Sunday, November 15, 2015

Moralliti Borjois adab sopan? dan perbandingan kejahatan.


Gua bosan sungguh apabila kita memaki atau mencarut itu yang menjadi fokus perbincangan walhal punca kejahatan asal usul maki itu terpancar, kita seolah-olah kaku dan bisu. Percampuran fakta dengan maki atau carut menjadikan segala hujah menjadi kosong. Itu bagi masyarakat Melayu Islam Malaysia. Gua cuba mendalami beberapa faktor sosio-ekonomi, sosial kemasyarakatan serta selok belok yang gua faham untuk merungkai kenapa maki atau carut menjadi masalah besar.

Kita pandang dari segi aspek agama. Anutan agama melayu islam Malaysia memang menjadikan tuturan bahasa secara berlemah lembut dan berhemah dalam membahas. Gua teringat kata-kata Khalifah Makmum kepada seorang pendakwah yang cuba mendakwah beliau :

"Firaun lebih jahat dari gua. Musa lebih baik dari lu" tetapi Allah berfirman agar musa berkata lemah lembut untuk membuka hati Firaun".

Kalau kamu semua hayati bait-bait itu, pastinya kamu akan bersetuju dengan Khalifah Makmum. Carilah di dalam Al-quran dan Al-Hadith. Gua kira berpuluh-puluh ayat kalau tidak beratus ayat mengenai berkata dengan baik kerana ini mencerminkan peribadi seseorang. Ini memang menjadi pegangan bangsa Melayu. berlemah lembut dan selalu berkata-kata dengan baik sekalipun pada orang yang melakukan kejahatan sejahat-jahatnya yang melibatkan rakyat dan menjadi permasalahan orang ramai.

Kemudian kita lihat pula dari aspek sejarah terutamanya yang terdapat pada buku-buku mengenai sejarah orang melayu. Orang melayu terlalu sinonim dengan ketaatan membabi buta kepada pemeintah monarki dahulu. Pada zaman sebelum 1920an, monarki memang memainkan peranan penting dalam kehidupan melayu. Tapi itu di zaman di mana monarki menyumbang sesuatu kepada pentadbiran sekalipun bersifat kenegerian dan bukannya berpusat. Tutur kata yang antara rakyat bawahan dengan pemerintahan monarki dengan mengunakan perkataan merendah diri serendah-rendah martabat setelah kemuliaan diberi oleh tuhan kepercayaan orang melayu seperti patik, hamba, tuanku, duli dan macam-macam lagi. Faktor perkataan serendah-rendah martabat ini menyebabkan Melayu tidak dapat menerima bahawa ada perkataan-perkataan kasar terpaksa diucap.

Gua bawakan pula pendapat gua yang lain kenapa Melayu terlalu mendambakan perkataan-perkataan elok dan bukannya perangai yang elok. Lihat pada perangai kaum penjajah koloial celaka British. Struktur sosiologi di Britain juga tidak berbeza dengan mana-mana tempat yang lain. Ada golongan yang tinggi dan ada golongan yang terbuang. Kebanyakkan yang menjadi wakil-wakil British, adalah terdiri dari golongan yang memiliki slang "Queen English". Sungguh sopan. Dari gaya duduk sehinggalah cara memegang cerut. Kasta di kalangan mereka menyebabkan mereka tidak dapat menerima golongan terbuang seperti yang berketurunan Scoucser, Cockney, Mancs atau Geordies. Golongan "Queen English" inilah yang merosakkan bukan sahaja ekonomi dunia, bahkan ekonomi British sendiri. Dan golongan "Queen English" inilah juga akan mengambarkan Scoucser, Cockney, Mancs atau Geordies sebagai pemusnah atau penghancur empayar British kerana tutur bahasa mereka yang kasar.

Apabila dibandingkan dengan apa yang terjadi di Malaysia, kita dapat melihat, golongan aristokrat seperti yang diceritakan oleh Rustam A.Sani di dalam The Sosial Roots Of The Malay Left berpolitik secara pertubuhan amal dan sebagainya. Golongan aristokrat ini mempelopori adab sopan dan tutur cara yang sangat sopan dan keistanaan, walhal hampir ke semua mereka ini adalah anjing kepada penjajah. Di bawah buku yang sama, orang melayu melihat golongan istana memiliki kata-kata mutlak yang tidak boleh disanggah. Golongan istana bijak bertutur secara penuh sopan, maka seharusnya orang melayu dahulunya terus taat membabi buta.

Persoalan muncul di kepala otak gua, adakah golongan aristokrat British dan Malaya memamfaatkan kata-kata Khalifah Makmum tadi?



Di dalam buku Memoir Salleh Majid : Dalam PKMM dan Kesatuan Buruh, beliau memetik kata-kata Senu Abd Rahman,

"Melayu perlu kurang hajar untuk menuntut kemerdekaan"

Kata-kata ini begitu mendalam buat gua, sehingga gua sentiasa sahaja mengambil kata-kata ini untuk dipetik dalam hujah-hujah gua. Sopan dan beradab sungguh orang Melayu ketika itu dari menderhaka kepada golongan aristokrat ketika itu, menyebabkan mereka rela menjadi hamba kepada British. Bukankah itu lebih memalukan dari menyebut " Sultan dulu pukimak kerana jadi babi anjing penjajah"? Golongan istana lah tidak ingin merdeka dan bahagia di bawah British, kita perlu juga taat dan bersopan kepada golongan istana lagi walaupon menjadi pengkhianat adalah sial?

Sajak dan bait Sasterawan Negara, Usman Awang yang berjudul "Kurang Ajar" juga sangat berhantu buat diri gua.Terutamanya bait-bait "Kau harus menjadi manusia kurang ajar, untuk tidak mewarisi malu ayahmu". Bagi beliau, ajaran malu di kalangan orang melayu menjadikan Melayu itu sebagai bangsa yang tidak besar. Mungkin dari segi jiwa yang besar dan keberanian untuk berhadapan dengan birokrasi dan segala macam permasalahan.

Salah sebuah filem Quills yang diterbitkan pada 2000, lakonan Geoffey Rush sebagai The Marquis De Sade, seorang penggerak seni yang dilarang ketika pasca Revolusi Perancis ditanya oleh Abbe Coulmier, seorang paderi lakonan Joaquin Phoenix dalam satu babak kenapa De Sade mengarahkan teater beraksi lucah, The Crime Of Love dalam pementasannya. Jawab De Sade " Pementasan itu hanyalah sebuah cermin. Nampaknya Royer Collard tidak suka melihatnya"

Adakah kamu berfikir bahawa Royer Collard, pedophile yang berusia lebih 50 tahun berkahwin dengan Simone yang berusia 16 tahun tersentuh apabila membuatnya secara sopan? dapatkah ajaranmu yang beribu tahun membuatkan si pedophile merah padam mukanya dalam masa 10 minit?

Lihat pula karangan-karangan Robespierre, Danton dan Marat. Kesenian mereka yang penuh dengan mencarut, maki dan lucah boleh menyebabkan rasa mual di kalangan rakyat untuk membuat sistem monarki ketika Revolusi Perancis. Maki dan carut adalah sesuatu yang menjijikkan dan menggelikan bagi semua budaya di dunia. Tetapi apabila kesenian digabungkan dengan maki dan carut tadi, kesannya lebih cepat menuju ke dasar hati yang dituju.

Cuba anda bandingkan kedua-dua ayat ini dan buatlah keputusan sendiri, yang mana lebih terkesan di hati dan mana pula yang 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri'

"Celaka kau, kau mengunakan harta rakyat seolah-olah ini harta mak bapak kau, babi sungguh" dengan "Sesungguhnya tuanku, tuanku telah menggunakan harta negara, ampun tuanku"

Gua tidak mengharapkan bahkan gua juga tidak mengalakkan bangsa gua suka mencarut. Tapi sekurang-kurangnya, tafsirlah situasi yang lebih utama berbanding maki, carut atau lucah. kata-kata Khalifah Makmum tadi bukan untuk gua sanggah, gua hanya mahu tambah dari kata-katanya

"Firaun lebih jahat dari gua. Musa lebih baik dari lu" tetapi Allah berfirman agar Musa berkata lemah lembut untuk membuka hati Firaun. Tapi kata-kata lu tidaklah sejahat dengan kejahatan yang gua lakukan".

Ini yang gua katakan perbandingan kejahatan. Masalah maki atau carut hanyalah masalah individu. Ia tidak membawa apa-apa keburukan kepada masyarakat. Katakanlah, seluruh rakyat Malaysia mencarut, sikitpun ia tidak menjejaskan KDNK atau GDP negara. Sikitpun memaki tidak akan mempengaruhi jumlah volume di dalam aliran saham. Sikitpun carutan tidak akan menyebabkan defisit kepada belanjawan negara.

Maki dan carut hanyalah manisfestasi kepada rasa kecewa seorang rakyat. Dan sekiranya rakyat lain mengatakan bahawa adab, maki dan carut itu lebih penting dari keburukan masalah yang melibatkan kepentingan awam yang lain, adalah tidak menghairankan, keupayaan untuk membuat perbandingan kepada kejahatan yang lebih merosakkan menjadi satu lambang kegagalan betapa bangsa Melayu telah dipijak rasa malu.

Rasa kecewa Shahnon Ahmad ketika menulis Novel "Shit" adalah lambang kebencian yang mendalam terhadap isu Anwar Ibrahim, 1998 dahulu. Ketika zaman reformasi. Di gambarkan situasi dengan penuh jijik, kebencian dan kemudaratan dengan perkataan-perkataan lucah dilempar kepada Mahathir. Bayangkan, setiap hari ketika itu Harakah, Suara Keadilan dan Detik bertungkus lumus mengambarkan kebobrokan pemerintahan Mahathir Mohamad, sikitpun tidak menjadi perbincangan. Dengan terbitnya "Shit", ia menjadi polemik dan hangat dibincangkan. Yang manakah lebih efektif?

Dua orang sahabat gua bergaduh mengenai maki. Seorang maki kepada kaum kapitalis, pemerintah dan anjing-anjing pemerintah termasuklah musuh-musuh kelas. Yang seorang lagi konon nak menasihati. Komen gua? Gua lebih rela malu dibuli, diperhambakan dan diperkudakan berbanding malu kerana mencarut atau maki. Pergilah mampus dengan adab golongan borjois yang betapa orang Melayu kini lebih suka menjadi yuppies jadi-jadian.


Sumber : Raja Otek - ZINE SCPB #MOTHERFUCKIN #ONE


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...