Friday, June 27, 2014

Dairi : Pulau Lagenda Helang Kawi (42 Gambar)

assalammualaikum..

Kisah lagenda Mahsuri di Pulau Langkawi kini telah tersemat dihati  aku dalam percutian ke pulau lagenda tu baru baru ni..boleh kau, tak sampai tiga hari pon duduk sana dah tersemat kat hati bagai..haha..

Dikatakan, kisah Mahsuri yang sinonim dengan Pulau Langkawi, berlaku sekitar pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) di Kedah, yang mana pada waktu itu, ibu bapa Mahsuri yang bernama Pandak Mayah dan Endak Alang baru saja berhijrah ke Langkawi dari Selatan Thailand..

Dah macam buku sejarah plak kalau aku copy paste semua kan..cukup la tu sikit intro pasal Mahsuri ni..cuma yang epic aku rasa adalah bab sumpahan tu..


"sesesungguhnya aku haramkan darahku mengalir ke bumi ini, dan aku sumpah, bumi Langkawi tidak akan aman, berpuakalah menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan!"

Sunday, June 22, 2014

Bukan Sleep Paralysis..

Assalammualaikum wbt..

Insya'allah ni entry last sebelum aku nak ke Langkawi malam karang..pada yang ingat lagi entri aku dua tahun lepas, aku penah tulis entri tentang kononnya gangguan sewaktu tidur yang di panggil dalam istilah sains sebagai sleep paralysis dan satu lagi Lucid dream..

Aku refresh balik kalau korang lupa, sleep paralysis ni orang melayu cakap kena tindih hantu, tapi kalau ikut sains ia adalah lumpuh sementara sebab bila badan switch on bila bangun tidur, badan kita tak On sepenuhnya.dan Lucid dream pulak lebih kurang macam sleep paralysis, tapi kita boleh cipta sendiri..baca la balik link lama tu kalau nak lebih info..

Sampai la sekarang, aku tak pernah lagi mengalami benda alah ni semua..cuma yang aku nak ceritakan ni baru je jadi semalam masa aku tidur petang..aku tak tau la ni sleep paralysis atau menda, tapi memang rasa macam @#&?$%!..

Sunday, June 15, 2014

DAIRI : PERCUTIAN KE PERHENTIAN ISLAND RESORT (55 GAMBAR)

assalammualaikum wbt..

Percutian aku dari Isnin hingga Rabu lepas ke Pulau Perhentian nampaknya berjalan lancar dan selamat pergi dan pulang..bila dah ramai-ramai ni ofcos ada la sikit-sikit problem macam kelewatan akibat takda maklumat..tak boleh nak salahkan orang yang lewat tu jugak sebab semua info nak bagitau dalam group whatsapps je, bukan semua orang rajin baca masej kat situ kan..haha..tu jela antara yang jadi isu sikit sebenarnya...

Perjalanan ke Jeti Kuala Besut bertolak dari KL pada pukul 12.00 dan sampai kat sana dalam lebih kurang 8 pagi..mujur kali ni aku naik bas atau bot takda mabuk kenderaan..haha..macam yang aku penah cakap dulu, aku jenis mabuk kenderaan sikit bila naik kenderaan selain yang aku pandu sendiri..(link)

Thursday, June 12, 2014

Cinta Sempoi (asam pedas) -part5


Setahun sudah berlalu..hubungan aku dengan  Anis masih seperti biasa..semakin rapat..dia dah jadi tempat aku nak berkongsi suka duka..dan aku pulak bukan sekadar tempat dia meluahkan perasaan, tapi semenjak dua menjak ni aku dah jadi macam juri masterchaf pulak..

Save jugak duit makan bila Anis hantar masakan yang dia baru cuba tu..kalau sedap aku makan, kalau tak sedap, aku bagi je kat Awe, dia tu mana ade deria rasa..semua dia sapu..kadang-kadang tu Anis bengang jugak dengan aku sebab reject terus bila dah rasa masakan dia tak sedap tu..kelakar tengok muka kecewa dia tu..haha..

Petang tadi, lepas balik kerja, lebih kurang pukul 6, Anis mesej  nak hantar Asam pedas katanya..tah apa la rasa kali ni..

"assalammualikum.."  tak sampai 5 minit lepas bagitau nak hantar, dah sampai pon...kalau jadi rider Dominos pizza ni kompom jangan harap la customer nak dapat kupon pizza pree sebab sampai lambat..
  

"waalaikumsalam, cepatnya kau Nis, aku baru je nak mandi"


"isk, tak senonoh la kau ni, keluar dengan tuala je"..



Tuesday, June 3, 2014

Dairi : Kisah Disebalik Kenapa Aku Tinggal Puasa Yang Lepas..

Assalammualikum wbt...

Pejam celik pejam celik dah pon masuk setengah tahun 2014..hujung bulan ni dah nak start umat islam semua berpuasa Ramadan..huhu..so ada lagi kurang sebulan je sesapa yang belum habis ganti puasa..aku pon ada lagi dua hari belum ganti untuk puasa tahun lepas..insya'allah sebelum Ramadan nanti bayar hutang siap-siap...

So kiranya dah hampir setahun la jugak aku disahkan menjadi pesakit kanser ni..citernya beberapa hari sebelum ramadan tahun lepas, aku telah jumpa doktor di sebuah klinik swasta akibat gejala kesakitan yang dah beberapa lama aku hadapi..kemudiannya aku dihantar untuk pemeriksaan lanjut dihospital dan terus ditahan wad pada 30 Syaaban dan terus operatian kecemasan pada 1st ramadan..huhu..

Itulah kisah kenapa aku banyak tinggal puasa tahun lepas ye.awal-awal puasa dah kena tahan wad, dah la anak aku kecik sangat lagi masa tu, bini aku pon baru habis pantang, aku  pulak disahkan ngidap kanser, down kejap aku..pastu orang berpuasa waktu siang..aku pulak awal sehari dah berpuasa..dah la puasa malam..ye la kan..orang nak operate memang prosedur dia kena puasa sebelum tidur..hahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...