Wednesday, September 12, 2012

Info : mentaliti sempit pemikiran..

assalammualaikum wbt..

Sebelum ni aku ada buat satu entri berkenaan mentaliti sesetengah orang kita yang menjengkelkan (LINK) ..kali ni entri aku berkenaan mentaliti jugak, tapi tak la benda yang buruk lagi..hal ni disebabkan kurang mengkaji dan cepat terpengaruh dengan pihak yang pandai mengambil kesempatan..Kali ni agak islamik sikit la ye..islamik yang berkaitan dengan mentaliti..aku tak nak sentuh bab-bab berat pon..cuma lepas aku banyak merujuk dari ustaz aku..boleh la aku kongsikan sikit untuk kita sama-sama pikirkan bersama..

Pertama sekali aku takda niat nak tujukan entri aku ni untuk peniaga yang menjual produk dengan nama islam tu ye..nak bincangkan hal tu panjang lebar lak nanti..hehe..terpulang la..tapi sebagai pembeli aku nak kongsikan kat korang jangan terlalu cepat terpengaruh dengan marketing sesuatu produk tu tanpa kajian..bisnes tu sunnah, tapi ramai yang bisnes main langgar je kan..hahaha..

Cakap pasal sunnah, ada satu perkara ni memang sunnah nabi..minum/makan madu lebah..dalam al-quran pon ada menceritakan pasal madu ni,(ustaz cakap) jujurnya aku tak tau dalam surah apa..hehe..apa pon yang penting korang semua patut tau lah yang madu ni memang banyak khasiatnya..


Tentang hal mentaliti tu pulak..kebanyakkannya orang sekarang mudah terpengaruh dengan produk berkaitan islamik dan sunnah contohnya macam madu tu la.Madu kat sini atau madu tempatan dikatakan tak sebagus madu yaman..kenapa madu yaman bagus?..sebab dulu nabi minum madu dari yaman..so ramai orang percaya madu yang nabi minum tu bagus..ofcoz, dan tak dinafikan..

Tapi mengikut kata ustaz aku yang banyak mengkaji tentang perubatan secara islam ni dan salah satu kajiannya berkaitan madu..mentaliti tu kena di betulkan..ramai orang kita terpengaruh dengan strategi pemasaran yang mengatakan madu tu yang terbaik..tapi sebenarnya pemikiran kita telah disempitkan dengan marketing tu yang sangat berjaya..

Ustaz cakap Allah SWT dah jadikan tanaman dan haiwan-haiwan yang ada sekeliling kita la yang paling berguna dan sesuai dengan kita..kenapa madu yaman pulak yang bagus untuk kita..jauh sangat tu kat semenanjung tanah arab..sebagai contoh kesesuaian tu bab durian la..cuba tengok orang arab atau mat salleh makan durian,badan dah besar gajah, tapi mau panas satu badan walaupon makan seulas, padahal kat sini adik kita yang umur 4 5 tahun selamba je bantai sebakul durian..kehkekeh..

Jadi tentang persoalan minum madu yaman tu bagus, kita ambil dari sudut keberkatannya la kata ustaz..apa yang nabi minum, makan tu semua bagus..tapi kalau nak dapatkan pahala ikut sunnah nabi, minum madu apa pon tetap sunnah dan baik untuk kita..kalau mengikut kajian perubatan islam dari ustaz tu pulak..madu-madu yang terhasil dari kawasan kita sendiri lebih sesuai dan baik untuk kita..jangan sempitkan sangat pemikiran tu..

Udara dan pokok-pokok tempat lebah mencari madu kat sini dah tentu Allah SWT ciptakan paling berguna untuk kita.jadi kenapa perlu ambil yang mahal dan dari jauh..kita pon ada..untuk pengetahuan korang, madu yang paling ori adalah madu yang diambil dari sarang lebah yang bukan lebah bela..dari situ kita boleh tengok beza kualiti madu..so adakah madu yaman tu madu yang terhasil dari lebah liar?dah tentu la tak..kat sana industri penghasilan madu sangat maju coz permintaan yang tinggi..nak jumpa madu asli lebah liar yaman..tak mungkin..lagipon madu tu terhasil bukan dalam suasana kita...

Untungnya kita kat sini, dalam lambakan madu-madu dari merata tempat, kita masih boleh jumpa madu yang tak kurang hebatnya dan lebih sesuai untuk kita..madu tualang atau madu lebah liar masih senang nak dapat walaupon tak dijual di pasaraya..pegi cari kampung orang asli atau kampung yang pendalaman sikit mesti ada..yang terbaik walaupon madu cap ayam katik.percaya la, Allah SWT tu adil turunkan rahmat untuk semua walaupon kita bukan orang arab..madu kita untuk kita..support your local brand..hehe..

Satu lagi mentaliti orang kita yang mengatakan makan nasi boleh menyebabkan kencing manis sebab banyak kolestrol dan kanji..So syarikat luar ambil la kesempatan buat marketing suruh kita tukar dari makan nasi ke makan roti atau bahan asasnya gandum..Ramai la pakat tak nak makan nasi sebab pikirkan penyakit..bukankah tu bermakna strategi pemasaran tu dah berjaya atas mentaliti kita yang kurang berkembang..haha..

Kalau pikirkan balik, tok nenek kita dulu elok je makan nasi..susah orang dulu nak dapat penyakit kencing manis yang kita dah pegang ranking no 1 dunia ni sekarang..haha.."tapi doktor cakap macam tu bro, dia tak bagi makan nasik"..haihh.memang la doktor tak bagi makan nasik sebab penyakit tu dah ada..lagi banyak makan, lagi la naik penyakit tu..pointnya sekarang nasi tu bukan penyebab..orang salah anggap nasi tu pulak bawak penyakit..

Tentang hal ni sama jugak la macam madu yang aku tulis atas tu..mentaliti kita dah di manipulasi untuk melariskan sesuatu produk..kenapa Allah SWT bagi padi tumbuh kat sini tapi bukan gandum? adakah Allah SWT bagi padi, nasi untuk kita sebab nak turunkan penyakit?.kita sendiri yang cari penyakit tu ada la.makan manis tak ingat dunia..haha..takda apa yang salah dan kurang pon dalam perancanganNya..So bersyukur je lah..


 p.s : cara nak pastikan madu asli ke tidak..."kalau laki bawak madu balik rumah, tetiba bini mengamuk..sah tu madu asli"..kehkehkeh...


43 comments:

  1. tudia semangat betoiii entry nih ..hehe

    ReplyDelete
  2. Even aku dah ngantuk gila skang ni, tp aku tetap nak komen skang gak sbb taknak hutang kau bebanyak. Haha! Alang2 aku dah baca entry ni. Kang nak komen lenkali, kena baca semula sbb dah lupa apa isi entry :P

    Strategi pemasaran ya? Haha! Naseb la kan sape yg agak terpedaya & mampu lak nak beli yg mahal2 tu. Kdg better kita tak mampu so kita tak lah pandang sesuatu yg jauh drpd kita, yg dikatakan lebih bagus tu. Dptkan apa yg dekat je. Haha! Aku suka bila kau concludekan apa yg kau nak sampaikan ni ngan ayat "Takde apa yg salah & kurang dalam perancanganNya".

    Tapi, note merah kat bawah tu paling cemerlang. Itu madu laennnnnn. Grrrr~

    ReplyDelete
    Replies
    1. liya:
      aku sebenarnya pening nak buat tajuk entri ni..patut tajuk pon pasal madu kan..nampak trill sikit..haha..note merah tu tips biasa je..abaikan lah..kehkehkeh...

      aien :
      ko silap aien..madu tu kan penawar..hahaha..aku sebenarnya tgh cari perkataan lain untuk "madu" yang note merah tu..yela..orang pmpuan selalu tak suka madu tu..ko pon siap cakap madu tu racun..tak pasal2 madu jugak buruk nama..haha..

      Delete
  3. awas jangan mudah terpedaya! hahaha. terpedaya sendiri...betul la mentaliti tu main peranan paling besar dalam segala aspek selalunya.


    habis madu sepah dibuang pula sesuai untuk nasi...sebelum kencing manis dimakan-makan, selepas kencing manis pandang pun tak lalu dah. tengok...nasi juga yang kesiankan. hehe. #merepek sudah#

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah untuk tak terpedaya..bila berkaitan agama selalu org utamakan tu ye dak..tapi jangan terlalu percaya la..dalam bisnes memang tu strategi diorang untuk pikat pelanggan..so kena tengok dan paham dari banyak aspek lain jugak la..

      *kesian nasik -_-'..ekeke..

      Delete
  4. tak benci yang tulisan merah tu takut langgar hukum tapi tak suka je boleh tak? uwaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  5. biasalah 2..nak jual produk cara senang cakap terus kaitkan dgn islam///dunia2

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi aku sebenarnya bagus bila bisnes berkaitan islam atau agama ni..tapi kebanyakkan yang ada skg manipulasi benda tu untuk kepentingan sendiri dan keuntungan semata-mata..

      Delete
    2. tue ar...nak cepat senang tp salah guna bab2 agama

      Delete
  6. salam. memandang kn entri abg sam kali ni berunsurkan islam xalah rasa'y jika saya memulakan perkataan salam..

    nak komen tulisan merah tu je.. bleh?? xbleh, aq nak juga.. hihihi..

    aq dah kena madu beberapa bulan lepas.. dan tau pkara ni smlm.. aq rasa masa dpn dah hancur bderauu, haha.. bleh gelak lg.. harap rumah tgga derang tu bhagia la smpi ke anak cucu.. smoga aq tabah la kan mghadapi ni smua...

    nak madu asli g ambik kat pokok yg penuh dgn lebahbee.. haha..

    wsalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..hehe..

      pesal ramai yang minat nak komen note merah tu..penat aku tulis artikel panjang2..p.s je lebih dapat tumpuan..ekeke..

      *ko yang di madukan ke ko yang jadi madu ni?..ekeke..aku kompius ko cakap kena madu tapi ko wish diorang bahgia sampai anak cucu,maksudnya diorang dah kawin kan.?..rilek lina,ko cari je lebah lain..hehe..

      Delete
    2. haaaaalaaaaa derang dah kwin... tp xpelah xde jodoh antara aq dan dia.. ceceh.. aq terima.. dan marah ekcely.. kesewa xterkata hendaknya..

      kalau lebah lain ade tu xpelaa.. ni sukar tuk melupakan lebah yg dah kwin tu..

      mohon crkan adik tiri lu ni lebah sekoq.. hahha..

      Delete
    3. bgus la ko terima..kang jadi huru hara rumahtangga org sebab ko dah satu hal plak..haha..aku paham lebah tu kalau tak hensem cam aaron aziz mesti jambu cam aku..nanti lama-lama ko ok la tu..

      ko nak lebah grade apa?
      banyak yang kurang kualiti la skg..haha..

      Delete
    4. aq nak grade A, xpon ada cop sirim ka.. ala2 mcm aron aziz pon xpe. klu jambu mcm ko bleh la..drpda xdekan?? hahaha

      tu yg merisaukan ni.. lebah skrg kurang kualitinya.. sukar nak cr yg btul2 berkualiti.. klu aq kompom berkualiti fresh dr ladang.. hahahahahhhahahaa... d jamin dan jop oleh jakim.. errrrrkkk??

      gelak dalam tangisan ..

      Delete
    5. payah la nak jumpa grade A.kalau jambu2 nakal macam aku ni kira grade b+ ko nak?..tambah dah kawin plak jadi b++..lelaki dah kawin lagi market tinggi kan..kan..kan..hahaha..





      Delete
    6. b+ pun xpela, wa bedal je, jnji sihat tubuh badan,waras akal fikiran, ble bimbing aq ke jalan yg benar,pkok'y cukup pakej seorang islam.. hihihi

      waa bro ko dah mcm agensi cr jodoh yg putus harapan lak.. haha

      Delete
    7. aku sebenarnya promote diri aku sendiri je lina..ada kekosongan lagi ni..jap tanya bini aku dia setuju ke dak..kehkehkehkeh..

      Delete
    8. hahahaha.. aq xnak yg ade bini,, aq nak yg single mcm aq.. aduusssshhh...

      Delete
    9. ok fine.. Jangan cakap dengan aku lagi..ekeke..

      Delete
  7. Kalo laki aku bawak balik madu 'asli', memang aku karate kid dia dulu. Heheh.

    Itu 2 contoh ko bagi pasal nasik dgn madu. Banyak lagi kalo nak cerita mentaliti yang telah di doktrin kan oleh org2 bijak pandai yang diupah oleh syarikat yang nak untung lebih. Contoh mcm satu masa dulu org dok promote sayur dan ternakan organik yang dikatakan baik untuk kesihatan kerana tidak menggunakan bahan kimia. Baru2 ni aku baca, 'menurut kajian si poyo dan si poyo daripada US', bahawa makanan organik tidaklah berkhasiat seperti yang didakwa dan makanan yang konvensional itu lebih banyak khasiat berbanding organik.

    So, ko boleh nampak tak yang benda2 ni semua hanya dimainkan oleh orang2 yang keluarkan statement je. Pastu kita plak, bila dengar je org tu daripada US, terus je terjelepuk percaya. Padahal US la kepala penipu dalam dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHA..garang ko lyd..

      tu la kalau bab bisnes semua jadi pandai bab nak pikirkan marketing cam mana boleh tekal pelanggan..tak kisah la buat buat statement bohong ke swing sikit ke janji boleh masyuk..

      bab US kepala penipu dunia tu aku setuju..haha..

      Delete
  8. sebagai peniaga memang x dapat dinafikan otomatik akan jadi terer bab2 susun strateggi perniagaan untuk lariskn produk dan takel pengguna., so kite yg namenye pengguna ni kena lebih hati2., :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. caya la chuu..ko dah macam ahli perniagaan aku tgk..komen ko skema habis..hahaha..

      Delete
    2. bhahaha., hampeh kau. aku taip dgn penuh perasaan tuh. sila hayati bersama XD

      Delete
  9. bak kate chuu... strategi pemasaran.. hahahaha..

    yes! madu memang elok.. mentaliti org camtula.. macam buah tembikai.. org kate ibu hamil xelok makan.. wahlal tembikai tu buah yang disaran kan Rasulullah untuk ibu mengandung..

    sama gak kambeng.. mentaliti org kate kambeng tu panas la xelokla.. sedangkan daging dan susu kambengla lagi bnyak khasiatnya..

    #seumur hidup xpernah diet nasi.. amalkan pemakanan sehat jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bak kata chuu!..haha..pandai ko ngedog chuu ye makcik..hahaha..

      satu lagi yang pernah aku terbaca tentng tambah darah kalau makan hati ayam atau hati apa2 la..tapi dalam islam tak mengalakkan pon makan organ dalaman haiwan ni..cam mane tu?

      #aku kene diet nasik sebab taknak buncit..haha..

      Delete
  10. btol la kata YM, kita ni je suka nak tentukan apa2. sedangkan nikmat yang Allah bagi tuh sama rata. marketing bak kata orang, mmg boleh manupulasi akal orang.

    tp statement akhir tu mmg lawak. jgn dibuat laki sudah..kekekke

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..pastikan laki akak tak bawak balik madu asli..madu tualang takpe..haha..

      Delete
  11. mak sy slalu minum madu tualng tu.. hoho.. kesimpulan daripada karangan yg berjela2 ni adalah madu yg terbaik adalah peneman si isteri pertama.. hak3

    ReplyDelete
    Replies
    1. icc..bgs la tu..aku pon teringin la nak beli..
      *betul tu emma..madu yng baik dengan madunya tu la madu terbaik..hahahha...

      Delete
  12. Nota merah tu yang paling betul!! Hahahaha.

    ReplyDelete
  13. hmmm susahlah nk ckp.. mentaliti.. setiap org beza kan.....
    pgalamana, pembacaan mempengaruhi semua itu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..nak salahkan sesapa pon tak leh..perniagaan dah tentu dengan strategi diorang..kita sendiri je la kene cari sendiri kalau nak tau lebih supaya tak sempit takuk tu je berpikir..

      Delete
  14. susah gak nak carik madu asli skang ni.yg ada kebanyakkannya dh dicampur.

    bercakap pasal mentaliti nie susah beb,klu semua org pandai siapa nak jadik bodoh kan?muahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa..komen ko pasal mentaliti tu win kutu..kasaq gila bunyik..hahaha..

      Delete
  15. aku nak bgtau yg aku dah baca..hehehe

    kalau ko bawa wife ko bulan madu kali ke-2 pastu dia tak mengamuk, means madu tu bukan madu asli..so ko kena bawa dia bulan madu banyak2 kali, sampai dia mengamuk..zzzzz

    ReplyDelete
  16. erkk..takpa la h..aku pilih bawak madu asli balik umah je la..cadangan ko aku terpaksa tolak..hahaha..

    *bulan madu je kot pompuan suka dan takkan marah..hahaha..

    ReplyDelete
  17. Exactly!!! Contoh aku kat sini kan, makan nasi tak kenyang wei... pasai different environment. Allah tu Maha Kuasa dia cipta semua dah elok dah, pasai tu kat sini tumbuh gandum ngan potato, bukan beras. Tapi bila aku cakap aku kena makan roti kat sini untuk kenyang, ada pulok kata aku lupa asal perut hahaha. Aku ni jenis malas nak bertekak, tak guna pun kalau mindset dah gitu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...