Tuesday, May 7, 2013

Rumah dah siap, pahat masih berbunyi..

assalammualaikum wbt..

Pilihanraya dah pon habis.cuma demam tu belum kebah..aku tak pandai nak mengulas pasal keputusan PRU13 ni..keputusan tu pon aku tak habis tengok lagi sapa menang sapa kalah..tak kisah la walaupon dikatakan PRU13 ni tak adil, kerajaan BN guna teknik kotor atau apa je..tu semua dah tersurat..tetap kena tunggu 5 tahun lagi untuk cuba...nak pelik apa, demokrasi takkan pernah adil walau sapa pon yang memerintah..yang berkuasa tetap akan menindas yang lemah..

Sekadar nak kongsikan sikit mungkin boleh jadi penaik semangat untuk penyokong PR yang tengah kecewa..citer ni dalam usrah aku minggu lepas yang tentang perjuangan ni bukan la senang nak berjaya..memang akan makan masa jugak..dalam sejarah sejarah Nabi yang nak berdakwah untuk kaum Bani Israel pon Allah dah tunjuk macam tu..sejak dari zaman Nabi Musa Allah dah perintahkan Nabi Musa membawa umatnya ke palastine untuk membina kerajaan islam di sana..tapi tertangguh sampai la ke zaman Nabi Dawud..

Nak tau citer selanjutnye? play kat sini je..malas aku nak tulis..hahaha..


   
   
   


Sekarang ni ada satu peribahasa yang aku terpikir bila tengok tren status kat lama sosial yang ramai post lepas PRU13..apa pendapat korang semua tentang "rumah dah siap, pahat masih berbunyi"..adakah tu menandakan rumah tersebut berhantu?..hahaha..


Aku bukan apa, kesian kat orang yang emosi ni..sorang ni meluahkan tak puas hati dengan kekalahan, pastu ada plak yang balas dengan sindiran kononnya tak leh terima kenyataan..ade je punca punca nak berbalah tu..hahaha..bagi pendapat aku la, kengkawan kat laman sosial ni kalau leh sama-sama la jaga perasaan, orang yang tengah seronok tu buat je hal sendiri, orang yang tengah kecewa ni kalau leh cuba cool sikit..

Masalahnya bila perasaan kalah dan marah tak dikawal, korang akan senang menjadi bahan kutukan dan sindiran..makin korang emo makin best orang yang tengah seronok ni nak membahan..so nasihat aku, buat rilek sudah.. aku tak tau la orang lain camne, tapi aku bercakap dari apa yang aku nampak kat wall FB aku ni..kawan-kawan aku bukan jenis yang sealiran pon..macam-macam ade..walaupon aku tak terlibat dengan politik di laman sosial, tapi aku harap benda ni cepat-cepat la reda sebab memang boleh merenggangkan persahabatan...



Gambar atas ni contohnye aku screen shoot kat FB..aku dah agak mesti ada orang yang akan unfrend dia ni..hahaha..maunya tak, aku tengok status dia dari sebelum pilihan raya sampai sekarang pon naik bebulu jugak mata..hahaha..kemain lagi dia kempen, kutuk kaw-kaw pihak pembangkang, macam-macam yang dia share,ingat kawan-kawan dia semua sama aliran kot..mula-mula ada la nampak kawan-kawan lain nak pertikaikan apa yang dia cakap, tapi cakap pon tak guna kan..asik bergaduh je.akhirnya orang yang sentap, sakit mata, sakit hati ni pon unfrend la dia..so keluar la status dia camtu plak..hahaha..

See..dalam kes ni apa yang aku nampak, sorang tak pandai jaga hati, sorang lagi emosi..akhirnya unfrend...tapi biasa la, orang yang unfrend dibaratkan loser dan bersalah..tapi takda la teruk sangat sampai ada ajaran memutus umat islam macam yang dia cakap tu..adehh..kau sakitkan hati orang takpe la ye..haha..bagi aku orang sebenarnya tak tahan tengok bahasa kau tu je bro..dah la apa yang kau sharing semua terlalu obses memburukkan parti pembangkang..mau orang tak bengang then unfrend..lantak korang la..apa pon aku sangat berharap isu pilihanraya ni cepat la habis..letih dah aku tengok..hahaha..


p/s : aku biase kena unfollow kat blog je..unfren blom lagi..hahaha...

26 comments:

  1. Erm tu la kan..xtau nk cakap ngan senario politik negara kita..dgn pengikut2nya..mcm2 'peel'..hee.. Tapi politik2 juga, jgn smpai gaduh2..x elok plak..sama2 kena hormati pndirian masing2.. Berdoa jela..jgn mengutuk.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnye sama-sama yang tak hormati pendapat masing2..semua nak tegakkan pendirian..hahaha..

      Delete
  2. PRU13 paling badass aku rasa. kt tempat aku pun, ada sorang buat laporan, tak boleh mengundi. sebab nama dh digunakan untuk mengundi. jari belum calit tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dinafikan..lagi badass skg dah timbul soal perkauman plak..

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak buka FB since 4hb sampai semalam sbb aku mcm tak boleh terima org yg extreme gila pasal politik. Tahap extremenya sampai boleh gaduh.
      Bila org post pasal jari, dua-dua pihak nak tegakkan parti masing-masing. Tu belum masuk bab kutuk-kutuk pemimpin parti masing-masing.
      ok. takmo komen pjg.. ;)

      Delete
    2. hahaha..mujur la komen memula dah delete..kehkehkeh..yang tu lagi panas berbanding komen pasal politik ni ha..kehkehkeh...

      Delete
  4. lantak le deme. Hidayah itu milik Allah swt....

    ReplyDelete
  5. Salam Bund,
    macam ko cakap la.
    baik diam.
    kadang-kadang kita tak perasan pun yang kita dah lukakan hati orang walaupun tak kenal.
    macam kak Yana Halim cakap "hidayah itu milik Allah swt..."

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..aku terluka ni..sampai hati diorang kak nam..hahaha..

      Delete
  6. Entry aku baca..komen drpd awal pun aku baca..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi..ko dpt la baca komen ha kan..kahkahkah...

      Delete
  7. rimas ngan orng yg taksub ngn politik nie.. aku bru nak stat bisnes.. dah penuh wall dengan depa.. mencik ah!..

    pakcik.. nak add FB..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biase la mell..5tahun sekali nak sambut..tu yang taksub sikit..hahaha..

      add je la..bundlesmart@yahoo.com..

      aku pon nak add ko join groub wechat ni..pat2..

      Delete
  8. dah post pn bende mngarut2 ikut sedap mmg org unfren la.. tok anda! kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. unfrend and fren u back..eh..cam tak best je bunyik..hahaha

      Delete
  9. trus terang aku tak play pun. Tapi entry ni aku baca smpai habis. Kalo ko nak thu kan aku dah byk un friend org kat fb. Serius aku rimas dengan apa yg diaorang dok post2 kat FB tu. Bila dah unfriend baru sejuk sikit mata aku ni ha nak berfacebook haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cet..pesal ko tak play..haha..aku dulu men unfren2 gak..tapi lepas aku tau nak hide je..aku hide je la..ko taknak unfren aku ke hakak cantik?..hahhaa

      Delete
  10. Ala.. unfren kt FB tak bermakna putuskan silaturrahim kt dunia realiti. Kalo aku, aku hide je. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..fb je pon..kadang2 nakkan privasi je dari orng yang kite kenal..bukan apa pon..kat luar tetap kawan..

      Delete
  11. bundle...

    aku suke jadi pemerhati jer... malas nak amek port. org yang ada sesuatu untuk berkata lain dengan orang yang main ikut je kan?

    entahla malaysia skang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi pemerhati lagi best..takut kita cakap salah kalau nak lebih2..

      Delete
    2. yang tak best....

      bile bab politik ni takde salah dan takde betul...

      kesudahan memang gaduh kat dalam tu berpanjangan...

      malasnye la time tu...

      elok la tengok aje...

      Delete
  12. aku hide je semua yg taksub sangat cerita pasal politik ni..tak kesah la dorang parti mana pun..sampai skang tak habes2..nyampah pulak aku nengok..sakit mata..bile hide tu sedap sket mata memandang news feed bile online fesbuk..kui3..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...