Monday, April 30, 2012

Happy Labour Day..

assalammualaikum wbt..

Cehh..macam mana aku boleh lupa yang esok cuti hari pekerja..sunyi je opis aku harini sebab ramai yang sambung je terus cuti sampai esok...kehkehkeh..takpa la..kerja jangan tak kerja..hehehe..

Harini aku nak cerita sikit pasal bersih3.0 boleh dak..apa? takmo baca isu politik dalam blog sampah ni..ok ok, fine..hehehe..maklum la, sejak hari sabtu lepas mana-mana blog yang nak dapatkan traffik macam air mengalir update je la apa-apa cerita pasal bersih tu..kompom laju traffik..kehkehkeh..

Sebabkan aku tak gila traffik, tak nak libatkan diri dengan politik, so cukup la aku sebagai pemerhati je..nak citer pon lepas dah cool baru tak ramai emosi sangat kan..hahaha..ada jugak nama-nama blogger yang pemes update cerita pasal bersih ni kelmarin (maksud aku depa ni bukan la blogger politik pon, cuma emosi dan nak dapatkan traffik tinggi dengan 'memandaikan' diri sendiri)..kehkehkeh..

Friday, April 27, 2012

Bruce Lee & Tony Jaa..sapa lagi hebak?

assalammualaikum wbt..

Dalam bulan April ni astro citra ada menayangkan filem-filem lagenda HongKong..ada la 5 6 filem kot..cerita yang sempat aku layan cerita lagenda kungfu Bruce Lee tu..nak harap tengok citer lain malas la..citer jiwang la, apa la..walaupon citer Bruce Lee tu pon tak best mana, aku layan la jugak pasal dah lama tak tengok..citer lama kan..tak ingat dah jalan citer..kecik-kecik dulu je ada tengok..hehe..

Sebabkan aku banyak masa nak rilek-rilek..aku pon layan la citer bruce Lee tu satu petang ni..layan punya layan, apa yang aku rumuskan, aku tak tau mana macam mana dia boleh dapat gelaran legend..lakonon tah apa-apa je..kungfu yang orang cakap hebat tu biasa je aku tengok..mungkin sebab dah mati kot gelaran tu dapat..macam tu jugak kan kalau artis malaysia..haha..

Wednesday, April 25, 2012

Info sukan : Sentap bersama die hard fan EPL & wat ever laa..

assalammualaikum wbt..

Demam bola champions league dah nak sampai kemuncak..akhirnya pasukan feberet aku Chelsea layak jugak ke final lepas menumpaskan lawan yang di anggap mustahil, yang merupakan pasukan terkuat di dunia, Barcelona FC..huhu..akhirnya Chelsea terus membawa harapan terakhir umat England untuk merangkul gelaran juara di antara juara juara Liga Eropah ni..kalau lah chelsea menang, ni juga merupakan pertama kali dalam sejarah Chelsea jadi juara..persoalannya adakah Chelsea akan menang? sama-sama la kita tunggu..hehehe...

Entri kali ni bukan la aku nak buat entri ulasan pasal game Chelsea dengan Barca semalam..benda dah lepas, tak kesah la sapa menang kalah pon ye dak, tu adat la..kehkehkeh..entri kali ni aku nak bagi sentap sikit kat peminat fanatik bola sepak EPL especialy meleis meleis ni..ok, terus terus aku bagitau aku ni peminat Chelsea macam aku dah cakap kat atas tadi..tapi aku bukan la fanatik..ada masalah?..kehkehkeh..


Tuesday, April 24, 2012

My ex-gelpren : Ainan Tasneem's

assalammualaikum wbt..

Hal hiburan artis malaysia sekarang ni aku dah kurang tau..kalau terdengar lagu-lagu yang best masuk kat telinga aku mesti aku akan tanya sapa yang nyanyi kat bini aku..yela, aku nak dengar radio pon jarang..setiap pagi je pon sebelum pergi kerja radio aku bebunyi kejap dengar Johara kat Era..tu pon pasal lawak..ceria la sikit pagi aku kan..hehe..

Tapi tadi masa youtube walking, aku ada bukak video retis youtube sorang ni..korang kenal Ainan Tasneem? kalau korang tak kenal maknanya korang lagi prakk la pasal hiburan dari aku..kehkehkeh..aku teringat nak bukak youtube Ainan ni pasal masa aku balik kedah tempoh hari, aku ada dengar lagu Ainan ni keluar radio masa dalam kereta..woaaa..untung lah, dah jadi artis dah dia sekarang...

Saturday, April 21, 2012

Resepi : Ayam wangi ala thai masam nak mampus..

assalammualaikum wbt..

Lama rasanya aku, chef bundle tak kongsi resepi dengan korang..asik entri senggama minda, sentap, info tah apa-apa je bosan jugak kan..kehkehkeh....so harini mari kita ringankan sikit kepala otak dengan entri masak-masak ye..hehehe..rasanya entri ni lebih sesuai untuk pembaca blog aku sebab majoriti kat sini pon wanita je..yang bini-bini orang, mak-mak orang pon ramai boleh cuba ni..kehkehkeh..

Sebagai seorang suami yang penyayang, sekali sekala aku suka jugak tolong ganti bini aku masak..so semalam dah tiba-tiba aku rajin pulak kan..makanya terhasilah masakan yang aku nak kongsi ni..rugi beb tak cuba..memang best..nama masakan ni Ayam wangi ala thai masam nak mampus..

Friday, April 20, 2012

Serius : Konflik seorang blogger

amaran : entri ni memang akan buat ramai orang sentap..


assalammualaikum wbt..

keyboard warrior, ustaz ustazah internet, dr.cinta, dr.falsafah dan macam-macam lagi gelaran untuk golongan yang hebat bercakap kat alam maya ni terlalu ramai ada..benda-benda macam ni sebenarnya jadi hiburan aku nak gelak sensorang jugak kadang-kadang..nak cakap pon susah sebab mungkin tak ramai yang paham joke yang aku rasa ni..benda ni subjektif..orang yang bercakap tu rasa dia cakap benda baik tapi jadi kelakar bila aku baca..bergantung kepada situasi dan keadaan..

Lawak ni susah nak jadi kat aku pasal aku kurang nak bercerita tentang life aku..kalau aku cerita pon benda yang fun dan enjoy je..pasal masalah atau benda tak elok malas la aku kongsi..so benda yang aku nak ceritakan ni susah nak jadi kat aku pasal korang tak tau life aku macam mana dan takda la perunding tak bertauliah ni muncul dalam hidup aku kan..kehkehekeh...

Thursday, April 19, 2012

Info : Egois atau sifat semulajadi..




sambil korang baca entri tu layan lagu ni pon sedak gak..


assalammualaikum wbt..


Sebenarnya aku nak bagitau ni rasa malu pon ada..memang tak nafikan bila dah ada readers yang selalu stalk kat blog aku ni, rasa hati berbunga-bunga je..kehkehkeh..salah korang sebab selalu rajin komen komen entri aku..cuba korang buat tak reti je dah sah-sah aku tak berapa rajin update macam sekarang..hahaha..bila dah di beri semangat, rajin la jadinya ye dak..macam tu jugak bila mengantok disorongkan bantal..hehe...

Tuesday, April 17, 2012

Berita baik untuk penyangak MLM..

assalammulaikum wbt..

Ok..Entry kali ni express je sebab aku diluar kawasan sekarang..sangap nak online sangat terpusing pusing aku kat Pekan Jitra ni cari CC..kehkehkeh....walaupon express, tapi tajuk macam panas la pulak..hahaha..rilek jack..Sejak minggu lepas, banyak kali aku cuba masuk blog Aidid muaddib tapi gagal..ala blog yang aku ceritakan tempoh hari yang adminya sangat anti dengan MLM tu..btw, ni merupakan berita baik untuk penyangak MLM..hoyehh..suka lettew takda sapa nak hentam korang lagi...kehkehkeh...

Niat aku sebenarnya baru nak troll satu blog persendirian yang promote MLM ni minggu lepas..tapi tak kesampaian..hehehe..sebab tu aku cuba cari info dari blog aidid untuk bahan..untung la blog aidid dah tutup..selamat jugak blog tu dari jadi mangsa aku..hihi..nak troll website atau official page tak layak lagi pasal tu kerja Aidid..yang kecik kecik tu boleh la..hahaha..


Monday, April 16, 2012

Mind freak : Senggama minda..

assalamualaikum wbt..

Korang kenal nama nama ni..Criss angle, David blain, Crill takayama dan ramai lagi sebenarnya..tapi ni je la yang aku minat...kalau tak kenal mesti korang takda astro kat rumah..ekeke.. ok la kalau tak kenal aku bagitau je la..diorang ni merupakan magician hebat yang aku kenot brain..tapi diorang ni cuma streets magician je la..lagi best dari magician yang atas pentas sebab tak payah guna prop bagai..

Dari dulu lagi aku memang suka layan magic-magic ni..hahaha..terpengaruh tv betul aku kan..hikhik..bagi aku, ni pon salah satu cabang seni..seni gila yang awesome..serius akan senggama minda aku kalau magic yang diorang buat langsung aku kenot brain..bukan setakat kepantasan tangan macam main kad..tapi magic diorang sangat gila...

Thursday, April 12, 2012

Aku bunuh ore..

assalammualaikum wbt..

Ayat tittle aku di atas merupakan dialog adik beradik antara Ilham dengan Adil(bunga lalang) dalam filem bunohan..Lepas tengok cerita tu, ayat tu la paling terkesan dengan aku..hahaha...bila duduk senyap- senyap dengan bini aku, kalau bukan aku start, bini aku pulak tiba-tiba sebut " aku bunuh ore" dan sorang lagi akan jawab "aku ado dengar" dan lepas tu apa lagi,kami gelak la terkekeh kekeh...romantik kan..kan kan..hikhik..

Kalau ikut perangai aku, memang susah aku nak tengok filem meleis ni..nak pulak cerita jiwang karat macam ombak rindu tu..sampai sanggup la bini aku tengok wayang sorang sebab aku tak nak tengok citer tu..kehkehkeh....tapi lepas sorang blogger ni blog walking kat blog aku bawak entri review filem bunohan, tetiba aku tertarik nak tengok..lain dari yang lain..So aku ambil keputusan terus langgan Astro box office..ternyata aku tak kecewa la tengok cerita macam ni..cerita berat dan banyak mesej tersirat..

Tuesday, April 10, 2012

Info : Jenis blogger yang perlu anda tahu..

assalammualaikum wbt..

Entri kali ni aku nak story pasal blogging lagi..ok firtsly aku nak tanya korang yang korang blogging atas dasar apa?apa niat korang sebenarnya..ada macam-macam jawapan kalau tanya kat blogger ni..ada yang kerana duit, minat, hobi dan nak popular kot..kehkehkeh...


DUIT

kalau rasa nak anda blogging kerana duit..teknik copypaste entri-entri panas dan mesra carian merupakan medium terbaik untuk korang..bantai je la copy artikel dari mana-mana blog lain pon takda hal..pasang iklan atas,bawah, pop up dan selagi boleh..duit segala-galanya kan bagi korang..up to you..kehkehkeh..


Monday, April 9, 2012

Dairi : Entri bergambar (Genting)

assalammualaikum wbt..

Entri kali ni aku tak nak tulis banyak dah..tapi aku nak letak gambar je banyak-banyak buleh?..hahaha..sebelum tu aku cerita sikit la mukadimahnya ye..Dari hari jumaat lepas lagi bini aku dah ajak aku detim...yela, dah agak lama aku tak keluar ni..so deal semalam aku naik Genting berdua lepas habis tengok cerita Dragon ball..katun tu tak leh miss beb..final fighting Goku dengan fliza..hahahaha..

Jadi setakat tu je la mukadimahnya..perhatian : kalau ada gambar yang macam bajet-bajet celeberiti tu korang buat tak nampak je la ye..hahaha..pada yang baru nak kenal blog sampah ni, ni aku nak kenalkan rupa admin ym.bundle blog sampah and bini tersayang ..untung la,bukan selalu aku nak update entri bergambar macam ni tau..harap maklum yang aku ni pemalu orangnya.. hahaha...apa lagi, layan je la..kehkehkeh...

Saturday, April 7, 2012

Blow my mind..

assalammualaikum wbt..

Tajuk paper kosmo semalam betul-betul buat aku tergelak..paper harini (Link) pon tak habis lagi cerita lawak ni..kahkahkah..serius aku kenot brain macam mana beliau boleh kawin dengan maknyah pulak..dah setahun kot nikah..hurmm...

Bila terpikir pasal dia kawin dengan maknyah ni, aku pikir satu je..takkan dia tak leh bezakan perempuan jadian tu punya tuttt dengan yang asli..kahkahkah..sebelum kawin dengan maknyah tu pon dia dah ada bini dua orang lagi..sengal jugak profesor ni..takkan la takda beza..musykil jadinya aku..klik sini kalau nak cari perbezaan (google Images)search sendiri..hahahaha...

Friday, April 6, 2012

My acoustic Affair & Mania..which one?

assalammualaikum wbt..

Semalam time lunch aku merayau kejap pergi Giant..maklum la opis aku pon sebelah Giant ni je..haha..habis urusan aku kat situ yang sebenarnya nak pergi Maxis center, aku pon angkat kaki blah..tu untungnya kalau jalan dengan lelaki..pergi ada motif walaupon sekadar makan aiskrim murah kat depan pintu Giant tu..aku selalu buat ok..hahaha..

Sebelum aku blah tu aku macam biasa beli aiskrim dulu..tengah makan tu datang pulak Kereta skuad Era nak bagi hadiah..haha..so aku dengan member aku selamber je la buat muka tak malu, terus pergi kat mamat tu..orang 1st siak..so hadiah kena lebih la kan..kahkahah..


Pendekkan cerita, dia bagi aku macam-macam sampai penuh tangan aku..tapi tu tak best....macam aku cakap tadi, sebabkan aku ni orang bertuah sampai 1st, hadiah macam gambar yang aku scan bawah ni la aku dapat...dua pass konsert My accoustic affair dengan dua pass konsert mania..hahaha..tu pon nasib aku malas nak amik 2 pass lagi tiket wayang pree..saja tolak..ikutkan mamat tu semua dia nak bagi aku dengan member aku je..senang dia habis kerja pastu boleh blah..hahaha..


Konsert mania aku tak minat walaupon aku suka Ahmad Dhani ada dalam rancangan tu....tapi konsert acoustic tu aku macam berminat pulak aku nak tengok..ada la ala-ala gigs sikit..lagipon semua indie band je..baru kena dengan jiwa rock aku..hehehe....masalahnya bini aku bagi hint macam mahu tapi malu je nak tengok Konsert Mania tu..kehkehkeh..

Persoalannya sekarang..mana satu aku nak pergi..konsert indie band atau mania yang tak mania tu..hahaha..nak pergi dua-dua pon tak boleh jugak pasal hari yang sama..hahaha..ingat nak bagi je kat sapa-sapa kalau aku tak pergi ni..korang nak??hehe..



Wednesday, April 4, 2012

Kecoh betul..



apa nak kecoh sangat..

Bila timbul soal hukuman tak setimpal dengan kesalahan..
tu sebabnya hukuman tu manusia yang cipta bhai..
hukuman yang dah tentu banyak cacat celanya..


apa nak kecoh sangat..

bila tanya artis pasal hukum hudud yang dah sempurna..
maka, keluarlah jawapan bengap lagi memalukan..
Ok..tak perlu salahkan sangat artis-artis tu..
dah memang diorang tak sekolah agama agaknya..
wartawan pon bingai jugak, nak tanya pasal hukum..
tanya la ustaz di tv9..kahkahkah..

Tuesday, April 3, 2012

Help me!..aku dalam dilema..

assalammualaikum wbt..

Sebenarnya aku dalam dilema sekarang ni..nak potong rambut ke dak?..dah lama aku nak simpan rambut sebenarnya..hahaha..teringat dulu masa tahun 2001 aku pernah kerja kontrak kat pejabat pos besar kl lepas SPM...hehe..masa tu zaman skinhead aku dah habis dah..time ni aku dah mula terpengaruh dengan style mamat jepun macam kimura takuya..hahaha..rambut aku pon dah panjang ala ala band beattle..haha..oldskul fashion..

Tapi yang kelakarnya, member member aku kat pejabat pos masa tu boleh pulak cakap aku ni terpengaruh band indon sheila on7..kahkahakah..tak boleh blah betul..memang la time tu band sheila on7 tengah top..tapi serius aku tak layan band band indon ataupon band melayu sangat masa tu..so bukan diorang yang pengaruh aku..aku lebih berminat style jepun dengan british band..lagipon masa tu aku pakai skuter Vespa kan..imej kena style la sikit..takkan aku nak berambut ekor lentik-lentik kat belakang,pakai kasut johnson dengan nike air pulak..tu dah cutting mat rempit pulak..kahkahkah....


Monday, April 2, 2012

Aiman dan Ibu..

Kisah yang aku nak cerita ni pasal anak buah aku sorang ni..Umur 5 tahun..awek belum ada lagi..3 orang adik beradik,yang sulung..makanan kegemaran: yang nenek masak..Idola rambut pacak : pak ngah a.k.a aku..hehehe..

Jumaat 30/3/2011..10.30 am
Lokasi : Taska Pasti Kg.Nakhoda


Cikgu : "Aiman, nanti balik rumah bagi surat ni kat mak tau" kata cikgu lalu menyerahkan sepucuk surat kepada Aiman..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...