia buat kerja dia, asalkan aku nak gigi aku tak sakit lagi..

Sengsara pertama aku masa tu ialah aku lapar..aku saja taknak makan lagi sebab nak elakkan ada sisa-sisa makanan la kononnya masa doktor nak tampal tu..yang jadi masalahnya, giliran tu terlalu lama dan membuatkan aku lapar sangat..dah la lapar, lepas tak boleh tampal, dia cabut terus..korang ingat lepas cabut gigi geraham tu, boleh senang2 ke aku nak makan..adoiiii..

Dah la aku dapat doktor yang tak berapa pakar..sorry la terkata, walaupon aku tau, manusia tak lari dari kesilapan, tapi nak buat camna, aku jadi mangsa..mujurla aku ni takda lawyer dan bukan org kaya..hahahaha..

apa yang jadi kat aku masa nak cabut tu ialah, aku kena bius dulu..lepastu kena keluar semula..selepas setengah jam menunggu dan bius pon dah nak habis, baru giliran untuk cabut gigi aku ni dipanggil..kalau korang pegi klinik swasta tak rasa la camni ye..masa ni aku terus je cakap kat doktor tu yang bius dah tak rasa..

mujur la aku cakap terus terang kat dia. bila mikirkan apa yang terjadi lepas tu, aku rasa  alhamdulillah kena cucuk bius balik,rupanya ada hikmahnya..korang tau, hampir sejam doktor tu tak boleh cabut lagi gigi aku..habis dah muka kepala aku ni kena tonyoh dah..mulut pipi aku ni koyak, bibir aku melecet siap..cuba kalau bius tu tak cukup, rasanya aku menjerit kat situ gak..

Bila akhirnya doktor tu tak mampu lagi nak buat, maka terpaksalah doktor lain ambil alih  yang cabutkan gigi aku ni..yang tak eloknya, pendarahan kat gusi aku ni tak berhenti..jawapan kenapa darah tu tak nak berhenti ni aku baru je dapat tadi disebabkan trauma masa mencabut tu lama sangat..

Pendekkan sikit cerita ni..selepas 4 hari aku cabut gigi ni, sakit masih kuat..panadol dan painkiller dan macam gula-gula je bagi aku..kentut pon dah bau panadol..kebetulan aku ada sorang kawan ni yang bakal jadi doktor gigi tak lama lagi, so lepas aku bagitau apa yang aku alami, dia cakap aku kena..DRY SOCKET...jeng..jengg..jengggg...


serius wei, dry socket ni sakit..dah la siap ada infection lagi..adoii..2x sakit..benda ni plak selepas 4 hari aku sakit baru aku tanya dia..kalau aku awal sikit mybe dry socket je tanpa infection..aku malas nak cerita apa benda dry socket tu, korang google la sendiri..kang makin berjela kang entri ni..hahahaha..

So, lepas dapat tau apa yang aku alami ni, pada hari tu juga aku terus pegi cari klinik gigi..maka pada hari itu dalam sejarah jugalah 1st time aku masuk klinik gigi swasta dengan harapan dapat rawatan yang lebih sempurna dan boleh sembuh cepat..malangnya, aku tak dapat apa-apa yang di harapkan pon..hahahaha..padan muka kau..sakit dapat, duit pon terbang begitu saja..bil aku buat rawatan dry socket kat klinik tu RM 145 kot..balik je rumah malam tu, bila habis bius terus aku nak jadi gila balik menahan sakit gigi, sakit kepala, sakit hati (pasal bil mahal).

Bukan malam tu jer aku sakit tapi sampai ke pagi tadi yang genap seminggu dari isnin minggu lepas aku masih sakit..dan buat kali ke 3 pulak harini aku jumpa lagi dokor gigi..huh..aku nak menaip cerita ni pon dan letih apatah lagi sakit dah seminggu ni..doktor harini lepas dia cuci-cuci dan nak tampal socket tu, dia ada letak ubat cengkih..alhamdulillah aku rasa lega sikit harini dan tak makan panadol lagi..harap terus lega la..

sekian..
huh..penat ..

Friday, April 19, 2019

MEMBEBEL JER..

Assalammualaikum..

Bercakap tentang berkongsi cerita, gambar dan sebagainya dalam media sosial ni, itu benda biasa..nak pulak kalau dia ada momment best dan special..aku pon sebelum ni kemaruk gak, tapi mujurlah akhirnya dapat stop..haha..mesti ramai orang tertanya-tanya aku senyap dalam sosial media ni hilang kemana plak..(padahal takda sapa pon kisah pasal aku).ok fine...hahahaha...

Tapi serius,kadang-kadang aku rindu gak nak tau cerita kawan-kawan lama yang penah rapat dulu..mula-mula dulu lepas kurang jumpa, boleh la lagi berhubung dalam FB.tapi bila sampai satu masa, akaun FB masing-masing dah tak aktif.yang tinggal cuma gambar profile dan posting yang dah bertahun-tahun lepas jer...

Lepas tu, plak kalau ditakdirkan tetiba terjumpa, member-member ni plak dah mula panggil kita dengan bro-bro jer..percayalah anda masa ni silaturrahim tu dah longgar dan fak..dah apahal plak kan, dulu elok je panggil nama, tapi bila dah lama tak jumpa, jadi berbro-bro plak..isk tak  boleh blah la aku..apa nak buat, masa berubah..sedih.

Apa yang aku nak bagitau sebenarnya, aku masih nak berkongsi cerita lagi, nak pulak hidup aku sekarang makin berseri-seri dan penuh warna-warni kan..kihkih..cuma insya'Allah kalau aku free aku tulis kat sini jela..kat FB dan IG aku dan segan nak guna..hahaha..kalau nak ikutkan faktor semasa, IG dan FB aku akan lebih meriah sekarang ni dengan story dan gambar-gambar berbanding dulu..senyap bukan sebab tinggal dalam dalam gua tau..

Dan sebenarnya, aku dah lebih menikmati hidup tanpa sibuk nak "terlalu" berkongsi ni..maksud terlalu ni macam 'live' la senang citer..baik story atau gambar, masa-masa kita tengah menikmati momment tu gak duk kalut nak bagitau orang dan share..macam dah takda masa lain..kan bagus enjoy jer dulu dengan apa kita buat..malas nak ulas banyak, nanti aku kena kecam plak..hahaha..so terpulang masing-masing..aku bukan menilai, tapi aku dah lalui dan kesimpulanya bagi aku, itu adalah sangat tak best..

p/s : selamat menyambut ramadan..bersedialah akan datangnya satu bulan yang penuh perkongsian yang bukan-bukan dan sia-sia di alam maya ini...done tarawikh..kahkahkah..

Thursday, February 7, 2019

PENYELESAIAN MASALAH GILA KOPI.

Assalammualaikum wbt..

Dalam entri ni, ada dua perkara utama aku nak story berkesinambungan dengan dua entri yang lepas..pertama, tentang aku nak jadi coach untuk bini aku diet tu..kesimpulannya "misi gagal" ..tak sampai seminggu pon dia mampu diet ni..tu la sajalah cerita sedih untuk kali ni, tak mampu ulas panjang lagi..hahaha...

Hal kedua berkenaan tebiat kemaruk kopi aku ni..alhamdulillah, aku dah jumpa solution..jimat akhirnya poket aku ni..tak sia-sia aku tekan butang share blog ni untuk kawan-kawan kat facebook baca dan akhirnya ada feedback dari sorang member ni..

Yang bestnya, dia siap tolong belikan lagi..bukan semata kopi, tapi ada item lain macam tapak penapis dan kertas penapis dia skali..tu pon kena beli kat tempat berlainan dari kopi..memang aku hargai sangat la..

So, aku nak share pulak kat sesapa yang kot ada masalah kemaruk kopi ni gak..semoga masalah tu boleh selesai..pertama sekali, kena la minat kopi sebenar..bukan jenis hat minum kopi hipster macam frappe tu..kalau minat kopi o takpa..lepas tu kalau nak minum cappucino ke latte ke frappe sekalipon,  tu just olahan sendiri..yang penting bahan utama iaitu kopinya kena betul..

pilhan aku dah tentulah espresso..

Pertama sekali, sila dapatkan kopi Ikea..yup..Ikea tempat jual perabot tu..korang kalau biasa pegi Ikea, kalau perasan tu, perasan la ada satu cafe or shop lepas dari kaunter bayaran tu tempat jual kopi ni..aku cerita ni base on member aku bagitau jer pasal dia yang tolong belikan..aku ni jarang sangat nak ke Ikea tu..

Dan kopi ni ada beberapa jenis la.tu terpulang selera masing-masing..macam aku, aku memang ambil kopi yang paling kuat..jangan risau kalau tak tau kuat ke tak kopi tu pasal kat bungkusan dia ada label macam bar bateri handphone tu..kalau penuh tu tandanya kuat la dan sebaliknya kalau kurang..

So bila dah dapat kopi, barang lain yang korang perlu ada adalah penapis..kemungkinan ada jual juga kat situ..tapi kalau ada mungkin harganya agak mahal..tapi jangan risau, pasal pegi cari kat DAISO jer..benda alah tu macam ni..

yang bentuk cawan tu tempat letak kertas penapis tu..dah tu jangan lupa beli kertas dia sekali....
Bila dah cukup barang-barang yang korang diperlukan..lalu depan mc cafe, korang korang lambai  jela pasni..pendapat aku, kopi ni dah memang dah kena sangat dengan cita rasa aku..aroma, rasa dia memang aku gerenti sama je dengan americano yang biasa aku beli..baik ais atau panas, takda masalah..so jangan bazirkan lagi wang anda..hahaha..



P/S : mesti casher familymart tu rindu aku dah berapa hari tak datang beli kopi..hehe..

Tuesday, January 29, 2019

KEMARUK KOPI..

Assalammualaikum..

Sejak kebelakangan ni, kegilaan aku terhadap minum kopi makin teruk.lebih teruk lagi bila belanja pon makin meningkat pasal kopi ni aku tak boleh bancuh sendiri dan cuma boleh beli jer kat kedai-kedai yang menjual kopi ni..demm..

Kalau harga kopi ni singgit dua jer tak lah kisah sangat..ni yang paling murah pon rm3.kuantiti dia plak cup kecil je..memang tak puas..so biasanya aku beli besar.harga rm 6 ke atas..kalau mc cafe , tealife, dah rm7 keatas.starbuck toksah citer, not my taste dan harga lebih yahudi..

Sebab tu kemampuan aku sekadar beli kat Familymart jer..sampaikan dah femes aku tak kira shift mana pon casher familymart ni, nampak je muka aku , dah tau dah aku datang nak beli kopi..kehkehkeh..


Tapi jangan korang ingat kopi kat familymart ni tak setanding kopi-kopi kedai hipster lain..kalau setakat kopi americano aku ketagih ni, sama dengan je kat mana pon selagi dia guna mesin..cuma starbuck je lain sikit yang aku penah minum sebab ada campur tangan manual nak bancuh agaknya, dan rasa pon tak sedap..

Hat kedai lain, rasanya sama je, cuma harga berbeza.jadi, kenapa perlu bayar lebih...haa, kan dan macam trivago..haha..

Dan untuk pengetahuan korang, aku pon pernah cuba bancuh sendiri kopi segera untuk untuk jadikan americano..memang betul-betul ikut arahan dan sukatan tapi hasilnya tak jadi juga..so aku putus asa nak beli serbuk kopi paket yang bancuh sendiri ni..tak mungkin boleh jadi americano macam kedai kopi moden ni jual..

Kalau dulu aku sibuk cari serbuk-serbuk kopi segera untuk buat americano..habis pasaraya aku geledah, kat online shopping pon aku cari gak..tapi sekarang aku dah tak cari kopi lagi..sekarang ni aku cari mesin kopi terus..hahaha..mampusss...

dapat bonus lebih ke, duit tepi ke memang aku beli gak nanti, insya'allah., harga mampu milik gak..mahal lagi mesin cuckoo aku tu..haha..

p/s : moral of the story, jangan ajar diri korang minum kopi kuat macam ni, akibatnya, kemungkinan besar korang tak nak lagi minum kopi biasa macam nescafe, kopi kampung dan sebagainya.bukan tak sedap, cuma rasa dan aroma hat lain ni kalah..hilang feel kat kopi lain bila dah biasa minum yang power macam americano ni..



Wednesday, January 16, 2019

COACH JADIAN

Assalammualaikum wbt..

Mulai harini aku dah start jadi coach kurus tak bertauliah tanpa gaji dan akan menghadapi tekanan yang kuat disebabkan aku akan guide bini aku sendiri untuk kurus..ntah macam mana nanti, kita tunggu la keputusannya sama-sama ye..

Macam sebelum ni aku diet, aku boleh hilangkan 10 kg berat aku dalam masa dua bulan, so bini aku pon mesti boleh punya..tapi tah kenapa aku dah rasa seram-seram jer bila nak guide dia ni..kalau korang pernah diet, mesti tau yang diet ni ofkos kenyang tak kenyang mana, makan pulak tak sedap mana..

Nak paksa bini aku ni makan yang tak sedap ni yang buat aku risau ni..haha..yela, ibarat singa diberi makan sayur kan..dah la bini aku ni memang spesis singa jadian gak, tambah pulak jadi singa lapar kan..serius takut aku nak bayangkan oii..hahaha..

Cuma kali ni aku harap diet dia tak separuh jalan la.serius kalau menjadi dan dapat kurangkan 10kg yang aku target..baru la  body tip top macam dulu.kesihatan pon mungkin lebih baik nanti ye dak..secara tak langsung, aku pon boleh sambung gak diet aku balik sama-sama biar sampai boleh dapat sixpack.

asal diet je makan epal,.hahaha.. 

Bukan apa, aku ni insya'allah dah boleh menten jer berat lepas dari diet hujung 2017 dulu sampai ke la, masih steady hot and spicy..cumanya nak perut sixpack macam muda2 dulu belum dapat..apa pon syukur la boroi tu hilang dan tak muncul balik..serius boroi tu menyakitkan mata dan memalukan aku..

Aku tak tahu kat mana la point yang sesetengah orang cakap, lelaki perut buncit lepas kawin tu nampak comel la, nampak hensem la..isk tolong la..jangan nak ada cita rasa bukan-bukan boleh tak.hahaha...kalau diri sendiri yang boroi tu suka diri dia yang camtu aku leh hadam lagi..tapi bila orang lain nampak elok tu aku heran..hahaha..

Kadang macam sensitif gak nak cakap benda ni, contohnya bini aku la..kalau aku cakap dia gemuk tak kena tempat dan angin dia, nanti mula la keluar ayat " tak nak orang gemuk, pegi la cari yang kurus" hahaha..susah oo camni...

Mujur la sekarang dia dah tau dia semakin gemuk pasal mak mertua aku sendiri dah tegur, tu pasal tiba-tiba je nak diet..hahaha..padan muka hang..aku nak tegur memang serik dah..hahaha..aku terima je seadanya dengan redha..biaq pi la nak kuruih ka gemuk ka..i tetap love you, saranghe you seadanya...hahahaa....


-coach ymbundle, bukan coach yin-


Monday, January 14, 2019

SAD SONG - Part 2

Masih sama macam yang dulu..cuma kali ni tukar instrumental  dan ada lagu sekali..sesungguhnya lagu ni sangat mengingatkan aku pada arwah abahku..semoga damailah engkau di sana..

 Tips masih sama..

  • Load dulu kedua-dua video kalau intenet korang slow
  • play video pertama 
  • selepas 5 Saat baru play video kedua..
  • dengar kedua-dua lagu pada masa yang sama
  • dengar guna headphone
  • tutup mata atau duduk dalam gelap..


play ni dulu..kemudian baru play lagu kat bawah..




p/s : nak dengar yang lama kat sini : Sad song instrumental part 1



PAHIT ITU KEBAHAGIAAN..

Salam..

Alhamdulillah, bertemu lagi dalam ruangan kecil ini..sebenarnya aku takda idea pon nak menulis harini..tengok la kot-kot ada isi sambil aku tulis ni..haha..jadi, setakat beberapa hari aku dah tak berinstagram ni, aku rasa hidup aku lebih aman..

Aku dah boleh masak, makan, minum kopi #gilakopi atau buat apa saja tanpa sibuk nak snap gambar untuk update dalam story or untuk posting baru..aku rasa aku dah boleh jadi orang tua yang normal bila mana boleh lepak tanpa keluar handphone..tak perlu lagi nak bagitau sesapa yang sebenarnya memang tak nak tahu pon apa kita buat..hahaha..

Syok sendiri tu tak salah, kongsi citer tak salah, sosial media tak salah dan aku bukan lah anti sosial pon..semuanya terpulang diri masing-masing la..aku pilih blogging ni pon masih dalam perkara yang sama jugak..konsepnya tetap berkongsi..bezanya, aku lebih syok sendiri dan aku nak balik duduk dalam dunia aku sendiri jer..haha.

ni la antara sharing aku yang kerap muncul kat  story ig aku sebelum ni..haha..
walaupon tak buat  'story' lagi, ketagihan aku kat kopi ni, masih sama..bukan mcdonals, tapi americano ye..


Berbalik kepada perenggan awal tadi, aku rasa aku dah tak nak tekankan sangat la lagi pasal isi or content entri-entri aku..buat serabut aku mikir je kang..haha...la ni aku nak menulis lebih sempoi dan agak kearah peribadi, keluarga, life aku je kot..blog ni  jadi ganti instagram aku la kiranya..tak nak tulis pasal isu semasa ke politik ke, cukup sekadar aku baca untuk pengetahuan aku jer..

Terkadang bila terbaca entri aku yang dulu-dulu, rasa macam what the fuck!,annoying, poyo, rasa bodoh gila bila bercakap ikut kepala hotak sendiri..haha..biarlah entri tu jadi saksi yang masa tu memang boleh buat kita lebih matang..


p/s : tajuk tu cuma merujuk pasal kopi..hahaha.

Wednesday, January 9, 2019

BERHENTI MEROKOK VOL 4.0

Assalammualaikum wbt..

Antara perkara bodoh aku buat sebelum masuk tahun 2019 ni ialah aku telah merokok balik sejak bulan 11/2018 sedangkan aku dah berhenti hampir 2 tahun sebelum tu.(Link)..aku pon tak tau pasal apa aku nak hisap balik sedangkan aku tak gian mana pon nak hisap rokok..

Tapi, start 2 januari tu hari aku nekad berhenti semula..kenapa 2 januari? kenapa tak start 1 haribulan januari tu je semperna tahun baru? sebabnya rokok aku yang last beli tu tak habis lagi jer..so aku habiskan la dulu..hahaha..


Sehingga harini, maknanya aku dah berhenti balik selama seminggu..kali ni aku tak ambil apa-apa ubat macam berhenti rokok sebelum ni..insya'allah boleh..asalkan aku kurang bergaul dengan perokok2 ni peratusan aku hisap rokok semula sikit la berbanding sentiasa bergaul dengan depa ni..

Punca sebenarnya aku nak berenti ni sebenarnya adalah sebab bila dah sebulan hisap rokok semula secara kerap, masa ni pulak aku nak dapat batuk..dah la batuk tak baik-baik, pernafasan aku pon dan mula rasa sesak dan dada pon kadang2 sakit bila bernafas..tu la kan, dah takda penyakit, aku cari balik penyakit tu..adoii..

Serius la wei, merokok ni tak elok tapi sedap..aku ni dari elok boleh jogging  5-6 km terus down..semput.,lani aku nak stop terus, andai kata hisap balik, nanti kita berhenti la lagi..apa susah..haha..tapi aku agak bersyukur gak dapat 'hidayah'  lagi nak berhenti ni pasal aku agak terlepas dari azab sengsara untuk perokok yang kerajaan wartakan sekarang ni..




Bak kata member office aku yang juga seorang perokok..


"aku relo beli bungkuh jah nasi sekarang ni fiq"


Simple tapi aku paham sakitnya macam kena cucuk sampai ke hati..nak makan kat kedai dah takda feel..

kahkahkahkah...



 

Tuesday, January 8, 2019

WELCOME 2019

Assalammualaikum wbt..

Ahhhh, entry ni la tanda aku lega dapat start menulis balik setelah sekian lama  blog sampah tak guna ni bersih je dari sampah dan kotoran..tajuk kat atas tu tak penting pon sebenarnya, apalah makna tahun berubah setiap tahun kalau sikap dan diri kita tak pernah nak berubah kan..demm..ni adalah tuju kat diri aku sendiri rupanya..

Tak kisah la..walaupon aku cuba nak cari content yang power konon entri kemunculan semula ni gempak, tapi korang taula, hidup tak selalunya indah.bukan semua yang kita inginkan boleh dapat..kehekhekeh..


So persoalannya apa yang buat aku nak start menulis balik? 


Adakah nak kejar populariti? nak income sebagai blogger? hahahhaa..puiii..its not me lah..


Sebelum aku jawab sendiri soalan aku tu, aku nak flashback balik pasal apa blog ni dah tertinggal lama..



Of cos sebab aku sibuk dengan life dan sosial media..dari zaman Facebook tengah top sampai ntah sejak bila la instagram buat aku jadi macam netizen biasa yang handphone sentiasa kat tangan..selalu sibuk nak update story, sibuk nak ambil gambar-gambar cantik untuk post..adoii..kenapa aku jadi camni hah!! aku bukan retis pon..aku tak patut jadi yang biasa-biasa tu...aku kena buat something yang lain..

Platform sesuatu yang lain tu pulak sebenarnya dah lama ada, cuma aku jer yang tinggalkan dia..huh, sedih..tapi aku tetap rasa bangga sebagai blogger sebab ia memang sesuatu yang lain dari apa yang kawan-kawan nyata aku buat..dah 10 tahun kot blog ni since 2009..walaupon takda la penuh sangat dengan entri,tapi kat sini la tempat aku kongsi hidup aku sebelum ni..sampah pon sampah la, tapi takda fake tau..



Alasan kenapa aku nak start balik tulis blog ni mybe sebab aku dah bosan dalam masa yang sama aku mungkin akan ketagih dengan sosial media terutama instagram kalau tak dibendung..so adalah lebih baik aku tutup akaun tu dan posting la what ever kat blog ni jer..lagipon aku rasa aku memang suka menaip..tu yang kadang-kadang caption untuk gambar kat ig aku pon merepek gak panjang-panjang macam entri blog aku ni..

Aku tau takda sapa pon rajin baca caption nota kat gambar ig aku tu,hahahaa..lagipon follower pon just kawan-kawan yang dah kenal jer..aku bukan jenis open sesapa follow aku...semuanya syok sendiri gak...tak dinafikan, hal yang sama jugak dengan blog ni, aku tetap syok sendiri nak post apa-apa..cuma ntah la, rasa nak tulis kat sini lebih puas kot..yang penting rare..hahaha..

Masalahnya dalam menulis blog ni, aku mungkin susah sikit la nak post entri memandangkan aku akan tulis guna pc jer..kalau boleh guna hp, takda maknanya la aku tinggalkan sosial media kan..haha..so insya'allah aku akan cuba la post apa-apa cerita seminggu sekali, kalau sibuk sebulan sekali atau ikut suka aku la..hahaha..

sekian choww, wasalam...



p/s : idea untuk entri seterusnya banyak,tapi sibuk la plak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...