Showing posts with label jurnal. Show all posts
Showing posts with label jurnal. Show all posts

Thursday, December 5, 2024

End of 2024

Assalammualaikum.

Sejak umur dah masuk 40sen ni, rasanya penyakit pon tah apa-apa je yang dapat..walaupon aku ni bukan jenis senang demam. tapi sakit-sakit lain macam sakit kepala, sakit lutut, pinggang, belikat tu dah macam benda biasa plak..adoilahh..

persoalannya adakah ni normal?

baru nak konon-konon life has begin at 40..tapi tengok fitness dah kelaut..hahaha..

nak buat macam mana ntah, kerja duduk je ngadap pc, kena time kerja tengah banyak, berjam-jam lah aku duduk je..nak bersenam seminggu sekali jauh sekali..rokok dan kopi jela ubat stress..huh..ni pon mujur la aku jenis tak kuat makan dan tak minum manis, kalau dak, tah rupa belon dan apa lagi penyakit la duk dapat..

apa pon aku bersyukur sangat lah pasal last check up aku kat onkologi bulan 11 tu hari, doktor cakap aku bebas dah dari cancer selepas lebih 10 tahun aku ulang alik ke hospital..

last day check up..Alhamdulillah..harap tak datang lagi sini..


So, sekian dulu la untuk entry setahun sekali ni..haha.insyallah nanti tahun depan aku mai sini balik tulis lagi..

p/s : harap kawan-kawan blogging sesama dulu dalam keadaan sihat dan happy2 lah..aku tak penah lupa pon uols..



Monday, January 14, 2019

PAHIT ITU KEBAHAGIAAN..

Salam..

Alhamdulillah, bertemu lagi dalam ruangan kecil ini..sebenarnya aku takda idea pon nak menulis harini..tengok la kot-kot ada isi sambil aku tulis ni..haha..jadi, setakat beberapa hari aku dah tak berinstagram ni, aku rasa hidup aku lebih aman..

Aku dah boleh masak, makan, minum kopi #gilakopi atau buat apa saja tanpa sibuk nak snap gambar untuk update dalam story or untuk posting baru..aku rasa aku dah boleh jadi orang tua yang normal bila mana boleh lepak tanpa keluar handphone..tak perlu lagi nak bagitau sesapa yang sebenarnya memang tak nak tahu pon apa kita buat..hahaha..

Syok sendiri tu tak salah, kongsi citer tak salah, sosial media tak salah dan aku bukan lah anti sosial pon..semuanya terpulang diri masing-masing la..aku pilih blogging ni pon masih dalam perkara yang sama jugak..konsepnya tetap berkongsi..bezanya, aku lebih syok sendiri dan aku nak balik duduk dalam dunia aku sendiri jer..haha.

ni la antara sharing aku yang kerap muncul kat  story ig aku sebelum ni..haha..
walaupon tak buat  'story' lagi, ketagihan aku kat kopi ni, masih sama..bukan mcdonals, tapi americano ye..


Berbalik kepada perenggan awal tadi, aku rasa aku dah tak nak tekankan sangat la lagi pasal isi or content entri-entri aku..buat serabut aku mikir je kang..haha...la ni aku nak menulis lebih sempoi dan agak kearah peribadi, keluarga, life aku je kot..blog ni  jadi ganti instagram aku la kiranya..tak nak tulis pasal isu semasa ke politik ke, cukup sekadar aku baca untuk pengetahuan aku jer..

Terkadang bila terbaca entri aku yang dulu-dulu, rasa macam what the fuck!,annoying, poyo, rasa bodoh gila bila bercakap ikut kepala hotak sendiri..haha..biarlah entri tu jadi saksi yang masa tu memang boleh buat kita lebih matang..


p/s : tajuk tu cuma merujuk pasal kopi..hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...