Thursday, May 2, 2013

Teori konspirasi : The Beatles..

assalammualaikum wbt...

Adakah  korang peminat siri teori konspirasi?..ada beribu macam kisah teori konspirasi yang ditulis oleh pengkaji pengkaji barat, tempatan dan terdapat dalam berbagai bahasa yang kita boleh baca..search je dalam cari google korang boleh jumpa bermacam-macam tajuk..teori konspirasi pendaratan manusia ke bulan, ilumminati, freemason, politik, agama, dan macam-macam lagi  yang agak sensasi..

Sebelum tu biar aku jelaskan apa definasi teori konspirasi ni..ok,secara ringkas perkataan teori yang diambil dari perkataan Yunani iaitu Therio bermaksud pemandangan, so untuk memahamkan kita dari sifat teori ni, ia bermakna pendapat..dan secara ringkasnya konspirasi pulak bermakna, komplot atau persengkongkolan..

Jadi bila perkataan tu digabungkan, ia membawa maksud teori yang berusaha menjelaskan sesuatu peristiwa atau sejarah yang dianggap telah di rencanakan dalam diam oleh kelompok atau organisasi yang berkuasa dan berpengaruh..contohnya pengkaji teori konspirasi banyak mendakwa peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah seperti politik telah dimanipulasi oleh para konspirator untuk sesuatu kepentingan...

Hoax?

Huh..penat aku taip, baru siap intro je..hahahaha..ok untuk pengetahuan korang, aku ni pon antara peminat siri bacaan teori-teori konspirasi ni..bajet macam pengkaji la kan walaupon sebenarnya aku cuma minat baca je..haha..kenapa aku minat? sebenarnya aku pon tak tau kenapa sejak setahun dua ni aku tiba-tiba minat dengan sejarah..kalau dari sekolah dulu aku dah minat sejarah, kompom aku tak gagal mata pelajaran sejarah ni..huh..

Ok terus ke point utama aku nak tulis, teori konspirasi yang terbaru aku baca dalam sebulan dua ni ialah mengenai teori konspirasi the beatles..pernah tak korang baca?..aku rasa, takda pembaca blog aku ni yang rajin baca bacaan macam ni..entri cinta, lawak, diari blogger pemes tu yang korang suka baca kan..hahaha..aku suka teori ni sebab agak misteri walaupon cuma cerita melibatkan sebuah band..teori yang tak terlalu berat untuk difikirkan apatah lagi boleh menyebabkan paroid macam teori freemason atau illuminati..

Aku nak tulis banyak-banyak aku ni bukan la pengkaji..so aku story la secara ringkas apa yang aku paham dalam kisah teori ni..Tahukan korang The Beatles adalah band yang telah mencetuskan fenomenal seluruh dunia dan raja muzik dalam era 60-an..band yang dianggotai oleh John Lennon, Ringo Star, Paul McCartney dan George Harrison..



Walaupon band ni dah tentu-tentu bukan zaman kita sekarang, tapi serius dari dulu pon aku dah suka lagu-lagu the Beatles sebab biasa dengar dari CD lagu ayah aku..dan ini membuatkan aku tertarik untuk membaca konspirasi ni..antara konspirasi yang menarik ialah tentang kematian gitaris The Beatles, Paul McCartney yang dirahsiakan..Kemudian ada yang mendakwa Paul McCartney telah digantikan oleh seseorang yang mirip beliau..Benarkah??

Ada pendapat mengatakan kematian Paul McCartney pada 1966 terpaksa disembunyikan untuk mengelakkan ribuan peminat Beatles membunuh diri atau menjejaskan komuniti..hal ni tak mustahil kerana ketika itu Beatles memang betul-betul di puncak karier dan mempunyai jutaan peminat seluruh dunia..pihak yang dikatakan bertanggung jawab untuk menutup mulut setiap saksi terutama tiga anggota Beatles yang lain adalah agen M16 yang bertanggungjawab terhadap ancaman subversif dan teroris..

Selepas dari itu, bermacam macam keanehan disampaikan oleh Beatles secara tersirat contohnya di dalam cover album yang kononnya ingin memberitahu petunjuk kematian Paul McCartney..


Cover Album Let It Be

Dalam cover album ni Paul McCartney telah tampil dengan latar belakang berwarna merah sedangkan ahli lain berwarna putih..warna merah dipercayai membawa maksud darah dan kematian Paul..


Cover Album Abbey Road 


Dalam cover album Abbey Road yang merupakan album terakhir sebelum Beatles berpecah ni dikatakan sarat dengan petunjuk dan masej tersirat..Paul kelihatan janggal daripada anggota yang lain dengan langkah kanan manakala yang lain dengan langkah kiri..

Mata Paul juga terpejam, bersut hitam dan tidak berkasut. Manakala anggota lain seperti John Lennon berpakaian putih, Ringgo Star bersut hitam dan Harrison berseluar jeans. Ramai mendakwa ia membawa maksud McCartney adalah ‘jenazah yang ingin dikuburkan’, Lennon adalah paderi, Ringgo Star adalah pelawat yang berkabung dan Harrison pula adalah penggali kubur. Di England, kebanyakan masyarakat mereka mengebumikan jenazah dalam keadaan jenazah tidak memakai kasut. Daripada tradisi inilah timbulnya pendedahan bahawa McCartney dikaitkan dengan ‘jenazah yang ingin dikebumikan’.


Cover Album Very Together


Dalam Cover album ni kelihatan gambar sebatang lilin yang terpadam..benarkah ini petunjuk yang ingin diberitahu oleh Beatles tentang kematian seorang ahli asal mereka??




*******

Oklah..Setakat apa yang aku senaraikan kat atas ni dikatakan petunjuk yang mempunyi mesej tersirat pada pandangan pengkaji teori konspirasi hal ni..banyak lagi petunjuk yang ada, contohnya tentang fizikal Paul yang nampak banyak berubah, Klu-klu dalam lirik lagu dari John Lennon , Poster Filem, dan ada lagi dari cover album yang lain..malas dah aku nak masukkan..betul ke tidak, entahlah..terpulang pada penerimaan masing-masing...percaya tak untung, tak percaya pon tak rugi..hahaha...kalau korang nak tau lebih lanjut, korang cari la sendiri..

So kesimpulannya, walaupon  korang rasa teori ni ibarat sampah dan mengarut, secara tak langsung korang kenal anggota The Beatles kan..macam tu la jugak kalau korang baca teori konspirasi yang lain..walaupon teori yang disampaikan tu kadang-kadang tak masuk akal, sekurang-kurangnya kita dapat tau sikit sebanyak sejarah atau peristiwa yang tertulis dan apa yang dikatakan telah dimanipulasi..


P/S : yup..aku tau korang bosan baca entri ni..hahaha..

Rujukan : berbagai sumber..


35 comments:

  1. tak bosan. sbb aku baca sampai habis. cop jap

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay. pertama akhirnya. aku tak pernah dgr lagu the beatles ni. dan taktau pun berapa org team dia. hihi.. cuma pernah dgr. zaman dulu, peminat ni memang fanatik habis sampai terpaksa menutup kematian salah seorg ahli kumpulan.
      aku pun nak share teori konspirasi yg aku pernah dgr. taktaulah betul atau salah. Aku dgr, owner Genting Highlands tu sebenarnya dah peluk Islam. Tapi sbb taknak share holder situ lari dan byk yg lari, mereka tutup cara pengebumian beliau. err.. tapi ni sekadar teori konspirasi sajalah. kesahihannya entahlah.

      Delete
    2. time kasih ha sebab baca habis..haha..ingat saja nk amik tempat 1st ..ekeke..aku tak penah dengar plak pasal tokey genting tu..tp bunyiknya nampak mengarut je..hahaha....

      nak citer pasal teori konspirasi ni kene sertakan bukti dan petunjuk yang boleh bg orang walaupon tak percya 100%, tapi boleh buat dia pikir 2kali betul ke tak fakta tu..kalau takde, kite anggap tu bukan teori la cuma cakap kosong..

      Delete
    3. tula. aku pun rasa cerita yg aku dgr tu cakap kosong saja.. hal-hal berprofil tinggi mcmni biasa org tutup rapat2

      Delete
  2. Bro dah boleh jd detektif conan.. HEHE..
    Btw, sronok jugak baca pasai konspirasi ni.. bila baca tu, sifat curious tu membuak buak sbb nak taw apa yg tersembunyi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..aku tolong citerkan je zwan..bukan aku yang detektif dalam ini cerita..hahaha..camtu la perasaan aku bila baca sesuatu konspirasi..curious..(mata bersinar-sinar)

      Delete
  3. erm... konspirasi tetatp konspirasi... tak tahu kebenarannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. konspirasi memang konspirasi TK..yang tak tau betul ke tak tu teorinya..hahaha

      Delete
  4. Aku peminat The Beatles weh.Tapi bukan kipas susah mati la.
    Yang aku pernah baca tentang bentuk fizikal Paul McCartney berbeza selepas tahun 1966 tu. Tapi mcm kau cakap,terpulang nak percaya atau tak kan. Lagipun benda ni dah lama berlaku,let it be lah kan? Betul ke tidak kita tak tahu. Wallahu a’lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow..jarang orang pompuan layan lagu2 lama ni..ko mmg rare la bobot..yup bnyk lagi yang aku malas nk tulis..pasal bentuk fizikal tu pon orang kaji banyk perbezaan..entah ye ke tidak..wallahualam..

      Delete
  5. betul2 konspirasilahkan..sampai skrang tak tahu kebenarannya.
    tapi teori2 yg diorg cuba sampaikan tu macam ada kena mgena je kan..
    betul atau tak, itu je yg tak pasti...xde jawapan..

    best jugak baca tentang konspirasi mcm ni bundle...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni la dia teori konspirasi..bila kita baca, kita akan rase ade betulnye jugak apa yang diorang tulis..tp terpulang masing2 nak percaya ke idok..

      Delete
  6. baca pasal konspirasi ni kureng minat. tapi dengar lagu the beatles suka lah. paul mcCartney comel kan? hahaha..

    ehh so betul ke tak paul dah mati? chicna selalu je nampak dia update pict & status kat fb page dia? muka sama je cuma dah chubby. mmg konspirasi nih. -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke ko dgr lagu2 beatles ni chicna..cam tak caya je..hahaha.

      pasal konspirasi tu aku tak tau la sahih ke tak..tapi paul yang dikatakan klon tu masih hidup lagi..comel ke? dulu muda2 memey la..lani kerepot dah..hahaha

      Delete
  7. bosan kalau baca.. tp kalu wat cerita pasai depa kat tv aku tengok.. lebeh menarik perhatian aku. hahhaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko toksah tipu la makcik..jgn cakap baca,..tgk tv pon aku tak percaya ko layan citer2 camni..hahaha..ko ni jenis layan drama je..hehe..

      Delete
    2. tolong sikit ar.. aku peminat fanatik CSI, criminal mind, lie to me, etc.. aku suka cite saspen2 ni.. biografi pun aku minat.. xde makne nak layan drama2 haih! xmenjana minda.. ( kalu sedak aku layan lerr. hahaha.. )

      Delete
    3. aku baru baca... hahaha.. perghh... saspen.. apakah kebenarannya? jeng.. jeng.. jeng..

      Delete
  8. banyak benda tersirat,tak pernah lak aku nak tilik sesatu yg cover tu ada satu konspirasi..aceli aku tak layan sangat cerita macam ni,tapi aku berjaya habiskan entri ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. time kasih mocik sebab berjaya habiskan entri ni..hahaha..kalau ko minat mesti ko akan cari lagi cerita2 pasal ni sebab terlalu banyak lagi teori2 yang ade..

      Delete
    2. nanti aku terai cari,perasaan ingin tahu tu lebih plak,hik

      Delete
  9. panjangnye..aku baru tengok2 macam tu je haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ternyata ko tak suka teori konsprasi kan kakak cantik..hahaha

      Delete
    2. haha memang..tapi aku dah baca taw

      Delete
  10. serius aku la salah seorang yg tak berapa nak minat nak baca pasal konspirasi ni. sebab aku susah sikit nak faham. Tapi demi bundle aku baca juga la sampai habis hahaha

    Band the beatles ni aku pernah dengar la tapi lagu dia aku tak pasti pernah dengar ke tak..nak dengar kt opis ni pun tak boleh juga sebb pham2 je la kan.. Bila baca cerita ni mcm ada logiknya setiap cover album memang nmpak la mcm ada sesuatu yg cuba mereka sampaikan.. hebat ko bundle baca bahan bacaan macam ni..teruskan ye. nanti cerita kat kami lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang takde keje kat opis cam aku ni memang banyak la baca bende bukan2 camni...ko tak digalakkan baca camni sebab target bunus 6 bulan kan..hahaha..

      nanti kalau ade konspirasi lagi best aku tulis lain..hahahhaa

      Delete
  11. baca sampai habis maknanya x bosan le tu. haishhh.....byk beno idea nak tulis kat blog. akak ni rasa nak babai je kat blog tu. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog akak pon ok je tu..siap bersiri2 lagi entri..

      Delete
  12. suka dengan benda ni...

    mgkin aku baru tahu...

    tunang aku rupanya pakai formula ni....

    teori konspirasi; kira setiap tindakan dan simbol ada maknanya...

    tapi aku pening dan tak faham...

    haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. formula ape?? tetiba je ko masuk formula lak ni.F1 ke??ahhahaa

      Delete
    2. formula la...

      org yg suka konspirasi ni bagi aku suka satu simbol atau gambar mendatangkan makna tersendiri....

      tunang aku cakap, gambar yang kawan-kawan die post dalam fb mengandungi mksd tersirat yang tertentu dan bukan main bagi selamba je...

      aku tak faham tapi bagi aku tu adalah pencetus konspirasi la....

      macam detektif kan?

      haha!~

      Delete
  13. Salam bund.
    Teori-teori kospirasi ni agak seronok dibaca. Amatla tak seseronok membaca teori latihan amali sekolah. Kehkehkeh.
    Aku suka lagu I Will. .

    Tapi, kadang2 teori2 ni buat kite rasa mcm betol je...nak2 yg guna muslihat coding2 la. Petunjuk2 tersembunyila.
    Sekadar tau-tau bolehla.

    Kakjoyah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa..ingat ko tak layan benda2 ni..haha..rasa teruja bila tau ade rahsia disebalik sesuatu tu..tu yang best baca..

      Delete
  14. Wow bro, cerita yang x pernah aku dengar. Paul sebenarnya dah mati ek... ada betulnya kospirasi ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...