Thursday, March 7, 2013

Salahkah aku sebab jadi pemabuk tegar?

assalammualikum wbt..

Pehh..lama lak aku rasa tak update entri...malangnya takda sapa pon yang sedar akan ketiadaan entri kat blog aku untuk seminggu ni..ok fine..

Memula sekali aku nak bagitau, aku akan kurang sikit berblogging sekarang sebabnya pc aku kat rumah dah rosak..mohon la sikit sumbangan untuk aku beli pc baru kalau boleh...perkara kedua dari harini sampai Ahad aku akan bujang kejap pasal bini aku dah balik kampung..so kalau ade sapa-sapa nak ajak aku berpoya-poya ok jugek..hahahaha..

Citer pasal bini aku balik kampung ni, malam tadi aku cuma hantar dia kat KL central je la..nak balik dengan dia aku banyak pulak kerja..selalunya naik bas je pon..tapi kali ni dia saja la nak naik keretapi pulak..ni pestime aku masuk keretapi tu walaupon tak jalan..hahaha..noob gila..bini aku ambik yang siap katil..naik pukul 9.20 malam tadi sampai Arau perlis 8 pagi tadi camtu kot..ok la tak penat sangat badan tu kan..

Special entri harini , aku nak buat pembongkaran satu rahsia diri  yang memalukan la bagi diri aku ni..rugi sapa tak baca..hahaha..hal ni berkenaan dengan pengangkutan la..tak kesah la kereta, bas, keretapi, van, lori, bot atau apa-apa la kecuali motor dan kapal terbang..

Walaupon aku ni dalam ketegori sihat tubuh badan, tapi aku ada kelemahan naik kenderaan..aku tak tau pasal apa sejak dari kecik aku memang ditakdirkan akan mabuk kenderaan..maksudnya bila naik kenderaan tu aku akan pening dan rasa nak muntah (kecuali yang aku driving sendiri la)..memandu sendiri ok pulak..haha..

Seriusly benda ni buat aku malas nak naik kenderaan awam atau menumpang kenderaan orang untuk jarak yang jauh.. makin jauh perjalanan tu, makin la buat aku pening..so jalan penyelesaiannya kalau naik kenderaan, aku akan pastikan biar aku je yang driving..kenderaan awam kalau boleh taknak naik langsung..hahaha...


Aku ni kira macam Natsu Dragneel dalam Anime Fairy tail la..walaupon hero terkuat, tetap ada kelemahan kan..sama la dengan aku, Natsu pon mabuk kenderaan jugak..hahahaha..mungkin ni ada kaitan masa mak aku mengandungkan aku dulu kot..masa tu mak aku terlebih mabuk naik kenderaan barangkali..tu yang menurun kat aku camni jugak..teori aku la..hahaha..

Tapi sekadar nak bagitau je la kan..bila aku pulak yang driving..orang yang tak mabuk kenderaan pon boleh muntah..sebabnya walaupon aku ditakdirkan mabuk kenderan,aku juga dilahirkan memang untuk jadi pemandu yang hebat..ala-ala driver taxi dalam filem tu..kalau naik motor plak toksah citer la kan..darah daging aku ni dah sebati dengar jalan tar tu..memang rempit sejati..hahaha..

Cuma setakat ni, selain yang aku drive sendiri, naik kapal terbang pon aku tak mabuk..alhamdulillah la..jauh jugak perjalanan masa aku pergi umrah tu..bukan setakat 45minit atau sejam dua..8-9 jam jugak nak sampai sana..mujur lah..hahaha..

Aku rasa gejala mabuk kenderaan ni kira rare dan kurang sangat ada yang mengalami kan..mungkin 1/50 atau 1/100 orang la kot..sebab dalam adik beradik aku takda sapa pon yang kena  macam aku ni..bini aku pon ok je..So ni la rahsia yang aku nak bagitau..suka hati korang la kalau nak gelakkan aku pon..hahaha..


Janji jangan bagitau sapa-sapa kay.!! ahaks..



p/s : sori la tajuk bikin panas sikit..kehkehkeh..


54 comments:

  1. hahahaha samalah kita mabuk naik kenderaan!!! kadang tu teruk jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. tu alahan namenya kepeng..setiap hero tetap ade kelemahan jugak..hahahaha

      Delete
  2. Replies
    1. hahahhaa..maksud tersirat pon ade tu..tp rahsia la..hahaha

      Delete
  3. aku takkan gelak. malahan bersimpati kat ko cekgu. sama macam kes tunang aku..dia pun mengalami hal cenggini. drive sendiri takpe jangan naik dengan orang lain...mabuk kenderaan. kesian lak...kalau nak jalan jauh2 susahkan. nak tak nak drive la sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tunang ko pon sama aien..kesian jugak cam aku..takpe, nobody perfect kan..kurang tang tu, lebih tang lain..tapi tak susah pon bagi aku kalau drive walaupon jauh aien..aku mmg suka drive dan terpaksa sebab nak elak pening..hahaha

      Delete
  4. okay kita geng..haha sampai la ni kadg2 aku mabuk jugak. terutamanya kalo dah lama sangt tak naik kenderaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok give me 5ive..hahaha..ingat aku je ganjil..ko pon aneh jugak hlovate..hahaha..

      Delete
  5. cehhhhhhhh..berlagak gile..naik kapai terobang tak mabuk pulak eh? haahaha..

    aku siap boleh membaca lagi dalam kenderaan oke..ade kawan kata aku pelik..kenderaan bergerak aku boleh membaca..kalau die mahu dah mabuk dgn pening..pehhh..hebat jugak la aku ni eh..hahaha..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik kapai terobang tak jalan atas tanah kot..tu pasal ok..kehkehkeh..

      sebab tu aku cakap aku jenis mabuk, yang tak mabuk kenderaan tak kisah la..ko nak mmbaca pon apa de hal..untung la..

      #aku bleh baca sms je masa dalam kereta sambil drive..hebat gak kan..hahaha..

      Delete
  6. haha.. aku pun sama. tapi tgk kereta. kalau kereta tu bau normal, aku boleh lagi duduk tanpa buka tingkap. tapi,
    tapi, kalau ada bau mcm2 contohnya kalau perfume kereta kuat sangat ke(selalunya bau ambi pur aku tak boleh terima, kuat sgt. pening),
    atau ada satu bau kereta yg xberapa sedap(ntahlah susah nak gambarkan)
    maka, aku akan hidu/cium tudung sendiri utk elakkan rasa nak muntah(paling koman, minta tisu kat tuan kereta tersebut, dan hidu tisu tu sendiri)..

    err..kete opis aku pening dgn bau rokok..kalau naik, selalu cium tudung sendiri.. =.='

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasal bau toksah cakap la..tu pon memang antara penyebab jugak la kepala jadi weng kalau bukan aku yang memandu..kalau aku sendiri tak kisah pon..asap rokok tu takde hal la sbb aku mmg smoker kan..hahaha..

      Delete
  7. ceh..tajuk macam baru balik clubbing jer..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dulu masa kecik2 camtu la..kalau naik kereta long distance, mmg standby la plastik kot2 termuntah ke apa ke..tapi naik kereta jer la, kalau naik bas xde pulak aku muntah2..

      bila dh xbrpa nak kecik, dah boleh control kot..even kalau rasa mual2 xselesa ke, aku bukak tingkap sikit bagi angin kena kat muka..petua drpd mana aku xtau la, tapi bila kena angin tu, feel better, xjadi nak muntah..

      Delete
    2. yela..aku pon rasa tajuk macam baru balik clubbing..hahahahaa..

      aku dah besar2 ni takde la muntah2 dah sebab aku je yang drive..kalau menunpang pon bleh control la lagi..haha..kalau time kecik2 dulu ayah aku je bawak, siap..orang tua tu bawak keta dah la cam rally..muntah hijau aku..hahaha..

      Delete
  8. assalam bro.

    sy xde masalah mabuk naik kenderaan..tp satu nak share, suami sy sebenarnya mabuk naik roller coster..mula2 sy tak tahu langsung! masa pegi honeymoon, masuk kat dlm scooby doo house(gold coast), ingatkan tgk patung2 je..rupa2nya ada mini roller coster!mmg muka dia berubah habis. tapi control macho n cool. masa dah pusing2, and ada reverse lagi..time tuh, terkejut dgr dia sparuh menjerit..hehe..dah habis ride tuh,dia cakap, tak nak naik dah roller coster superman ke batman ke..hahah..kesian, seb baik tak muntah..lawak bila teringat balek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala sis..roller coster tu lain la kira..payah jugak kalau roler coster ni dijadikan kenderaan awam..berpinau mata naik..hahaha..aku pon pening-pening lalat jugak kalau naik roller coster kat genting tu..tp pening lagi kalau naik bukit genting tu bukan aku yang drive..haha..

      Delete
  9. samalah kita...aku pun kalau naik bas..mula lah pening...tp kalau naik keta tak pula...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko pon weng jugk mrs,,eh..ramai jugak rupanya mabuk kenderaan ni ek..ingat aku je spesis terpencil..hahaha..cuba try naik kete ngan aku rasa mabuk ke dak..aku bawak keta cam rally tau..hahaha

      Delete
  10. ayat last ko tu apa motif?klu takmo btau org jgn up entry la beb.kehkeh

    setiap manusia ada kelemahan..sian bini ko balik kmpg sorg2,klu aku macam mana pun msti en suami hantar.dasar manja!muahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku bgitau kat orang yang baca je..yang tak baca takleh tau..dan dilarang buat perkongsian..hahahaha.

      aku takmo balik sebab aku mabuk la tu kutu..baru hantar bini aku masuk dalam keretapi tu dan rasa pening ko tau..belum jalan lagi..nasib bini aku tak manja sangat...hahah...

      Delete
  11. Rasanya semua org ada mabuk kenderaan ni..
    ingat lagi waktu Nur duk KL..
    Bila nak balik kampung je mesti pegi famasi beli ubat tahan muntah.
    pastu minyak cak kapak mmg sentiasa spare je..

    skrang tak mabuk dah..sebab kerap jd pemandu..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semua la nur..dalam family aku ni aku sorang je..sampaikan generasi kedua yang anak2 buah aku pon ok..aku je sangkut..wooooo...

      Delete
  12. Kau sama cam abang aku, kaki mabuk. hahhahahaa nampak jer macho sumer, tapi naik keta wek wek.
    Mak aku pun sama wei, kalau perjalanan patut 3 jam dah sampai, ngan mak aku jadi dehari suntuk sebab keta stop setiap 100meter, kesian tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa..abang ko pon weng gak naik kereta..ade geng la aku..hahaha..nak buat guano..dah alahan..hahaha..
      mesti mak ko susah nak diajak berjalan kan..kalau boleh drive sendiri takpe gak..sian mak ko..aku paham sebab aku mengalami..

      Delete
    2. alahan tahik kuceng korang hahaha.
      tapi mak aku kental, pening2 pun suka dia berjalan makan angin. anak menantu la kena memahami. yang ko ni kalu sanggup drive bus tu kira ok la. pakcik drebar pun tumpang happy. orang lain jer tak happy.

      Delete
  13. ingatkan mabuk ape lah tadi. haha.. pecah rahsia, hilang macho jap. sebenarnya pelik jugak kalo orang mabuk kenderaan. apa yg buat jd mabuk & cemana rasa time mabuk tu eh? selalu tengok sampai muntah2 lagi. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestii ko tk mabuk naik kenderaan kn chikna..rase pening la berpusing pusing..tp macho tetap macho..haha

      Delete
    2. mana ada mabuk. chic na macho la. hahaha..

      Delete
  14. ceh..aku igt bebetul mabuk tadi..tapi bila masuk ko sebut pasal bini buat citer nie lagi best nak baca..takkan dalam KTM dorang ade sediakan mabuk2..rupanya2 mabuk kenderaan..hehehehe

    p/s: oi orang kg..oi orang kg..kat sini ade orang mabuk kenderaan..hahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..sory la lan.tajuk saje kasi panas.haha..yg weng tintong lg satu tu dh cuci tngn..nk citer pon segan..biarlah rahsia..haha..

      Delete
  15. aku pun mabuk kenderaan juga beb. setiap kali aku kalau nak jalan jauh, aku mesti makan ubat tahan muntah. :D kiranya aku mmg selalu ada stok ubat tu. Wajib ada. Kalau aku tak makan ubat tu weh,konpom aku jalan terhuyung hayang ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..siap makan ubat lak..cian ko bobot..aku lama dah tak pening2 dalam kereta ni pasal dah lama tak jadi penumpang..haha

      Delete
  16. Tajuk bikin gempak je Bro. Dah macam paper Metro pulak. Aku kadang-kadang je mabuk kenderaan ni. Muntah aku ni high taste sikit. Time naik Genting, Cameron je dia tunjukkan rupa hodoh dia yang sebenar. Sebab jalan berbukit. So, aku nak kongsikan tips berkesan lagi efisyen untuk hilangkan mabuk ialah TIDUR. Sekian. Hahaha ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tajuk cam metro la plak..kehkehkeh...

      aku pon kalau stakat jalan biasa ni takla pening..tapi kalau jalan camneron tu aku rasa muntah hijau gak aku jadinye..teruk gila kot jalan tu..haha..

      Delete
  17. I tot ko mabuk arak. Hahahah...

    Mabuk kenderaan ni dipanggil motion sickness. Dulu aku mabuk gak kalo naik bas/keta. Dulu lagi la haru, keta tak ekon. Panas je. Tapi lama2 aku dah tak mabuk anymore. Sebab dah terpaksa naik bas jugak. Aku rasa motion sickness ni boleh baik la. Ko tak cuba kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. beza mabuk kereta dgn mabuk arak..

      mabuk kereta aku taknak..tpi mabuk arak memang aku cari..(dulu la)..
      aku ok je la lyd..saje gempak macam teruk sangat...hahaha

      Delete
  18. zaman kecik2 pernah le. tapi sejak masuk sekolah, dah x de dah kena mabuk2 ni. time peknen je mabuk. mabuknya selagi tak keluar baby, selagi itulah mabuk siang malam. makanya cukuplah dua. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh..tak cukup lagi tu kak..tambah la lagi..hahahah

      Delete
  19. aku time kecik2 dulu mungkin x mabuk.. tapi mata ni asyik berat je nak lelap. dah besar ni kadang2 je alaminya. haha.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik..selalunya time kecik2..ko tebalik plak..haha..telelap kalau jadi penumpang takpe bro..jangn driver yg telelap udah..naya..hahha

      Delete
  20. ahaha..nice entrii..nia pon kaki mabok jugak..
    xleh nk jln jauh sikit..mule la tekak tu..pening la..
    tiap kali g jln jauh kene prepare pil utk elaj mabuk..
    so..spnjg perjalan nia akn tidoo je.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nice apa..ni kan entri memalukan diri sendiri..hahaha..

      ade jual ek pil untuk mabuk kenderaan..tak penah lak aku makan..

      Delete
  21. Dulu2 sy mabuk la... tapi skg ni, dh xdah.. x gentle lah bro mabuk2 nih.. hakhakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pon sama la emma..dulu je..skg ok dah..hahahaha..

      Delete
  22. amboii..arbaei bujang kembali ya..:)

    ReplyDelete
  23. hai nana..hahaha..

    dulu la..dah tua2 ni aku ok je..cuma phobia tu ade lagi..so kalau leh elak, aku elak..hahaha

    ReplyDelete
  24. aku jenis tak mabuk pun...

    siap boleh baca buku dalam kereta.

    ramai gak puji aku sebab cool je dalam kereta :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...