Wednesday, January 29, 2014

Pemikir luar kotak atau luar otak.

assalammualaikum wbt..

Sejak kecoh pasal video mamat yang bernama Benz Ali yang tersebar kat youtube, ramai dah orang membuat ulasan tentang statement beliau..seriously aku tengok video tu pon tak habis dan malas pulak aku layan sangat..cuma dari komen rata-rata ramai yang menghentam dia..

Aku taknak jatuhkan hukum apa-apa pada dia walaupon dah ramai yang lebih arif soal ni yang mengatakan Benz Ali ni dah kafir, sesat, atheis, sosialis, orientalis, gila isim dan macam-macam lagi sebab ideologi yang Benz kemukakan dalam video tu..aku tak tau nak cakap apa sebab macam aku cakap la, aku tak paham keadaan sebenar sebab tak tengok pon video tu..

Friday, January 10, 2014

Hot : Felixia

assalammualaikum wbt..

Tak tau la aku ni yang noob ke tak lambat dapat tau kisah ni, tapi dari tarikh posting entri blog makwe tu idok la lama sangat..baru bulan 12 yang lepas je..kisah ni ecely aku dapat dari video yang salah satu page macai ni post kat FB.. makwe comel ni telah diundang ke rancangan TV Al-hijrah bercerita tentang perubahan dia yang kini lebih selesa menutup aurat dan berhijab..

Mungkin geng-geng hijabista, fashionista, kaki fap2 dah kenal kot makwa yang aku maksudkan ni..yup, beliau ialah Felixia Yeap..seorang professional Model, Ex-Playboy Bunny , Playboy Model , Mermaid dan Blogger..orang KL tapi dibesarkan kat Ipoh..

Seriusly aku tak kenal pon sapa dia sebelum ni..Tapi lepas aku tengok video tu dan aku google image untuk lebih kepastian tentang dia, huh..memang boleh membuatkan hidung berdarah jugak la..macam aku tulis atas tadi, bekas playboy bunny kot..kehkehkeh..

Monday, January 6, 2014

Harapan yang bukan Azam

assalammualaikum wbt..

Pejam celik pejam celik kini dah pon masuk tahun baru 2014.secara tak rasmi nya lagi, tahun ni jugak lah umur aku akan masuk 3series..hahaha..aku perhatikan ramai orang yang buat status kat FB semperna tahun baru ni yang renew azam, buat perancangan dan macam-macam lagi la..

"Tahun 2014 ni gua nak kawen lagi sorang" kata salah sorang member aku..hehe..tu salah salah wishlist yang biasa..azam pon gitu gak la..ada yang blom tercapai tahun-tahun yang lepas, sila la cuba lagi ye..bagus la tu, sekurang-kurangnya korang ada azam..

Tapi aku kesian jugak dengan segelintir golongan muda yang meluahkan perasaan yang tahun 2014 ni akan terus jadi tahun kesempitan hidup..minyak, tol, gst, makanan, dan segala-galanya akan terus naik dan makanya, "bujang lagi la aku tahun ni"..hahaha.. kesian, tapi apa boleh buat kan..kawalan harga kan keketuman ketetapan tuhan..hihi..Insya'allah dipermudahkan la nanti kalau korang betul-betul ikhlas nak berumah tangga tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...