Thursday, August 30, 2012

Happy Birthday To u..

assalammualaikum..

Ucapan ni aku tujukan untuk bini aku cikpuanwani semperna tarikh sambut kelahiran ke-25++ pada hari ni 30.08.2012..May GOD bless u sayang..alang-alang buat entri ni aku ucapakan terus selamat ulang tahun kelahiran jugak untuk bonda aku yang tersayang pada esok hari 31.8.2012...semoga mama sihat-sihat selalu dan bagi peluang anakmu ini pulak berjasa..love u so much..

Okey, Habis ucapan setakat tu..ni nak story plak..cakap pasal sambutan hari kelahiran ni, rasanya ramai yang suka buat majlis atau sambut biasa-biasa ye dak, asal ada kek atau aiskrim jadi la...aku pon pernah melalui pengalaman-pengalaman tu masa kecik dulu..standard la..tapi bila aku dah habis zaman sekolah, takda lagi sambutan..dah, toksah nak kesian kat aku..hahaha..

Sebenarnya aku sendiri harap aku lupa bila tarikh lahir aku..nak harap orang ingat lagi la tak..perasaan nak dapat ucapan tu takda..tapi kalau ada jugak orang ingat, terima kasih je la aku leh cakap..haha..apa yang aku nak bagitau ni bukan la nak cakap buat ucapan tu atau sambut besday ni tak bagus, cuma biar kita yang lebih ingat kat orang..jangan ingatkan orang bila besday kita..tak malunyeww..kehkehkeh...


Tuesday, August 28, 2012

Malware detected

assalamualaikum wbt..

Dalam entri lepas, dua orang makcik yang merupakan pembaca setia blog ni ada memberitahu blog sampah ni ada virus malware..pada mulanya chuu sorang je yang cakap..aku buat tak reti je lagi..lepas makcik mell pon cakap benda yang sama terus aku tak leh pandang ringan..makanya dengan pantas aku cari la cara nak buang virus lahanat ni..grrr..

Terus terang la aku cakap,aku tak tau virus malware ni sebenarnya serang blog atau desktop..so bila aku google, rupanya dah ramai blogger kena virus ni kat blog diorang..so maksudnya virus ni cuma ada bila online la ikut kefahaman aku..tu pasal blog aku terkena..

Macam-macam tutorial ada bila aku google..aku pon naik pening nak guna yang mana satu..dan kebanyakkannya tutorial sampah tak boleh pakai pon..tutorial yang sama sebijik dalam blog yang berbeza..kehkehkeh..tapi dalam satu blog tu ada penerangan yang agak jelas dan memang berguna la untuk remove malware tersebut..trimas tuan blog..

Saturday, August 25, 2012

Info+sentap : bicara tentang adat..

amaran : entri ni tak berniat menyinggung mana-mana pihak..pahamkan apa yang aku tulis betul-betul..sekadar pandangan dan apa yang aku paham..mohon pencerahan dan kongsi pendapat sesapa yang lebih arif ..

assalammualikum wbt..

Seorang kenalan aku di FB ada post status yang menyangkal dakwaan yang mengatakan wanita Negeri Sembilan akan bolot harta suami apabila sudah berkahwin..Dia juga menyatakan sekiranya bercerai, wanita Negeri sembilan takkan usik harta bekas suami sebab dah ada semua harta pusaka yang diwariskan kecuali nafkah untuk anak dan mendakwa 70% orang luar yang berkahwin dengan wanita Negeri Sembilan duk mengikis harta bini..erkk..

Okey, memandangkan aku malas nak reply banyak-banyak komen dekat wall dia, aku rasa baik aku tulis satu entri mengenai hal ni..kang orang ingat aku nak jadi keyboard warrior pulak kalau lebih-lebih kat laman sosial tu..kehkehkeh..So apa yang aku paham dari status tu, sebenarnya dia nak bercakap tentang Adat Pepatih atau Adat Negeri Sembilan tu ye dak..

Pertama sekali aku tak jelas siapa cakap kat dia yang wanita negeri sembilan ni pembolot harta suami..sangat kebudak-budakkan aku rasa statement tu..So aku rasa tak perlu kot nak cakap "sapa kata" tu sebab masih takda sumber sahih sapa yang mendakwa benda yang dia sangkalkan..lagipon agak pelik aku rasa ayat nak "bolot" harta suami sendiri tu..guna je la harta tu.harta lepas kawin tu harta bersama la bro..lu kawin nanti lu tau la macam mana..nak bolot bawak kemana tah.."sapa kata"kahkahkah..

Wednesday, August 22, 2012

Sentap : Bodoh piang di jalan raya-hazard light

assalammualaikum wbt..

Rasanya dah ramai pon mula bertugas semula selepas bercuti raya ni kan..aku pon dah selamat sampai ke KL walaupon lama lagi aku bercuti..hehe..so entri kali ni aku nak cerita lagi pasal raya..tapi ni bukan raya pasal kuih raya atau raya aidilfitri yang kita tengah sambut sekarang..tapi pasal jalan raya..

Sebelum ni aku pernah tulis satu entri berkenaan sikap pemandu di jalan raya ni jugak.."IKUT KIRI KECUALI MEMOTONG" tu salah satu bodoh piang yang pemandu kurang sedar..lani aku nak bagi pemandu-pemandu tak sepatutnya dapat lesen ni sedar lagi..Aku ni dalam ketegori cepat hangin bila drive..sebab tu aku lebih suka bawak motor je..Boleh elakkan jem dan kurangkan hangin aku..merempit lagi cepat sampai mana aku nak pergi..tapi bila keadaan memerlukan untuk memandu kereta macam aku nak balik kampung raya ni..so terpaksa la drive jugak..

Musim perayaan ni boleh kata lebuhraya memang banyak kenderaan..tambah pulak ada sesetengah kawasan hujan..lagi la buat perjalanan tu kurang lancar..alhamdulillah perjalanan semasa aku pergi tak la hujan cuma penglihatan tu terbatas jugak sebab aku drive malam..apapon keseluruhannya, takda yang buat aku hangin la walaupon ada sesetempat tu jem jugak..

Tuesday, August 21, 2012

Hari Raya part2 : K-pop raya

Jitra- Setelah sebulan umat islam berpuasa menahan lapar dan dahaga serta melawan godaan hawa nafsu, tibalah hari untuk meraikan kemenangan itu pada hari raya aildilfitri..harap di setiap ceruk dapat menyambut aidilfitri kali ni dengan meriah dan rasa bersyukur terhadap ilahi..

Penulis yang kini berada jauh dari ayahanda dan bonda di Kuala Lumpur,pulang ke kampung halaman isteri di Jitra Kedah untuk meyambut syawal di sini..bagi penulis yang belum pernah beraya jauh dari keluarga sendiri ni merupakan pengalaman baru walaupon sudah dua kali menyambut aidilfitri sebagai suami isteri.walau bagaimanapon keadaan tetap meriah dan penulis dapat la merasai sendiri pengalaman pulang beraya di kampung..

Ok..ada tak gaya baca artikel dalam surat khabar..kehkehkeh..masa aku tulis entri ni sebenarnya aku dah bersiap nak balik ke KL pon..saja dalam rilek-rilek tunggu bini aku balik dari beraya kat kodiang rumah sapa tah, aku capai la kejap lappy adik ipar aku..maka terhasil lah entri ni..hehehe..

Tuesday, August 14, 2012

Salam Aidilfitri minal aidin wal-faizin

Assalammualaikum wbt dan salam lebaran..


Terus terang aku katakan yang aku malas nak buat kad raya baru..so terima la semula kad raya aku tahun lepas ni ye..kehkehkeh..Ok jangan risau, aku tak nak burak banyak pon untuk entri ni cuma sekadar nak buat 200 atau 300 patah perkataan je untuk ucapan raya aku ni..kehkehkeh..


So di kesempatan ni, aku nak ucapakan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua pembaca-pembaca blog sampah dan kawan-kawan semua terutama chuu, thanks sent aku kad raya yang original..aku dalam proses nak balas balik..haha..tak lupa jugak geng-geng blogger yang sentiasa support blog aku ni..


Monday, August 13, 2012

Perbincangan : Perlu ke tak perlu baju raya ni?..

assalammualaikum wbt..

Apa kabar semua..seminggu lagi nak raya oii..haha..apa cer persiapan raya korang semua..bajet 5-6 ratus tu dah tentu paling sikit kan..ok-ok..entri aku kali ni nak cakap jugak pasal topik yang sama dalam "Johara pagi Era" pagi ni.."perlu atau tak perlu baju raya baru setiap tahun"..harap maklum ye, cuma baju atau pakaian je ok..persiapan yang lain tak kira..hehe..

Setakat yang aku sempat dengar tadi Johan tak sokong beli baju raya..yeahh, aku sokong Johan..tak perlu beraya dengan baju baru je setiap tahun..contoh aku ni, sangat tak perlu aku rasa untuk aku tukar baju melayu baru sedangkan baju melayu cuma aku pakai 2kali je setahun..haha..

Untuk yang perempuan pulak, kenapa bila nak raya je baru sibuk nak beli atau buat baju?..untuk korang tu, aku paham la selalu nak pakai baju kurung, tapi tak payah tunggu raya pon boleh kan..gaji setiap bulan tu boleh je beli..kumpul baju banyak-banyak..nanti raya, rotate je la pakai baju yang korang dah beli tu..so takda la timbul isu nak shopping raya lagi..

Friday, August 10, 2012

Phobia peti surat : dispilolettersboxphobia..

assalammualaikum wbt..

Aku tak ingat dah bila kali terakhir aku dapat kad raya sebelum ni..yang pasti aku terharu aku dapat kad raya tahun ni..hehe..dari member blogger pulak tu..hehe..terima kasih Chuu..nanti aku balas ye...

Masa belek-belek peti surat tu aku berharap jugak la mana tau chuu ada pos dua sampul termasuk duit raya atau kuih sarang semut sebekas dua..hahaha..walaupon takda, aku syukur gak la kau sudi lagi hantar kat aku kad raya ni chuu..hehe...

Tu cerita best..yang tak best plak..dalam aku berharap dapat duit raya atau duit jatuh dari langit..dalam peti surat aku tu rupanya menyimpan berbagai-bagai lagi bill yang aku kena langsaikan..adehhh...aku pindah belum sampai sebulan dah macam-macam bill sampai..gila apa..hahaha..

Wednesday, August 8, 2012

Sentap ringan+tips blogging

assalammualaikum wbt..

"ermm..hampir setengah jam aku mengadap new post yang kosong dan tak tau nak taip apa"..kehkehkeh...ok tu alasan bodoh je bagi aku..konon-konon bila dah lama tak menaip entri, dah susah la nak mulakan balik menulis tu..hilang skill katanya..kehkehkeh...kata-kata seorang blogger yang konon hebat biasanya cam gitu..

Sebenarnya kalau korang berada dalam situasi yang aku cakap atas ni,senang je..tak payah la terus buang masa lagi padahal takda idea nak tulis pon..hahaha..aku tak paham kenapa orang nak paksa diri menulis sedangkan takda idea..akhirnya entri merapu macam entri aku ni..kehkehkeh..

Situasi macam ni jarang berlaku kat aku sebab aku akan buka new post bila aku dah ada point apa yang nak ditulis je even benda tu isu kecil pon..aku bukan blogger hebak yang sentiasa ada idea menulis pon kan..macam Chuu penah troll dulu dalam entri tips dia yang takda tips pon..hahaha.."tips menulis tajuk artikel/entri blog"..haa..yang ni memang pasti masalah besar bagi aku..walaupon aku ada banyak point, cerita nak tulis, tang tajuk aku blur -_-'..

Wednesday, August 1, 2012

Info : nafsu yang ketegaq..

assalammualaikum wbt..
Salam 12 ramadan 1433 Hijriah..

Hampir separuh dah bulan ramdan berlalu..nampaknya ramai jugak yang sibuk bulan ramadan ni, ingatkan aku je bizi..hahaha..Liyaa Mf buat kuih raya..chuu jahit baju raya, H meniaga murtabak, Syida jual air tebu, aien jual kurma..boleh kata ramai dikalangan blogger yang aku kenal ni, tiba-tiba bertukar bidang di bulan puasa ni..maaf kalau tak sebut nama yang lain..

Selalunya dalam bulan puasa ni, Ofis aku mengadakan tadarus al-quran pada setiap minggu..Berbeza kalau bulan tak puasa, sekadar usrah je la..tapi memandangkan ustaz yang selalu bawak kami bertadarus tu pon dah selamat sampai ke mekah membawa jemaah umrah..so takda la tadarus kali ni, dan usrah la macam biasa..

Sebenarnya aku lega jugak tadarus ni takda..hehe..bukan apa beb..maklum la aku ni slow sikit nak baca quran..baca pulak depan ramai-ramai..segan la..hahaha...baca sendiri-sendiri takpa..ni kena buat macam tilawah al-quran peringkat kebangsaan plak dah rasa....haluihh je bunyi ngaji tu keluar dari mulut aku..hahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...