Saturday, September 29, 2012

Info : Lelaki nakal lebih diminati..

assalammualaikum wbt..

Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih atas ucapan tahniah korang semua kat aku dengan berita gembira yang aku tulis entri lepas tu..alhamdulillah bini aku dah mengandung lebih kurang sebulan lebih rupanya lepas check semalam..haha...dan maaf untuk yang terasa hati..aku paham perasaan orang yang belum ada rezeki nak dapat anak ni..sabor je la..

Aku paham sangat sebab dah setahun lebih kawin baru ada rezeki nak dapat anak ni..adik aku yang lewat lagi dari aku berkawin pon dah dapat anak..lebih sadis, bulan lepas masa buat kenduri aqiqah untuk anak adik aku tu, bini aku terlibat sama la masa acara cukur jambul..sedih pulak tengok bini aku tiba-tiba mata dia masuk habuk..last-last dia lari pegi dapur..adehh..tu salah satu la dari kejadian mata masuk habuk..banyak lagi sebenarnya..nanti kalau korang dah kawin, andai kata lambat untuk dapat zuriat melainkan merancang, korang paham la apa aku cakap ni...

Macam apple cakap, lepas ni boleh la post entri yang ada ciri-ciri kebapaan..kehkehkeh..Sori la apple..aku langsung tak berminat nak tulis pasal hal-hal kebapaan atau lebih-lebih lagi tentang personal nak jadi bapa ni..haha.kalau nak tengok blog berciri kebapaan atau lebih tepat mr mama ni..korang leh tengok blog brader taf-taf je la..korang tau kan sapa..dah macam blog pompuan aku rasa..kehkehkeh...

Friday, September 28, 2012

Hiburan : Shila menggerunkan..

assalammualaikum wbt..

Sebenarnya aku tak berapa berkenan nak tulis entri berkaitan hiburan kat blog ni..tapi apa salahnya kan sekali skala sementara masih suam-suam lagi cerita tentang kemenangan Shila Amza di Asian Wave tempoh hari..huhu..Okay, sebelum tu aku harap takda la komen-komen kat entri ni yang berunsur dakwah ye..nak berdakwah pegi jumpa yang tuan punya badan..hahaha..

Aku yang tak berapa ambil tahu pasal dunia hiburan Malaysia ni, sedar-sedar Shila dah menang je..kehkehkeh..tak tau pon sejak bila dia pegi Shanghai tu, sejak bila di berhijab(cantik la plak tengok dia sekarang).haha..


Macam yang PON tulis kat Buasir Otak, kaca di negara sendiri, berlian di negara orang..aku setuju dengan ayat tu..kat Malaysia, dia masuk apa pon tak jugak juara..lani pegi Caina habis dia tapau semua..satu ayat je yang boleh aku ungkapkan untuk Shila..kau menggerunkan..haha..

Wednesday, September 26, 2012

Salam takziah dan alhamdulillah....

assalammualaikum wbt..

Takda banyak benda aku nak cakap entri kali ni..cuma ada dua perkara yang buat aku terkedu, terkejut dan tak tau nak cakap apa..

Pertama sekali, pagi tadi aku bukak blog aku dapat berita yang buat aku sedih..Ibu kepada sahabat blog aku, Lyd Sunshine telah kembali ke rahmahtullah..entri dia yang ringkas tak seperti biasa memang buat aku tersentap dan sedih..salam takziah dari aku Lyd..semoga tabah..sama-sama la kita sedekahkan al-fatihah untuk allahyarham..semoga rohnya aman di sana..

Perkara kedua pon tak kurang sentapnya buat aku terkedu..aku tak tau nak cakap apa..cuma alhamdulillah.. syukur kepada Allah swt kerana dah kabulkan doa kami suami isteri..

Monday, September 24, 2012

Tips : tukar kembali profile google plus+ kepada profile blogger

assalammualaikum wbt..

Kejadian Jumaat lepas (Link) yang berkaitan Google plus betul-betul menghantui aku..dalam 2 hari bercuti sabtu dan ahad, banyak masa aku dihabiskan depan pc je nak betulkan balik kekacauan yang dah jadi kat blog aku ni..ingat malas pedulikan, tapi rupanya sayang jugak aku dengan blog ni..buat jugak.kehkehkeh... alhamdulillah setakat ni 50% dah settle 20% belum siap, 30% tak dapat di selamatkan..malam tadi pon pukul 3 pagi baru aku dapat tido..(padahal layan astro pasal dapat channel pree)..hehe..

Selepas aku menyelongkar merata tong sampah, akhir jumpa balik soft copy untuk gambar-gambar ber sentimental value tinggi tu..tu pon dalam memory kad..macam yang aku cakap sebelum ni, aku tak suka simpan gambar dalam pc..nasib la aku belum delete lagi gambar tu..walaupon tak semua yang ada, janji gambar gambar penting ada lagi, okay la tu kan..kalau gambar berjimba-jimba tu aku tak heran pon..kehkehkeh..

 So untuk kali ni aku nak kongsikan la sikit cara nak tukar semula profile google+ kepada blogger sebab ada permintaan jugak dari sahabat blog ni dan untuk sapa-sapa la yang masih pening sebab tertukar ke google+..

Sunday, September 23, 2012

**Hacked**

assalammualaikum wbt

Baru pagi tadi aku post sikit pasal penggodam dalam intro entri aku.hehe.malam ni baru aku nak jalan-jalan cuci mata kat bloglist aku, dapat aku jumpa satu kes blog kena godam..hahaha..apalah nasib..macam text yang ditulis oleh hackers tu..blog tersebut mengandungi entri 100% copy paste..(Link)

Aku pon sedar dan setuju sebenarnya apa yang dicakap oleh hackers ni sebab dah lama aku jadi stalker blog tu..sumber dari blog ni banyak sama je dari entri blog lain..walaupon aku sebenarnya tak sokong blogger jadi blogger copy paste, tapi aku suka cari info dan maklumat dari blog-blog camni..diorang ni cepat..hahaha..

So harapnya pengodam yang berkhidmat bersebab untuk melindungi hak-hak blogger lain dari di ciplak ni teruskan la berkhidmat..hahaha..serius..ni bukan ayat sarcasm..aku pon masih berpegang etika aku blogging, "biar la entry sampah asalkan bukan plagiat"..kalau aku pandai hack pon aku hack jugak blog yang suka copy paste ni..haha..

Saturday, September 22, 2012

Tersentap dengan google plus+.. jahanam blog aku..

assalammualaikum wbt.

Satu benda yang aku risau tentang blogging ni ialah blog aku kena hack..tapi macam yang aku pernah tulis dalam entri dulu, hackers yang sampah je akan hack blog sampah..kehkehkeh..So kepada majlis hackers serantau, harap pantau kegiatan kegiatan penggodam baru naik yang baru nak mencuba ilmu mengodam supaya tak mencemarkan nama hackers dengan mengodam blog-blog cikai ni..

Apa pon sebagai keselamatan tambahan, korang semua jangan lupa guna password yang strong..blog sampah ke dak, bukan isunya..yang penting kita berjaga-jaga..lagi satu, jangan lupa backup blog korang tu..ok habis bab intro..

Kaitan antara blog kena godam dengan entri aku kali ni takda kaitan pon..haha..cuma ada sikit je la buat perasaan tu terkilan ibarat kena godam..demm..habis jahanam semua entri-entri aku yang lepas..nasib lagi cuma gambar-gambar je yang hilang...walaupon sekadar gambar, penting wooo..dah la aku jenis tak simpan gambar dalam pc..takda backup maa..

Thursday, September 20, 2012

Aku yang Slowpoke - video

assalammualaikum wbt..

Untuk bulan ni, aku rasa aku dah terlalu banyak sangat menaip..asik entri sentap, ilmiah, seram, info, tip, resepi, tutorial dan tah apa-apa lagi yang serius je..aku pon dah rasa naik boring..tak kelakar langsung..hahaha..apa pon terima kasih atas sokongan korang semua yang terpaksa komen sebab aku dah ugut nak baling bom petrol tu semalam..kehkehkeh..

Apa yang aku nak kongsikan kali ni agak slowpoke..tapi aku nak kongsi jugak sebab aku suka gila dengan hasil seni mamat bernama Faradyable ni..hahaha..aku dah terlambat hampir setahun dari video ni di upload..hampeh..Jadi untuk mengelakkan korang sesak nafas lagi akibat membaca entri aku..korang layan la plak video ni..yang dah tengok, buat buat je la macam belum tengok ..masa tengok video ni semalam, aku telah mengalami kekejangan otot rahang dan krem perut..hati-hati menonton..risiko tanggung sendiri..

Wednesday, September 19, 2012

Tips : Cara mengekalkan pembaca sedia ada..

assalammualaikum wbt..

Usaha aku berblogging sepanjang beberapa tahun ni aku kira dah berbaloi la walaupon belum berbayar..kehkehkeh..apa yang lagi berharga bagi aku ialah ada kawan-kawan yang selalu rajin support entri aku secara paksaan ni..kalau tak baca aku tikam..haha..pada korang yang baru lagi blogging tapi dah ada pembaca kira bagus dah tu ..harap jaga la baik-baik..seriusly bukan senang nak kekalkan..

Okay, sebenarnya kali ni aku nak buat  entri berkenaan satu masalah yang biasa dikalangan blogger..aku pon dah biasa sangat dapat masalahnya ni..(hilang pembaca secara tiba-tiba)..hahaha..kadang-kadang tu terkilan jugak, pasai apa la entri aku ni sunyi je..mana kawan-kawan tak mai lawat blog aku ni..sedihh..haha.

Aku tak nak cerita dah bab nak dapatkan kawan atau tarik pembaca ni tu camna..yang tu pandai-pandai la korang..haha..masalah yang ni dah kira masuk part2..bagaimana cara nak kekalkan pembaca yang sedia ada supaya diorang tak blah..nak menten lagi susah dari nak naik beb..tu baru target nak menten..silap haribulan down terus..nak blogging pon malas ibarat macam start dari awal balik..leceh la kan..haha..

Monday, September 17, 2012

Dairi + info : Gaya seorang Gay..ciri ke-5

assalamualikum wbt..

Minggu lepas ada keluar statement daripada Yayasan Guru Malaysia Bhd, Majlis Rundingan Persatuan Ibubapa dan Guru Putrajaya dan mendapat sokongan Kementerian Pelajaran mengenai garis panduan untuk mengenali simptom Gay dan Lesbian..huhu..

Aku tak terkejut pon dengan  laporan tu bahkan aku agak setuju sebenarnya..kehkehkeh..aku kurang paham tentang simptom untuk lesbian sebab aku bukan perempuan..tapi berkenaan simptom gay tu, aku rasa ada kebenarannya dan aku pon selalu membahan golongan-golongan fesyen yang demikan sebagai gay walaupon tak semuanya macam tu..kehkehkeh..

Seperti yang dinyatakan dalam garis panduan tu,golongan gay mempunyai simptom-simptom tersebut :-
  1. Mempunyai badan sasa dan suka menunjukkan aset di badan (pakai baju v-neck, sleeveless)
  2. Suka memakai baju yang ketat dan fit mengikut tubuh dengan warna yang terang
  3. Lebih cenderung minat kepada lelaki
  4. Suka berjalan-jalan dengan membawa beg yang besar seperti beg perempuan

Thursday, September 13, 2012

Tips busuk dalam rumahtangga..puii

assalammualaikum wbt..

Seseorang yang lebih usia atau yang lebih tepatnya berpengalaman selalunya diungkapkan dalam perumpamaan "lebih dulu makan garam" atau bermaksud lebih dulu la akan kena darah tinggi..okay tu aku merepek je..abaikan.. kehekehkeh..tak payah aku nak terangkan pasal tu pon rasanya..peribahasa perumpamaan tu dah jelas..bukan macam yang aku terangkan sebelum ni  LINK..

Cerita pasal pengalaman..sejak aku kawin tahun lepas, ada seorang brader ni suka sangat cerita pasal pengalaman dan berkongsi tips dia dalam berumahtangga ..maklum lah usia dia pon dah nak masuk 50an..mungkin dia ikhlas nak berkongsi atau sekadar nak eksyen sebab dah lama berkahwin aku pon tak pasti..masalahnya tips pengalaman yang dia kongsikan tu bagi aku annoying dan busuk..

Bukan aku tak respek orang-orang lama ni..tapi bukan semua  pendapat orang lama tu boleh digunakan..tak kira la dia makan garam ke, kunyit dulu ke..usia, pengalaman dan peribadi setiap orang berbeza..tak semestinya usia tua, luas pengalaman dan tak semestinya jugak muda tu kosong..nak pulak kita pon dah ada pengalaman tu sendiri..boleh compare sendiri kan..

Wednesday, September 12, 2012

Info : mentaliti sempit pemikiran..

assalammualaikum wbt..

Sebelum ni aku ada buat satu entri berkenaan mentaliti sesetengah orang kita yang menjengkelkan (LINK) ..kali ni entri aku berkenaan mentaliti jugak, tapi tak la benda yang buruk lagi..hal ni disebabkan kurang mengkaji dan cepat terpengaruh dengan pihak yang pandai mengambil kesempatan..Kali ni agak islamik sikit la ye..islamik yang berkaitan dengan mentaliti..aku tak nak sentuh bab-bab berat pon..cuma lepas aku banyak merujuk dari ustaz aku..boleh la aku kongsikan sikit untuk kita sama-sama pikirkan bersama..

Pertama sekali aku takda niat nak tujukan entri aku ni untuk peniaga yang menjual produk dengan nama islam tu ye..nak bincangkan hal tu panjang lebar lak nanti..hehe..terpulang la..tapi sebagai pembeli aku nak kongsikan kat korang jangan terlalu cepat terpengaruh dengan marketing sesuatu produk tu tanpa kajian..bisnes tu sunnah, tapi ramai yang bisnes main langgar je kan..hahaha..

Cakap pasal sunnah, ada satu perkara ni memang sunnah nabi..minum/makan madu lebah..dalam al-quran pon ada menceritakan pasal madu ni,(ustaz cakap) jujurnya aku tak tau dalam surah apa..hehe..apa pon yang penting korang semua patut tau lah yang madu ni memang banyak khasiatnya..

Monday, September 10, 2012

Resepi : Sos yong tau foo yang tersedak di alam semesta..

assalammualaikum wbt..

Selamat berjumpa lagi kita dalam entri pecah tekak terbaru chef bundle..lama jugak chef tak kongsikan resepi baru kan..u all semua dah cuba ke blom resepi-resepi yang chef dah kongsikan sebelum ni..rugi tau kalau tak cuba..penat je chef ajar..kehkehkeh..

Untuk resepi harini, aku nak ajar resepi kuah atau sos yong tau foo atau stimbot..bunyi tajuk nampak macam agak bongkak kan..tapi percaya la, aku takkan tulis tanpa sebab..ekeke..dalam seminggu ni akhirnya experimen aku untuk buat sos yong tau foo paling sedap berhasil..setelah 2 kali percubaan aku buat dari resepi-resepi yang aku google, semuanya tak menepati selera aku..tajuk resepi diorang pon boleh tahan nak gempak, tapi rasa wekkk...

Website resepi fofular kat Malaysia ni MYR kan..pada yang biasa cari resepi, mesti biasa masuk blog ni..tapi resepi untuk sos yong tau foo dari blog ni tak sedap pon..serius..rasa gula merah dengan cili je..apa daa..
okay tanpa berlengah lagi sediakan pen dan kertas..kalau ada printer, print je terus jangan pikir panjang lagi..resepi ni bukan lagi sekadar terbaik dari ladang..tapi terbaik di alam semesta..biasanya aien alien pon order dari aku kalau nak buat open house..kehkehkeh..  

Thursday, September 6, 2012

Ibarat melepaskan batok di tangga..

assalammualaikum wbt..

Peribahasa alang-alang seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, aku pasti ramai tau apa tu pekasam.. Pekasam jugak merupakan lauk yang aku suka untuk menambahkan selera makan..erkk...macam semalam tajuk entri aku pon merupakan peribahasa melayu jugak walaupon tak siap..hehe..aku saja tak nak penuhkan ayat tu sebab aku cuma nak tulis tentang perkara awal tu je..kalau penuh panjang plak ceritanya nanti..kehkehkeh..

Okay sebelum kelas bahasa harini diteruskan, harap murid-murid semua dah siapkan kerja rumah yang cekgu bundle bagi semalam..sila kumpulkan buku kat atas meja cekgu..nanti cekgu nak semak..kehkehkeh..sebelum aku merepek lagi banyak, harini sebenarnya aku nak kongsikan lagi satu peribahasa yang pernah kita dengar dan tau apa maksud tersirat..cuma maksud yang tersurat je ramai yang pasti tak tau..hehe..

Agak pelik kan bunyiknya?..yang dah terang tersurat tak tau..yang tersirat pulak paham..kehkehkeh..aku pon macam tu sebelum ni..takpa, aku tak salahkan korang..cikgu yang salah tak ajar dulu masa sekolah..hehe..Sebenarnya dah lama aku nak kongsikan ni..aku dapat info ni pon dah lama dari sorang member dan blogger yang suam-suam sejuk dah nak update blog sekarang..kredit penuh untuk kau Pn.zyi (TINTA TERCIPTA)...pinjam cerita kau untuk pembaca blog sampah ni pulak ye..haha..

Wednesday, September 5, 2012

Sudah gaharu cendana pula..

Assalammualaikum wbt..

Malam tadi secara tak sengaja aku tertengok satu rancangan tv..aku pon tak pasti rancangan apa pasal masa aku tengok tu dah habis pon..terus layan la kejap sebab aku memang minat kalau rancangan dokumentari ni(bergantung info apa jugak)..sebabnya malam tadi berkenaan benda yang aku tak berapa nak explore..so dapat pengetahuan sikit pon jadi la..padahal kalau rajin semua info di jari je ye dak..hehehe..

Tapi aku tak suka sangat google ni melainkan penting dan nak info cepat..korang pon jangan amalkan sangat sebab membuatkan korang jadi malas..serius..sebabnya bila semua dah google je nak tau sesuatu perkara tu korang cuma mengadap pc..life dah takda beb..pengetahuan banyak tapi life kosong..tu pon bila google korang takleh terus terima maklumat tu, kena cari banyak sumber dulu buat perbandingan..kan aku penah tulis dulu..pengalaman je orang tak boleh beli..So kalau boleh cari pengetahuan dari pengalaman selain google..kalau boleh..hehe..

Okay, berbalik pasal rancangan tu sebelum aku melalut kelaut..rancangan tu pasal pokok gaharu..ada orang sebut geharu..tak kisah la janji maksud dia sejenis pokok..macam ramai yang dah tau, bahagian dalam batang pokok tu merupakan bahan utama untuk pembuatan perfume..yang tu biasa dengar..tapi sebab kan aku noob pasal ni..aku tak tau pulak rupanya bahan tu atau dinamakan teras, rupanya tak banyak pon dalam sebatang pokok tu..alahai sikitnya la nak dapatkan teras tu..terpaksa tebang sebatang pokok besar nak dapatkan teras yang cuma beberapa ratus gram..haha..

Sunday, September 2, 2012

Paranormal aktiviti

assalammualaikum wbt..

Kejadian paranormal ialah perkara yang tak dapat di jelaskan tepat oleh akal..perkataan paranormal sendiri dah menunjukkan perkara yang diluar normal atau melampaui hal-hal normal..Secara definitif, paranormal adalah istilah yang digunakan untuk segala jenis fenomena psikologi, pengalaman atau kejadian yang dilihat mempunyai hubungan dengan jiwa (psike) atau fikiran (mind), dan yang tidak dapat diterangkan dengan prinsip-prinsip fizik.

Ada jugak pendapat mengatakan paranormal adalah suatu aktiviti yang melibatkan deria khusus dalam berkaitan dengan alam ghaib. Dalam menjalani kemampuannya seorang paranormal memerlukan penggunaan deria dengan deria khusus di luar panca inderanya atau sering disebut dengan sixth sense. Hal ini kerana objek yang ingin dihubungi bersifat ghaib yang tidak dapat diraih oleh manusia biasa, tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan memerlukan deria khusus untuk berkomunikasi dengan mereka.

Sekian intro yang aku ambil dari berbagai sumber..kali ni aku nak kongsi lagi satu kejadian aneh yang baru berlaku pada aku awal malam semalam..sangat paranormal bagi aku..haha..kejadian ni berlaku sewaktu aku tengah solat magrib..adakah nyata apa yang aku lihat atau pikiran aku melayang kemana aku sendiri dah keliru..tapi aku sangat yakin dengan apa yang aku nampak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...