Thursday, October 1, 2015

Haluan Kiri..

Assalammualaikum wbt..

Faktor masa, pengalaman, pergaulan, dan pembacaan memang banyak mempengaruhi pemikiran seseorang..so tak mustahil kan, semua orang boleh berubah..orang kampung aku cakap people change..so dalam entri ni aku nak ambil kesempatan la, nak mintak maaf pada yang pernah sentap dengan penulisan-penulisan aku yang menyentap sebelum ni..

Contohnya dalam isu agama, aurat dan sebagainya, sebelum ni aku terlalu ikutkankan sangat pendapat agamawan.aku ingat lagi aku petik ayat sorang ustaz dalam rancangan 'Tanyalah Ustaz', 'orang menutup aurat belum tentu baik, tapi orang baik dah tentu menutup aurat'.


Aku penah anggap ayat ni betul, tapi sekarang aku dah rasa ayat ni tak sesuai, tak adil, tak sensitif, kalau dalam konteks kemanusiaan..Siapa ada hak menilai orang yang baik tu dan dia tentu menutup aurat?..orang baik ni untuk muslim saja ke? tak pernah ke jumpa orang yang tak tutup aurat tu sorang yang sangat baik? 


Nilai kemanusian dan moraliti tak semestinya untuk sesorang yang beragama sahaja.tu yang aku nak nyatakan secara dasar..nak pulak zaman sekarang ni..tulis status yang bercorak islamik lebih dikatakan mencapai tahap kemanusian..status keislaman sangat penting bagi mereka sedangkan dalam inbox penuh mesej lucah, dan simpanan video lucah..tu belum agamawan yang menjual agama..artis berhijrah nak jadi ustazah ustaz pastu bisnes guna agama..ni semua la yang buat aku makin meluat dengan baju-baju agama dan agamawan ni..


Sejak aku dah kurang blogging ni, aku banyak membaca tulisan tulisan-tulisan pemikiran haluan kiri yang lebih radikal.memang tak dinafikan ideologi kiri macam sosialis, anarki ada yang bercanggah dengan islam sebagai agama aku, tapi secara tak langsung ada juga yang fahaman mereka ni yang aku sangat setuju macam mengajak rakyat menentang penindasan, bahkan lebih bersifat islam sebenar dan lebih bagus dari agamawan yang hanya tahu mengkafir dan menerakakan orang yang tak sefahaman dengan mereka..

Tulisan seorang penulis anarki yang juga merupakan sorang kawan aku, memang agak susah nak hadam.tapi mujur la aku selalu dapat berbual terus dengan dia dengan lepak santai dimapley..dari sini aku dapat lebih paham fahaman sosialis anarki ni..nak harap baca je buku-buku dia dengan tahap bebal aku, mmg kantoi la kan..haha.. .insya'allah kalau aku senang lain kali aku tulis serba sikit, tapi terus terang la aku kata, ideologi sosialis anarkis ni tak sesuai la kalau korang 'pro' islamik..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...