Friday, March 30, 2012

Korupsi

assalammualaikum wbt..

Minggu lepas aku ada la bersembang dengan bos aku sorang ni..kat opis aku ramai bos ye..harap maklum..hahaha..aku kalau boleh selalu nak mengelak je dari jumpa bos aku sorang ni..kalau dia jumpa aku just nak bagi kerja aku tak kisah lagi..yang aku tak sanggup tu sebenarnya bila bercakap dengan dia, dia tak reti stop..kesimpulannya dia bos yang peramah, tapi bila bersembang aku tak larat nak dengar lama-lama borak dia..hahaha..

Tapi sebabkan haritu aku dah kantoi tak sempat lari dari dia, terpaksa la aku tebalkan telinga aku sejam dua dengar yang dia nak bebelkan..haha..tapi aku tertarik jugak pasal isu global yang jadi topik masa tu..pasal rasuah..yela kan..borak bos-bos takkan dia nak sembang pasal main futsal pulak kan..kehkehkeh..

Serius sekarang baru aku sedar rasuah memang menjahanamkan orang dengan negara..buktinya korang tengok indon la..kalau ikutkan negara indon tu patutnya lebih maju dan kaya dah dari negara kita ni..tapi sebab masalah pemerintahan yang korup la jadi negara camtu..kroni je kaya raya..Indonesia tak silap aku negara kat asia tenggara ni yang paling kaya dengan minyak..tapi lingkup jugak syarikat dorang..why?..


Bila dah dari pemimpin pon membudayakan rasuah, tu yang akhirnya rasuah dah jadi benda bukan perlu dimalu lagi kat sana..serius beb..kalau kat mesia ni, orang cakap nak rasuah masih ada sifat malu-malu ye dak..nak bagi sorok-sorok lagi bawah meja..tak pon selit-selit la duit tu dalam apa-apa janji orang tak nampak..

Tapi jangan terkejut kalau di indonesia, rasuah diminta secara terang terangan je..duit kopi katanya..huh...harap kat sini jangan la jadi camtu..jahanam habis..citer pasal rasuah kat mesia pulak,dari apa yang aku google, keputusan tinjauan yang dibuat Transparency International Global Corruption (GCB) 2010 yang meletakkan bahawa polis dilihat sebagai paling korup dengan nisbah 4.1/5.0..lepas tu parti politik (4.0/5.0) dan Ahli Parlimen (3.4/5.0).huhu..Rakyat mesia hebak jugak kan..kan..mesia boleh...hahaha..statistik yang terbaru aku tak jumpa pulak..hehe..



Nak cerita pasal Kerajaan aku sama sekali tak layak dan memang ibarat sampah je cakap aku ni..tapi apa yang aku nak sampaikan, kalau dah kita tak mampu nak buat apa-apa dengan kekorupsian Kerajaan..cukup la sekadar kita sendiri jangan terlibat..tobat dah aku tak nak rasuah lagi abam polis yang nak saman aku tu..nak saman, saman je la der...hahaha..cukup la yang sebelum ni ramai dah aku terasuah(diorang yang mintak ok!!) aku bagi je la sebab nak settle..hehehe..apa pon rasuah tetap berdosa tak kira la yang memberi atau menerima..ye, aku janji tak buat lagi..-_-'


**Penjawat awam Kerajaan pon main rasuah jugak rupanya(tak semua la) demm...tak hulur lu tak jalan kerja..fail buat pekasam..waklu..



p/s : S.O Pejabat Tanah tuttttt....sudah-sudah la makan rasuah tu..tampo kang baru tau..kehkehkeh


19 comments:

  1. Hmm.. Bunyi gerun je.. Serius, tiba2 tkut klu ada trlibat dlm tak sdar. Actually ada bca blog previous bro psal MLM la apa.. Dh kecut perut.

    Harini rasuah pulak. Serius bro, mntak jauh sgt2. Lg2 klu msuk bab syarikat2 ni. Pergh, mmg byk dugaan!

    ReplyDelete
  2. org mkn rasuah ni mmg nk kne tampo., sian ke rakyat -____-ll

    ReplyDelete
  3. sis al : hahaha..gerun jugak aku ko dah cakap mcam tu..haha..macam aku ni tulis bende berat je..adehh...ekeke

    chuu : mkn la mekdi ke kepsi ke kan chuu kan..kan..kan..hahaha..tampo kang!!

    bro kairul : adeh bro..terasa sgt aku macam perosak negara..waaaaa..tobat tak buat dah..haha..

    ReplyDelete
  4. hee. rasuah. aku kan budak kecik lagi. orang je yg rasuah aku. aku tak de nyer rasuah orang.

    ReplyDelete
  5. sejak dulu pon rasuah nih tak leh ditanggani...

    ReplyDelete
  6. Hahaha! Takde la bro, benda masuk perut! Kalau keluar balik takpe, ni mana yang perut serap tu, turun kat keturunan pulak. Rosak!

    Malaysia ni kena ketatkan lagi la undang-undang. pssst, bro. Even Menteri pun berjudi kat Putrajaya sana. Duit 10 ribu kena halau, tak cukup.

    Ni bkn main ckp, tp tau dri driver yg bwk org kena halau tu.

    ReplyDelete
  7. Yey! Mekasih En Boy. Beri idea utk aku tulis entry baru. So next entry aku ialah tentang kisah aku rasuah polis.

    Kan ada hikmah ko layan sembang dgn bos ko walaupun dgn nada terpaksa. Bleh dapat idea tulis blog.

    ReplyDelete
  8. terima kasih la kat bos bagi idea nak buat karangan ni...haha



    setuju dengan kata-kata "kalau dah kita tak mampu nak buat apa-apa dengan kekorupsian Kerajaan..cukup la sekadar kita sendiri jangan terlibat.." ingat sampai bila2!!!


    kopipes kat komen takpe kan kan kannnn :p

    ReplyDelete
  9. Aik Bro? Ada isu dengan pejabat tanah ke? Haha..

    Rasuah dah amat berleluasa kat negara ni.Kat Sabah khususnya, ramai je pemimpin or big boss kena tahan sebab rasuah. Apa yang xbestnya, hukuman mereka xsekeras mana. Rasuah menjahanamkan bangsa. Bak kata Dr. M (penah terbaca) "Lebih bek makan khinzir berbanding rasuah. Khinzir sorg2 makan, rasuah, anak beranak bini semua ikut sekali" Tapi bg yang tak makan khinzir, jgnlah makan sbb haram kecuali darurat.

    ReplyDelete
  10. betul2 tu..rasuah kat sana terlampau teruk sampaikan nak jadi anggota polis pun kena rasuah dulu baru dpt masuk akedemi polis..isk..isk..itu antara yang aku dengar laa..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. cinta zulaikha : biase la kak..susah nak bendung bende ni..hehe..

    sis al : tu pasal rasuah menjahanamkan negra ye dak..makn sumber haram..adehhsame je macam judi,riba...

    lyd : hahaha..takpe..kite kongsi2 la idea..hahaha..hikmah mmg hikmah,tapi telinga aku nak bernanah dah dengar dia sembang..hahaha

    aien : mekasih boss..hahaha..

    apple : a'a bro..ada la pejabat tanah satu ni..aku nak buat permohonan no lot pon nak pow duit..belum buat permohonan tanah lagi..adehh...

    lan : isk..teruk sangat tu lan..hahaha..nak jadi polis pon kene hulur dulu..gilaaa...hahaha

    ReplyDelete
  12. Untunglah orang kaya boleh bagi rasuah. Untunglah orang terima rasuah boleh jadi kaya. Hangguk dorang laa! Ahaha.

    Err macam bangang jek komen aku ni. Kahkah!

    ReplyDelete
  13. zaman sekarang ni rasuah berleluasa.kadang2 kita terjerat dengan istilah 'duit kopi'.nak tak nak terpaksa gak bagi supaya urusan kita menjadi mudah..

    aku pernah gak sekali kantoi dengan polis.dia mintak rasuah rm 50.terpaksa bg,klu tak kena byr 300 der.len kali tak buat lg.hakhak..

    pasal negara aku no komen.yg aku tahu rasuah mmg berleluasa..:)

    ReplyDelete
  14. liya : hahaha..komen ko terbaik makcik..tah apa-apa je..ekekeke

    pn kutu : tu yang dikatakan matlamat manghalalkan cara kutu..senang citer tetap haram..kopi tak tak kopi..hahaa..aku pon pasni takmo dah hulur2..nak saman, saman je la..

    ReplyDelete
  15. boyaa : adehh ko buat aku sentap la payeh=))..ok2 sebab ko budak kecik ko baca je komen org tua ek..ni komen aku..hahaha...

    ReplyDelete
  16. sebab apa jepun kaya?sebab negara dorang tade rasuah....

    ReplyDelete
  17. aku xpernah merasuah tp kalo selalu belanja mkn tu kire rasuah ke? hehheeee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...