Thursday, March 22, 2012

Info butthurt : sentap bersama MLM

assalammualaikum wbt..

Dulu aku penah buat entri yang aku kena troll pasal MLM atau multilevel marketing ni (LINK)..entri kali ni mungkin akan membuatkan MLMler butthurt lagi..haha..aku peduli apa dengan korang..tu belum aku kongsi lagi satu blog yang aku rasa ohsem untuk menyedarkan orang ramai betapa jijiknya sikap orang sekarang terutama sesama melayu dalam MLM ni..hahaha..

kalau korang yang kawan-kawan aku kat sini yang gila MLM ,aku harap korang pikir la balik apa yang korang join tu betul ke tak..jangan mengharap keuntungan sampai mengabaikan soal hukum..semalam aku tergelak-gelak bersembang dengan member opis aku pasal MLM ni..dia ni masa di UTM dulu pon pernah terjebak jugak dengan skim barua ni..


Tak tau mana silapnya, pantang nampak peluang boleh masyuk semua nak try..dari pengalaman member aku ni sendiri, takda untungnya join multilevel ni..dia sendiri dah terjebak 2 3 jenis skim..haprak semua..tapi alhamdulillah la sekarang aku nampak dia dah lebih berhati hati pasal duit yang nak jadi darah daging ni..Asb pon dia sanggup tutup akaun sebabkan tak nak makan riba.simpan duit bawah tilam je..wooo..kehkehkeh..

Masa baca blog ohsem tu, aku tertarik dengan komen-komen dari kaki MLM tu sendiri..ye la kan, diorang dah kena kondem mesti la nak bangun jugak bela diri..kahkahkah..aku sebagai pemerhati pon perlu la tengok dari dua belah pihak untuk menilai....tapi aku sebagai haters MLM tetap sokong admin tu..hahaha..benda kalau dah bangkai tetap busuk bro..

Sapa tak nak kaya dan hidup senang bhai..kalau ahli sufi yang memang duk pikir akhirat je tu lain cerita..kaya tak penting bagi diorang,janji kenyang untuk beribadat sudah..yang MLM tu dah satu hal jenis orang pikir nak cepat kaya..tapi yang aku lagi sedih tengok orang yang buat keuntungan macam haram jadah tu, cekik darah,potong leher anak bangsa tu sendiri la..korang yang dah hidup senang kaya raya memang tak rasa..habis jenis macam aku yang paras kemiskinan kat KL ni camne..bukan ada tanah boleh berkebun..naya woo..

Nak cerita pengalaman aku sendiri pasal MLM ni aku zero, sebab aku tak pernah join..tapi apa yang menyebabkan aku benci skim ni sebab benda ni buat aku gaduh dengan kawan-kawan..aku tak tau kenapa ramai member aku jadi tahap bebal camtu sekali lepas join skim haram jadah ni,(walaupon tak semua) ..tapi sebabkan dia dan beberapa orang lagi yang pernah buat taik dengan aku, so rumusan aku benda ni menjahamankan friendship..

Tahun 2004 kalau tak silap aku,member lama masa sekolah datang terjah aku tengah-tengah malam.. pendek cerita mangkuk ni datang bukan hajat nak lepak saja je jumpa kawan lama..tapi nak ajak aku join skim barua dia tu..memang celaka..aku kena hadap dua orang yang psyko aku gila gila dengan harapan aku keluarkan duit RM50.00 dan isi borang ahli..

Pendekkan cerita lagi , bila dah habis diorang brainwash aku kononnya boleh bagi aku kaya dengan skim tu, diorang pon nak blah la..sebabkan masa tu aku lepak kedai makan,so bila member aku tu panggil akak yang nak kira bil tu, apa yang aku terkejut dia cuma nak bayar untuk dia je..aku yang cuma minum teh ni kena bayar sendiri..WTF..

Sebelum dia keluar duit aku terus bayarkan dulu untuk semua dan aku terus kondem la dia gamaknya..mana tak wei..masa dia promote aku join kemain lagi tunjuk eset..bawak fail tah apa apa siap scan cek yang LUXOR tu bagi kat dia tiap tiap bulan tu kononnya..bukan sikit beb..sebulan dapat beribu ribu..bila time nak bayar, air aku segelas pon tak leh payung ke bro..so aku dengan sedikit riak pulak lepas tu straight sound..kalau cerita hebat tak guna..aku tak payah jadi kaya raya pon setakat nak belanja member minum sekali sekala takda hal..setakat gaji aku yang kecik gila masa tu pon aku boleh je lagi open table..serius shit aku tak mengharap dia belanja aku pon..tapi tak payah cerita hebat la nak pakai evo ke skyline ke,kalau air seringgit bekira nak bayar..marketing lu failed la..kahkahkah..

Pelik kan ada jugak orang yang macam tu?aku tak tau apa otai otai MLM tu dah racun pikiran member aku sampai jadi macam tu sekali..hahaha..ni la kejadian pertama yang buat aku benci MLM dan lepas tu, ramai lagi aku jumpa orang dalam bisnes ni..walaupon tak semua macam dia..tapi hakikatnya semua nak kaya dengan nak pijak orang lain,nama pon piramid..last year aku jumpa balik member aku tu selepas dah berapa tahun dia menghilang..hahaha..ingatkan dah jadi jutawan..tapi tak jugak..kehkehkeh..datang rumah aku pon naik Ferrari teksi,ingat bawak skyline.. adeh...bukan nak menghina, tapi sikap dia sendiri yang buat aku tak respect kan..hahaha..

Sekian entri jahanam dari aku..kalau nak lebih jahaman korang boleh tengok kat blog ni (LINK)..kalau aku banyak cerita dari pengalaman, mamat ni pulak cerita dengan fakta dan berbagai-bagai rujukan..terbaik dari ladang..


p/s : pesal la aku lambat kenal blog hebak-hebak camni..demm..


29 comments:

  1. Kesian gila membe kau tu. Nak pancing tapi air seringgit pun taknak payung. Serius marketing failed!

    Alahai, rasa nak tumpang kutuk sama jek membe kau tu. Tapi tak sampai hati plak.

    Last but not least. Err aku rasa skyline dea masuk workshop kut. Haha!

    ReplyDelete
  2. dia sentiasa kene bahan dengan aku kalau jumpa..hahah..tapi kalau dia betul kaya bgus la..aku tak dengki pon..hahaha..

    ReplyDelete
  3. Ahh, takde masa nak dengki kekayaan orang laen. Rezeki maseng2 la weyy.

    Ntah. Mungkin dea rasa itu yang dinamakan 'berusaha'. Bab2 hukum tuu, tak gheti plak aku. Haram ek? Ke makruh je? Hehe.

    ReplyDelete
  4. LUXOR tu wujud lagi ke?lama tak dgr pasal tu

    eh eh dulu pun ada kawan kita suruh join gak MLM kejadah ni,tp tak teringin pun macam takde profit je,last2 MLM tu lingkup uih nasib baik tak join,kalau tak habislah duit ai,sobsob,haha

    ReplyDelete
  5. Liya : haram la kalau ade riba makcik oi..sama je kalau makan babi.kehkehkeh..

    Bobot : aku tengok bangunan luxor kat damansara tu pon dah tuka name..lingkup dah kot.haha

    ReplyDelete
  6. tumpang tanya sikit naa..
    pernah dengar pasal zhulian? yang tu pun sama?katanya dalam tu tabung haji pun melabur dalam zhulian....so, mmg ramai yang terpikat.dengan bonus segala.jadi, mcm mana?...

    ReplyDelete
  7. i'm totally agree dgn entry ni. MLM ni bkn setakat membazir duit. masapon jd terbazir. lagi2 student :)

    ReplyDelete
  8. ckin : aku kurang ilmu lagi kin..so aku tulis atas pengalaman je lebih..pasal ko tanya tu aku tak tau..ko boleh tanya admin blog aku aku bagi tu..mesti dia tau..

    Ctm : tapi student jugak kan yang selalu terpengaruh..hahaha..

    ReplyDelete
  9. oh..cmtu eh? tp sistem dia sama....sistem piramid..ada upline, ada downline..adeh..dulu penah masuk gak..org tu promote gila2 punya..huhu tp sejak kerja ni mmg dah tak terlibat dah.....

    p/s : ada sorang pengkomen tu, dia ckp zhulian pun sama..jadik, mmg konfius.....adeh

    ReplyDelete
  10. tu pasal banyak yang shubahah sekarang ni..bak kata ustaz azhar..kalau shubahah better tinggalkan je..lagi satu takut jenis orang yang "matlamat menghalalkan cara je"..

    ReplyDelete
  11. MLM nie cerita nak beribu dan berjuta jer..hehehe..kena plak kalau skim yang on paper jer.isk..isk..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. bahankan aje kawan macam tu, moga terbukak sikit minda dia yang kelabu dengan duit angan2..huuuu..



    Makan Lewat Malam (MLM) selalu pun tak elok jugak..*tetiba

    ReplyDelete
  13. tgk org lain masyuk2 kdg boleh goyang gak.. tp stakat ni aku x penah join lg XD

    ReplyDelete
  14. Blog peberet aku kalau blogwalking. Gile bes bace dia bahan kaki MLM. Nak2 mase kes ac mizal tu. sampai lingkup terus dek aidid ni. Hahaha. Aku sampai addicted dulu baca. Smpai takde bt keje lain. Haha.
    Sesape bace konpom akan teruja nak tau dan nak tau lagi..
    Motip aku reply panjang lebo ni pehal. Buat julung kalinya kehkehkeh. Ok. Adiosss

    Say no to MLM. Cewahhh.. Hehe

    Mls login

    ReplyDelete
  15. Lan : tu la pasal lan..citer ribu juta atas paper je conteng2.kahkahkah

    aien : aku akan bahan bile kompom ade point.dapat bola tanggung mmg kene smash la.haha.

    Bro khairul : nasib la bro dah serik.haha..udah2 la tu ye dak.hehe

    chuu : ko jgn la terlibat chuu..kot ye la rezeki ko tak tertipu..tapi sumber tu dah nyata riba..

    ReplyDelete
  16. Anon mls login : ko pon silent reader aidid gak ek.haha..pehal komen panjang lebar lak ni..demam.kahkahkah

    ReplyDelete
  17. Hehe terpanjang lebo sbb jarang aku jmpa org bt entry ni. So aku nak potpet2 takleh. Hihi. Aku silent reader jahh kat blog tu. tapi kat umah takdenye aku silent. Abis aku bising ingatkan mak ayah sedara mara aku supaya tak terjebak dgn MLM ni. Nak2 org2 tua yg takto surf tenet ni. Tkto hal sebenar. Kesian slalu kena dgn org promote MLM ni. Kang abis bgadai semata2 nak masuk MLM. Tp yg mne aku pesan jgn masuk then dok buat ckp pandai mmg gasak jela. pandai2 la kang klo rugi. Hihi.
    Ok sudahh. Pjg lebo sgt dah ni. Sekian :D

    Mls login

    Mls login

    ReplyDelete
  18. hampir juga.tp sempat sedar.
    ramai mber berMLM ni.hahaha

    ReplyDelete
  19. Wei, jahanam la entry ko ni. Ekeke. Tipu je. Aku pernah kena saiko dgn member skolah jgk. Masuk satu jenis MLM ni. Masa tu aku bujang lagi. So, takde alasan sgt nak mengelak sbb byk kali tepis dia kejar jugak suh ikut dia pegi kelas motivasi apa benda ntah. Aku ni, suka je nak test apa2 yg aku tak suka tpi sekali jela. Hanya bertujuan utk tengok dan experience sendiri. Nanti kan senang nak cerita kat komen entry ko ni. Heheh. Pergi tu dgr org berucap. Pastu ada majlis penyampaian sijil sebab jualan byk, yang aku paling tak bleh bla, kena menyanyi lagu 'CintaKu 100%' sebagai tanda, cinta 100% tu utk MLM tu. Aku mcm sampai skrg tergelak dlm hati. Tapi aku ada experience tu. Ko ada? Hahahahahah.

    ReplyDelete
  20. tak ada hati nak join2 bda cenggini..tak paham 1 hal, duet 1 hal..

    ReplyDelete
  21. syafiqakarim : elok la tu sebelum terlambat..konon sistem tu nak tolong sesama melayu tapi sebenarnya orang atas je kaya raya..yang bawah jadi balaci..kahkahkah..

    lyd : kahkahkahkah..aku penah jugak kene troll pegi ceramah haram jadah tu..tapi sebb kene troll la..bukan rela hati..apa pon aku syukur la tak pernah terlibat macam ko..kehekehkeh...

    cintazulaikha : buang masa je kak..kalau ade duit buat meniaga kuih tepi jalan lagi bagus..

    ReplyDelete
  22. MLM yang menyusahkan je..nak itu ini, kene cari orang sana sini sinun...pastu kene maintain bonus hapelahh,,ish3..

    ReplyDelete
  23. en suami aku pernah nak terjebak.dia mmg sng sikit kena psycho,jenIs yg cpt kesian dengan org.RM 500 gak la melayang.tu pun bayar tak full.

    aku hangin betul sbb benda nie dia tak discuss dengan aku.selalunya semua benda dia cerita.dia ada cerita n aku mmg tak sedap hati dah,tak tau plak dia dah hulur duit.

    tp takpe at least dia dh dpt pengajaran.klu sng nak kaya semua org dah kaya..say no to MLM..:)

    ReplyDelete
  24. Nasib la tu kutu.jadikan pengajaran..tapi lagi kesian kalau buat loan bank semata mata nak bayar bende tu..dah sah rugi pastu kene hutang bank pulak.yang kaya orang atas..tak patut betul..

    ReplyDelete
  25. aku dh terkene dengan UP***** dgn UN*********

    serius tak ingin lagi berMLM

    nak berMLM kat rumah sendiri lg bagus...

    ReplyDelete
  26. ZHULIAN?! Sy rsa mcm prnah dengar, wakaka! Sy prnh pergi Zhulian tu [time tu budak2, ada sedara la trikut2]

    Sblum Zhulian Sureco. Tp bg sy takde la 100% MLM. Diorg sbnrnya jual produk ksihatan la. Bkn ckp2 smata2.
    Tp ingt lg ayah sy nyanyi time rmai2 konvo Sureco [Xtau la MLM ke tak sbb Sureco pun jual brangan ksihatan sbnrnya]

    "Sureco, yo poyo!"

    Taktau la klu ayh sy pun tak berkenan dgn bnda2 mcm ni, wakaka!

    ReplyDelete
  27. Mungkin bisnes dia ajar dia "Sebagai orang bisnes, kita tak boleh keluarkan duit sendiri. Mesti keluarkan duit orang lain!" Slalu macam tu. Hoho..

    Saya pun tak pernah join tapi ada sedara-mara yang ikut dan tak kemana. Lama2 berhenti. Dalam RM800 gaklah burn begitu saja. Hoho..

    ReplyDelete
  28. Kalau saya nak cuba mana-mana MLM siapa ada idea company mana yg best? Ni tel saya 012-8888040, email saya arahim.mdamin@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...