assalammualaikum wbt..
Jeng..jeng..jeng..lepas dari kata-kata dia tu terus aku macam dapat hidayah takmo hisap rokok lagi..terus aku niat..
p/s : aku yakin mat jebon dah hilang ketagihan dadah (bersangka baik)..
Mengikut kefahaman pendidikan aku yang setakat darjah 3suku , perkataan ketagihan ni diambil dari perkataan tagih atau dalam maksud idam, hasrat, atau mengingini sesuatu..bila idam atau hasrat tu terlalu tinggi, ia akan muncul dalam bentuk menagih dan seterusnya menjadi satu ketagihan akibat penagihan yang tidak terkawal..adakah korang paham apa yang aku tulis?..kehkehkeh..
ok..abaikan, sebenarnya ada beberapa perkara tentang ketagihan yang aku nak cerita ni yang aku alami..aku cuba tulis seringkas yang boleh je la sebab aku memang taknak tulis banyak-banyak...ketagihan pertama yang dah berlaku kepada diri aku sejak dibangku sekolah lagi ofcoz ketagihan pada rokok..Tahukah korang aku dah mula merokok sejak sekolah rendah? dah beribu batang rokok dan mybe beribu kotak rokok dah aku hisap rasanya..yela lebih 15 tahun aku dah merokok ni..pada pandangan dan pengalaman aku sendiri, rokok ni lebih hebat dari ganja, arak dan sesetengah jenis dadah..
Bagi aku rokok memang ketagihan paling kuat..kenapa? sebab perokok yang tegar biasanya setiap masa mesti nak berasap..paling kurang pon sejam sekali..bergantung jenis perokok tu sendiri..tapi kalau dah nama perokok, tak mungkin sehari dia boleh tak hisap langsung...berbeza dengan ganja, dan dadah..ada ke orang nak hisap dadah hari-hari..sejam sekali, hisap dadah ditempat awam..takda kan?..lagipon dadah ni mahal..benda yang tak dibuat kerap tak mungkin akan jadi ketagihan..
gambar hiasan
Kalau korang tak caya cuba la, harini korang try hisap ganja sekali, memang best..rasa seronok je..dah habis stim kepala korang tu, habis la..macam tu jugak arak, minum sekali mabuk macam mana pon benda ni takkan jadi ketagihan kalau tak di selalu buat...aku bercakap hal ni berdasarkan pengalaman aku jugak, bukan aku tak penah hisap ganja, tapi tak pon boleh celen ketagihan rokok..aku pon pemabuk jugak dulu, tetap ayaq nescafe jugak lagi aku ketagih..
Secara amnya, benda-benda mengarut yang penah aku buat dulu, dah lama pon aku tinggalkan..benda yang bukan rutin kita buat tapi masih ambil dan kita suka ni bagi aku belum sampai tahap ketagihan..dia masih dalam ketegori suka-suka..so bila dalam peringkat awal nak tinggalkan, kita akan terasa macam 'rindu-rindu' la orang cakap..toksah tipu la kalau cakap sesak nafas pulak kalau tak dapat hisap or tak dapat togok arak tu...mengarut...
Alhammdulillah sejak awal ramadan dan sejak aku sakit tu hari, aku dah cuba secara mendadak menghilangkan ketagihan merokok aku yang kritikal ni..aku terus berhenti tanpa cara perlahan-lahan atau mengikuti sebarang terapi..aku terus berhenti bodoh gitu je..bukan aku tak pernah niat nak berhenti, dah banyak kali azam, tak pernah pon jalan..alhamdulillah kali ni aku memang istiqamah berhenti..masuk sekarang dah lebih sebulan aku berhenti..err..
Korang jangan gelak cakap "eleh, baru sebulan"...hahaha..korang tau tak seksa dia macam mane? jangan cakap sebulan, asal setiap kali lepas makan, atau time mulut aku tengah manis-manis minum teh tarik atau nescafe, time tu memang la terasa sangat nak hisap rokok, ni bukan takat 'rindu-rindu' je lagi kay..aku memang maksudkannya. member rilek je hembus asap rokok depan muka aku..belum citer bila duduk dalam jamban pulak,.fuhh, setiap masa boleh kata ketagihan tu cuba mengugat iman aku.. ni la orang cakap ketagihan..
keperluan aku dulu yang kini jadi koleksi hiasan..
Just nak kongsi sikit tips kenapa aku tiba-tiba tergerak hati boleh berhenti pulak ni..sebenarnya aku dapat satu motivasi dan nasihat dari member opis aku masa dia datang melawat aku kat hospital tu hari..aku dah banyak kali tak jujur dengan diri sendiri kononnya bernazar bila bini aku mengandung dulu aku nak berhenti..tapi gagal..bernazar lagi konon nak berhenti bila anak aku lahir, tapi tak jalan jugak..dan seriusly aku tak terpikir pon nak berhenti merokok lagi walaupon aku ada kanser...pegi hospital tu aku masih bawak rokok..
Tah macam mana aku dapat kesedaran pulak bila member aku tu cakap,simple je pon ayat dia..
"bentilah merokok fiq, kau dah sakit, ni nak bulan puasa pulak..elok la kau benti merokok"..
tapi jangan berhenti kerana orang lain atau diri sendiri, berhentilah niat kerana Allah..
Jeng..jeng..jeng..lepas dari kata-kata dia tu terus aku macam dapat hidayah takmo hisap rokok lagi..terus aku niat..
"Sahaja aku tidak akan merokok lagi,
rokok tu haram, memudaratkan dan membazir,
kerana Allah Taala.. "
Haa, tu jela caranya..simple kan..hahaha..tapi dalam masa yang sama aku set minda aku anggap la merokok ni macam arak atau tinggal solat..aku fatwakan sendiri merokok tu hukumnya berdosa supaya aku tak buat lagi..serius tu je motivate yang buat aku berhenti ni..takda kaitan dengan sapa-sapa, penyakit atau isu politik..just niat kerana Allah..
Insya'Allah, kalau ada penagih-penagih yang terbaca entri aku ni, boleh la cuba ye tips yang aku bagi ni..aku boleh berhenti, korang pon boleh la..tak semestinya soal nak berhenti merokok, dadah, arak..kot yang lelaki belum kawin tu ada yang ketagihan onani ke, hihi, ketagihan main game ke, ketagihan blogging, FB, dan apa-apa ketagihan dan tahian la senang citer..boleh la mencuba..hehe...
Owh, sebelum aku terlupa, ada la sorang member aku ni.. aku tak tau la ketagihan dia ni tahap apa dengan dadah jenis syabu ni..aku nak nasihat atau bagi tips yang aku dah berjaya apply dalam kehidupan aku ni pon macam tak layak je..tapi sayang la dia kantoi bab ni..member aku ni sejak tahun lepas dah berhijrah ke islamik sangat-sangat la banding aku..terus berhenti kerja dan sentiasa kat masjid setiap waktu..tapi masih lagi tak boleh berhenti menghisap dadah ni..setakat rokok tu aku paham lagi, ni dadah tu pon masih tahi..aku tak tau nak kata apa la..nak bagi tips aku yang macam islamik2 sikit ni pon dia lagi 'masjid' dari aku ye dak...segan lah..wooo..
1st..lalala..
ReplyDeleteTamak. Boo!
DeleteCara ko berenti sapkok, sama mcm husband aku dulu. Berenti kerana Allah. Macam tu je. Terus tak sapkok lagi dah sampai sekarang. Aku seikhlas hati nak ucapkan tahniah kat ko sebab dah berjaya berenti. Memang bukan senang nak berenti isap rokok ni. Aku tak merokok pon aku tau.
Pasal kawan yg lebih masjid drpd ko tu, ko cuba je la nasihatkan dia. Berjaya ke tidak itu cerita B. Yang cerita A sekarang adalah effort utk nasihatkan dia.
haaha..owner 1st kay..
Deletesbb laki ko pon dah berhenti guna cara ni..so nampaknye mmg berkesan la kan..terima kasih..tak sangka dapat ucapan tahniah..hahahaha...nanti aku try brain wash member aku tu..
nice !! "sahaja aku nak 4flat grad nanti kerana ALLAH taala" ok tanx bro!
Deletemacam tu pon boleh ye aisyah..haha..ok la tu..ustaz aku pon cakap buat apa2 yang baik elok niat kerana Allah..semoga dipermuadahkan la..
DeleteCantik cara motivate diri tue. nak past link dekat adik aku lar. hah..
ReplyDeletememang cantik la sebab tu aku bleh berenti..hehe..tp tetap kene kuatkan iman..susah wooo..haha
Deleteingatlah orang tersayang~ set dalam minda juga
ReplyDeletesebelum2 ni aku mmg set ingat org tersayang, tapi tak jalan la kopi..bila niat tu sebab orang kurang berkesan..sebab tu better niat kerana Allah je..habis citer..
Delete1. kawan aku berhenti merokok sejak dia tumbang masa main bola, pengsan. sekarang dia dah makin ok. kes lebih kurang macam kau kot.
ReplyDelete2. kalau aku rasanya dalam kategori antara ketagih dan tidak kot...
member ko benti sebab dah sakit la tu..ok la mau benti..buatnya dah skit pon takmo benti gak naya..haha..
Deleteko bukan perokok tegar kot..sehari tak habis sekotak ok lg..
diri sndiri je boleh ubah kan... tp kalau nk cuba ganja jgn pernah dicuba2 takut ketagih terus org ade akai elok je boleh fikir takpayah cuba ganja terus!!! gituuu
ReplyDeletehahah..aku buat contoh je tu..memang bengong la kalau nak cuba gak..haha..just nak tunjukkan teori dia cmtu..benda yang sekali amik kurang memudaratkan dn tak mendatangkan ketagihan langsung..
Deletecara kwn ko nasihat tu mcm ayat yg sama ko bg kat fik kakdah kt jeez aritu
ReplyDeleteyela..aku kongsi apa yg aku dah buat ler tu..grrr..masa tu kan aku dah benti sapkok..
Deletemarah pulak -__-
Deleterokok itu merbahaya. lama tak dtg blog ko bro. selamat hari raya.
ReplyDeletemujur la aku bleh benti ni..mmg bahaya pon..selamat hari raya..
DeleteGiler wei canner urusan bisnes dalam jamban tanpa berasap? Boleh ker? Tak dapat aku bayangkan tanpanya hehhee. However, big congrats tuk kau sebab berjaya, sebulan itu sangat lama dah tu, bravo.
ReplyDeletetu la..takleh bayangkan kot buat urusan dalam jamban tanpa berasap..tapi aku berjaya jugak.bangga woo..haha..
Deletekawan aku...errr. ko kenal sapa kot. pernah ketagihan ganja ni. pastu dia mampu berhenti. cuma rokok jelah....pasni selepas 31 ogos aku yakin dia akan ketagihan menda lain. wakakaka. ok....tu je nak komen.
ReplyDeletedia belum ketagih lagi tu aien..aku tau sebab manede orang hisap ganja ni macam rokok..tp yang ketagihan lepas 31 ogos tu aku tak jamin la..kalau dia ketagih, ko hadap je la ye aien..kehkehkeh..
Deletenak print ayat tu. pahtu tepek besar depan pintu rumah. harap laki aku insap lah pahtu. hakhak..
ReplyDeletehaha..semoga berjaya mell..
Deletebapak aku tak nk benti merokok la..pent dah ckp macam2 :(
ReplyDeletebapak ko cakap ke taknak berhenti?? pandai-pandai ko je..aku rasa semua perokok ade niat nak berhenti cuma susah nak berhenti je..
Deletememang dia tak nak benti..betul..
Deletehahaha..kental la bapak ko..
Deletebagus la tu berenti kerana Allah. kesihatan dapat, pahala pon dapat. sesungguhnya setiap amalan bergantung pada niat kan??
ReplyDeletetu la..bila buat perkara yang baik dan niat kerana Allah insya'allah Allah akan permudahkan la urusan tu..dapat pahala, kesihatn baik,jimat duit..untung aku..hahaha
DeleteAku dah malas nak cite bab2 merokok ni..Kakakkaa! Fik lagi arif.
ReplyDeletebiar la dia..rokok tu satu nikmat yang bukan porokok tak akan paham..
DeleteDah sebulan yea bundle..tahniahhh...
ReplyDeleteBukan senang nak capai ke tahap sebulan tu...
Adik pernah try..tapi xsampai sebulan pun...
Daya tahan tak kuat...
Ayat nasihat tu..walaupun simple..
Tapi makan dalam ooo...
yeahh..tahniah utk diri aku sendiri..hahaha..
Deletesebulan tu mmg masa yang lama..tp percayakah ko, aku msih berlawan lagi dgn kesangapan nak isap rokok tu..huhu..bukan senang nak berhenti..
gang kopitiam datang follow... naik ketagih la lepas ni... selalu mai sini..
ReplyDeleteselamat datang sam..mai la lagi lain kali..hahah
DeleteCongratsz bundle.. kira hebat oo berhenti terus.. :D semoga istiqamah..
ReplyDeletemat jebon cakap aku kental gila sebab bleh benti rokok sebab dia sendiri tau aku lagi kuat hisap rokok dari dia..haha
Deleteeh..iklan pulop..hahaha
ReplyDeletetime kasih nana..insya'allah la aku cuba istiqamah..mmg nak sangat berhenti ni..so takleh separuh jalan..
ReplyDeletebaru nak belajar hisap rokok eh.. HAKHAK. !
ReplyDeleteko baru nak belajar sapkok ke , ko nak cakap aku yang baru belajar ni..kompius lak aku..hahaha..
Deletememang jiwa kental kot bundle ni.. siap niat tu yg tak tahan.. hahah.. apepun tahniah la. semoga berkekalan. lenkali kalo rasa nak smoking je ingat ammar. konfem tak jadi.. :D
ReplyDeletepinjam entri ni bundle, nak bagi seseorang baca. kehkehkeh..
DeleteGanja best.
ReplyDeleteGanja best gila
ReplyDeletenak tahu sejauh mana ketagihan ganja ni.bagi saya kalau lelaki hisap ganja ni biasa la.tapi rakan serumah aku ni permpuan.kuat merokok dan kaki hisap ganja.hampir 3tahun serumah.seminggu 2 atau 3 kali dia hisap ganja.kadang2 dia guna dapur dan kadang2 dia guna rokok daun.expert betul aku tgk.umur dah 29 thn tapi xde tanda2 nk berenti pon.
ReplyDeleteOrg perempuan klu da main ganja memang susah nk berhenti.. Diorang akan rasa syok layan benda ni.kadang2 sampai kawin pon masih lg layan..terpulang la pada diri masing2..
ReplyDelete