Monday, December 31, 2012

kalau lah....

assalammualaikum wbt..

Dalam entri kali ni aku nak kongsi sikit info berkaitan perkataan 'KALAU' yang aku dapat dalam rancangan tanyalah ustaz minggu lepas..aku tak berapa ingat sangat pon apa ustaz tu cakap..tapi aku nak ulaskan la sikit dari yang aku paham tu untuk perkongsikan bersama...

Agak agak korang berapa banyak perkataan 'kalau' yang kita sebut sehari? hahaha..apa punya soalan la kan..ok abaikan..penat aku tanya cikgu google tentang maksud perkataan 'kalau' tapi tak jumpa apa yang aku nak..yang ada cuma contoh penggunaan ayat dan perkataan sama maksud je macam 'sekiranya' 'andai' dan 'jikalau'..

Sifat perkataan 'kalau' ni boleh ditafsirkan dengan dua maksud yang aku nampak..'Kalau' yang dah terjadi, dan 'kalau' yang belum terjadi..

Thursday, December 27, 2012

Cantik itu Objektif

assalammualaikum wbt....

Pendapat yang mengatakan cantik tu subjektif ada betulnya..tapi jujurnya bagi aku, kecantikan senang kira sebagai objektif jela..pendapat subjektif tu sebenarnya cuma pendapat minoriti yang mungkin dia memiliki cita rasa pelik dan pendapat dia tak boleh diterima untuk umum..

Sebelum tu, apa yang aku nak cakap ni tentang cantik yang berkaitan rupa paras je ye...toksah nak kaitankan dengan kecantikan dalaman la, cantik peribadi la, perangai la..tu soal lain..kita citer bab housing je ni..pasal processor tu next time..hahaha..

Cantik ni kalau bagi aku memang objektif je...contoh camni la..

Saturday, December 22, 2012

Sentap Blogger : Bloglist

assalammualaikum wbt..

Dah lama rasanya aku tak pernah tulis berkenaan blogging ni..So dalam entri ni aku terasa nak tulis berkenaan bloglist..sapa yang takda bloglist macam Encik H sila abaikan entri ni..hahaha..

Pertama sekali bagi aku bloglist ni memudahkan untuk aku blogwalking kat blog-blog yang aku suka atau blog kawan-kawan..tak semestinya jugak blog yang tersenarai dalam bloglist aku ni blog aku follow secara rasmi terutama yang bahagian tepi tu..kebanyakkan blog-blog yang dalam bloglist tu hanya sekadar blog untuk aku cuci-cuci mata dan bahan bacaan aku setiap hari dan kat sini biasanya aku hanya silent reader..

Encik H cakap dia seorang yang malas..tapi dalam berbelog ni aku rasa dia sangat rajin..buktinya dia takda bloglist..yela, bila nak blogwalking dia kena masuk dashboard dulu....rasanya aku lagi malas sebab aku tak penah bukak dashboard kalau nak blogwalking..mana yang ada kat bloglist tu je la aku utamakan dulu..so kalau aku terlepas letak blog korang yang rajin blogwalking kat sini, mohon request kat komen agar aku letak dalam bloglist...

Thursday, December 20, 2012

Berita Sentap : Rakyat Kelantan pertama dilantik menjadi perdana menteri Jepun.

assalammualaikum wbt.. 

Ramai yang tak menyedari seorang rakyat Kelantan telah lama mencipta nama di negara matahari terbit, Jepun dalam bidang politik..agak mendukacitakan, ramai dikalangan kita yang lebih mengenali nama nama seperti Maria Ozawa dan Saori Hara..hehe..

Beliau akan mula berkhidmat sebagai pendana menteri Jepun mulai 26 Disember 2012 yang akan mengantikan perdana menteri Yosihiko Noda selepas parti Liberal Demokratik (LDP) memperoleh 294 daripada 480 kerusi parlimen di Dewan Perwakilan baru baru ni..

Diharapkan beliau dapat menjalankan tanggungjawab kepada seluruh rakyat dan Negara Jepun dengan sebaik-baiknya..buktikan rakyat kelantan memang tersohor diseluruh dunia..'kalau demo nok make budu jange lupo oyak ko ambo, nanti ambo poh '..

Tuesday, December 18, 2012

Putus Cinta?..

assalammualaikum wbt..

Aku macam dah hilang punca je nak update blog yang menepati selera pembaca sekarang ni....tapi ada satu topik ni aku pasti jadi bacaan popular oleh sesapa je..mungkin penerimaan dan pencernaan tu je la berbeza setiap orang..yang pasti hal ni tak dapat dipisahkan dengan fitrah seorang manusia..

Jadi harini panggil aku Dr.love Bundle ok..eh, ingat aku huha-huha takda pengalaman bercinta ke..hahaha..apa yang aku nak story ni kisah yang dah lama sangat pon terjadi...nak citer kisah cinta aku dengan bini aku tu tak mungkin sama sekali la yer..hahaha.

Nak cakap pes love tu tak jugak.aku ni dah banyak kapel-kapel  time sekolah,cinta kambeng,cinta monyet semua dah rasa..maklum la pemes dan diminati ramai kan..hahaha..tapi kejadian yang aku nak citer ni agak memberi kesan la kat aku..kecantikan awek tu boleh la tahan..dia sexy dan tinggi mcam JNa rasanya..memang ramai la nak ejas awek aku ni termasuk kawan-kawan aku sendiri..

Masa tu pulak, aku ade seorang member baik, bukan mat jebon je kawan baik aku..kira dia ni kalau aku pergi detim pon dia ada la sekali..lagipon aku bukan jenis jiwang karat yang suka berkepit berdua je..bila hang out detim tu kuar lepak sekali dengan kawan kawan..lagi pon gf aku tu pon suka lepak ramai-ramai dengan kawan-kawan aku...

Monday, December 17, 2012

Blog Sampah Marathon

Assalammualaikum wbt..

Masuk tahun 2013 yang tak berapa lama lagi ni, bermakna hampir 4 tahun dah aku blogging..woww.. hahaha..walaupon aku bukan blogger full time, dah banyak jugak entri sampah sarap yang telah aku hasilkan selama ni..hahaha..tapi jangan la bandingkan total entri aku dengan korang yang update tiap-tiap hari tu pulak..aku utamakan kualiti dari kuantiti (macam la berkualiti sangat kan)puii..kehkehkeh..apapon thanks kat korang semua yang selalu sokong dan terpaksa baca entri-entri aku ni..tanpa korang,siapalah aku..cehh drama betul...kehkehkeh..

Now, entri ni aku nak review blog sendiri..hikhik...semua link-link yang kat bawah ni sebenarnya dah ada kat tab atas tu..nak ikut kategori atau nak tengok semua sekali pon ada..tapi aku nak promote lagi entri-entri lama tu kat sini..suka hati aku la kan,blog aku ye dak?..ni lah namanya entri syok sendiri kalau korang nak tau..kahkahkah..korang pon bukan rajin nak godek-godek sangat entri lama aku tu...takpa..harini aku belanja..pilih mana-mana berkenan dihati..just click and open new tab..hahahaa..

Friday, December 14, 2012

Sentap : Kepercayaan karut..

assalammualaikum wbt..

Kepercayaan karut orang melayu dan masyarakat islam kita harini sebenarnya terlalu banyak..aku pon dalam sedar tak sedar mungkin ada kepercayaan yang buat aku terpengaruh lagi..benda-benda remeh bangang je sebenarnya..mungkin kebetulan buat kepercayaan tu jadi kuat..sampai menyampai tah dari mana asalnya pon tak tau, tapi duk percaya...bangang kan..kahkahkah..hal ni sebenarnya boleh melibatkan akidah kata ustaz..jangan cakap aku, kau, dia, semua orang kita mesti sikit sebanyak mesti terkesan dengan kepercayaan karut marut ni..

Contoh bangang yang pernah dulu member aku sampaikan.."jangan letak jaket atas handle motor, nanti eksiden"..puii la...terkekeh aku gelak, memang tak percaya la..tapi sehari lepas aku dengar member aku cakap camtu, betul-betul aku eksiden kononnya sebab aku dah letak jaket atas handle motor...hahaha.aku masih lagi anggap benda tu kebetulan..tapi sebab aku dah dengar apa member aku cakap tu 'terjadi' dan tambah kejahilan lagi masa tu, mudah kan bisikin syaitan tu memanipulasi suruh aku percaya benda tu betul..tak percaya banyak pon, sikit sebanyak mind aku terproses pikir apa yang pernah jadi kat aku sebab tak dengar cakap member aku tu..jahanam betul..haha..

Wednesday, December 12, 2012

Kenangan..

asslammualaikum wbt...

Masa lunch tadi, aku ada la bersembang-sembang..lepas satu satu terkait-kait..tak sedar masa dah sejam lebih potpet-potpet..aku banyak diam je la pasal yang bercerita tu orang lama..citer pasal bola yang tahun 70'an 80an' punya..citer pasal politik zaman Datuk Harun Idris jadi menteri besar Selangor la..haha..Zaman bila tu? masa arwah atuk aku hidup lagi pon dah zaman Tan Sri Muhammad Taib..lost........hahaha...

Cerita-cerita camtu aku cuma dapat dengar dan menyelit serba sikit..tak kisah la..walaupon apa yang aku sembangkan tu takda kaitan dengan apa aku nak tulis ni, at least idea tajuk entri ni datang la jugak dari borak-borak kosong tu tadi..'kisah dulu-dulu'..hehehe..

Aku ni kurang nak ingat sangat kenangan masa kecil kecuali bila dah jumpa kawan sepermainan..bila dah berkumpul camtu baru la citer tu dapat refresh balik..cuma benda biasa masa aku membesar, aku biasa je macam budak-budak kampung biasa lain..permainan masa tu pon game kampung je la kan (banyak la kalau nak listkan)..untung la sekarang budak-budak sekarang macam-macam permainan dan hiburan ada..haha..

Friday, December 7, 2012

Kenapa tak semua orang boleh jadi boss..

assalammualaikum wbt..

Meeting petang tadi memang agak rilek sepoi-sepoi bahasa je tanpa ketegangan melanda..sambil menikmati cucur udang., kuih muih dah secawan kopi aku dah mula sangap nak hisap rokok..dalam kepalotak aku duk pikiaq "awat la lambat sangat nak habis meeting ni"..-_-'

Aku ni bukan la berjawatan hebak pon..masuk meeting cuma untuk tunjuk muka dengan makan je pon..haha..lagipon hujung-hujung tahun ni apa la sangat kerja yang ada..cuma isu yang best dalam meeting ni yang aku tunggu just pasal holidayyy...hahaha..

Geng-geng opis aku ni dah ugut bos nak peruntukan pergi bercuti..hahaha..kemungkinan destinasi cinta kali ni Bandung..proposal dah lulus cuma tarikh je la belum kompom..rancangannya insya'allah bulan dua tahun depan..tapi kalau pospone dua tiga bulan lepas tu maknanya aku tak leh ikut la jawabnya..maklum la mak buyung tu dah takleh terbang kan., nanti kapal terbang berat..ciss..hahaha..

Tuesday, December 4, 2012

Dairi : Tragedi tahun baru..

assalammualaikum wbt..

Dah masuk hujung tahun..cepat je masa berlalu..kalau dulu masa bujang-bujang asal hujung tahun je awal-awal dah planning nak sambut new year kat mana-mana..kalau zaman sekolah sampai umur lebih kurang 24 tahun camtu  aku biasanya keluar sambut dengan member-member sekitar KL je..maklum la darah muda time tu..hidup nak enjoy je..untuk pengetahuan korang semua, sekarang pon aku masih muda ok..hehe..

Citer pasal sambut new year ni..nak citer semua memang banyak sangat..tapi yang agak rare, aku ingat lagi masa tu 2003 kalau tak silap aku..huh dah 10 tahun yang lepas rupanya..haha..masa ni aku masih lagi mods(geng vespa)..upgrade dari skinhead yang dah beli vespa(tapi kepala tak botak dah)..hahaha..

Mods dengan Mat Rempit takda banyak beza pon sebenarnya...cuma yang jelas berbeza, motor dengan pakaian..aku London style, mat rempit tu kampung Segambut style..kahkakah...tapi biasa la, yang rempit kutuk mods, yang mods kutuk rempit..cuma aku sebagai bekas mods aku rasa best lagi jadi mods sebab style yang rare..style yang obersi (bajet duk UK).kehkehkeh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...