Sekarang ni terlalu banyak teori konspirasi muncul..aku sure korang semua biasa baca, tengok youtube atau mungkin memang peminat setia teori konspirasi..hehehe..aku buat entri ni sekadar nak jelaskan kat korang yang aku tak suka serabutkan kepala otak aku dengan macam macam teori tu..sekadar baca boleh la..
Apa yang aku nak cakap ni hal simple je..pasal filem..sebabnya aku memang suka tengok filem atau movie ni..macam yang teori konspirasi bongkarkan..contonya dalam"the arrival"..yahudi dan freemason sekarang ni tengah berusaha nak mind control kita walaupon memang yahudi dah terang terang kuasa dunia sekarang..
So dari situ, filem filem Hollywood yang aku suka tengok ni ofcoz la dari diorang semua ye dak..bila dah semuanya dari diorang apa yang nak diteori konspirasikan lagi pasal filem filem diorang tu..nak ada unsur unsur penyembahan setan ke, yahudi ke, masonic ke, nak pelik apa..dah sah sah tu memang cerita diorang...tak nak unsur freemason tengok je la 'tanyalah ustaz'..hahaha..
Batman The Dark Knight..filem Batman terbaik bagi aku..salah satu filem yang sarat dengan unsur freemason..So what?
Ramai bijak pandai huraikan pasal ni..boleh kata semua cerita Hollywood ada kaitan dengan freemason..dah tu tak boleh tengok ke filem Hollywood tu bro?hahaha...pandangan aku senang je..sebab aku suka tengok movie, aku tak peduli pon pasal tu..orang yahudi masukkan elemen keyahudian tu pasal diorang nak tunjuk la diorang bagus,diorang hebat,diorang baik..tu je..tak jatuh murtad pon kot kalau kita tengok..aku tengok untuk hiburan je..
Kalau kita tengok filem diorang tu pon tak mungkin kita dari melayu boleh jadi orang yahudi dan tetiba je boleh jadi ahli Illuminati tu kan...hahaha..Orang yahudi tu pon tak paksa la orang islam pergi tengok cerita diorang..korang jugak gatal nak tengok dan support filem diorang..pastu bila dah keluar teori konspirasi freemason dalam filem, marah pulak...kahkahkah..
Oklah, tu je la aku nak story kali ni..nak kondem lebih lebih kang ramai pulak orang hentam aku balik..hahahaha...pada korang yang suka baca teori konspirasi ni harap jangan ambil apa yang diorang tulis tu bulat bulat..nama pon teori dan belum tentu betul..pikir la sendiri sebelum percaya..hehe..aku cakap camni sebab aku pon suka jugak baca teori teori ni..kadang kadang tu lawak pon banyak..hahaha..apa pon harap u all jangan terlalu paranoid dan dimomokkan sangat dengan teori konspirasi tu ok..
paranoid = (psikologi) #gangguan mental yang merujuk pada seseorang yang percaya bahawa orang lain sentiasa mengancamnya dan menganggap dirinya berkedudukan penting (walaupun pada hakikatnya tidak)
#kecenderungan untuk mengesyaki dan tidak mempercayai orang lain dengan berlebih-lebihan.
gua harap jgn lu pulak paranoid nye
ReplyDeletehahaha...gua ilek je der..hahaha..
ReplyDeletehanya org yg tak waras ja tak perasan yg yahudi tuh nak tunjuk pandai dlm ceta depa. sama cam en YM jugak, saya tgk movie omputih just nak happy, bukan nak amik kira apa yg depa tunjukkan, ni kan plak nak follow2..tader makna derr...hehhe
ReplyDeleteterbaekkk r entri nih..:)
wow.. nice gak entry ni..
ReplyDeletekita ade pegangan kite dari lahir lagi. xde hal la klw stakat tgk jer. tgk blue lg bdose.haha
ReplyDeletekahkahkahkah..sempoi kau ali..tapi blue yang best tu..er..hikhikhik..
ReplyDeletetak pasan lah pulak ade unsur freemason...hnye skadar hiburan..:)
ReplyDeletebila tak cukup ilmu didada tu yang jadi paranoid terlebih tu..kadang2 menonton tak semestinya akan terpengaruh kan??hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
hahaha..banyak la izz..tapi biaq pi la freemason ke apa ke..kita nak layan tu sekadar hiburan je ye dak..hehe..
ReplyDeleteyaa..betul tu lan..dari kecik aku layan movie takde pulak terpengaruh jadi freemason..hahaha..
ReplyDeleteApa kejadah teori tu sume? Tak payah nak terlalu taksub sangat laa menghuraikan benda2 yang kusut ni kan? Kadang2 dunia sekarang aku rasa maken lama maken banyak pantang larang daripada sumber yang ntah mana2. Sampai tak larat nak amek tau.
ReplyDeleteMalas laa nak cakap lebih2. Aku pun bukan berknowledge sangat pun especially pasal bebenda ni. Kang salah cakap pulak. Hehe.
ko dah ckap lebih 10 patah perkataan dah makcik..lebih lebih la tu..kehkehkeh..
ReplyDeleteOkeyyy, aku cancel komen yang tadi. Lebih2 pulak kan? Ni je komen aku sepatutnya.
ReplyDeleteI kenot brain for all of this! What the fish!
Fuhh! Naseb baek ngam2 10 perkataan. Haha.
hahaha..sengal
ReplyDeleteHmm.. Teori konspirasi. Dh tgk jugak video The Arrivals. Mmg gempak. Sy respect org2 yg reveal teori konspirasi ni. Niat diorg nk mngingatkn, tu je sbnrnya. Skadar kutip ilmu diorg kasi, dah cun dah.
ReplyDeleteTak prlu nk beratkn sgt bg sy klu kita ni bkn abang bsar. Mksud sy, klu kita ni bukn pihak yg brkuasa and brdaya utk mansuhkn club Freemason tu smua, baik tak payah nak maki2, nak kecoh2 pasal teori2 ni. Buang masa. Org dngar pun nyampah.
Skadar kongsi ilmu, kongsi mklumat, ok la tu. Jgn taksub sgt. Yg pnting kasi tgk amal2 kita smua. Tu ha, doa tu senjata. Itulah yg trmampu buat msa skrg.
Sy pun ngaku, bila mndalam sgt tau teori2 tu, tiba2 mcm paranoid. Bila dh lama2 skit and mntak jauh dgn paranoid tu, bru dh ok and dh tak hairan.
Mudah2han dpt jdi pngajran, jgn taksub sgt.. Nnti yes, paranoid..
pandai ko menghuraikan isu2 kusut ni eh.,ade ape dengan konspirasi. ini semua rancangan syaitonirrojim! ekeke :P
ReplyDeleteAku blum tgk the arrivals. Tapi aku tak nafikan dlm byk movies Hollywood diselitkan dgn teori konspirasi ni. Jgn tak percaya. Cuma, walaupun ada terselit, takde la sampai jatuh murtad atau haram tgk. Sbnrnya aku pun selalu paranoid jgk dgn movie2 ni sbb aku rasa mereka berkomunikasi melalui filem. Haaa.. paranoid tak aku. Mcm ada satu movie tu, aku dah lupa tajuk dia.... kat terowong punya signboard yg biasanya ditulis 5M atau berapa meter, tapi kat situ dia tulis 9/11. Pastu kebanyakan movie menggunakan 'mata sebelah' sebagai elemen penting. Byk le movies yg camtu. Tapi aku takde la sampai rasa bila tgk tu aku otometik dah jadi ahli Illuminati. Aku hanya rasa nak tau apa yg cuba derang sampaikan je. Dan movie hollywood ni biasanya tak kosong. Apa-apa pun aku paling suka The Lord Of The Ring *tetiba je*. hehe.
ReplyDeletealhamdulillah tak penah lagi rasa nak ikut..inshaAllah..doakan agar kita terjaga dari perkara2 yang tak patot.....tengok movie sebab jalan ceritanya best..kalu yg melalut, padam terus.. ^_^
ReplyDeleteSalam pekenalan ..umi dah tengok video the arrival ..rasa seram pulak tengok video tu .. tak habis umi tengok ..ada sesetngah perkara yang diketengahkan tu ada disekeliling kita hrmmm ..
ReplyDeleteaku sendiri cepat paranoid dan aku tak suke
ReplyDeleteParanoid sikit saja
ReplyDeleteAware YA
Konspirasi ttg bekalan import harian
Ramai rakyat kita kerja di bawah francais2 import sub-sub zionis.
Contoh Coca-cola, Pepsi, Nestle, Starbucks
Even bedak & makeup spt Avon, Chanel,
Edar makanan di rak-rak kedai tempatan banyak yg import.
Rakyat kita pelbagai kaum hidup harmoni beli peluru untuk zionis tu melalui cukai yg dikenakan kerana guna jenama kompeni2 francais2 asing ni
Bulan lalu perbalahan antara konspirasi McDonald & KFC, hina sesama cina & melay, padahal jenama yg dihighlight jenama francais import zionis dari barat
Rakyat kita memang banyak yg berkerja dgn perdagangan jenama-jenama zionis.
Duit gaji bulanan rakyat bawahan kita tu cukai dari barang2 import zionis. Sah di sisi undang-undang kata mereka
Belum politik demokrasi lagi tu
Sedih betul
anon : ye,aku memang aware hal tu cuma tak berani nak sentuh je la kat sini..memang sedih..thanks utk komen yang bagus ni..
ReplyDeleteSkrg mmg bnyk filem2 asing menjengah ke negara kita pastu diselitkan lah elemen2 yang kadang2 boleh menganggu-gugat keimanan seseorang. Namun dengan adanya KDN, hal semacam "Erika Badu berserta tatunya" mengingatkan ramai yang beragama Islam betapa wujudnya mereka-mereka yang tak prihatin dengan pegangan agama di negara kita.
ReplyDeleteSkrg pun kecoh pasal isu Israel itu-ini dan juga zionis dengan barangan export mereka. Mgkn lebih afdal kita buat penilaian sendiri dan membuat pilihan kita samada nak turut serta atau tak. yang pentingnya, jagalah kedaulatan dan kemakmuran dalam negara ini terlebih dahulu.
aku malas amik port bab teori nie semua.dh malas nak fikir sejak habi belajar.haha..
ReplyDeleteaku jarang layan filem barat,aku sokong industri perfileman malaysia..kahkah..
apapun, semoga input, cas positive saja yang boleh menyerap masuk ke minda buat selamanya. yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan!
ReplyDelete*kalau difikir2kan kembali, lebih baik tiada hiburan dalam dunia ini supaya tidak timbulnya masalah dan persengketaan antara agama, nusa dan bangsa hiks. PEACE!
sekadar tahu rasanya tak salah.. apa yang penting, lengkapkan dan cukupkan bekalan untuk kita sendiri nanti.. asik pk mende-mende ni, tapi masih taknak baiki diri, tak guna jugak.. arrival tu aku tengok. mula-mula rasa cam seram, tapi bila pk balik, itu satu dimensi yang lain. kalau taksub sangat..apa pun tak boleh...
ReplyDeleteapsal org yg komen kat sini sume panjang2 komen dy wahahaha.,, ko makin otai la kawan :D
ReplyDeletehahaha..awwww..ko jangan mengotai2 kan aku chuu..geli lak aku dengor..ekeke..sebenarnya pembaca blog aku la yang otai..sebab tu leh komen panjang2..hehe..
ReplyDeletesuka tengok filem luar, biar berat memikir untuk hiburan, dari terbodoh sendiri dengan lawak mengutuk bangsa sendiri macam filem rempit2 ni...opsss!! haha..
ReplyDelete*ada akal guna, jangan mudah terpengaruh
erkk aku dah lama tak tengok movie, sibuk study huhuuuuu
ReplyDeleteeh bila kita nak lepak2 nih??