Friday, February 22, 2013

Syariah compliant : Qarin, Islam tersebar dengan pedang? dan isu kalimah Allah....

assalammualaikum wbt...

Usrah kat opis semalam betul-betul banyak benda baru yang aku dapat..memang tahap tinggi sikit la kata ustaz aku..punya la ustaz tu takut orang melopong tak paham, banyak kali dia tanya staff semua paham ke dok yang dia ceritakan tu..hahaha..

Aku nak ulaskan pon sebenarnya blur nak start macam mana..tapi apa yang aku dapat tu macam best untuk aku kongsikan..ada dua perbincangan yang penting gak la kalau tak silap aku..tapi dalam dua topik tu, ustaz sentuh macam-macam jugak kaitan dengan cerita..

Pertama sekali pasal Qarin..walaupon dah biasa dengar dah pasal tu, tapi yang kali ni agak berguna la untuk persediaan aku nak jadi papa bundle pasni..hehe..ada la pencerahan yang aku dapat untuk sambut baby bila lahir nanti..contohnya macam bacaan-bacaan surah yang bagus untuk baby..kira untuk pengisian rohani bagi baby mulakan kehidupan kat dunia ni dan kaitannya dengan qarin yang mempengaruhi baby..ok la..at least dapat jugak ilmu kan..


   
   
   
Dengar kat sini nak lebih jelas..aku siap rakam untuk korang nih..
 
Bab kedua pasal kajian yang ustaz aku buat mengenai hal ni..Tokoh-tokoh agama di Eropah telah menyebarkan propaganda “kezaliman” Islam dan bersama-sama mereka ialah Pope Benedict XVI : “Tidaklah Islam tersebar ke seluruh dunia kecuali dengan ketajaman (mata) pedang dan tunduknya manusia kepada akidah Islam adalah dengan kekuatan tentera"

Tau pasal ni? korang boleh search sendiri dengan tajuk tu dan pasti keluar macam macam artikel yang boleh kata semuanya tak sama macam apa yang ustaz aku ceritakan..bukan nak cakap ustaz dan pemikir-pemikir sejarah islam yang lain tu salah, cuma apa yang ustaz aku ceritakan ni twist sikit dari kotak pemikiran yang biasa...


So maksudnya ustaz aku ni 50% percaya kata-kata barat tu ada betulnya bila kita meletakkan diri kita berpikir dari sudut yang menuduh..kenapa barat cakap islam tersebar dengan pedang?..mungkin dari sudut pikiran biasa kita, tu cuma tuduhan dan fitnah yang dibuat oleh barat..tapi cuba mushasabah diri..cari punca silap umat islam sendiri bila tak mengikut cara nabi menyebarkan islam..

Terlalu banyak peperangan antara islam dan barat yang dah ada dalam sejarah..islam pon pernah mencapai kegemilangan kuasa besar sebelum russia dan barat berkuasa..atas sebab tu, dalam hal menyebarkan islam semasa kekuatan islam dalam kemuncak, perperangan kerap tercetus lahirlah permusuhan dan dendam yang berpanjangan antara kristian dan islam sehingga menyebabkan umat islam lalai..ok aku nak ulaskan lebih-lebih ni pon sebenarnya topik berat gila..dengar terus je la kat sini kalau nak tau lebih lanjut..hehehe..


   
   
   
islam tersebar dengan pedang?

Last sekali hal ni takda pon dalam usrah tu, cuma masa jamuan makan-makan lepas usrah tu aku buat la satu pertanyaan kat ustaz mengenai isu kalimah Allah dalam bible bahasa melayu dan apa pendapat dia..so pencerahan ni pon aku rasa jelas la untuk aku  paham tanpa memihak mana-mana..


Isu tu sebenarnya saja dipolitikkan untuk kepentingan pihak yang timbulkan tu la kononnya..tapi kata Ustaz Hanafi(nama ustaz aku la ni), walau dari apa pon sudut baik pihak yang 'setuju' atau 'tak setuju' tu,sebenarnya tetap menguntungkan islam..just perlu bersikap terbuka la..ulama-ulama kita pon masing-masing ada pendirian dan pendapat sendiri..no komen..semua tetap betul cuma aku nak jelaskan pencerahan ni dari 2 sudut yang lebih positif yang aku dapat ni...

Kata ustaz hanafi tu, tentang penggunaan kalimah Allah untuk kristian ni boleh mengikut keadaan dan level pemikiran orang yang paham dari sudut apa..contohnya pahaman dari sudut pendakwah yang lebih tinggi..bila pandangan ulama yang dari sudut tu, yang positifnya dangan cara memuji Allah menjadi tuhan yang satu, untuk semua makhluk walaupon kristian, dengan tu dah menunjukkan ramai kistian sendiri dan meninggalkan kepercayaan trinity yang tuhan tu 3..dengan tu semakin hampir untuk membawa kristian kearah agama tauhid yang sebenar..ni salah satu pandangan yang dari sudut atasan dan orang yang berdakwah..wallahua'lam

Bila dari sudut masyarakat pulak, kebanyakkan ulama kita tidak bersetuju penggunaan tu dengan alasan takut masyarakat mudah terkeliru dan macam-macam lagi..hal ni bertujuan untuk menjaga keselamatan akidah masyarakat dan kalau kata Dato Haron Din, umat islam harus memelihara Kalimah Allah sebab dalam kristian takda Allah..


So nak kata apa lagi...kan kedua dua pandangan tu untungkan kita jugak umat islam walaupon sudut berbeza..Dongak ke atas jadi boleh, tunduk ke bawah jadilah sebaliknya..pandangan ulama dan level pemikiran masyarakat tak sama dan jangan la berpecah disebabkan hal ni..positif jela..kesimpulan yang ustaz aku bagi..jangan perbesarkan lagi isu ni..senyap je, jangan layan permainan isu tu lagi..hahaha..



P.S : Sabah Sarawak eceli dah lama pon ada bible bahasa melayu yang menggunakan kalimah Allah..pengaruh dari Indonesia sebab kat sana kristian guna Allah jugak..cuma bila nak dibawak masuk semenanjung ni yang jadi isu..



25 comments:

  1. ada macam2 pandangan.. so dalam soal ni, kita sendiri kena buat pilihan mana satu yang betoi.. for me, aku lebih sokong kenyataan DR. Haron Din.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pon dah dengar kat youtube..takda yang salah pon pendapat2 ulama ni..cuma pandangan dari sudut yang berbeza dari yang setuju..

      Delete
  2. ok... aku pun cop tempat jugak. Very interesting read, aku nak baca sekali lagi, supaya aku boleh ajukan soalan yang tak memperbodohkan diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. First of all, apa aku nak kongsi ni adalah dari pandangan aku yang jahil, yang dalam usaha dakwah diri sendiri.
      Zaman kegemilangan Ottoman aka Othman, takluk daerah tapi Islam separuh2, contoh negara Islam bosnia yang sangat radikal. In fact Turks siap ada arak sendiri. Thats what happened when Islam dipolitikkan.
      Aku sendiri banyak jelaskan kat member2 sini yang Islam is not Arab. Islam itu indah, propaganda Islam terrorist ni sangat kuat, tambah lagi perangai pak Arab yg sikit2 nak bunuh.

      Delete
    2. empayar uthmaniyah penah capai kegemilangan dan akhirnya jatuh yang merupakan kerajaan khalifah terakhir.. tapi bila sampai peringkat terakhir kejatuhan tu,pemerintahan islam dalam sistem khalifah tu terus rosak atas tangan kamal ataturk..lepas dari situ la turki rosak..negara yng bekas jajahan uthmaniyah pon habis dan lepas tu baru ussr komunis rusia plak naik..

      salah sapa sebenarnya..sedangkan pemimpim islam sendiri dah jahanmankan kerajaan islam..musuh islam tunggu peluang je cucuk jarum..

      Delete
    3. heavy topik2 gni, tpi nak tak nak aku kena study, kena ambk tahu benda2 lagu ni, sebab tanggungjawab aku untuk menjawap dengan orang sekitar. hahahhaa aku tak nak la auta benda2 serious gini kan, nak cakap lebh2 takder la aku, tapi kena tahu, kena tengok dari plbagai sudut.

      Satu soalan yg buat aku tertelan halkum, (kenapa kita perlu berdoa dalam arabic, bila kita sendiri tak paham doa tu) hahhaha berpeluh aku, belum explain.. Terasa jahil gila gila gila.

      Delete
  3. isu kalimah Allah tu kan, sesungguhnya sgt setuju dgn yg tertulis di atas.pemahaman tu penting..jd bila nak bg paham org tuh, bior kena dgn caranya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya pemahaman orang yang berpegang dengan pendapat tersendiri tu mungkin taknak tengok dari sudut lain kan..tu yang jadi konflik..

      Delete
  4. hurmm...aku rasa masing2 punya pendapatkan....
    sampai aku rasa macam tak sesuai je pendapat aku nak tulis dekat sini...
    aku simpan je la..takut ade yg tguris!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..tu pasal aku taknak ulas dari satu sudut..masing2 ade pendapat sendiri..aku pon bukan sapa2 nak bagi pendapat..ilmu pon tahap longkang lagi..

      Delete
  5. pasal isu kalimah Allah, memang dua2 side ada manfaat pada Islam. hanya bergantung pada pemahaman umat Islam tu sendiri terhadap Islam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula..tp sebabkan mungkin sesatu pihak tu rasakan pendapat dia lebih tepat..jadi takda penyelesaian..terpulang la majlis fatwa nak putuskan camne...

      Delete
  6. untung kau ada usrah ni cekgu, dapatlah pencerahan dari Ustaz Hanafi..tidaklah macam sesetengah pihak yang buta dan tuli dengan fahaman masing2 yang lebih tersendiri kononnya...opsss!! kejap sokong kejap tak sokong. pastu putar belit lagi....bila masing2 dok berdegil dengan pendapat masing2 ginilah jadinya...tiada persefahaman. noktah.


    ReplyDelete
    Replies
    1. untung la jugak..nak harap aku g sendiri cari kelas agama ni mcm belum sampai je hidayah tu..haha..betul aien..tiada persefahaman..

      Delete
  7. dapat ilmu lagi harini. terima kasih bundle. :D

    banyak isu pasal agama yg dah buat orang Islam bergaduh sesama sendiri kot. kalaulah depa bersatu & bersepakat tanpa mengira fahaman politik kan ke bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko dgr ke dak yang recording tu chicna..stakat baca apa aku tulis tu takde apa sangat pon..hahaha

      Delete
    2. dgr la tp tersekat2. line lembs..

      Delete
  8. Ada tengok tv, ustazah tu cakap, masa dia hamil, dia suka sangat dengar surah ar-rahman. Hari-hari perdengarkan. Masa anak dia umur 3 ke 4tahun, masa dia bukak bacaan surah ar-rahman. Anak dia terdiam hayati pastu cakap, "macam biasa dengar ummi. "

    Kalau kita biasa suapkan makanan yang baik untuk roh, baiklah jadinya nanti.

    Zaman sekarang, macam-macam. Kalau tiada pemahaman, bahaya. Bahaya bilamana nanti ramai jadi keliru.


    ReplyDelete
    Replies
    1. bgs gak yang ko share ni zie..thanks..tak sangka kan bleh berkesan camtu sekali..hebat kuasa Allah ni..

      Delete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. tak berani nak komen.. tak berapa mahir bab agama ni. takut tersalah bagi pandangan pula :) so sya kutip ilmu jela kat sini

    ReplyDelete
  11. Wah, bestnyaa usrah kat ofis! Pandai Ustaz Hanafi tu cari port untuk berdakwah. Yela, orang bekerja kan busy, kadang2 tak sempat nak dengar ceramah & muhasabah diri. Alhamdulillah. Nanti cerita lagi ea ^^

    ReplyDelete
  12. aku dah baca..skg ni tengah dengar pasal Qarin..baru start dgr..tapi macam terpaksa pause jap kot, sebab ceramah ni pjg..kena amik masa..mindset aku tgh fikir nak tengok chelsea lwn city..kehkeh

    ReplyDelete
  13. Betul jugak kan, dua2 pandangan tu tetap menguntungkan Islam. So sepatutnya tak perlu jadi isu pun, tak perlu jadi perbalahan. Itu pada kita la yg level2 bawah ni. Certain org2 atasan tu, maybe ada niat laen :D

    Sebelum aku baca pandangan Ustaz Hanafi yg kau share ni, aku pun ada ulasan aku sendiri psl benda ni, tp ulas dlm kepala otak & dlm hati je la. Pandangan jahil aku secara ringkasnya, "Apa salahnya?". Sbb dlm kitab agama apa pun dah pasti penggunaan kalimah tu dipuji & diagungkan, bukan dihina or dipermain2kan. So kenapa kita perlu marah? Tapi itu dlm hati & kepala otak aku je lah. Tak berani nak cakap, takut ada yg cakap aku tak sensitif pada agama & tuhan sendiri. Lagipun ilmu tak cukup lagi, & dari mana aku pasti yg ia sentiasa dipuji & diagungkan? Sbb aku pun tak pernah baca benda tu. Hehe.

    Tp skang aku dah faham jugak pandangan dari side yg satu lagi :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...