Thursday, January 31, 2013

Seni Bahasa Utagha..

assalammualaikum wbt..

Bahasa utara bagi aku sangat susah untuk dibuat-buat..nak pandai betul-betul kena la tinggal sendiri kat penang, kedah atau perlis dan biasakan perbualan dengan loghat tu..so aku yang setakat berbini orang kedah ni lidah tetap keras la bila nak cakap sleng kedah dengan dia..

Dan aku sebenarnya lebih suka merosakkan perkataan bila nak cakap kedah ni..maaf, kadang-kadang tu memang aku sengaja nak bagi dia marah..haha..tapi yang selebihnya memang aku noob la..


Macam biasa yang ramai sedia maklum, huruf R dibelakang perkataan selalunya ditukar ke huruf Q dalam sleng utara..contohnya  Omar menjadi Omaq, Tukar jadi Tukaq...itu contoh Nama dan perkataan yang biasa..


Tapi bukan setakat hat tu je..tu yang aku cakap susah nak jadi orang kedah klon ni..perkataan macam 'rumah' depa sebut ghumah..

Wednesday, January 30, 2013

Sentap : ini betul-betul sampah...

assalammualaikum wbt...

Cukup la dulu entri2 plagiat aku setakat ni..terasa pemalas sangat pulak aku bila buat entri camtu.. hahahaa..kesimpulan yang aku boleh buat, plagiat memang jalan mudah untuk jadi blogger dan cepat terkenal...tapi jadi blogger yang takda etika je la..tu ye tahap korang kaki plagiat..nak hasilkan artikel sendiri tak pandai ye dak..kehkehkeh..

Aku tetap dengan etika aku biarlah blog aku sampah, entri sampah, asalkan bukan plagiat..apa yang terhasil dalam blog sampah ni tetap hasil tulisan aku..dan aku terasa bangga jugak sebab ada antara entri aku yang telah di copy paste oleh blogger lain..

Bab tu aku tak kisah sebab walaupon aku tak sokong plagiat, tapi bila entri aku di copy oleh orang lain, itu membuktikan hasil tulisan aku dah ada la value sampaikan layak dicopy..hahahaha..

Tuesday, January 29, 2013

#Plagiat 03 - Sindrom dapat laki - part2

assalammualaikum wbt..

Cuti sekolah dah berlalu lebih kurang 2minggu..so bermakna pengantin2 baru yang melangsungkan perkahwinan semasa cuti sekolah tu dah tengah sedap2 la sekarang kan..hahahaa..maksud aku hati tengah senang lagi la..berbunga-bunga je..inai kat jari pon belum hilang...

Macam aku penah tulis sebelum ni kat blog sampah pasal sindrom dapat laki dan mak mertua iaitu sindrom yang buat aku geli geleman tahap rasa nak muntah hijau..sekarang ni sindrom tu aku nampak lagi dalam fb bini aku..

kawan sekolah dia pulak yang baru kawin ni..hahahhaa...aku tak kisah lagi kalau sekadar nak berkongsi gambar2 hanimun ke, gambar kawin ke lepas kenduri tu.of coz tu ramai orang nak tengok..tapi macam yang aku cakap tu kan..asal lepas kawin je mula la penyakit tu dapat..masalahnya hal tu mengerikan ok...hahaha...

Monday, January 28, 2013

#Plagiat 02 - cutting gay kah?wth..

assalammualaikum wbt..

Hampir tiga minggu dah aku berkecimpung dalam arena gymnastik gym ni..macam yang aku ada bagitau dalam blog sampah aku masuk gym ni bukan la nak buat badan pon..sekadar nak sihat..hehe

so sejak dah selalu jumpa brader-brader taf kat sana, aku dapat kesimpulan ada 3 jenis orang yang masuk gymnasium ni..pertama golongan majoriti ialah orang yang memang nak buat badan ketul-ketul macam hulk..kehkehkeh..

kedua, golongan yang sekadar nak sihat dan sedap badan macam aku..cutting badan atlit2 je..hehehe..ketiga, golongan yang dalam proses nak menguruskan badan secara pukal mengikut jadual dan teknik yang diajar oleh trainer gym tu..setakat ni, tu je la yang aku nampak..haha

Aku penah citer dulu masa mula-mula aku datang gym tu,aku dah kena bahan dengan brader brader kat sana sebab datang gym sekadar nak joging..lepas tu aku combinekan joging dengan main besi sekali..pon kena kutuk gak..kehkehkeh..hampeh betul..

Alasan diorang..orang main besi manada joging bro.badan kecut..hahaha..ni la yang aku cakap golongan majoriti tu..datang gym memang untuk buat badan semata-mata..kalau ajak lari gerenti diorang pancit..hahaha..ni yang aku taknak sebenarnya..apa guna badan macam kura-kura, tapi stamina takda kan..tak best nak game nanti..hehehe..

#Plagiat 01 - Aku buat hal lagi...

Salam Maulidur Rasul semua..

Aku tak nak tulis banyak pon kat entri ni..walaupon aku  mengutuk blogger yang kaki plagiat, untuk kali ni aku nak cuba merasai apakah feel yang dapat dari kerja-kerja plagiat ni..hahaha..


Mungkin lepas dari entri ni, akan menyusul jugak beberapa entri plagiat dari aku..buat sementara waktu ni aku malas nak menulis..cuti kejap..kebetulan aku pon tengah demam ni..wooo...


In b4..apa yang aku copy paste ni dan yang aku post kemudian adalah hasil tulisan aku jugak sebenarnya..just dari belog aku satu lagi (bundle pages)..


Ini yang dikatakan plagiat entri sendiri eceli..kahkahkah...


p/s : aku masih yakin dengan penulisan aku, tak perlu la nak copy orang lain punye entri..hehe..

Friday, January 25, 2013

Lipan goreng kunyit

assalammualaikum wbt..

Aku tak tau apa motif aku sambung lagi cuti harini..bermakna hari selasa minggu depan la aku akan kembali ke pejabat..hahaha..bosan betul cuti-cuti takda duit ni..nak topup kredit Hp pon tak lepas ni..err..teringat lagi member aku sound haritu.." ko ni dari dulu sampai sekarang, Hp asik  habis kredit je "..kehkehkeh..


Nak buat camna..masa nak guna tu plak dah habis kan..hahahhaa..tapi sekarang ni aku salahkan Hp aku, pelik je..aku tak guna pon, kredit makin sikit..nak cakap aku online guna hp, tak guna duit pon..ada wifi..ahh, lantak ko la....biar takda kredit..janji ada internet..huhu..


Okay, berbalik kat tajuk yang agak ngeri tu, cuti semalam, aku dengan bini aku keluar la ke pasaraya untuk beli stok barang dapur..ada la beli-beli sikit ikan, daging, sayur sayuran...


Yang peliknya, tah macam mana boleh ada jual Lipan plak semalam..terus bini aku nak beli..sedak katanya..dulu kat Kedah dia penah makan..erkk..exotic gak bini aku ni..-_-'

Wednesday, January 23, 2013

Monster comel dan cleverbot..

assalammualaikum wbt..

Rasa macam lama pulak aku tak update blog..ada sesapa rindu aku?..takde..ok fine..takda isu apa-apa aku nak tulis kali ni..nak cakap aku sibuk minggu ni tak jugak..

Senang lenang sampai naik bosan tak tau nak hadap apa lagi kat internet ni..yang sebetulnya aku takda idea nak tulis apa..-_-'


Minggu ni aku baru follow blog Mama Monster (Dora)...Jelita a.k.a monster sangat kiut...cerita dan gambar-gambar beliau kat sana pon sempoi dan best..cam layan citer twilight lak tengok tempat sejuk gitu..err..kantoi aku layan twilight..hehehe....


So automatik Mama Monster terpilih dalam bahan bacaan yang aku suka baca..eh, ingat senang ke aku nak suka blog-blog dairi ni..memang semua orang boleh tulis blog dairi..tapi penyampaian yang sempoi dan citer-citer menarik tu yang payah nak jumpa...

Saturday, January 19, 2013

Sentap : kisah pemandu teksi..

assalammualaikum wbt..

Dalam perjalanan nak ke masjid tengahari tadi, aku sempat bersembang dengan brader orang lamo surveyor kat opis aku ni tentang sikap pemandu..sebenarnya dah lama aku perhatikan hal ni..so aku keluarkan la statement aku tu kongsi kat beliau..

Mungkin statement aku ni akan mengundang butthurt pihak yang aku nak kutuk ni..tapi harap maklum la ye..kalau terasa baik berubah..terasa je tak guna bak kat Hiro.(lama gop aok tak update belog)..hahaha..

Aku tak sangka jugak rupanya apa yang aku rasa, brader tu pon rasa benda yang sama...aku berpendapat dan aku pasti "kebanyakkan" pemandu teksi kat lembah klang ni sangat lembab memandu..

korang setuju?

Serius, aku takda bukti pon nak tunjukkan kat sini..ni pendapat aku je..tak salah kan kalau aku cakap camtu? tuduhan aku ni tak bermakna pemandu teksi yang aku tujukan ni buat kesalahan pon..memandu lembab ofcoz bukan kesalahan.. tapi sedarkan wahai pemandu teksi sekalian, korang membuat ramai pemandu lain sakit hati dengan cara pemanduan sesetengah korang ni yang memang wtf....

Thursday, January 17, 2013

Sentap : perkongsian yang tak sesuai di laman sosial -part 2

assalammualaikum wbt..

Kehangatan nak pilihanraya ni semakin terasa aku kira..PM lak tah bila la nak sebut tarikh...aku sebagai warganegara Malaysia dah bersedia nak menunaikan tanggungjawab sebab insya'allah dalam pilihanraya ke13 kali ni aku akan membuang undi buat kali pertama..maklum la baru masuk umur 21 tahun ni..kehkehkeh...

Bukan apa..sebelum ni aku banyak memerhatikan je politik Malaysia ni..start PRU12 yang lepas baru aku ada kesedaran untuk daftar mengundi..so baru la nama aku tersenarai..lain pulak dengan member seopis dengan aku..walaupon dia tak peduli dengan politik, tak pernah daftar mengundi, tau tau nama dah ada dalam senarai pengundi..hahahaha...

Ok, entri ni bukan aku nak citer pasal politik atau parti sebenarnya yang harus kita pilih, tapi nak kongsi sikit pada pandangan aku perkara yang agak menjengkelkan lagi kat laman sosial ni berkenaan politik....

Tak perlu lah aku nak cakap aku sokong kerajaan atau pembangkang kat sini ye..aku bukanlah mana-mana pengikut parti politik yang sejati..cuma aku kurang senang dengan sikap sesetengah member-member kat friend list facebook aku yang terlalu taksub dengan politik ni..semak betul...

Wednesday, January 16, 2013

Keistimewaan untuk blogger popular..

assalammualaikum wbt..

Aku tak tau apasal aku rasa malas betul nak blogging sekarang..nak balas komen yang 2 3 kerat kat entri pon malas..adehh..mohon sesapa yang rajin sukarela balaskan la bagi pihak aku kot-kot ada yang terlepas pandang tu, tolong-tolong la ye..mood ke laut betul ni..hahaha..


Bila tengok kotak follower sebelah tu nampaknya angka tu dah nak hampir 2ribu..huh..kalau sebelum ni 1k follower tu pon dah macam mustahil, sekarang dah nak masuk 2k pulak..dua kali mustahil la jadinya ni..hahaha...


Walaupon aku bukan selebriti  blogger, tak pernah guna sistem follow me and follow back,dan  just hasilkan entri yang sampah, aku tak sangka ramai jugak nak follow..terima kasih la ye...


Terus terang aku katakan,hits pembaca dengan jumlah follower tu sangat la tak padan dan tak melambangkan apa-apa..walaupon kebanyakkan yang follow tu cuma follower tampal..tapi secara rasminya aku memang dah ada hampir 2 ribu follower..terharu...

Saturday, January 12, 2013

Orang Malaysia cuma prihatin 'tengok'..

assalammualaikum wbt...

Petang semalam semasa aku merempit nak pergi jemput bini aku kat tempat kerja..tengah  race dengan budak pizza kat Jalan Damansara, sebelum simpang kerinchi Link, gedegang!! satu kemalangan telah berlaku...

Aku bleh kira antara orang yang mula mula  jugak la sampai kat situ walaupon tak nampak camna kemalangan tu boleh berlaku..tapi sebagai Hero , dengan pantas aku berhenti ditempat kejadian, tahan kereta, tolak motor dulu bawak tepi..pastu baru aku tarik mamat tu...

Kenapa aku tolak motor dulu?..sebab aku sambil-sambil usyar dulu ada darah ke dak..kalau ada aku suh la orang lain tolong..al-maklum la aku segan sikit dengan darah ni..hahaha..nasib la mamat tu tak teruk mana...Tapi yang nayanya dalam kemalangan tu, kereta yang bersalah sempat lari..masa aku baru turun motor, mamat yang kene langgar tu teriak suh aku tahan kereta bersalah tu..gila apa..kelam kabut dia nak cabut..mau dengan aku aku sekali dia langgar..so aku cuma tolong maki je la..hahaha..

Wednesday, January 9, 2013

Misteri jalan Hulu Yam..

assalammualaikum wbt....


Kali ni aku nak story kisah yang nak kata seram tak seram la pon..tapi lebih kepada agak misteri jugak la..kejadian ni berlaku lebih kurang sebulan lebih dah, tapi baru mak aku ceritakan tadi..

Jalan alternatif selain highway plus nak menuju ke utara boleh jugak melalui jalan lama ikut Hulu Yam ke kuala kubu dan bla bla bla hingga sampai la mana kita nak pergi..pada yang dah biasa melalui jalan ni pasti dah tau kawasan ni merupakan kawasan perkelahan ye dak..hujung minggu sesak..tah apa best mandi kat Hulu yam tu pon aku tak tau..

Berbalik kepada misteri yang aku nak kongsikan ni...perkara ni telah diterlihatkan kepada pandangan mak aku dan abang ipar aku jer pada malam tu sewaktu melalui jalan hulu yam ni..untung lah..

Dalam perjalanan balik dari penang, abang ipar aku yang drive saja la masuk dari exit hulu bernam nak menghala ke kuala lumpur..masa  tu dalam lingkungan 1.30 pagi..sampai je berhampiran kawasan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor tu, tiba-tiba suasana yang meriah terlihat disebelah kiri jalan berhadapan sekolah sains tu...

Sunday, January 6, 2013

Dairi : Kembali ke sekolah - part 3


Sepanjang aku bersekolah menengah, tahun 1999 merupakan tahun yang paling seronok bagi aku sebab aku telah dikelilingi oleh kawan-kawan yang best...

Kiranya masa tu aku form 3 la senang citer..ah kantoi lak umur dengan korang..haha..walaupon aku  banyak kes disiplin sekolah semasa tingkatan2, disebabkan aku seorang budak nakal bijak dan kacak.. naik tingkatan 3, aku telah berpindah ke kelas pandai sikit..


Ahh sudahh.."cikgu dah silap taip ni nama kelas untuk aku tahun depan" pikir aku semasa tengok board di depan Pejabat Guru..


Aku tak puas hati..macam mana aku boleh melangkah kelas dari yang corot terus ke kelas ke-2..demm..setelah pikir malas mencarut, aku terus berjumpa cikgu yang berkenaan untuk dapatkan kepastian..

hampa...aku memang telah ditetapkan ke kelas tu sebabkan keputusan peperiksaan aku bagus..menyesal rasanya keputusan camtu, kalau aku tau aku jawab peksa sambil lewa je..


Sedih terpaksa dipisahkan kelas dengan skandel di tingkatan2..wooo...baru je lagi nak bermesra-mesra dengan beliau di belakang kelas dan hilang jugak kawan-kawan yang sama-sama ponteng sekolah lepak kedai playstation..huh.

Thursday, January 3, 2013

Blog dan komitmen..

assalammualaikum wbt...

Salah tak aku pinjam tajuk ni jugak..mesti ramai yang perasan kan Perempuan Jomblo buat entri baru dengan tajuk ni ..hahaha..bukan apa, sebenarnya bab tajuk ni biasanya aku sangat failed...tapi toksah risau, entri-entri aku semuanya asli walaupon tajuk kebetulan sama atau sesaja aku tiru..kehkehkeh..

Citer bab blogging ni, aku sebenarnya tak la pening sangat nak memikiorkannya..nak cakap sibuk dengan komitmen lain pon aku tak sesibuk mana..biasa-biasa la kan..tapi rasanya sekarang komitmen aku berblog ni pulak dah macam makin kelaut..haha..komitmen hal lain pon sama je..ikut mood..kalau boleh semua aku malas..hahaha...

Tapi bila tengok blog kawan-kawan makin meriah terasa jugak jeles..contohnya blog Encik H ni..dari mula aku follow dia tah apa-apa je aku rasa blog dia ni..noob betul..kehkehkeh..dengan template layout jenis skroll ketepi..aku nyaris-nyaris nak beli mouse yang skroll ke tepi time  tu..hahaha..tapi atas komitmen dia blogging, Encik H kini telah menjadi seorang blogger yang hebat dan terkenal.siap dah ada domain pulak tu..huh..tengok la komen dalam entri dia..cecah 200+ dah..setakat 100 lebih tu celah gigi dia je.dah macam fatin liyana kau H..hahaha..tapi tengok komen je la ye..entri dia bukan type yang aku minat..bagi aku biasa-biasa je..hahaha...mohon H dan peminat H jangan kecik hati..

Tuesday, January 1, 2013

Breast feeding in public..

Amaran : Entri 18 tahun keatas..

assalammualaikum wbt...

Aku taknak cakap banyak dalam entri ni  pasal isu dah lapok..mantot Cursing Malay dah kira meluahkan bagi pihak aku jugak..tapi sekadar nak tengok apa pendapat engkorang semua pasal hal ni...

Sebagai bakal ayah tak lama lagi, aku jugak mengharapkan anak aku nanti akan dapat penyusuan yang terbaik dari ibunya.. yang timbul isunya sekarang wajarkah breastfeeding di public?

Para ibu-ibu yang sedang menyusu badan untuk anak, aku ucapkan tahniah sebab dah memberi anak anak yang terbaik dan ianya juga merupakan satu ibadah yang dituntut..

Tapi bagi pendapat aku, aku sangat la tak menyokong breastfeeding di tempat awam ni..pelik jugak siap ada acara besar besaran yang mendapat liputan media tempoh hari di KLCC..hahha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...