Monday, September 10, 2012

Resepi : Sos yong tau foo yang tersedak di alam semesta..

assalammualaikum wbt..

Selamat berjumpa lagi kita dalam entri pecah tekak terbaru chef bundle..lama jugak chef tak kongsikan resepi baru kan..u all semua dah cuba ke blom resepi-resepi yang chef dah kongsikan sebelum ni..rugi tau kalau tak cuba..penat je chef ajar..kehkehkeh..

Untuk resepi harini, aku nak ajar resepi kuah atau sos yong tau foo atau stimbot..bunyi tajuk nampak macam agak bongkak kan..tapi percaya la, aku takkan tulis tanpa sebab..ekeke..dalam seminggu ni akhirnya experimen aku untuk buat sos yong tau foo paling sedap berhasil..setelah 2 kali percubaan aku buat dari resepi-resepi yang aku google, semuanya tak menepati selera aku..tajuk resepi diorang pon boleh tahan nak gempak, tapi rasa wekkk...

Website resepi fofular kat Malaysia ni MYR kan..pada yang biasa cari resepi, mesti biasa masuk blog ni..tapi resepi untuk sos yong tau foo dari blog ni tak sedap pon..serius..rasa gula merah dengan cili je..apa daa..
okay tanpa berlengah lagi sediakan pen dan kertas..kalau ada printer, print je terus jangan pikir panjang lagi..resepi ni bukan lagi sekadar terbaik dari ladang..tapi terbaik di alam semesta..biasanya aien alien pon order dari aku kalau nak buat open house..kehkehkeh..  




Bahan-bahan 
  • 200 gram gula merah
  • 1 cawan kicap lemak manis
  • 1 sudu besar petis udang
  • setengah cawan sos plum
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 cawan taucu manis
  • 7 tangkai cili merah (dikisar)
  • tepung jagung  ( pekatkan kuah)

Cara Penyediaan
  1. Mula-mula larut/masak gula merah dengan 1-2 liter air sehingga sebati dan tapis..
  2. kemudian campurkan semua bahan-bahan lain ke dalam air gula tu kecuali tepung dan masak lagi dengan api kecil..
  3. pastikan jugak rasa sos tu dah cukup manisnya..kalau kurang boleh tambah gula atau bahan-bahan lain yang korang rasa kurang..
  4. akhir sekali, bila sos dah mendidih, masukkan bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan kuah..kacau sebati dan siap..

Untuk bahan sampingan..korang boleh gorengkan kacang tanah dan kisar..taburkan kat sos tu masa makan..aku malas guna kacang..so sekadar gunakan bijan je la..tapi sebelum tu jangan lupa goreng sekejap tanpa minyak sampai keperang-perangan..

Untuk bahan makan tu pulak, pandai-pandai korang la nak makan apa..semua ada kat pasaraya..yang pasti sos yong tau foo ni tersedak di alam semesta..tak percaya cuba la..

*sesuai untuk makan ramai-ramai la..kalau setakat nak makan sorang baik beli kat pasar malam..


P.S : masa open house sabtu lepas, hidangan ni aku ada buat..semua yang makan cakap sedap..habis licin yong tau foo aku..tersedak di alam semesta la katakan..kehkehkeh..



42 comments:

  1. walaupun kelihatan agak sedikit poyo disitu.... wa ucapkan TAHNIAH kerana berjaya membuat sos yong tau foo yang paling sedap dialam semesta.... kuiiikuiiikuiii...... will try! yearghhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kemungkinan besar sapa yang cuba resepi ni akan tersedak semasa makan..segala risiko tanggung sendiri..ekeke

      Delete
  2. *Aku komen entry ni dulu la ya. Entry2 sebelum, aku hutang dulu :P

    Hamboi Chef! Kemaen lagi. Sedap ni buat untuk dinner tyme malas2 nak masak ni. Hehe. Da macam sos rojak petis pun ada aku tengok. Bleh2. Bleh try ni nanti bebila de tetamu nak dtg umah aku. Konfem dorang tersedak punya. Haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. interest tinggi kalau ko hutang aku makcik..hehe..
      ko cuba la makcik..tang sukatan tu aku main bantai je..biasa la dah pakar
      masak main campak2 je pon sedak..so terpulang selera masing2 la nak camne..kehkehkeh..

      Delete
    2. Pehh, ketara riak di situ! Campak2 ye Pakcik? Kalau aku, masak sambil pejam mata pun no hal r. Tetap leh jadi tersesak di alam semesta gak :P

      Kau konfem je sedap? Aku takde masa open house tu leh r kalau kau nak tipu pun. Takde bukti! Ahaha.

      Delete
    3. hahha..kompom kalau ko masak pejam mata jadi tersesat di alam semesta makcik..ekeke..

      Delete
    4. Kemain hebaq sos ko ni jahhh .. Trsedak trbelekik d buatnye .. Okehhh mak cube polo

      Delete
  3. Chef..Mohon share resepi sambal belacan pulak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadah ko nak resepi sambal belacan ni sida..-_-'
      hahaha..

      Delete
  4. Wah! Boleh try ni.

    ReplyDelete
  5. oke presentation da full mark., kne rase dulu bhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. full mark ye chuu..hahha..tu la ko tak dtg umah aku..kalau tak dh tau rasa macam mana..hehe

      Delete
    2. aku mintak tlg kau rasakan la ye bundle., mohon jujur dlm merasa kehkeh :P

      Delete
  6. uwaaaa... nampak sgt menyelerakan yaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu baru nampak je leeza..rasa ofcos tersedak..ekeke

      Delete
  7. takut ar nak test.. kang tersedak pulop.. xpasai2 ja. uh!

    # aku suka yong tau fu sup jer.. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang sup lagi la senang nak buat..mkn dgn sup tu bukan style johor ke makcik?

      Delete
    2. ntah.. kat kg aku perak sana.. popular yang sup.. dr kecik dok melantak stai tu.. hahaha

      Delete
  8. cm sedap je.. xsngka lak alien pn mmpunyai citarasa cm manusia.. hohoh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan setakat alien je emma..predator pon suka..hahaha..

      Delete
  9. Tak sangka begitu bongkak sahabat aku ni. Hahaha. Aku yakin kalo ko kata sedak, mesti sedak sos ni. Tgk bahan2 pun boleh agak dah. Okay la. aku bookmark entry ni. Nanti kalo aku nak buat sos tu, senang ah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali terbongkak sikit..hahaha..thanks lyd..selamat mencuba..haha..aku gerenti sedak..

      Delete
  10. hari tu ckgu bundle,, hari ni chef bundle,, haissyyy,, multi purpose betul,, tak nak try,, wekkk :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkehkeh...biasa la tu muja..cikgu dgn chef dah biasa..pasni mungkin jadi yg lain plak..ekeke

      Delete
  11. x mau ambik resepi...x makan pun sos yong tau fu...kalo ada pun jilat2 ja..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboih cikgu..memang tak makan ye dak..kita jilat je..ekeke..

      Delete
  12. tetiba perut berkeroncong melihat gambo tu, krik krik krik. eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..p makan la bobot..tgk gambar bukan kenyang..ekeke

      Delete
  13. wah serius aku tabik,aku tau beli kt pasar malam je.haha

    mula2 aku rasa macam nak cuba resepi ko nie,tp ada satu bahan aku tak tau apa benda.taucu manis tu apa ekk?aku tak kenal menatang tu cmna nak buat.hoho

    ReplyDelete
  14. aku serius nak cuba resepi ni.ko boleh tunjuk aku tak taucu manis tu apa benda.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. taucu manis tu macam taucu masin tu gak la yang org yang masak dengan ikan tu..rupa sama je..kat pasaraya senang jumpa..aku guna jenama yeo's dalam botol..harga 4ringgit camtu..

      Delete
  15. alamak kau buat aku lapar lah pulak..huhu

    ReplyDelete
  16. Confirm sedap ke bro? Aku nak try nie...

    ReplyDelete
  17. Salam. Tq utk resepi ni. Rasa mcm nk try. Tp ahkak ni kedokut sket nk beli bahan2 yg x biasa pakai. Kikiki.. Sos plum tu biasa org mkn/masak dgn apa ek? Yg taucu tu nk kena blend sulu ke trs buh dlm kuah gitu jd?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau lak kak sos plum tu biasa org makan camne..yng taucu tu better blend dulu kalau kasar sangat..kalau yng dah hancur terus guna je..

      Delete
  18. Ok2 tengs ek. Dah beli bahan2nye. Mlm ni mau buat. Hrp2 sodaplaaa

    ReplyDelete
  19. Da siap. Memang sedap

    ReplyDelete
  20. tq..murah rrzki

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...