Wednesday, March 28, 2012

Info : Lucid dream

assalammualaikum wbt..

Sejak aku tulis pasal sleep paralyse tempoh hari, orang yang paling terkesan dengan entri tu tak lain tak bukan bini aku sendiri..cakap je aku cepat pengaruh tv, tapi dia pulak terpengaruh bacaan..lebih-lebih pulak tu..kahkahkahkah..

Kelmarin dia tunjuk kat aku satu artikel dari FB dia ni.aku pon 1st time tau..kalau sebelum ni aku cerita pasal sleep paralysis kali ni dia tunjuk kat aku fenomena yang lebih kurang sleep paraylse tapi untuk di cipta sendiri..lebih kurang macam tu la kot maksudnya..istilah omputih diorang panggil LUCID DREAM..korang pernah dengar?

Disebabkan terpengaruh dari artikel tu, dah hampir dua malam bini aku ni tido macam mayat..kahkahakah..sory la sayang tercerita hal bilik tido pulak..hahaha...tapi ni takda kaitan dengan senggama atau aku nak buat iklan minyak urut senseoil ok..kakhkahkah..just bacaan ringan bak kata LIYAA MF ni..hahaha..


sumber : facebook oh media

Dari artikel ni bermacam-macam pendapat pulak aku baca..sebabkan aku malas nak ulaskan sangat, ni aku kongsi terus je la komen yang aku suka..korang nilaikan la sendiri..boleh jugak cuba sendiri di rumah untuk kepastian..malam tadi sebelum tido bini aku suruh aku cuba jugak..ada la dalam 15 minit aku jadi macam mayat tapi tak jadi apa pon.. nak tertido pon susah..hahaha..yang peliknya, dia boleh pulak tido..siap takda mimpi pulak tu..kalau tak buat macam tu setiap kali tido mimpi..pelik-pelik je la..kahkahkah...



KOMEN-KOMEN DARI ARTIKEL TU..


komen 1 :

Lucid dreaming = Korang bermimpi dan korang TAHU korang sedang bermimpi. Jadi korang dapat buat suka-suka hati korang dalam mimpi tu. Nak tambah watak lain pon boleh.

Kena tindih = Orang putih panggil "sleep paralysis". Takde kaitan dengan lucid dreaming. Masa ni orang putih dakwa korang sedang berhalusinasi, jadi korang akan nampak hantu duduk di penjuru katil dan korang tak dapat bergerak. Aku pon penah je, rasa macam ada beruk besar duk peluk aku. Lemas! Pegangan aku tentang hal ni 1/2 saintifik dan 1/2 alam mistik.

Mimpi korang nampak badan korang sendiri sedang tidur atas katil = ini dipanggil Out of Body Experience (OBE).


komen 2 :

kepada yang kate mngarut bagai korang dah cube ke ? Tak cube lagi senyap la .. aduh .. orang putih buat kajian berdasarkan kitab - kitab. Lucid Dreaming ni memang wujud .. untuk achieve LUCID DREAMING ni korang kene lalu fasa SLEEP PARALYSIS. Ok meh aku terangkan macam mane dye boleh jadi. At first, korang kene tidur care korang selesa, tpi korang tak leh gerak, selama 15-30 minit. Dalam fasa untuk mencapai SLEEP PARALYSIS nih, OTAK korang akan hantar impuls - impuls untuk test badan korang, contohnye dekat badan, otak akan hantar isyarat suruh garu, suruh bergerak, jangan layan impuls ni. JANGAN LAYAN walaupun gatal macam mane pun.

Sebab bile kite layan isyarat yang otak hantar,maknenye badan kite tak sedia untuk tidur so sebab tu jangan layan. Bila korang tak layan gatal - gatal kat badan korang, nanti korang rase yang gatal gatal tu hilang sendiri sebab otak korang dah hantar isyarat yang badan korang dah tidur. Lepas tu OTAK akan hantar isyarat kat telinga pulak. Korang akan dengar bunyi pelik-pelik, bunyi orang bercakap, orang bernafas, pon korang jangan layan bunyik nih, just tutup mate and buat buat tak dengar, fikir benda lain, jangan layan bunyik bunyik tuh walaupun bunyik tuh memang agak seram.

TAPI KENE INGAT, TU BUKAN HANTU. TU OTAK KORANG PUNYE IMPULS JE. Then bile OTAK habis test telinga, OTAK akan test MATA pulak. Masa OTAK TEST MATA, Korang dinasihatkan jangan bukak mata sebab korang akan berhalusinasi, korang akan nampak macam macam. Ada yang nampak kebayan tenung kita, ada yang nampak lembaga hitam mata merah, tapi jangan risau, tu bukan hantu, tu bayangan OTAK je. Orang putih pun nampak bende yang same. Sebab tu korang dinasihatkan jangan bukak mate.

Korang tutup je mata. OTAK akan test mata dengan satu care. OTAK akan hantar imej 1 dimensi. Korang akan nampak garis - garis lurus berwarna warni. Jangan konsentret tengok warne nih, fikir bende lain, lepas imej 1 dimensi nih abis, akan kluar plak imej 2 dimensi, korang nampak bentuk piramid, bulat, petak, hexagon la, macam macam. Lepas tu otak tukar imej 2 dimensi tu kepada imej 3 dimensi. Imej 3 dimensi ni korang nampak macam satu scene, tpi time tu korang tgh tgk scene tuh, Setiap orang scene dye lain lain. Untuk masuk dalam scene tuh, korang bayang kan yang korang ada dalam scene tuh, and then korang akan berada dalam 'SCENE' tersebut.

Bila korang ada dalam scene tersebut. korang 100% boleh kawal mimpi scene tuh. Korang boleh buat apa apa dalam mimpi tuh. Itulah LUCID DREAMING. Korang tak perlu risau kalau korang xleh bangun ke, ape ke, untuk kluar dari lucid dream, just tidur je dalam mimpi tuh, dan korang sedar yang korang akan bangun dari tidur tuh. Oh btw, masa proses yang korang pejam mate 15 - 30 minit tuh. Korang tak dibenarkan bukak mate tau. KAlau tak, korang kene ulang balik semula semua. Benda ni kene praktis selalu baru bleh jadi selalu. Ok. Selamat Mencube.



p/s : fuhh..tak sampai 10 minat siap satu entri..untung la kopipes..kahakahkah..

30 comments:

  1. kuhkuhkuh. menarik. tapi nak try takott...

    ReplyDelete
  2. Try la..aku cuba tak jadi apa pon.haha

    ReplyDelete
  3. nak try la..nak test otak sendiri :D


    otak manusia memang unik, tak habis teroka lagi, selain day dreaming angan macam2 boleh la...kalau lucid dreaming ni...errr baru tahu.. terima kasih kongsi info yang macam ni..

    ReplyDelete
  4. Bravo! Siap jugak entry ni. Untunglah plagiat. Naseb baek kasik kredit. Kahkah!

    Err Minyak urut senseoil. Wakaka!

    Aku baru tau doh pasal ni. Time kaseh komen 2 for details explaination. Untunglah Pakcik kopipes. Haha!

    Tapi aku rasa aku tableh buat laa. Sebab aku start letak kepala atas bantal je dalam 5 minit aku dah gone dah. Tak sempat laa nak berhalusinasi. Kahkah!

    Err bacaan ringan eyh? Tu kalau aku tak cakap balek tu kau tak ingat pun kan? Mwahaha!

    ReplyDelete
  5. wah..menarik2...komen yg no 2 tu best, nk try tp tak berani..haha, sb kalau blh nk try yg test mata tu tp nk bkk mata...hihi...memang tak la..

    ReplyDelete
  6. aien not alien : cube ye ain..kalau jadi aku nak try lagi mlm ni=))..dah macam mayat je tdo..hahaha..

    liyaa : aku bagi kredit kat gambar tu je la..nak kredit komen tu aky tak tau cmne..sebab komen tu kat fb je wei..kahkahkah..

    aku try malam td pening jadinya..hahah

    miss purple : ala try je la..aku nk bukti yang kukuh baru aku percaya bende ni..dah aku try tak jadi,penat la nak try lagi..haha

    ReplyDelete
  7. Ada test2 jugak ke? uhuhu. INgatkan masa skolah je kena amik test. Tapi kalau mimpi, cemana nak tau itu lucid dream ke tak ek? Aku kalau mimpi tak sempatnya nak kawal mimpi tu. tapi dia punye meleret blet tahan.

    ReplyDelete
  8. Waaaah! Info yg trbaik dari ladang ni! Nak cuba la! Macam sronok je! Alrite, mesti best ni!

    Bro pun cuba la, manalah tau dpt mimpi syok2, wakaka!

    ReplyDelete
  9. ni kalau bole jadi msti best., bole uat pape je lam mimpi tu., tp apsal ade bunyik2., n bayangan seram tu., x sure la aku bole tahan ke tak at 1st 15 minit tu., malam ni kne try wakaka

    ReplyDelete
  10. EHEMM²

    malam ni taknak la tido ngan u..buek

    ReplyDelete
  11. menarik.. macam nak try.. tapi aku ni dah r jenis susah nak tido.. kecuali betul2 penat.. buatnye tak dapat tido dalam mimpi tu.. tido betul2 terus aku jawabnye.. ish ish..

    rase ade sorang member aku pernah alami bende ni.. reaksi die pastu? ngeri kate nye!!

    ReplyDelete
  12. bunyi mcm seram la pulak.. tp interesting la pulak. mimpi nk kawen dgn ank raja leh?

    ReplyDelete
  13. lyd : hahaha, kaki mimpi la ko ni ek..toksah buat la lyd..mungkin sekarang pon ko tengah lucid dream tapi ko tak sedar..hahaha..

    sis al : aku dah try malam tdi..tak jadi..takpe la mlm ni aku try lagi..hehe.

    chuu : kalau ko takut cakap je la chuu..hahaha..

    mem : ala, tak sleep paralyse la tak tido sesama..hahaha..

    kay are : perghh..member lu penah jadi ek..kene interview dia ni..hahah..

    el jana : lorr..very old fesyen la ko el..hahaha..ade ke nak kawin dengan anak raja...mimpi la kawin dengan mark zurkerberg ke..hahha..

    ReplyDelete
  14. aku baru juga tahu pasal lucid dream nie.macam mana nak cuba klu letak kepala je teru ghaib.tido tak sedar diri.kihkih..

    ReplyDelete
  15. Nk try tp confirm tak jadi sebab terus nyenyak tidor.. hehehe xD

    ReplyDelete
  16. Grrr.. aku try x jadik ponn.. x sampai 15mnit aku dah dead lol!

    ReplyDelete
  17. pn kutu : hahaha, kaki tido memang cm gitu kutu..hahah

    nurul : cer fokus sikit..mesti boleh..hahaha

    chuu : ko dah try malam tadi ek..hahaha..takpe..praktis make perfect chuu..haha..

    ReplyDelete
  18. jaga2 bro..nanti balik org umah suh tido luar sbb ko dah citer hal kisah dalam bilik kat orang..hahahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  19. aku try tapi dah ade gaya nak transform jadi zombi jekk . alahai !

    ReplyDelete
  20. Hahaha..cmne boleh jadi zomba pulak ko..jauh larinye tu.ekekek

    ReplyDelete
  21. dah cuba & tak boleh fokus pun, dalam sekejap dah terlena dibuai bantal :)

    ReplyDelete
  22. tiap kali nk cube tringt ayat2 kt blog kao., test mate lah.. test tlinga lah.. mne nk jd -___-

    ReplyDelete
  23. Rasanya saya selalu ot alami lucid dream ni masa kecik2 dulu. Lagipun itu selepas tengok filem2 aksi cam back to the future, terminator dan sebagainya. Mimpi jadi hero dan dekat2 nak bangun, boleh pilih2 watak. Lol. Selalunya memamng nak menang lah. Haha..

    Plg tak best ialah mimpi nak terjatuh. Benda ni selalu mengejutkan diri dari tidur. Masa kecik memang dunia tanpa sempadan.

    ReplyDelete
  24. selalu mimpi basah je, hikhikhik

    ReplyDelete
  25. aku nak test sekarang juga!

    10 minat? lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. cet..hahahaa..tu je ko nampak..kegagalan typo disitu..kehkehkeh

      Delete
  26. Nak tanya kejap eh, Tak berdosa ke ni?

    ReplyDelete
  27. lucid dreaming ni memang selalu jadi pada saya padahal bukan kita nak pun..

    ReplyDelete
  28. Berdosa kepaler hotak hang. Ini cuma mimpi lahh. Mimpi tidak berdosa lahh bro.
    Aku dah cuba nak buat lucid dream ni. Masa ak pejam tuh, mata aku jadi tertutup rapat. Kmudian aku bangun. Fuhh.. adkah itu effect drpd lucud dream ?

    ReplyDelete