Saturday, September 29, 2012

Info : Lelaki nakal lebih diminati..

assalammualaikum wbt..

Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih atas ucapan tahniah korang semua kat aku dengan berita gembira yang aku tulis entri lepas tu..alhamdulillah bini aku dah mengandung lebih kurang sebulan lebih rupanya lepas check semalam..haha...dan maaf untuk yang terasa hati..aku paham perasaan orang yang belum ada rezeki nak dapat anak ni..sabor je la..

Aku paham sangat sebab dah setahun lebih kawin baru ada rezeki nak dapat anak ni..adik aku yang lewat lagi dari aku berkawin pon dah dapat anak..lebih sadis, bulan lepas masa buat kenduri aqiqah untuk anak adik aku tu, bini aku terlibat sama la masa acara cukur jambul..sedih pulak tengok bini aku tiba-tiba mata dia masuk habuk..last-last dia lari pegi dapur..adehh..tu salah satu la dari kejadian mata masuk habuk..banyak lagi sebenarnya..nanti kalau korang dah kawin, andai kata lambat untuk dapat zuriat melainkan merancang, korang paham la apa aku cakap ni...

Macam apple cakap, lepas ni boleh la post entri yang ada ciri-ciri kebapaan..kehkehkeh..Sori la apple..aku langsung tak berminat nak tulis pasal hal-hal kebapaan atau lebih-lebih lagi tentang personal nak jadi bapa ni..haha.kalau nak tengok blog berciri kebapaan atau lebih tepat mr mama ni..korang leh tengok blog brader taf-taf je la..korang tau kan sapa..dah macam blog pompuan aku rasa..kehkehkeh...

Okay, tu sekadar intro je..bukan hal tu yang aku nak tulis sebenarnya..entri kali ni kira macam entri kesinambungan la dari entri TIPS MENDAPATKAN CINTA-SPECIAL EDISYEN yang aku penah tulis dulu..hehe..sebabkan tips tu berkesan untuk jenis-jenis nakal..ni aku nak tulis lagi tambahan alasan kenapa cara tu berkesan selain selamat..walaupon entri ni macam untuk bacaan lelaki, tapi sebabkan majoriti perempuan yang baca blog ni, boleh jugak aku rasa amik dari sudut umum..


Sesetangah perempuan berpendapat lelaki nakal lebih menarik dari lelaki skema..maksud lelaki nakal ni jenis yang suka buat perkara yang buat perempuan tertarik macam suka buat lawak, buat kejutan atau sebagainya la..bukan la nakal buat jenayah tu...ciri-ciri lelaki nakal yang buat perempuan tertarik ni biasanya boleh nampak dari segi...

LELAKI NAKAL LEBIH YAKIN..
  • Sebabnya, lelaki nakal tak kisah pandangan orang lain pasal dirinya..nak cakap dia ni playboy ke, kaki perempuan ke, dia peduli apa..haha..pandai mengorat dah pasti..cakap ikut suka dan tak takut mendekati perempuan..lelaki baik atau skema ni,akan teragak-agak nak dekat dengan perempuan..terlalu banyak pikir..kehkehkeh..

LELAKI NAKAL LEBIH PANDAI BERKOMUNIKASI
  • Lelaki nakal sentiasa dapat membuat perempuan gelak ketawa dan tak bosan berbual dengan mereka..pandai bercerita dan berbual topik yang seronok..lelaki skema pandai citer pasal buku, pelajaran, politik yang korang dah tau memang bosan kan..hahaha..

LELAKI NAKAL SUKA CABARAN
  • Cabaran ni sebenarnya ada dalam banyak jenis..ada yang jenis suka jadi hero..tapi ok la tu..perempuan memang sukakan lelaki yang bersifat hero ni..ye la..untuk jaga dia jugak..haha..cabaran dari sudut aku pulak lain..tundukkan keegoan perempuan yang jual mahal tu pon cabaran..hehe..

LELAKI NAKAL ROMANTIK 
  • Ni subjektif sikit..pasal aku ni nakal tapi tak romantik pon.sikit-sikit tu boleh la..kahkahkah..tapi romantik tak bertempat tu bagi aku ciri-ciri skema pon ada..lelaki nakal ni sempoi-sempoi je la..tak terlalu jiwang dan tak terlalu kasar..yang penting pandai la amik hati perempuan..

LELAKI NAKAL PANDAI BERGAYA..
  • Of coz la..lelaki nakal ni je suka ikut tren dan up to date..korang tengok budak-budak nakal kat Bukit Bintang atau KLCC tu..melaram bukan main lagi..awek tiap-tiap minggu boleh tukar..nak buat camna kan..ciri-ciri yang aku tulis kat atas ni semua ada, senang la buat perempuan nak jatuh hati kat dia..hahaha..

Korang yang berjantina perempuan  ni setuju tak dengan statement ni..Lelaki nakal ni senang menambat hati wanita?..baik korang setuju..kalau tak, aku anggap je samada korang ni forever alone atau pon jenis skema jugak..kehkehkeh..ok jangan serius sangat..


p/s : Lelaki nakal macam ciri-ciri kat atas ni besar kemungkinan jugak bukan Lelaki Teruna.(LINK).. sebab lelaki teruna agak membosankan..kehkehkeh..



101 comments:

  1. kiki...ada betul ka?
    tahniah la bakal jadi bapak budak dah lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene tanya pompuan la camne..tp rasa betul pasal dari dulu dan sekarang pon aku masih lagi diminati.nakal la katakan.muahahaha..

      #thnks tokey..

      Delete
  2. ko dah nak jadi bapak budak? harap harap muka baby nanti comel mcm aku. kalo perempuan ganas cane? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya'allah la..harap semuanya berjalan lancar..dah sah la baby aku comel nanti..comel mcm ko, aku tak pasti lah..hahaha..

      #jgn lupa bagi hadiah utk anak aku nanti..ko ckp dalam kad raya nak bagi kan..hahaha..

      Delete
  3. gitu ke?, KY tak suka yg nakal2 hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. KY ni skema kan.haha..its ok..macam aku tulis pon sebahagian je pompuan suka lelaki nakal ni..

      Delete
  4. Lelaki nakal ada masanya lebih pandai menghargai.
    Itu yg suka bangat lagu Bad Boys for Life:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke..haha..tapi ramai lelaki nakal ni tak reti sangat nak serius..bila dia nak serius, dia tak nakal dah..hahah..

      #bad boy life tu lagu sapa?

      Delete
  5. Replies
    1. yup..tp lelaki nakal ni selalu suka ngorat jenis yang tak nakal plak..sebab tu awek2 skema ni senang cair dengan depa..

      Delete
    2. tapi hati aku kental sam! hehe

      Delete
    3. elehh..batu kalau hari2 tuang air pon lekuk jugak yuyu..hahaha..

      Delete
  6. Nak kena jadi nakai la lagu ni..
    btw, Congrats bro.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tua2 toksah nakai2 lagi la zuan..kalau sifat semulajadi takpa..hahaha..
      #thanks..

      Delete
  7. patut la takde org ppuan minat kat aku..aku ni baik rupanya..grrrrrr

    p/s: brader taf-taf itu ler yg aku nak bahan sebenarnya..drpd sblum bulan puasa kot..rasa gatal jer tangan aku nak taip entry pasal dia..asik2 sebut nama anak..asik2 sebut nama anak..macam la dia sorang jer ada..nyirap gua..>:[

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe..ade calon yang baik jugak untuk ko..hahaha..

      #ko pon perasan ek pasal blog mr mama tu..kehkehkeh..tah la..makin mengarut aku rasa blog dia tak sudah2 buat entri pasal anak..hahaha..kalau pompuan aku tak heran..ni jantan..kehkehkeh..penyanyang habis la konon..hahaha..ops terlebih sudah..

      Delete
    2. takpe..aku nak cari calon yg nakal jugak..kehkeh

      #ko rasa kalau aku buat entry bahan dia, teruk x aku kena maki?

      Delete
    3. ciri2 pompuan nakal aku kurang info la nak kongsikan..hahha..ko cari je la sendiri..

      #tulis je la..aku memang penah pikir nak tulis cume takde idea, lagipon banyak entri lain aku nak tulis, tu yang aku selit jela sikit bahan dia kat sini,hahaha..takkan goyang kene kutuk kot..tp cam pelik je kalau ade org backup dia..bukan retis pon..kehkehkeh..

      Delete
    4. gua goyang beb..kahkah..sebenarnya aku memang nak tulis drpd sblum puasa..tapi x jadi..then masa bulan puasa x jadi..last2 terus lupa..

      Delete
    5. hahaha..tak cukup kental jgn tulis der..kang geng blogger dia serang blog ko lunyai kene tibai..hahaha..tapi kalau macam aku tulis kat atas tu takpe..sindir tak sebut nama pon..tapi org kenal kan..kahkahkah..peduli apa aku..

      Delete
    6. hahaha..ko tau la stail aku tulis camne..mana ada nak mention2 nama..

      Delete
    7. jangan mengate follower hot aku tu.;) ekekke

      Delete
    8. dia polo ko yuyu..perghh..untung la..tapi penah dia baca than komen entry2 ko?..hot la sgt kan..last2 aku jugak menepek kat blog ko tu..hahaha..

      Delete
  8. brader taf taf? okay, hahaha.... aku nak laki nakal macam yang ko tulis boleh tak?sebab aku ni skema gila babeng,hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenal ke mocik..sedara dia ka?hahahhaa...toksah risau oni..lelaki nakal ni biasenya memang cari calon awek skema..

      Delete
  9. Okeyy apa Mr Mama. Nanti leh masuk rancangan Nona ke apa ntah tu, aku dah lupa. Mwehehe. Tetiba aku teringat. Apa cite rancangan jahat kau ngan Chuu tu? Cam takde perkembangan pun? Penat je aku spare urat & otot perut aku untuk gelak sampai krem. Kahkah!

    Part lelaki nakal tu aku rasa tak perlu kut aku komen. Aku dah khatam kut study bab2 lelaki ni. Bagi can la kat yg bujang2. Erk? Bwahaha! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..aku paham maksud ko makcik..ok sangat kan..kehkehkeh..rancangan tu aku dah batalkan pon..header dia sekarang pon dah lain kan..tak payah la menganjin sangat lagi.kehkehkeh..

      #woaa..hebat ko dah katam..bleh bukak kelas ni mengajar plak..hehe..

      Delete
    2. Err sebenarnya bukan word khatam yg sesuai. Advance sgt tu. Sebenarnya lebih kpd due date la. Skang aku study jenis satu lelaki dah la. Watpe nak compare2 laen kan? Haha.

      Lgpun aku rasa benda ni agak subjektif. Even kau kategorikan pd lelaki nakal ke lelaki bosan ke lelaki tak teruna ke tu cuma kebanyakan. Cer kenal satu2 tgk, mmg tak larat nak study dah la. Macam mana lelaki anggap pompuan tu memeningkan, camtu gak la sebaleknya aku rasa. Kahkah!

      Sbb tu aku cakap okeyy la ni kau nye description ni mmg sesuai sbg guide utk yg bujang2. Mana tau ada yg sangkut kat sini. Besar pahala kau sbg agent bertemu jodoh Pakcik. Janji jgn sangkut ngan admin nya dah la. Naya beb! Ahaha!

      Delete
    3. kalau dengan admin kenapa takleh?..ade kekosongan lagi apa..jambu,nakal,baik semua ade..kehkehkeh..

      Delete
  10. lelaki nakal cam serba serbi sempurna kat mata kan.. yeah, agak setuju sbb lelaki nakal ni memang dia xpeduli pun apa yg org lain akan fikir pasal mereka. depa kata sebab mereka jujur, tu yg cakap or buat apa yg mereka nk buat je.. huhu, kat my ofis yang nakal2 ni la yg happening.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tu la..yang nakal2 ni la selalu menceriakan keadaan ye dak..kalau depa takde sunyi lak..haha..tu pasal lebih diminati..

      Delete
  11. "Lelaki nakal macam ciri-ciri kat atas ni besar kemungkinan jugak bukan Lelaki Teruna.(LINK).. sebab lelaki teruna agak membosankan..kehkehkeh.."


    terus aku serba salah nak kata suka lelaki nakal! hahahaha..ok la setakat ni je komen aku untuk entry ko kali ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tu teori aku je aien..tak semestinya betul..hehe..
      tp serius..dengn org nakal2 ni la seronok kan..ceria je..

      Delete
    2. kepala gila2...ceria je. so best la dapat pasangan lelaki nakal ni..


      harap dapatlah..

      Delete
    3. takde calon lagi ke aien?..ko ni cantik comel je aku tengok..umur pon dah lanjut..toksah la memilih sangat, encik h pon single lagi kalau berminat..haha..

      Delete
    4. pakcik sekarang ejen cr jodoh kah? but betul tu.. laki nakal xsemestinya tade teruna.. laki ai teruna trang tang2 mase nikah dulu... kehkeh..

      Delete
    5. terima kasih puji aku. encik h dia suka yg macam yuyu la bukan aku. hahaha.


      calon? calon pilihan mak aku ada...takde aral melintang insyaAllah. tengah kenal hati budi...ehem2. err dia type lelaki nakal weh..hakhak. harap2 teruna la.

      Delete
    6. yuyu takleh..grrr..haha..

      ok la tu aien..harap cpt la langsung..insya'allah teruna lagi la tu..hahaha.
      #ko kawin nanti jgn lupe invite..

      Delete
  12. sokong!!! suka laki yang mcam ptus fius cikit,, best,,!!! boleh gaduh2,, tak bosan sangat,, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..jgn putus banyak dah..pening layan nanti..hahaha

      Delete
  13. sokong jugak ! haha lgpn laki nakal kepala giler2 . sempoii :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tak nakal takde life la ye dak..serius je..haha

      Delete
  14. setuju! chic na prefer lelaki nakal. tp nakal yg positif la. haha..
    dr pengalaman & pemerhatian chic na la kan, lelaki nakal ni lebih jujur. jenis selamba takde nak cover2 dpn perempuan. kalau yg jenis pendiam tu bahaya. senyap2 je dia buat perangai. hekhek..

    *macam kenal je abang taf itu. ngehngehngeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..yang nakal ni kalau wat nakal pon selalunya takde cover2 sangat..paling pening layan pon,selalunya buat org geram je..tapi yng pendiam last2 wat perangai ni yang payah..memang buat sakit hati..

      #kenal ek..kim salam kat dia chicNa..haha...

      Delete
  15. Lelaki nakal memang saham tinggi dan digilai ramai pompuan. Macam skema jawapan lak aku reply.
    Ciss haha.

    Malas login

    ReplyDelete
    Replies
    1. pompuan skema je minat laki skema ni..tapi laki nakal tak memilih plak..semua dia layan..senang citer lebih frenly la kan..hehe..

      Delete
    2. Dah aku skema pe haha.

      Mls login

      Delete
  16. Hahaha betul tu,
    cuba tgk Naruto dgn Sasuke..
    Naruto yg jenis skema dgn cita-citanya utk jadi Hokage kurang diminati
    daripada Sasuke yg lebih cool dan ada ciri2 budak jahat
    sebab dia nak bunuh abgnya, Itachi..

    Eh xpekan aku cerita Naruto kt sini? xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.ok je sebab tak lari tema lagi tu pasal aku pon letak gambar gaara kan..kehkehkeh..

      Delete
    2. Mana nak cari link blogger2 tu?
      teringin plak nk tgk komik dorg ;D

      Delete
    3. pada aku, kalau dalam naruto, watak paling nakal ialah Jiraiya..kehkeh

      Delete
    4. pastu, kakashi plak, nakal dalam diam.. hehehe

      Delete
    5. eveything : kat bloglist aku belah tepi tu ade..cari je ayam dan babi

      h: jiraiya dah takda h..jgn dikenang lagi..haha..

      Delete
    6. nakal tak nakal. tapi hensem tetap sasuke! :))

      Delete
  17. eh yeke???? aq suka lelaki nakal.. sebab bleh wat kita senyum.. 1 g lelaki nakal romentik ka??? i dun ting so la... hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..ko rasa aku nakal tak?(tibe-tibe)..hahaha

      Delete
    2. aq rasa ko mmg nakal sangat.. bhahahahahah.. adeke patut tnya soklan cem tu kat aq.. xbleh blah la soklan ko ni.. bhahahahhaha...

      lain la ko ckp aq ni cute ke... cantik ke... eh??? hahaha TYPO sory broo.. hahahah

      Delete
    3. nakal aku nakal beriman..ekekeke..
      yela lina..ko mmg cantik..serius, eh typo gak..hahaha

      Delete
  18. errrr, dlu sy suka tgk laki nakal.. sbab dorg nakal.. hakhakhak.... tapi sekarang, x dah.. sebab............

    ReplyDelete
  19. ko kategori mana pulak..hahaha...nakal ni mmg menarik tapi bahaya sikit..seab dh kawin nnt bini kena tahan cemburu..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tentu la aku kategori skema nerd, spec cermin tebal, rambut sikit tepi, baju butang sampai atas, lengan baju pon butang..skema kan aku, atau lebih mesra dikenali, muka mintak kene sepak..kehkehkeh..

      Delete
  20. suami ai lelaki nakal yang romantik.. aawww...

    tapi... bak kate makcik liyaa... bialah yg bujang2 yg komen sal ni.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung la makcik..kat luar dia nakal tak?hahhaa..

      Delete
    2. ko jgn pakcik.. ibu preggy ni sensitip.. jgn la wat spekulasi yg tidak2.. huwaaa...

      tak! aku kurung dia.. jd xleh nakal2 kt luar dah.. bhahaha..

      Delete
  21. aku setuju je klu lelaki nakal nie diminati wanita,tp klu bab teruna tu aduh tak setujulah..haha..

    btw tahniah,sebayalah nti anak kita.haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko tak setuju pasal teruna tu pon takleh watpe kutu,ni fakta..hahha..
      kita bg can utuk yg bujang je la kutu..biaq depa pilih sendiri nak nakal ke skema..haha..

      #eh..sebaya ek..sama naik la perut tu nanti..hahaha..

      Delete
  22. sgtlah setuju dgn ciri2 lelaki nakal tuh en ym oii..hehhhe..wahhh bini dah preggy, seronoknyaaaa mak aiiii..dulu pon akak yg tak brapa nak akak nih pon kawen dah setahun lebey baru preggy..ni sumer takdir Allah yer dak..yg penting doa banyak2. ada rezeki musti melekat..(motivate utk diri sendiri jugak, kekkke)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah la lekat gak akhirnya..bila harap takda pon..bila dah malas pikir ada plak..rezeki..setuju sgt,doa banyak2 mesti Allah pekenankan..

      Delete
  23. bapak oh bapak? nak panggil pakcik le ni. haha ~
    lelaki nakal memang sah2 playboy. haha =D

    ReplyDelete
  24. wahh bkal jadi bpa..hehe..
    Alhmdulillah..erm..sbnrnyer tu kira xde lame tgu sgt..
    Allah tu kalau nk uji hmba DIA, 5thun pon blum tntu dapat..
    sabar,usaha,doa n tawakal tu yg paling penting..kan =>

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..setahun tu pon rase lama gak yaya..lambat kawen org tnye..lambat anak pon org sibuk..haha..

      Delete
  25. mane komen aku pegi before niiiiiiiiiiiiiiiiiii. spam lg la tuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko ade komen ape yuyu..aku check spam kosong je..

      Delete
    2. erghhh..kemain pnjg ak komen!

      Delete
  26. Replies
    1. hahaha..ye ke..macho tu camne plak?kihkihkih..

      Delete
    2. hahahha..mmg tak la jna..aku kiut jer..kehkehkeh..

      Delete
  27. Lelaki nakal..terus nakal hingga ke akhinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nakal ikut umur takpe kot..tak salah aku rasa kalau tak buat benda yang susahkan orang atau berdosa..takkan dah tua2 nak buat nakal macam budak2 kan..hehe

      Delete
  28. Lelaki nakal boleh terjerumus ke lembah lelaki playboy pula,barangkali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dinafikan..tapi ada jugak yang setia..kadang2 org salah anggap pasal nampak org2 camni rapat dengan ramai perempuan tapi sebenarnya cuma kawan pasal org nakal ni frenly..

      Delete
  29. Salam ;D
    anda ditagged kalau sudi nk buat ^^

    http://everythingseverythings.blogspot.jp/2012/10/jom-follow-aku-cuma-seorang-kulikutif_3.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro..sori ek..tak reti la aku nk join segmen2 ni..hehe

      Delete
  30. Aku berdoa agar hati ko terbuka utk tulis entri kebapaan. Hehehehe. Tahniah bundle sebab berjaya membuktikan kesuburan ko. Rezeki ko. Ada yang kawen lagi 10 tahun tak dpt ank. Ko kira okay la baru setahun. Aku pun sama gak. Baru je setahun. Cuma aku mmg tak pernah mata masuk habuk la wp orang sibuk dok tanya pasal tu. Mungkin sebab aku ni jenis 'aku aku kesah' skit. [Tapi kalo org kata aku gemuk aku kisah.. wakakaka].

    Lelaki nakal mmg menarik hati. Tapi biar la nakal naturally, bukan dibuat2 untuk dapatkan perhatian. Sebab ada jugak jenis lelaki yg skema cuba nak jadi nakal then dia akan berubah menjadi super annoying kuasa doblas. Lelaki lawak pun ada jenis jugak. Macam aku, aku lagi prefer lelaki yang cool. Dalam group nakal, dia tak banyak cakap, tapi sekali dia buat lawak dia mmg kelakar. Pastu kawan2 lain respect dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi ko lyd..berjaya membuktikan kesuburan ek..hahaha..rezeki beb..kalau subur pon takde rezeki lagi tak dapat gak kan..alhamdulillah la..kira ko kental la ek tak pernah mata masuk habuk lagi selama tak mengandung..kurang sensitif la ko..ok la tu..hahhaa..

      nakal yang dibuat2 memang annoying gila..aku pon kenal gak 2 3 org camtu dulu kawan2 aku..tah tau la baru belajar nak jadi nakal atau kejutan budaya..memang rasa nak terajang..kekeke..

      Delete
  31. betula..sbb aku prnh knl ngan laki yg cm ni suma cri2 kt ats dia ada..malangnye dah ada gilfren huhuhu...tp dorg ni jns setia jgk so xyh la nk mghrp sgt huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..rilek la..baru gelpren..ekeke..

      Delete
  32. baru follow blog ni! helooo!

    anyway, tahniah buat puan ye. semoga sihat je.
    lelaki nakal? hmmm. tak de rezeki pulak nak dapat boyfren nakal. cisss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. time kasih aienraus..salam kenal..

      semoga cik puan tu sihat je la selama mengandung ni..aminn..
      #suh boyfren tu belajar jadi nakal sikit..toksah la skema sgt..boring..hahaha..

      Delete
  33. kalau kena tagged, join lah juga segmen ni ^^
    Click website Remy tu utk detail cara join dia..
    xpun buat je entry mcm aku ni xD
    lps tu tag 2 org blogger lain pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. time kasih atas pencerahan tu bro..tapi kan, aku ni pelik sikit dari org..
      aku tak jelas lagi apa tujuan segmen ni.lagipon kurang berminat la ikut2 style
      blogging yang bukan cara aku ni..aku tau tulis entri ikut kepala aku je..hihi..
      nak buat entry pasal segmen..hurmm..blur la..haha

      Delete
  34. Agak bersetuju dgn idea u. (^^) MEMANG SETUJU!

    ReplyDelete
  35. Dah selamat pun kau menjadi bapa masa aku komen ni. Lelaki nakal... aku ada 4 adik beradik lelaki, sorang nakal jenis diam, sorang nakal berlawak gelak guling2, sorang nakal baran, sorang lagi nakal manja. Nakal atau omputih panggil "cheeky", mmg senang dapat target.

    ReplyDelete