Sunday, November 15, 2015

Moralliti Borjois adab sopan? dan perbandingan kejahatan.


Gua bosan sungguh apabila kita memaki atau mencarut itu yang menjadi fokus perbincangan walhal punca kejahatan asal usul maki itu terpancar, kita seolah-olah kaku dan bisu. Percampuran fakta dengan maki atau carut menjadikan segala hujah menjadi kosong. Itu bagi masyarakat Melayu Islam Malaysia. Gua cuba mendalami beberapa faktor sosio-ekonomi, sosial kemasyarakatan serta selok belok yang gua faham untuk merungkai kenapa maki atau carut menjadi masalah besar.

Kita pandang dari segi aspek agama. Anutan agama melayu islam Malaysia memang menjadikan tuturan bahasa secara berlemah lembut dan berhemah dalam membahas. Gua teringat kata-kata Khalifah Makmum kepada seorang pendakwah yang cuba mendakwah beliau :

"Firaun lebih jahat dari gua. Musa lebih baik dari lu" tetapi Allah berfirman agar musa berkata lemah lembut untuk membuka hati Firaun".

Kalau kamu semua hayati bait-bait itu, pastinya kamu akan bersetuju dengan Khalifah Makmum. Carilah di dalam Al-quran dan Al-Hadith. Gua kira berpuluh-puluh ayat kalau tidak beratus ayat mengenai berkata dengan baik kerana ini mencerminkan peribadi seseorang. Ini memang menjadi pegangan bangsa Melayu. berlemah lembut dan selalu berkata-kata dengan baik sekalipun pada orang yang melakukan kejahatan sejahat-jahatnya yang melibatkan rakyat dan menjadi permasalahan orang ramai.

Kemudian kita lihat pula dari aspek sejarah terutamanya yang terdapat pada buku-buku mengenai sejarah orang melayu. Orang melayu terlalu sinonim dengan ketaatan membabi buta kepada pemeintah monarki dahulu. Pada zaman sebelum 1920an, monarki memang memainkan peranan penting dalam kehidupan melayu. Tapi itu di zaman di mana monarki menyumbang sesuatu kepada pentadbiran sekalipun bersifat kenegerian dan bukannya berpusat. Tutur kata yang antara rakyat bawahan dengan pemerintahan monarki dengan mengunakan perkataan merendah diri serendah-rendah martabat setelah kemuliaan diberi oleh tuhan kepercayaan orang melayu seperti patik, hamba, tuanku, duli dan macam-macam lagi. Faktor perkataan serendah-rendah martabat ini menyebabkan Melayu tidak dapat menerima bahawa ada perkataan-perkataan kasar terpaksa diucap.

Gua bawakan pula pendapat gua yang lain kenapa Melayu terlalu mendambakan perkataan-perkataan elok dan bukannya perangai yang elok. Lihat pada perangai kaum penjajah koloial celaka British. Struktur sosiologi di Britain juga tidak berbeza dengan mana-mana tempat yang lain. Ada golongan yang tinggi dan ada golongan yang terbuang. Kebanyakkan yang menjadi wakil-wakil British, adalah terdiri dari golongan yang memiliki slang "Queen English". Sungguh sopan. Dari gaya duduk sehinggalah cara memegang cerut. Kasta di kalangan mereka menyebabkan mereka tidak dapat menerima golongan terbuang seperti yang berketurunan Scoucser, Cockney, Mancs atau Geordies. Golongan "Queen English" inilah yang merosakkan bukan sahaja ekonomi dunia, bahkan ekonomi British sendiri. Dan golongan "Queen English" inilah juga akan mengambarkan Scoucser, Cockney, Mancs atau Geordies sebagai pemusnah atau penghancur empayar British kerana tutur bahasa mereka yang kasar.

Apabila dibandingkan dengan apa yang terjadi di Malaysia, kita dapat melihat, golongan aristokrat seperti yang diceritakan oleh Rustam A.Sani di dalam The Sosial Roots Of The Malay Left berpolitik secara pertubuhan amal dan sebagainya. Golongan aristokrat ini mempelopori adab sopan dan tutur cara yang sangat sopan dan keistanaan, walhal hampir ke semua mereka ini adalah anjing kepada penjajah. Di bawah buku yang sama, orang melayu melihat golongan istana memiliki kata-kata mutlak yang tidak boleh disanggah. Golongan istana bijak bertutur secara penuh sopan, maka seharusnya orang melayu dahulunya terus taat membabi buta.

Persoalan muncul di kepala otak gua, adakah golongan aristokrat British dan Malaya memamfaatkan kata-kata Khalifah Makmum tadi?



Di dalam buku Memoir Salleh Majid : Dalam PKMM dan Kesatuan Buruh, beliau memetik kata-kata Senu Abd Rahman,

"Melayu perlu kurang hajar untuk menuntut kemerdekaan"

Kata-kata ini begitu mendalam buat gua, sehingga gua sentiasa sahaja mengambil kata-kata ini untuk dipetik dalam hujah-hujah gua. Sopan dan beradab sungguh orang Melayu ketika itu dari menderhaka kepada golongan aristokrat ketika itu, menyebabkan mereka rela menjadi hamba kepada British. Bukankah itu lebih memalukan dari menyebut " Sultan dulu pukimak kerana jadi babi anjing penjajah"? Golongan istana lah tidak ingin merdeka dan bahagia di bawah British, kita perlu juga taat dan bersopan kepada golongan istana lagi walaupon menjadi pengkhianat adalah sial?

Sajak dan bait Sasterawan Negara, Usman Awang yang berjudul "Kurang Ajar" juga sangat berhantu buat diri gua.Terutamanya bait-bait "Kau harus menjadi manusia kurang ajar, untuk tidak mewarisi malu ayahmu". Bagi beliau, ajaran malu di kalangan orang melayu menjadikan Melayu itu sebagai bangsa yang tidak besar. Mungkin dari segi jiwa yang besar dan keberanian untuk berhadapan dengan birokrasi dan segala macam permasalahan.

Salah sebuah filem Quills yang diterbitkan pada 2000, lakonan Geoffey Rush sebagai The Marquis De Sade, seorang penggerak seni yang dilarang ketika pasca Revolusi Perancis ditanya oleh Abbe Coulmier, seorang paderi lakonan Joaquin Phoenix dalam satu babak kenapa De Sade mengarahkan teater beraksi lucah, The Crime Of Love dalam pementasannya. Jawab De Sade " Pementasan itu hanyalah sebuah cermin. Nampaknya Royer Collard tidak suka melihatnya"

Adakah kamu berfikir bahawa Royer Collard, pedophile yang berusia lebih 50 tahun berkahwin dengan Simone yang berusia 16 tahun tersentuh apabila membuatnya secara sopan? dapatkah ajaranmu yang beribu tahun membuatkan si pedophile merah padam mukanya dalam masa 10 minit?

Lihat pula karangan-karangan Robespierre, Danton dan Marat. Kesenian mereka yang penuh dengan mencarut, maki dan lucah boleh menyebabkan rasa mual di kalangan rakyat untuk membuat sistem monarki ketika Revolusi Perancis. Maki dan carut adalah sesuatu yang menjijikkan dan menggelikan bagi semua budaya di dunia. Tetapi apabila kesenian digabungkan dengan maki dan carut tadi, kesannya lebih cepat menuju ke dasar hati yang dituju.

Cuba anda bandingkan kedua-dua ayat ini dan buatlah keputusan sendiri, yang mana lebih terkesan di hati dan mana pula yang 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri'

"Celaka kau, kau mengunakan harta rakyat seolah-olah ini harta mak bapak kau, babi sungguh" dengan "Sesungguhnya tuanku, tuanku telah menggunakan harta negara, ampun tuanku"

Gua tidak mengharapkan bahkan gua juga tidak mengalakkan bangsa gua suka mencarut. Tapi sekurang-kurangnya, tafsirlah situasi yang lebih utama berbanding maki, carut atau lucah. kata-kata Khalifah Makmum tadi bukan untuk gua sanggah, gua hanya mahu tambah dari kata-katanya

"Firaun lebih jahat dari gua. Musa lebih baik dari lu" tetapi Allah berfirman agar Musa berkata lemah lembut untuk membuka hati Firaun. Tapi kata-kata lu tidaklah sejahat dengan kejahatan yang gua lakukan".

Ini yang gua katakan perbandingan kejahatan. Masalah maki atau carut hanyalah masalah individu. Ia tidak membawa apa-apa keburukan kepada masyarakat. Katakanlah, seluruh rakyat Malaysia mencarut, sikitpun ia tidak menjejaskan KDNK atau GDP negara. Sikitpun memaki tidak akan mempengaruhi jumlah volume di dalam aliran saham. Sikitpun carutan tidak akan menyebabkan defisit kepada belanjawan negara.

Maki dan carut hanyalah manisfestasi kepada rasa kecewa seorang rakyat. Dan sekiranya rakyat lain mengatakan bahawa adab, maki dan carut itu lebih penting dari keburukan masalah yang melibatkan kepentingan awam yang lain, adalah tidak menghairankan, keupayaan untuk membuat perbandingan kepada kejahatan yang lebih merosakkan menjadi satu lambang kegagalan betapa bangsa Melayu telah dipijak rasa malu.

Rasa kecewa Shahnon Ahmad ketika menulis Novel "Shit" adalah lambang kebencian yang mendalam terhadap isu Anwar Ibrahim, 1998 dahulu. Ketika zaman reformasi. Di gambarkan situasi dengan penuh jijik, kebencian dan kemudaratan dengan perkataan-perkataan lucah dilempar kepada Mahathir. Bayangkan, setiap hari ketika itu Harakah, Suara Keadilan dan Detik bertungkus lumus mengambarkan kebobrokan pemerintahan Mahathir Mohamad, sikitpun tidak menjadi perbincangan. Dengan terbitnya "Shit", ia menjadi polemik dan hangat dibincangkan. Yang manakah lebih efektif?

Dua orang sahabat gua bergaduh mengenai maki. Seorang maki kepada kaum kapitalis, pemerintah dan anjing-anjing pemerintah termasuklah musuh-musuh kelas. Yang seorang lagi konon nak menasihati. Komen gua? Gua lebih rela malu dibuli, diperhambakan dan diperkudakan berbanding malu kerana mencarut atau maki. Pergilah mampus dengan adab golongan borjois yang betapa orang Melayu kini lebih suka menjadi yuppies jadi-jadian.


Sumber : Raja Otek - ZINE SCPB #MOTHERFUCKIN #ONE


Thursday, October 1, 2015

Haluan Kiri..

Assalammualaikum wbt..

Faktor masa, pengalaman, pergaulan, dan pembacaan memang banyak mempengaruhi pemikiran seseorang..so tak mustahil kan, semua orang boleh berubah..orang kampung aku cakap people change..so dalam entri ni aku nak ambil kesempatan la, nak mintak maaf pada yang pernah sentap dengan penulisan-penulisan aku yang menyentap sebelum ni..

Contohnya dalam isu agama, aurat dan sebagainya, sebelum ni aku terlalu ikutkankan sangat pendapat agamawan.aku ingat lagi aku petik ayat sorang ustaz dalam rancangan 'Tanyalah Ustaz', 'orang menutup aurat belum tentu baik, tapi orang baik dah tentu menutup aurat'.


Aku penah anggap ayat ni betul, tapi sekarang aku dah rasa ayat ni tak sesuai, tak adil, tak sensitif, kalau dalam konteks kemanusiaan..Siapa ada hak menilai orang yang baik tu dan dia tentu menutup aurat?..orang baik ni untuk muslim saja ke? tak pernah ke jumpa orang yang tak tutup aurat tu sorang yang sangat baik? 


Nilai kemanusian dan moraliti tak semestinya untuk sesorang yang beragama sahaja.tu yang aku nak nyatakan secara dasar..nak pulak zaman sekarang ni..tulis status yang bercorak islamik lebih dikatakan mencapai tahap kemanusian..status keislaman sangat penting bagi mereka sedangkan dalam inbox penuh mesej lucah, dan simpanan video lucah..tu belum agamawan yang menjual agama..artis berhijrah nak jadi ustazah ustaz pastu bisnes guna agama..ni semua la yang buat aku makin meluat dengan baju-baju agama dan agamawan ni..


Sejak aku dah kurang blogging ni, aku banyak membaca tulisan tulisan-tulisan pemikiran haluan kiri yang lebih radikal.memang tak dinafikan ideologi kiri macam sosialis, anarki ada yang bercanggah dengan islam sebagai agama aku, tapi secara tak langsung ada juga yang fahaman mereka ni yang aku sangat setuju macam mengajak rakyat menentang penindasan, bahkan lebih bersifat islam sebenar dan lebih bagus dari agamawan yang hanya tahu mengkafir dan menerakakan orang yang tak sefahaman dengan mereka..

Tulisan seorang penulis anarki yang juga merupakan sorang kawan aku, memang agak susah nak hadam.tapi mujur la aku selalu dapat berbual terus dengan dia dengan lepak santai dimapley..dari sini aku dapat lebih paham fahaman sosialis anarki ni..nak harap baca je buku-buku dia dengan tahap bebal aku, mmg kantoi la kan..haha.. .insya'allah kalau aku senang lain kali aku tulis serba sikit, tapi terus terang la aku kata, ideologi sosialis anarkis ni tak sesuai la kalau korang 'pro' islamik..





Monday, August 10, 2015

Imbasan 3D 4D Ultrasound bahagian 2..

Assalammualikum wbt..

Minggu lepas bini aku ajak scan lagi perut dia.macam anak yang sulung dulu (LINK), biasa la, kalau dulu abang dapat scan kaler, yang adik ni nak jugak..

Pada yang tercari-cari lagi kat mana nak buat scan 3D dan 4D ni boleh la pilih tempat ni jika anda tinggal berdekatan..Klinik yang bertempat di Gombak Prima Jalan Prima SG 1 beroperasi 24 jam sehari..tapi kalau nak datang scan, sila buat temujanji dulu ye..

tu nama klinik dia. Klinik Mediviron..sebelah nandos dan Disney baby land, bawah sangkaya..haha..

Tuesday, July 21, 2015

Salam Lebaran 2015 (1436H)..

Assalammualaikum wbt..

"Berlalu la sudah ramadan, sebulan berpuasa, tiba syawal kita rayakan, dengan rasa gembira.."eh, ni kan lagu..ermm..

ni bukan gambar google tau, ni aku buat sendiri malam raya tu..

Tah kenapa aku rasa bulan puasa yang sudah cepat sangat habis..tak sempat nak tulis apa-apa langsung pon kat blog ni tau-tau dah raya..bukan nak cakap aku banyak beribadat sangat pon, cuma nak bagitau yang tahap kemalasan aku blogging ni je sebenarnya dah melampau..hahaha..

Wednesday, June 17, 2015

Arabisasi : Peng-Araban Bani Melayu..

PENGUMUMAN : Entri ni aku repost je dari yang aku tulis kat FB..sekarang rajin sikit nak tulis panjang-panjang kat situ..haha..mungkin sebab lebih ramai dapat baca.lagipon senang dapat feedback terus dan mudah la sikit bertukar pandangan kan..abaikan bahasa bersaya-saya tu...hehe


Assalammualaikum wbt..

Beberapa bulan lagi insya'allah anak kedua saya pula bakal lahir..takda apa yang nak pikir sangat lg sekarang kecuali sambil sambil pikirkan nama jela..

Bab bg nama anak ni memang isu semasa..sebelum ni pon saya penah tulis entri tentang evolusi nama dalam blog saya..jangan baca kalau takut sentap..(Link)

Entri tu lebih tentang nama-nama anak yang bunyi agak retis dan biase digunakan dalam tv atau nama komersil..biasenya nama tu agak panjang dan agak kebaratan...btw saya tak cakap benda tu salah...bg saya,menamakan anak dgn nama jenis2 mat saleh ni cuma trend yang akan hilang..

Wednesday, May 27, 2015

Adakah makanan tambahan anda terjamin berkualiti atau sekadar hebat menipu?

Produk yang jenis makanan kesihatan ni ternyata memang hebat konfidenkan orang..masa saya warded dulu pon pernah sorang promoter ni datang ceritakan kebaikan produk dia..mujur la saya jenis tak berduit..kalau tak, memang 90% saya akan beli..

Dah la datang time org sakit, kat hospital pulak tu..siap bawak berbagai testimoni..boleh kata ramai la dalam wad tu yang penyakit lebih kurang termakan umpan..bijak betul strategi pemasaran beliau..

Pendekkan cerita, lepas setahun dari tu, dah keluar pulak cerita tentang penipuan tentang produk tu..takde la bagus sangat..boleh la makan saja2 sebagai makanan tambahan..cuma takde la sehebat yang dikatakan..dengan harga yang mahal, memang tak berbaloi la buang duit..tapi yang beli tu boleh la kredit sebab ada usaha nak sembuh cepat ye dak.

Bagi saya perkara ni seperti 'yang miskin dilarang sakit'..pasal produk2 ni memang bukan harga untuk marhean macam saya..saya tak tau la betul ke tidak testimoni yang ada-ada tu, tapi kalau betul ia boleh sembuhkan kanser, kenapa kat farmasi tak jual..hahaha..
  

Wednesday, April 22, 2015

Mat Jebon - Part 11 (saudagar mangga)

assalammualaikum wbt..

Minggu lepas masa tunggu bini aku kat opis dia, aku dapat satu panggilan dari member lama..memang lama gila la..last berkawan dan lepak sama-sama masa sekolah dulu..aku tak tau la mana dia dapat no phone aku..tapi berita dari panggilan tu agak mengejutkan..


Joe : "haloo Boy, aku ni ,Joe Selayang.."

aku : ermm..dalam hati dah tertanya dah pesal mamat ni call aku.. pastu baru aku tanya betul-betul.. "ye joe, apa cerita calling aku ni"..


macam sedap plak aku tengok gambar mangga ni..


takda cerita banyak, joe terus  straightforward je bagitau cerita sebenar..

Thursday, April 2, 2015

Tiada Lagi Kepercayaan Karut..

Assalammualaikum wbt..

Mesti ada yang pelik apasal tajuk aku macam tu..macam ayat penyata plak..hehe..sebenarnya entri ni lebih kurang kesinambungan untuk entri aku tahun 2012 dulu pasal kepercayaan karut..so kali ni aku nak bagitau la pulak yang kepercayaan karut dah tak valid untuk 2015..orang kan sekarang sibuk pasal GST jer..

Ceritanya gini, kan dulu aku tulis entry pasal kepercayaan karut tu semua sebenarnya sebab kes aku tak boleh pegi memancing je masa bini aku mengandung anak jantan aku tu dulu..yang benda-benda lain tu wayang je lebih..point utama tetap pasal memancing..hahaha..

Korang bayangkan la betapa deritanya seorang pemancing bila tak boleh pergi memancing bila disebabkan hal-hal karut tu dipandang serius..dah la masa mengandung tu dah 9 bulan..korang ingat lepas beranak boleh terus ada lesen nak pegi mancing ke?..sori bro..lepas bini beranak, kita akan jadi lagi sibuk.harap kalau bini balik pantang kat  kampung jela boleh haven memancing kejap..lepas tu kompom susah,ada anak kecik kan..serius ni..aku dah rasa..

Tuesday, March 31, 2015

Giesti, Hudud dan Termengandung lagi..

Assalammualaikum wbt..

Dengar-dengar cerita kerajaan nak guna sistem Giesti dah mulai esok 1 april 2015..betul ke?..isk..isk..sory la, aku baru je keluar dari gua semalam..bukan troll ke nih?hihi...

Tapi takpe la, kalau ye pon, sebagai rakyat Malaysia, aku juga menyokong sepenuhnya tindakan kerajaan mengenakan cukai GST untuk memumuk sikap berjimat cermat seperti yang Amran Fans cadangkan..betul-betul bernas cadangan  beliau...


Thursday, March 19, 2015

Cerita Hujung Minggu, Mendobi dan Makan Sedap..

Assalammualaikum wbt..

Minggu yang lepas, satu perjumpaan tertutup blogger kopitiam telah berlangsung di kediaman rasmi fiksyida yang bertempat di Bukit Subang..acara yang berlangsung sekitar tengah hari sabtu tersebut dijamukan oleh tuan rumah dengan beberapa hidangan yang boleh tahan sedap..terima kasih Kakdah..lain kali jemput la lagi..hehe...

anak aku tu, kalau dah dapat tgk upin ipin mmg tak heran dah ibu dia pegang baby..kalau tak mane boleh.kompom menjerit sbb jeles..

chuu masih blogging lagi..cidut yang lama aku tengok cuti blogging, blog dia pon dah takleh masuk..

Wednesday, March 4, 2015

Lesen Membangau dah Renew..

Assalammualaikum wbt..

Kalau korang penah stalk blog aku la kan..1st entri aku untuk blog ni ialah pasal aktiviti memancing aku..tu 2009 punya cerita la yer..masa tu bujang lagi...aktiviti memancing ni lak sebenarnya lebih kurang je macam hobi-hobi games contohnya Dota yang orang istilahkan "Dunia Orang Takde Awek"..ha, gitu la aku leh katakan..susah sebenarnya makwe-makwe nak masuk kepala dengan brader-brader kaki pancing ni..

Apanye tak, ketahanan mental untuk jadi pemancing atau awek pemancing ni memang kene tinggi..perkara pertama memang kena kuat sabar..tahan lasak..kalau ikut dari pandangan pemancing sendiri hal-hal tu perkara biasa je..tapi kalau jenis makwe-makwe pemancing ni aku rasa bukan senang diorang mampu ikut..lain la jenis pakwe hobi main bowling ye dak..boleh la ikut detim duduk sejuk-sejuk je dalam mall..


Nak cerita pasal memancing ni memang sampai bila pon tak habis..dan hanya pemancing tahu nikmat 'membangau' tu macam mana..hahaha..penah sampai satu tahap, kegilaan aku mancing ni dah teruk sangat sampai dalam seminggu tu boleh kata 4 hari berkerja pon masih lagi nak pergi memancing..

Tuesday, February 24, 2015

Gunakan Aplikasi Telefon Pandai dengan Betul..

Assalammualaikum wbt..

Penggunaan telefon pandai bagi pandangan aku, kini bukan la satu kemahuan tetapi dah jadi satu keperluan..korang sendiri pon sekurang-kurangnya mesti ada sebuah telefon kan..yang herannya tak cukup dengan hp bersaiz 6 inci tu, tab yang besar papan lapik pemotong pon diusung merata..hahaha..

Dari pemerhatian aku plak, kebiasaan yang menggunakan telefon pandai bersaiz mega atau memiliki skrin yang besar ni adalah kaum wanita..contohnya bini aku la..telefon besar gila..untung la depa ni ada handbag kan, semua boleh masukkan dalam beg je..kalau untuk aku nak pakai telefon besar ni memang tak sesuai..aku dah la jenis pakai seluar skinny, mana nak sumbat lagi hp tu..poket sempit kot..hehe..

Tapi sebenarnya bukan hat tu aku nak cerita..suka hati korang la nak pakai telefon besar mana, jenis apa pon..yang aku nak citer ni pasal apps atau aplikasi kat telefon pandai korang tu..

ni contoh apps yang ada kat hp aku..kat home ni yang penting-penting jela kan..hehe..

Monday, February 23, 2015

Aku tanya Apa khabor..

Assalammualaikum wbt..

Syukur alhamdullillah dengan izin Allah aku berjaya juga merajinkan diri klik new post untuk kali ni..huhu..kita merancang, Allah yang menentukan ye dak..hihi..eceli aku takde apa-apa cerita pon nak tulis kali ni..

Kiranya ni la kali pertama aku tinggalkan blog tak berupdate lebih dua bulan.tak sangka lama jugak aku tak menulis ni..konklusi yang aku dapat hasil tinggallan aku memblogging selama dua bulan ni tak lain tak bukan adalah kerana disebabkan faktor kemalasan aku ditambah pula takda komitmen, dan malas pikir..hahaha..

Dengan ini aku juga ingin memohon maaf pada geng-geng blogger yang dah lama aku tak tahu cerita..engkorang apa khabor?...nanti aku terjah balik entri-entri u oll kalau ada masa yer..hihi(macam tak je bunyinya kan)..hahaha..



ni la gambar terbaru hero aku..dah besar pon..lagi 3 bulan masuk la 2 tahun..


So, tu la nak habaq..insya'allah nanti kita jumpa lagi..aku baru nak ambil mood rajin ni.harap-harap mai la nanti feel tu...huhu...chowww..asssalammualaikum...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...