Monday, April 1, 2013

Repost : Tutorial & Tips Cari Pasangan (ym.bundle style)...

assalammualaikum wbt..

Ada sesapa tengah kecewa dalam percintaan sekarang?..cinta anda ditolak?..rilek..jangan putus asa..kuatkan semangat..baca teknik dan tips nak dapat awek/pakwe baru dengan cara jahat atau tersembunyi ni hasil pengalaman aku sendiri..sebabkan aku dah pon kawin, so tak kisah kot kalau aku kongsi cara aku ni dulu dulu nak cari gundik..kahkahakah...

Teknik aku ni sebenarnya mudah je nak paham..konsepnya kita boleh luahkan perasaan kita kat orang yang kita suka tanpa risau dia reject atau kita dapat malu dan korang tetap boleh jadi kawan dia walau apa pon jadi..hahaha..jahat siak..harap jangan salah guna teknik ni untuk jadi player..

Pertama sekali, korang mesti kena rajin berkawan..kalau macam student² lagi senang sebab kompom ramai kawan kat campus ye dak..Bila dah minat seseorang tu atau korang terjatuh cinta kat kawan korang sendiri, korang cuba berkawan dengan dia serapat yang mungkin..time ni korang cuba sembunyikan dulu perasaan tu..cuba jadi kawan dia yang kelakar,nakal dan buat dia seronok dengan korang...

Amaran: Jangan cover hensem atau kontrol ayu,dan jangan cuba jadi orang lain..kalau korang memang jenis pemalu, harap cuba kurangkan sifat tu sebab kurang sesuai dengan teknik aku ni..(spesis nakal macam aku atau lebih nakal memang sesuai)..


Cuba jadi kawan yang caring walaupon dalam masa yang sama korang ni sengal..tak paham?hahaha..susah lak aku nak terangkan typing ni...ekeke..Contohnya macam ni la..korang rajin rajin la tanya khabar dia..kalau dia belum makan, korang ajak la dia makan,kalau dia belum mandi,ajak la dia mandi..kehkehkeh...masa ni dah boleh korang selit²kan teknik kotor yang aku nak ajar ni..hehehe...

Bila korang tak jumpa dia sehari korang mesti rindu kan..hahahaa..call je la dia cakap," wei, aku rindu la kat kau, tu je aku nak bagitau call kau ni"..cakap style bersahaja dan gelak gelak walaupon korang tengah angau sebenarnya..kehkehkeh..

Selalunya bila korang cakap macam tu 1st time kat dia, mesti dia cakap "eii..geli lak aku dengar kau ni rindu rindu bagai lah pulak "hahaha..standard..tapi korang jangan sentap pulak dia cakap macam tu..kan aku cakap tadi cuba jadi kawan je dulu...bila dia cakap macam tu korang boleh balas balik" ala nak gurau manja ngan kau sikit pon tak boleh,emo la kau ni"..haha..see, korang dapat luahkan walaupon dia nampak macam gurauan..malu pon boleh cover maa..haha..

Teknik ni lebih kepada praktikal..selalu jumpa dan berhubung senang berjaya..macam aku cakap tadi cuba jadi kawan yang buat dia seronok bergaul dengan kita..jenis sengal,nakal,kelakar selalu ramai orang suka..ni kenyataan..tapi berpada pada la nak sengal tu pon..hahaha..Selalunya bila orang dah nampak kita jenis macam tu, pandangan orang selalunya pikir kita bukan orang yang serius..korang cakap la apa pon.."kau ni kelakar la, lawak la"tu je yang dapat padahal korang tengah cakap pasal benda sedih..naya betul..kahkahakah..

Bila dah jadi macam tu, korang dah boleh luahkan je perasaan kat orang yang korang suka tu..jumpa je dia,cakap je terus yang korang suka dia..tapi ayat kena la betul.. contohnya" wei nomi, aku tengok kau ni sweet jugak, sebabkan kau takda pakwe lagi apa kata kita kapel, aku pon dah lama suka kat kau ni, dari sem1 lagi"..hahaha..kalau dia balas "ah merepek la kau ni" tu petanda positif ok..kalau tengok dia agak tak selesa, korang terus je cakap,"rilek la..aku gurau je"..habis citer..selamat kan...hahaha..

Macam aku cakap tadi, korang cakap apa pon diorang mesti ingat korang tak serius..untuk pengetahuan korang, mula² memang la macam tu..tapi cuba la selalu..tengok apa respon dia jugak..bila dia dah seronok dengan kita tak mustahil la dia boleh jatuh hati jugak dengan korang walaupon korang nampak macam tak serius..

Sifu aku dulu ada bagitau, kalau air yang menititik atas batu pon lama lama berlekuk jugak batu tu..apatah lagi papatah kerak nasik kalau letak air lembut jugak dia..kahkahkah..ayat ni merujuk pada perasaan orang yang korang nak try tu la..kalau dah hari hari korang meluahkan perasaan walaupon cara tak berapa serius macam tu, lama lama cair jugak dia..caya la cakap aku..

Kalau dia tetap tak anggap serius jugak bila hari hari korang dah cuba jangan risau.. korang cuba jangan kontek dengan dia buat masa tertentu..masa tu kalau betul korang "best" bagi dia, dia pasti cari korang balik..dia yang akan rindu celoteh, lawak,sengal, dan yang pasti dia rindu nak dengar lagi korang cakap yang korang suka,rindu dekat dia..bila orang tu dah terbiasa setiap hari ada orang caring dengan dia walau dengan cara sengal..bila korang senyap ofcoz dia akan terasa hilang sesuatu beb..so jangan risau, dia mesti cari korang balik..

Bila dah nampak respon baik yang dia pon macam suka korang, time ni korang dah berjaya ler..bagitau la betul² yang korang serius sukakan dia..gerenti dia pon takkan reject korang..kalau tetap dia takda perasaan kat korang, korang teruskan je la berpura pura macam sukakan dia dan kawan macam biasa..tu maknanya korang memang takda jodoh la dengan dia..try la orang lain pulak..hahaha...

So kesimpulannya, tak semestinya bila nampak seseorang tu macam tak serius bermaksud orang tu takda perasaan..kebaikan cara aku ni sebenarnya memang untuk kebaikan semua pihak..macam aku yang penah suka kat kawan aku sendiri dulu, sebab pertama ialah aku tak nak hilang kawan andai aku luahkan perasaan dan kena reject..aku ego tinggi maa..kalau kena reject sumpah malu dan tak mungkin aku nak kawan dengan dia lagi..So cara ni memang sangat friendly,selamat dan gerenti berjaya....selamat mencuba..hahahaha....


p/s : (teknik ni sesuai jugak untuk prank awek/jantan yang poyo)..nak maklumat lanjut hubungi aku..hehe...

36 comments:

  1. wahh , nice info . boleh try ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba la..insya'allah bleh berjaya..hehe

      Delete
    2. wah, bagus bagus.. bleh try ni. eh cam same je.. hakhak.. btw memang aku nk try la bro.. xde pengalaman. thanks share..

      Delete
  2. erm... boleh cari sorang lagi ni... ikut sunnah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari la TK kalau ko mampu..cukupkan 4 pon takpe..hehe..

      Delete
  3. Replies
    1. mestila teknik aku..takkan aku kopipes teknik orang lak..penat ni tulis dan repost..hahaha..

      Delete
  4. hahaha.. kemain tips. dah macam perunding cari jodoh lak. :p

    ReplyDelete
  5. Hamboi... kena jati diri kuat nak amalkan teknik kau ni. Aku dulu paksa kawan aku yg perempuan "kecek" member dia yg aku minat, aku pretend tak tau pun kewujudan mamat tu, tapi kat bilik ngan gf aku tu, macam meroyan buat strategi. Tapi kejap jer aku dapat mamat tu, aku bosan. hahahhaa heishh cinta beruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..nakal jugak ko ye..aku ingat laki je blom dapat kemain usaha, dah dapat boring..rupenye fomfuan pon sama..ekekek..

      Nasib cinta beruk je..tu pengalaman sebenarnya kan..untung la skg dpt laki mat saleh..huhu

      Delete
    2. Itu la aku rasa yg fun that time adalah untuk "mendapatkan". Bukan aku tak appreciate, cuma takder spark dah bila kapel2, no fun anymore, aku rasa aku suka admire orang jer kot, macam sebuah lukisan yang indah... muahhahaa dulu.... aku citer hal dulu2. skang aku dah berubah.

      Berbalik kepada teknik kau ni, usaha la selagi boleh, sebab in the end, kalau dah bukan jodoh... hehehhee tapi tak semua orang boleh senang2 jadi sengal, kita yg dah sengal ni ok la.

      Delete
  6. boleh tak orang nak praktikkan,, wanita zman sekarang advance maa,, heee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..bleh muja..tapi laki ni gatal sikit..kalau ko buat cara aku ni kompom je terus dapat..laki tak pandai jual mahal..rezeki depan mata takleh tolak..orang cakap ape..kufur nikmat nanti..hahaha...

      Delete
    2. orang pun rasa macam tu,, dh try,, and berjaya,, tapi rasa mcam tak thrill pulak bila senang dapat,, mula la rasa nk cari yang sush nak dapt,, gedik betul aku nih la,, grrr

      Delete
  7. weiiiiii,aku rasa macam perlukan bantuan kau wei...aku ada sorang customer ni, ritu tepon opis problem,so segala customer terpaksa contact guna henpon aku, pastu adalaaa satu malam (aceli bukan satu malam,dah bermalam2) duk mesej aku, tanya soalan bukan hal kerja ... so,bermalam2 dah ni aku lemaih gila dengan mesej dia tu.. apa patut aku buat? block contact atau macamana? pastu duk buat ayat pasrah serupa orang deseperate,alahai... lagilah aku getik...

    so,ce ajo sikit,atau aku patut balas mesej sengal2 ubi atau tayah reply langsung ...ni duk luah perasaan plak,getik engko tahu....


    wei, teknik kau tu kadang aku praktikkan gak dalam kehidupan aku ni (ayat takley bla) mahu tapi malu,sampai mesej pun nak taknak reply,hahaha... pastu,mulalah bengang kat diri sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tu bermakna ko diminati oleh customer tu...kalau ko rimas toksah la layan..cakap je terus terang ko deh berpunye..habis citer..bgtau dia kalau nak buat urusan hal keje je bleh..

      Delete
  8. Errrk..bab jumpa selalu tu susah sikit.. Nur tak suka kuar2...
    kalau keluar pun dgn mak...kehkehkeh...

    tp apapun, sempoi gak tips ni...
    kalau berjaya Nur bgtahu....
    Kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jumpe pon bleh gak nur..tapi kene selalu contact la..hp, fb twitter kan ade..zaman dh moden nur..skg lagi senang..hahaa..

      Delete
  9. huhuhuhu...

    aku suke laki buat macam tu... serius...!

    tapi apekan daya, aku dimengorat dengan gaya serius tanpa melalui istilah kawan...

    ulang balik semula boley tak???

    hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik..ko dh dingorat dengan gaya serius tu aku bayangkan ala-ala romantik gitu..bukan perempuan suka romantik ke..hahaha..yng style aku ni playsafe..nampak main2 je...tu pon ko suke punzel..ekeke..pelik2 la ko ni..hahaha

      Delete
  10. Aura Dr. Love tu rasanya mmg ada kat diri kau sbb penerangan yg detail ni. Hahaha! Dlm sedar tak sedar, aku rasa aku telah dimengorat ngan cara camni. & 2 perumpamaan yg kau guna tu mmg betul2 berlaku. Psl batu ngan kerak nasi tu. Hahaha! Maybe ni secara kebetulan je. Apa2pun aku rasa bnd ni begantung pd jodoh tu dah pasti la. Tp yg kedua kesabaran & jgn cpt give up. Tp aku pasti kalau org bebetul suka konfem tak sng give up kan? Kalau yg jenis baru try skali pompuan tu tak respons sgt pastu dea give up tu ego la maknanya. Hehehe.

    Tapi ada jugak kes walau cemana pun dea bg hint yg dea suka, aku tetap wat tak reti. Tu maknanya aku takde perasaan lgsung la kat dea. Alaa, usaha dea pun tak seberapa kut aku rasa :P

    Pastu, aku rasa aku pun penah nak guna teknik ni utk diri aku sendiri. Tp tak menjadi la Pakcik. Kahkah! Aku rasa teknik ni tak sesuai ngan aku. Sbb aku agak pemalu, kut. Bila berdepan ngan org yg aku suka, walaupun membe sendiri, aku jadik pemalu, pendiam, kaku, speechless. Takleh nak jadik kwn yg sengal tu. Kesimpulannya, mmg aku takde jodoh ngan dea. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..laki ko ngorat style tu gak ke pakwe lama ko..tp kalau style ni untuk ngorat antara kawan-kawan je bagi aku memang cara terbaik la..dan kena dengan jiwa aku..aku memang boleh sempoi tp kalau kene reject tu yang malu dan buat aku takkan kawan dia lagi..ko nampak ego aku tinggi gila tak..hahaha..so dengan cara ni aku rasa memang cara terbaik untuk jage perasan 2 belah pihak dari sentap..

      Delete
  11. Ouh, boleh prank pakwe sendiri ni.. kah kah kah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sangat dira..hahaha..nak prank orang yang kita tak suka pon bleh..sebab aku penah buat..kesian..hahaha

      Delete
  12. satu idea yg bagus. nanti aku try. tapi aku dah terlebih hensem. boleh ke. pergi mana2 mesti awek terpikat. hjahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaaha...ko dah hensem tak payah la guna teknik ni..ni teknik untuk orang tak hensem cam aku je..hahaha

      Delete
  13. patutu aku rase cm penah bace.. repost rupanya.. kihkih..

    ReplyDelete
  14. hahaha..sempoi gile teknik ko kan..mesti ko selalu benar buat kan..kan..kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu memang aku selalu buat..serius memang asal buat je menjadi..tpi lepas tak lame tu diorang akn benci aku balik sebab diorang tau aku tak serius..hahahaha

      Delete
  15. hai dr.love....gelak-gelak aku baca tips ko. hehehehe....dulu masa zaman belajar aku kena ngorat style ni la, dengan classmate aku. budak nakal jenis tak reti duduk diam....plus dia budak vespa lama, gopeng mali. aku pun memang suka vespa2 ke, mini cooper ke.pendekkan cerita terkapel la kami....pendekkkkkkan lagi cerita dah takde jodoh maka terputuslah kami....cumanya bila aku baca tips ko ni otomatik wat aku ingat ke dia..hehehe.


    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahhahaha..komen ko ni sama je macam yang ko komen masa aku post dulu aien...terima kasih la ko sudi baca lagi..ekeke

      Delete
  16. dr bundle, kalo saya guna tips ni tuk laki yg dh ad makwe ok x?? hheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh emma..kalo try untuk laki yang adah ade makwe lagi trill dan mencabar..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...