Sunday, May 19, 2013

Susuk : kepercayaan karut atau adakah benar boleh menambah kecantikkan?

assalammualaikum wbt..

Dulu aku pernah tulis pasal kepercayaan karut (Link)..bagi aku hal tu lebih kepada perkara  menipu, mengarut  dan tahyol semata-mata..tapi kali ni aku nak kita bincangkan pulak pasal SUSUK..adakah ini karut? aku tertarik pasal isu ni sebab aku ada terbaca pasal susuk ni dalam blog sorang doktor...

Kisahnya macam ni, satu hari tu , doktor ni didatangi pesakit kat klinik dia selepas seorang wanita terlibat dalam kemalangan..teruk jugak la muka-muka dia luka..lepas doktor tu chek,ada gigi yang patah dan kemungkinan tulang bahagian mulut jugak ada yang patah..so untuk lebih detail, doktor tu pon buat xray muka dan tulang belakang dia..

"Homakkau" kata doktor tu terperanjat lepas tengok film xray..

Punya la banyak jarum kat muka dan tulang belakang makcik ni..dan result xray tu memang nampak ada tulang bawah mulut yang patah..doktor tu terus blur tau tau nak buat macam mana sebab bahagian yang patah tu memang banyak jarum, nak cabut ke apa ke pon dia dah tak tau..hahaha..

So bila doktor tu dah blur, dia pon refer la patient tu ke Dental dan terpulang mereka  nak buat apa..hahaha..

tapi doktor ni pon sempoi jugak,.selamba je dia tanya akak (or makcik) tu..


"Hakak pakai susuk ke?"

"Eh tak la doc, kulit saya memang gini, selalu amalkan jus mak dara"

"Bila masa aku cakap kulit dia cantik" kata doktor tu dalam hati..LULZ..



macam ni la kot gambar xray yang doktor tu dapat..tapi lebih teruk katanye...


Dari yang aku baca kat wikipedia..

"Susuk merujuk kepada memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan. Pelbagai bahan boleh digunakan, bergantung kepada apakah keinginan pengguna. Antara kebaikan yang kononnya boleh didapati dengan memakai susuk adalah muka sentiasa dipandang manis, tidak berusia, kebal dsb.

Pemakai susuk biasanya mempunyai beberapa pantang larang seperti tidak boleh memakan beberapa bahan tertentu iaitu pisang tanduk, pisang abu, tidak boleh melintas di bawah tali kain, dan lain-lain, bergantung kepada jenis susuk yang dipakainya."


Jadi, apa yang aku nak bincangkan, adakah susuk ni cuma kepercayaan karut? hal ni tak sama dengan kata-kata orang tua jangan mengail masa bini mengandung ye dak..tu memang sangat tak berasas..tapi bagi aku susuk ni lebih kepada ilmu-ilmu hitam dan sihir..dan bagi orang yang percaya, dia yakin susuk boleh memberikan hasil yang dia mahu..

tapi hebat kan dukun, tok bomoh susuk ni..macam mana dia boleh masukkan jarum-jarum tu dalam muka, badan orang..ok, anggap la bomoh tu cucuk je sesuka hati dia dan proses tu memang menyakitkan..tapi aku rasa bukan macam tu..pasal bukan jarum je yang diorang letak, ada jugak susuk berlian..macam mana agaknya dia sumbat batu berlian tu kat muka ek..mau koyak kulit muka..hahaha..

Aku teringat ustaz aku penah cerita dulu..ada orang cina ni dah puas berubat dengan hospital untuk penyakit mak dia..tapi tak jugak baik dan lumpuh..last ade sorang kawan melayu dia rekemen suruh mak dia jumpa bomoh susuk..dan bila bomoh tu masukkan susuk terus mak cina tu sihat sediakala..hebat penangan susuk tu..dan tak pelik bukan orang melayu je percaya benda-benda ni..aku penah tengok rancangan kurafat kat tv9 tu, maknyah thailand pon banyak gunakan susuk untuk pelaris dan cantik..

pergi korea kalau nak cantik..serius!!


Apa pon aku tetap tak percaya susuk ni boleh buat orang cantik, hebat atau kebal..dari segi penilaian saintifik pulak,


"pemakai susuk biasanya akan merasa lebih yakin kerana menganggap susuk tersebut akan memberi kelebihan seperti menjadi bertambah cantik, bertambah berani, semakin dikasih, semakin manis, dan lain-lain. Dengan itu, bolehlah dianggap susuk ini sebagai satu cara meningkatkan keyakinan diri (self-esteem) seseorang, walaupun sebenarnya tidak ada apa-apa perubahan fizikal yang berlaku."..


Aku sokong penilaian susuk dari segi saintifik ni walaupon bukan semua benda mistik ni boleh dipikirkan akal..udah la biasanya pakai susuk ni banyak pantang larang, kena pulak langgar pantang, susuk tu pulak jadi racun dalam badan.aih..jadi penyakit pulak...orang lah cakap..aku bukan tau pon betul ke dak..hahaha...

Kalau baca forum gosip-gosip hiburan, ada yang mengatakan ramai artis-artis malaysia ni pakai susuk..betul ke tak, wallahualam..mungkin tu cara alternatif agaknya nak cantik murah dan jimat kos..tapi bagi aku kalau betul nak cantik, kumpul duit pegi korea la buat plastic surgery, baru la betul cantik..

Aku penah tengok citer korea haritu, doktor kat sana pon dah ramai tukar bidang dari doktor perubatan ke doktor kosmetik pasal permintaan tinggi dan lumayan..so sediakan duit yang banyak kalau nak cantik..apa pon baik susuk atau plastic surgery,  dua-dua ni dalam islam dok tegah kita buat..so jangan pilih mana-mana, just tolak terus..


p/s : camne la agaknye Dental tu nak setel kes tu ek..


40 comments:

  1. Replies
    1. 2nd. yeyyy. kat korea selebihnya mekap aja nampak lawa

      Delete
    2. Betul. Teknik mekap dorg pun men peranan. Aku penah tgk tuto mekap dorg. Hahaha

      Delete
    3. tu ye jugak..tapi cam gambar atas tu memang aku amik dari yang buat plastic surgery..tgk tulang muka pon dah kecik..

      Delete
    4. hah?? ;O kecantikan wajah akan ilang jugakk nnti... :) baik cari kecantikkan hakiki ^__^

      Delete
  2. Tok moh...

    Gunung daik usah dipanjat
    Perigi mencari timba
    Hamba datang membawa hajat
    Mohon cantik jadinya hamba

    Tok moh charge berapa untuk sesusuk yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..amboi siap berpantun ko..
      mung toksoh pikir soal hargo..ambo iklah..kalu nk vi gop.ikut mung la..hahah

      Delete
    2. owh bomoh siey (siam) mung rupo nyo.. mapuh keghah nok melawa.

      Delete
    3. alang2 aku bertenggek menyusuk kat sini kan, neh ada member jauh jauh dari seberang... biasa jer kot muka dia, siap jerawat2 semua la. Bila aku minta pendapat member-member lelaki, semua kata lawa giler perempuan tu. Haaaa..... aku jenis yang mmg suka tengok perempuan lawa pun, so kalau bagi aku that girl tu biasa2 jer, aku macam pelik la jugak. (aku harap kau faham gosipan aku ni haha, lama tak menulis macam berterabur cerita).

      Delete
  3. pergghh..rasa nya bomoh tu benam guna stapler kot..kalau tak pun tembak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tu la aku kagum..cmne la bomoh susuk ni buh..masuk daging kot.bukan bwah2 kulit je..

      Delete
  4. Hadooi...

    Aku tk pakai susuk pun cantek...

    Haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko pasti ke punzel?..hahhah.tp tgk gaya cm pakai susuk la pasal tinggi keyakinan ko tu..ekekek

      Delete
    2. kikikiki....

      kalau pakai susuk...

      double up combo la keyakinan


      :)

      Delete
  5. Pd aku la kan, aku caye je susuk ni leh wat nampak cantek. Tp cara camne tu taktau la. Macam gak plastic surgery tu wat org nampak cantek guna teknologi moden, susuk ni kira guna teknologi ilmu sihir or ilmu hitam la lebih kurang, yg pastinya bercanggah ngan ajaran Islam. Tp kalu takde perubahan fizikal sbnanya cuma pandangan org je yg dikaburi tu maybe gak. Kiranya konsepnya pandangan org cuma dikaburi la walhal fizikal org tu yg sbnanye berkedut seribu. Err macam belit2 je komen aku, lantak kau lah. Hahaha

    Psl jarum or berlian or apa2 je bnd yg dea masukkan tu, aku rasa dea bkn la masukkan manual. Aku rasa cam org anta santau gak la (Tq H!). Kira anta cara halus camtu means masa masukkan tu takde la saket kut. Org kena santau pun kan tak sedar bila masa jarum, paku, or apa2 bnd tajam dimasukkan dlm badan dea. Kut laa aku bkn ade pengalaman pun aku agak je. Hahaha

    Satu lg selaen susuk, kiranya level bwh sket la ade gak ilmu yg cam kau ckp utk naekkan konfiden level tu. Kununnya utk naekkan seri & buat org sentiasa sukakan kita. Membe aku penah bgtau dea buat. Aku rasa tak sampai level pakai susuk tp taktau la kalau sbnanye susuk gak.

    Tu je laa pendapat aku yg natural beauty ni dan tak pernah pakai susuk :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin betul gak cakap ko liya..ustaz aku penah citer dulu yang jarum2 susuk tu ade khadam2 yang jage..depa ni yang main peranan nak bg orang nampak tuan pakai susuk ni cantik..

      aku pon rasa dia tak masukkan cara manual la..kena amik darah pon sakit..ni kan jarum tu tebenam terus..kenot brain aku..tapi bila tengok kompiden level ko pon tinggi macam punzel, dan ko tau banyak pasal susuk ni, macam ade pengalaman jer...kehkehkeh..

      Delete
    2. aku pulak rasa,

      susuk ke, surgery ke...

      masing-masing tak pyh pakai...

      mungkin sebab kerjaya aku tak memenuhi kehendak aku untuk aku.

      takdak sebab untuk aku jadi cantik melampau.

      lagi gemuk, lagi orang akan senang berdamping dengan aku kat site tanpa apa-apa prejudis dan perasaan minat cinta dan bla bla.

      tunang aku pulak nampaknya tak pernah nak terbitkan isu cantik ni melampau-lampau. die just suruh aku jadi bersih je.

      jadi, bagi aku, perempuan yang memilih kedua ni ada perasaan ingin menjadi lebih baik dan lebih dihargai oleh orang sekeliling je...

      ha... kat komen orang lak aku panjang-panjang....

      Delete
    3. aku rasa Liyaa pakai susuk kat hidung..:|

      Delete
    4. Liya pakai susuk kat hidung????!

      pura-pura percaya...

      haha!

      Delete
    5. hanya liya yang tahu..hahaha

      Delete
  6. aku kena komen panjang2 jugak ke Bundle?? aku pilih bersyukur dengan apa yang ada jela..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok..komen ko padat..hahaha..syukur apa yang ade..

      Delete
  7. arghhhh... apa aku nak komen ni... dari tadi taip padam taip padam!

    ReplyDelete
  8. Kalau pikir logik munugkin macam ko cakap, tapi mungkin jugak masukkan susuk nie macam menekan titik cantik pada wajah. Sama macam bekam, dan apa yang cucuk jarum untuk penyakit tue? Lebih kurang kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. errkk..buleh plak camtu..haha..tu akupuntur untuk penyakit je..tak mungkin la..jarum akupuntur cucuk kat luar jer..ni taman terus kat dalam..hahhaa

      Delete
  9. aiyooo, takyh nk susuk sgtlah...tak diterima bumi je nti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak..tapi orang yang jahil sangat dan nak cantik ni kadang2 bukan kira..

      Delete
  10. Kisah benar ke ni? Haha.. Elok doc tu tambahkan je lagi jaram dalam muka akak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kisah benar..ade link dia kat blog bini aku..

      Delete
  11. biar tak cantik,, asal comel macam tok moh bundle,, hehe

    ReplyDelete
  12. mesti scary je gambar xray tu. susuk org dulu2 ja pakai. org skrg buat plastic surgery. kekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang doc tu terkejut..nak buat plastic surgery mahal kot chicna..haha

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...