Monday, February 18, 2013

Tips aku terbukti berkesan..hehe

assalammualaikum wbt..

Entri ni kira macam sambungan la kisah aku chat dengan member aku tempoh hari..apa yang aku nak ceritakan kira macam aku ni antara orang beruntung la sebab terselamat dari golongan MLM atau pon jualan langsung ni..yup..pengalaman memang mengajar aku.hahaha..

Sebenarnya lepas dari aku chat dengan member aku tu, sampai sekarang dia terus senyap..seriusly masa tu aku bersangka baik je yang dia nak jumpa aku memang sebab sekadar nak sembang atau lepak-lepak je..tak sangka apa yang aku sound dia tu rupanya buat dia sentap dalam diam..hahaha..

Aku siap keluar pegi beli stok makanan standby kalau dia datang..maklum la tetamu nak datang rumah kan..tapi dalam dia duk gelak aku bahan camtu, rupanya memang sah niat dia nak jumpa aku tu sebab nak promote bisnes dia..patutlah lepas tu terus senyap..kehkehkeh...nasib dia tak datang..kalau tak memang aku campak dari tingkat 15 ni..hahahhaa...

Nampak macam kejam ye dak..tapi nak buat camne..aku terus terang je..dah aku tak suka tetamu atau jumpa kawan-kawan camtu..nasib la..aku taknak terkena lagi..hahahaa..



Baca kat sini untuk sapa yang tak tau lagi hujung pangkal citer  LINK


So tips yang aku bagi dalam entri tu memang aku dah buktikan berkesan..korang yang berhadapan situasi yang aku citerkan tu pon boleh la cuba..hahaha..aku teringin buat entri ni sebab sejak member aku tu senyap, memang kaw-kaw dia promote barang dia yang nak jual kat FB..hahahaha..

Hari-hari ada je produk terbaru, set kesihatan, penapis air, ubat kurus, pencerah kulit and wat ever la...so dari situ aku dah syak la memang niat dia jumpa aku yang kononnya nak buat survey tu sebenarnya merangkap promosi barang-barang dia..hahahaha..sori jack, gua tak minat la jualan langsung ni..hahahaha..

Mujur la aku ni malas nak panjangkan citer...kalau tak, boleh je aku PM dia balik pastu saja menganjing tanya dia bila nak jumpa aku..hahahaha..kalaulah ada 10 orang yang dia kenal buat perangai cam aku ni, rasanya fedup dia nak promote barang kat kawan-kawan ni kan...belum apa-apa lagi dah kena..hahaha..

Bukan apa, nak bisnes ni kena la jujur kan..hahaha..strategi ajak kawan-kawan lama jumpa ni trik lama dah..cuba try teknik update sikit bro..mana tau aku terkena lagi ke..hahaha..tapi semoga member aku tu bleh berjaya la dalam kerjaya dia..jangan menipu dah..tak berkat nanti..hehe..

chow...


67 comments:

  1. kelakar lah plak tgk kisah kak lyaa tu.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkehkeh..tak pasal2 liyaa lagi kene bahan..hahaha..

      Delete
    2. Kesah tu cuma rekaan la, Chipsmore :-w

      Delete
    3. Adakah Liyaa hanya cover line di sini? Ehehe.

      MLM satu hal Bundle. Insurans pun satu lagi yang aku serabut. Kawan yang dah berbelas tahun tak jumpa, tetiba muncul di FB dan ajak jumpa. Tapi sebelum jumpa siap tanya, skrg amik insurans apa2 tak? Eceh. Jangan harap la aku nak layan kan?

      Delete
    4. Cheh! Hampeh! Muhun percaya. Muhun percaya aku sekaliii ni je buleh dak? Hahaha!

      Delete
  2. aku ada bisnes ni. jual kekura. ko nak beli tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko jual kekura goreng tak? lapar nih -_-'

      Delete
  3. Replies
    1. takde rezeki dia la tu nak jumpa aku..haha..tp kalau jumpa nak lepak saje2, aku anytime..

      Delete
  4. ahhhh,tension aku kalau ada orang ajak p MLM ni..memang tak la aku nak p...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mlm mybe dah kurang sekarang..tp lebih kepada jual2 barang lak ni..ade je bende nak promosikan..haha..letih la camtu..aku better nak something aku cari kat kedai2 je..

      Delete
  5. Aku dengar ramai kawan2 aku yang buat bisnes MLM...Aku tunggu2 jugak kot2 ada yg nak promote kat aku tapi takde pun...Grrrr!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab ko mulut ko lebih longkang dari aku..tu pasal orang takut nak promote kat ko..hahaha

      Delete
  6. nak perambat pon x sampai hati...dengaq saja lah kisah2 MLM ni ..aku pon ada pengalaman camni gak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pasal aku pesan awal2 bro pasal tak sampai hati nak perambat la tu..kalau tak makan saman gak, terpaksa la..hahaha

      Delete
  7. Hehehe aku dah baca kisah MLM kat entry kau ni sometime ago.
    Aku memag paling tak suka member yg tetiba ajak jumpa sebab nak promote bisnes cepat kaya macam ni, aku hanya wish them all the best, moga dia kaya raya dan aku tak nak kaya takut kena culik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin ko baca entri2 lama aku ye..terima kasih la sebb rajin buang masa ko..hahaha..mybe kita bukan jenis yang suka benda2 tu kan..kalau orang yang suka ok je kot..aku pon wish diorang sukses la kaya raya..

      Delete
    2. aku baca dan aku komen dengan semangatnya.. tapi hampa.. kau tak baca pun!!! (maghah maghah maghah).
      pasal MLM ni, aku fikir satu jer, there is no such thing as easy money. Plus, easy come easy go... ni nak nyanyi ni.

      Delete
    3. hahaha..sori la sebab takde notification kan..haha..tapi lepas ko ajar yang pasal setting komen tu insya'allah aku perasan kalau ko komen lagi entri2 lama..

      Delete
  8. jangan campak dari tingkta 15, nanti mati anak orang .. campak dari tingkat 14 cukuplah.

    saya masuk dari blog Nastyna dan follow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal pakngah..terima kasih sudi singgah..kredit for nastyna..hehe..

      saya gurau je tu..tapi kalau dia sampai gak rumah,saya jemput je masuk minum..tapi toksah citer hal perniagaan dia la..hehe

      Delete
    2. eh... tetiba segar bugar nampak nama saya tersenarai sebagai Perempuan Melayu Itu. :p dah mamai ni ngantuk tapi si JJ masih sibuk "mengemas".

      Delete
  9. haha.. aku pernah terkena. beria member2 sekolah ajak jumpa. sbb kali pertama pernah terkena, seterus-seterusnya memang byklah alasan aku bg pd org2 berikutnya.

    jadi, pada kwn2 yg sedang aku kwn sekarang ni mmg aku remind kan awal2 aku tak suka org jual2 barang kat aku dan aku takkan beli. so, kalau mereka jual barang memang mereka tak tunjuk pada aku lansung.. tau2 masing2 pakai tudung baru, make up baru.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..takpa..bukan salah ko sebab tertroll camtu..diorang yang guna teknik kotor..memang ramai penah terkena termasuk aku..

      tapi sekarang ni jangan harap aku nak kena lagi..

      Delete
  10. Aku wonder la. Serius ke sampai skang ada lagi org wat MLM ni? Sbb aku macam dah tak pernah jumpa. Dulu mmg la sepah2 aku dengar. Eh, tp aku tak mintak untuk jumpa pun. Mintak dijauhkan lagi ada la. Hahaha!

    Tp serius la, mmg nak kena hati kering berhadapan ngan org camni. Member tak member. Sebelum dea ngap kita, better kita terus terang je la. Biar la nampak kejam sekalipun drpd nak memperbodohkan diri join memenda camtu. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. skg ni dah kurang aku rasa..tp lebih kepada jual barang2 la datang promote terus..tapi barang2 tu asalnya dari MLM gak..tak payah masuk ahli dah cam dulu2..skim camtu ramai dah tak suka kot..hahaha..

      Delete
    2. Owh. Haaaaa jual2 barang tu mmg ada. Tul gak kan? Apsal aku takleh kaitkan lak sebelum ni? Mostly makanan kesehatan la. Dah sah2 MLM dulu pun pemes ngan makanan kesehatan ni. Yg jual2 tu mmg bersepah lagi. Aku takleh blah betul ayat dea nak bgtau betapa hebatnya benda yg dea jual tu. Macam brg dea je la yg plg hebat, tak tertanding. Serius, takleh blah :|

      Delete
    3. Nak menyebok jugak walau saya tak berkaip rapat. yang corset duk femes merata I nampak online ni, bior benor beribu rega nya. Sory bundle aku malas nak buat entry pasal ni tumpang sini sat nak berforum sikit. Seriously ladies, tell me if its worth it. aku hampir tepuk dahi bila nampak ada orang sanggup ikat pinggang nak kumpul duit beli benda alah ni. what the fart.
      Bundle, ko tak ladies, jangan nyebok (ha lupa batasan kan aku, belog kau ni)

      Delete
  11. salam...
    bagus juga
    @ least kwn tu paham...
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib dia paham...sentap diam2 gamaknye..hahaha

      Delete
  12. hohoh..terus senyap eh die tak contact2 ko? sentap la tu..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. langsung tak contact aku dah..yang nampak kat wall aku je la dia promote barang2 dia..ekekeke..

      Delete
  13. org MLM punya positf lain macam wooo..... siap le sape2 yg digatifkan. hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha..diorang positif mmg positif..lagi satu diorang jenis muka tembok kot kalau tak kasar sangat bahasa aku ni kak..hahaha..cara diorang nak berjaya tu over sgt..kejar matlamat sungguh2..bab hubungan dngn orang, tipu orang, hukum hakam abaikan..bukan semua la kot..tp yang biasa aku jumpa jenis tu..hehe..

      Delete
  14. ade sorang pernah kata ngan aku kenapa ko tak layan or dengar jer bila kawan2 lama nak jumpa untuk marketing..at least support laa dorang untuk bisnes mereka..klu tak beli/join pun xpe..jangan reject terus sebab nnt dorang tak patah semangat..

    jawapan aku senang jer..sebab lepas beli/join nanti bukan dorang kisah pun..kalau dah jumpa atas dasar bisnes..bisnes jugak laa dipikirkan..friendship tu akan jatuh no 2,3,4, adn so on...hahaha..okay tak jawab camni??hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku sokong alasan ko lan..memang betul sangat la tu..depa banyaknya utamakan bisnes je..malas nak sapot jenis perniagaan tu sebabnya tu la..better kalau member tu bukak restoran ke bengkel ke ye dak..mmg aku sapot..boleh gak singgah makan atau repair kete kat kedai dia..MLM sorry..hahaha..

      Delete
    2. Aku bersetuju dengan kata-kata En. Azlan ni.
      Baik tolak dari awal-awal lagi.
      Kalau da kali kedua baru nak tolak, memang tingkat 15 la jawabnya.

      Support servis yes, MLM no. CNI also no! (Mimpi ngeri aku) haha.

      Delete
  15. hadoiiii... ko terkena ker strategi ajak mkn MLM..hahaha...zaman study dulu, aku pn byk kali terkena...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..pernah terkena la bro..tapi pengalaman buat aku tak caya dah dengan kawan2 jenis tu..haha..

      Delete
  16. Haha, aku dah banyak kali kena dengan member2 mcm tu, mcm SPAM kt inbox e-mail... Aku pun xtaw ape la yang diorang semangat sangat nk MLM....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene tapis sikit bro kalau dah ramai member2 camtu..kepalotak diorang ni pikir RM je..hubungan kawan tu jadi tak seberapa..tapi kalau ko pon berminat tak hal la..atas masing..hehe..

      Delete
  17. sian diorang , nak cari makan tuh ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala ade je rezeki kat tempat lain kan..hahhaa

      Delete
  18. aku baru ingat nak ajak ko bukak bisnes jual ubat kentut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku takde hal bisnes TK..tp bukan MLM la..haha

      Delete
  19. pernah kena sekali. -_-

    harap2 lepas ni tak kena lagi. jenuh nak fikir nak bagi alasan. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. toksah bagi alasan pon chicna..kita tnya je dia terus sebelum buat perjumpaan..dah stuck jumpa payah nak blah melainkan selamba je cakap kat dia "aku bosan la dengar citer bisnes ko ni,aku nak balik"..hahah..mesti lagi sentap...

      Delete
    2. hahaha.. kalau sentap terus tak nak jumpa2 dah lepas ni kan.

      ape beza makcik dengan mak jemah? :p

      Delete
  20. hahaha.. sian member ko.. org MLM ni mmg gigih kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar diorang..hahaha..aku dah serik..hahaha

      Delete
  21. Jom jumpa..ni bukan nak cite pasal MLM *yg aku ingat malam tu* tapi nak cite pasal insurans hahahaha

    *mesti hang rasa macm nak campk wa dari tingkat 15 kan kan?? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku penah terkena sekali pasal insuran ni..ingatkan awek tu beria nak jumpa aku saja la nk lepak2..rupanya promote insuran..hampeh..nasib aku dah ada cover..senang la sikit dia tutup mulut..hahaha..

      Delete
  22. nia pon pnh kene..ms call bukan main lg ckp dpt baucer penginapan kat bali 3 hari 2 mlm..tp pastu..dtg hah!!tibe2 lak prmote tu..promote ni..haihh..cube ckp dr awal.mmg sah2 tak pegi..kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. agent pakej perlancongan pon ade jenis promote camtu ek..hahaha..mcam2 cara da diorang ni nak jalankan bisnes..ade2 je..

      Delete
  23. Tapi orang MLM ni dia tak mengaku bisnes yang dia buat tu MLM. Adess

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk..ade jugak camtu ek..aku tak penah jumpa lagi..tapi nak mengaku skim MLM diorang lain dari lain dan paling terbaik yang boleh bagi orang cpt kaya biasa je aku jumpa..suma MLM pon ngaku depa yang paling bagus..hahaha

      Delete
  24. Errr...Memang tak best dan tak aakan best kalau jumpa dalam keadaan gini..!
    mmg akan rasa nak bagi penampor free jee...hahah..
    lepas tu, bila ajak jumpa lagi, siap sedia dengan alasan laa..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tapi orang jenis tu gigih ciknur..buat alasan pon dia siap nak buat temujanji tu bila yang kita free..punya la nak sngt jadikan kita mangsa kan..hahaha..

      Delete
    2. Kalau Nur senang jee..selagi boleh elak..Nur elak..
      lama2 jemulah diorg..pastu tak pasal canang dekat member2 yang lain kata Nur sombong...nampak beno tak adilkan..!hohoho

      Delete
  25. hahaha..kalau daku mmg nda layan MLM ni depan2 dia aku bgtau aku tak suka..haha

    ReplyDelete
  26. tetiba aku teringat masa zaman study dulu...masa tu aku da tahun last kot. ada MLM ni...E-mall ke hape, lupa lak...tapi rasa macam ya tyme tu dok kecoh pasal E-mall ni. dia duk tarik budak2 junior yang baru dapat PTPTN. habiskan duit budak2 je...yang tukang ajak senior2 yg terjebak dengan mende alah ni.


    kesian kan...mungkin ada yg jenis mudah terpengaruh atau terdesak cari duit sampingan....dengan mudah jelah terjebak. aku dari dulu tak suka MLM ni. Meniaga Larut Malam...heeeee~

    ReplyDelete
  27. hi bundle...

    long time no see.

    sebut pasal tag nama jual barang kat fb, serius memenuhkan wall.

    aaaa tekanan!!!

    ReplyDelete
  28. kwn2 mcm ni, mmg buat aku fedup.

    ReplyDelete
  29. igtkan bisnes MLM tuh dah pupus dahh

    ReplyDelete