Tuesday, January 1, 2013

Breast feeding in public..

Amaran : Entri 18 tahun keatas..

assalammualaikum wbt...

Aku taknak cakap banyak dalam entri ni  pasal isu dah lapok..mantot Cursing Malay dah kira meluahkan bagi pihak aku jugak..tapi sekadar nak tengok apa pendapat engkorang semua pasal hal ni...

Sebagai bakal ayah tak lama lagi, aku jugak mengharapkan anak aku nanti akan dapat penyusuan yang terbaik dari ibunya.. yang timbul isunya sekarang wajarkah breastfeeding di public?

Para ibu-ibu yang sedang menyusu badan untuk anak, aku ucapkan tahniah sebab dah memberi anak anak yang terbaik dan ianya juga merupakan satu ibadah yang dituntut..

Tapi bagi pendapat aku, aku sangat la tak menyokong breastfeeding di tempat awam ni..pelik jugak siap ada acara besar besaran yang mendapat liputan media tempoh hari di KLCC..hahha..


Breasfeeding flashmob KLCC ni sebenarnya pon tercetus berpunca daripada beberapa insiden yang boleh dikatakan menzalimi hak ibu menyusu di KLCC dimana para ibu ibu ni dihalau semasa menyusu di surau dan bangku KLCC..

Golongan yang menyokong hal ni ada juga ada yang bersuara " takkan aku nak susukan anak kat tandas, jijik beb"..dan macam-macam alasan lagi la..

Masalahnya dalam kebanyakan yang aku jumpa public breastfeeding ni, tak ramai yang menggunakan nursing cover tu..kalau yang dah betudung tu boleh la jugak cover sikit..bayangkan yang freehair pastu main selak je tak pakai nursing cover..nampak tetek..hahaha..



Contohilah anon ni..wa respek lu..


So terpulang la pada diri sendiri..tapi bagi aku, aku takkan bagi bini aku breastfeeding kat tempat awam kalau takda nursing cover tu..bukan apa beb..seriusly apa yang dibuat tu agak mengganggu sebenarnya..Penyokong NIP ade yang mengatakan tak suka jangan la tengok..tapi yang jadi masalahnya, kita  pasti akan tertengok jugak bila kejadian tu di tempat awam..ingat KLCC rumah agam lu ke apa..hahaha..



mmg la pahala banyak puan..tapi hati2..buatnya terselak yang takda cover tu..pree je laki bini dapat dosa..kehkehkeh..apo pon bagi aku, BF kat public memang mengganggu..tak menjejaskan kehidupan orang lain waklu kalau orang terpaksa alihkan pandangan..kehkehkeh...


Benda ni selalu dah jadi kat aku..nak taknak aku yang akan alihkan pandangan..aku yang jadi malu..tu ke yang dikatakan tak mengganggu orang..tolong la..kalau takde perasaan malu pon..orang yang tengok yang jadi malu cik puan..(yang ni untuk yang BF tanpa nursing cover tu la yer)..

Kesimpulannya..beli la nursing cover  tu untuk BF kat public..berapa sen sangat je lah..shopping kat KLCC boleh, cover tetek takkan takleh beli..hahaha...kalau tak pon..usaha la cari tempat-tempat tersorok dari lelaki..kalau sama-sama perempuan takpa lah..nak seribu daya..hehe..

Apa pendapat golongan ibu yang baca blog aku ni??



p/s : nasib bini aku sependapat dengan aku jugak...hehe..


82 comments:

  1. walaupun aku bukanlah golongan ibu-ibu mengandung, tapi aku nak komen jugak. peduli apa aku. hahaha. weiii~ kenapa dia buat kat public macam tu? tak sanggup aku. tak sanggup T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pon bukan golongan mengandung dan menyusukan para..hahaha..bagi alasan kenapa ko tak sanggup?depa tu selamba je...

      Delete
    2. taknak aku. biar la laki aku je tengok. kalau betul aku perlukan khidmat nasihat pun, aku rela pegi jumpa doktor @ misi peribadi. serius. malu weiii. biarlah orang cakap normal ke apa ke.. haishhh. tak dapat aku bayangkan.

      Delete
    3. aku tak tau apa kaitan pegi jumpa doktor peribadi yang ko cakap ni para..ko sakit ke?hahahaha...

      Delete
    4. Kiranya ko agak berlembut la dalam isu NIP ni berbanding Cursing Malay. Kalo si Mantot lagi la pakai nursing cover pun dia tak bagi. Tapi yang kat KLCC tu kena halau kalo breastfeed kat surau mmg melampau la. Kat dalam surau ke luar surau? Hehehe.

      Aku plak, mmg in sya Allah akan cuba untuk tidak mem'breastfeed'kan anak aku in public. Sebab wp aku ni selalunya muka selamba dalam kebanyaka perkara, tapi nak selak baju di tengah2 laman tu memang aku sgt malu. Walaupun dalam tudung, tapi bagi aku breastfeeding ni adalah satu perkara intimate antara aku dgn anak aku. Sama mcm aku peluk cium husband aku. Itu perkara intimate yang aku taknak org lain nampak. Tapi apa-apapun, kalau org lain nak breastfeed anak dia kat public, aku still hormat prinsip dia. Manusia ni kan ada macam2 perangai. So, yang penting aku jaga diri aku je sebelum aku judge org lain.

      Delete
    5. hahaha..mantot garang sangat..aku tak pasti la hal kene halau tu..tapi dengar citernya camtu dan sebab tu kaum2 ibu ni protes dan akhirnya jadi la acara KLCC Breasfeeding flashmob ni..haha

      prinsip apa la sangat pasal NIP ni ldy..haha..bukan takleh pon kalau nak BF tersorok sikit..bak kata ko hal tu kira intimate kan.bagus la ko pikir camtu..kalau jenis yang tak kisah, terpulang kat dia la..haha

      Delete
  2. wah, sejak bila BF nih, xtaw pn.. agak dasyat jgak tu.. sape yg cdgkan buat ni kt tpt awam? ape xd tpt laen ke? ish3.. ..

    -gadis-

    ReplyDelete
    Replies
    1. dh lama pon emma..siap jadi acara tahunan dah pon..hahaha..

      Delete
    2. laaa yeke? asal aku ketinggalan sgt ni.. ap yg pntg.. BF ni xpatut la dibuat.. maruah2...

      Delete
  3. aku pun sebagai perempuan malu bila tgk org tgh menyusukan anak ni.. rasa nak suruh dia menyusukan kat lain je.. malu sgt..malu..(kenapala suami mereka tak larang..?)
    harap2, tak de org bantai komen aku ni mcm org2 bantai komen kat mantot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ko pon malu apatah laki cam aku ni kan..kat entri mantot tu aku rasa balen je yng pro and kontra dia..
      Tak kira la apa.aku tak sokong bf public..

      Delete
  4. Bab NIP ni aku pun takleh blah kalo spesis tak pakai cover tu. selalu sangat dah tengok jenis ni. Naik segan lak aku terjojol gitu. Tapi part tu lantakla dorang. Dah beso panjang pandaila pk kan. Cuma kadang2 aku tengok org yg fully BF ni obses sangat part kutuk org yg tak fully BF padahal dorang taktau apa masalah org yg tak fully BF ( certain org) Motip kata bagi anak susu lembu seakan lembu ke hape tah aku pnh terbaca. Hangin pulak aku yg BF anak tak lama ni. Sesuka suki je cakap camtu then sedap2 tuduh org tak usaha nak tambahkan susu. Cettt. Masalah org takkan nak cite semua kot. Hishhh. Sori aku emo lak eheh

    Malas login

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang obses BF sampai kutuk orang suka2 hati tu aku tak tau la..cam anon aku print skrin tu pon cakap camtu gak la..celaka mulut makcik2 tu..hahaha..

      Delete
  5. wayang free.. haha.. kenapala suami diorang tak larang ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pree pon aku rasa tak ingin orang nak tngok mad..malu ade laa..hahaha..bukan cantik pon..kehkehkeh..

      laki diorang galakkan kot..trololo...

      Delete
  6. bila sifat malu dah hilang dari diri manusia, macam2 alasan dorang buleh bagi.. untuk merelevankan perbuatan dosa masing2.

    waktu muda mudi dulu orang suruh belajar agama kasi habis.. malas. last2 keluar la stetmen.. "sukati saya la nak buat apa saya suka. kalau korang tengok korang la dosa." what the pfffttt.. nak cakap tu pakai otak la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. woaa panda..cam marah je..cool men cool..haha...orang yang berpikiran suka hati nak buat apa tu, payah la..ingat kubur masing2 tu kalau mati boleh tanam sendiri ke..kan kena orang orang tanamkan gak ye dak..hahaha..

      Delete
  7. Akak sgt emo dgn puak2 yg obses dgn BF nih. Kerek gila dgn org yg x mampu nak full BF. Tak faham ke rezeki manusia ni Allah bagi tak sama? Tak tahu ke masalah setiap orang itu tak sama? Anak akak sulung si Amsyar mmg takde rezeki dia. Jenuh buat macam2 dah dekat 2 minggu pun baru sikit yg keluar. Time tu dia pun dah taknak. Stress usah kata la time tu.

    Qisya adik dia Alhamdulillah dapat. Sempat la smpi 2 tahun lebih walaupun campur FM. Yang geng BF yg obses ni kalau boleh nak tunjukkan betapa bangganya diaorang berjaya BF anak diorang. Riak tak bertempat. Nyampah betul. (akak mmg emo bab ni. Jenuh terasa hati dah dgn puak2 yg obses tu.)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg wujud ek kan puak2 camtu..tu la kan..ibu mana taknak bf anak sendiri kan..diorang tak paham kot..sabo kak..jgn emo sangat..hahaha..

      btw, pasal NIP tu apa komen ko kak...tu yang penting aku nak tau sebenarnya..hahaha...

      Delete
    2. Komen akak....NYAMPAH! Tak malu ke hape punya mak budak..

      Delete
    3. woaaaa..caya la..sebab akak dah ramai anak, aku salute la sebab masih ade perasaan malu dari makcik2 macam dalam gambar tu..peacee..

      Delete
  8. dah tak malu dah sume. janganlah hanya krn sbahgian kaum ibu lain yg buat keje2 bodoh ni pi BF dpan org rmai, sbahgian yg lain terpalit juga salahnya... bodohnya manusia skarang. -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. toksah risau arian..mmg tak semua ibu2 ni boleh nenen anak kat depan orang ramai..hanya yang tak berapa malu dan over konfiden je bleh..hahaha..

      Delete
  9. Salam.bro.
    terpanggil untuk komen. coz i pon ibu yang menyusukan.tak dinafikan ape yang bro sampaikan kat sini.. i pon act tak berapa nak setuju dengan ibu-ibu yang terlallu taksub dengan NIP..kalau kena gayanya okla kan..
    i pun ade jugak susukan anak dekat public, tapi firstly i akan pastikan yang yang tempat tu agak tersorok, tak ramai orang dan apa yang i pakai boleh cover untuk susukan anak. tp kalau tak de tempat yang sesuai, i akan angkut anak i balik terus..huhu.lebih selamat.tp sebelum i pegi mana-mana mall i akan pastikan anak i menyusu puas-puas dulu dalam kereta.
    good luck bro!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..

      thanks dengan komen puan zahidah ni..bagus la cara awk tu..kadang2 anak meragam nak nenen tak kira tempat gak kan..tapi apapon kita kene la cari tempat yang tersorok ye dak..susah2 sngt balik je rumah..haha..

      Delete
  10. Hi Bundle..saya juga merupakan ibu yg menyusukan anak..
    hheheheh tbe2 nk berangan... ;D
    pendapat Na yg bukan ibu..dan seorg pemalu sikit2 pun..rasa nye tak perlu kot beramai2 menyusukan mcm gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti anak ko nak nenen kat KLCC cane na..hahahaha..

      Delete
    2. selalunya kaum-kaum ibu dah tahu bila baby dia nak menyusu. selalunya baby ontime nak menyusu-> pengalaman dan pemerhatian jd babysitter.

      Delete
    3. Jadi kena standby je la kn.kalu baby nk nenen kt luar tu sediakn la apa yg ptut..

      Delete
  11. err...sgt xstuju bf ditmpt awam..yang nengok pon mlu..memng xptt lah...bg yng btol syg anak, suami msti diorg pk n jga aurt diorg..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. yng nengok pon malu tu aku setuju..bab aurat tu sensitif nak dikatakan..yang tu pikir la sendiri..masing2 dah besar panjang kan wan..haha..

      Delete
  12. anak3 saya BF juga tp kalau dh namanyadpt public...maaf lah..xkan nak selak2 mcm tue je

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab ko dah 3orang anak pon masih malu2..aku respek ko mrs..

      Delete
  13. Dah terpampang jelas, rancangan yang cuba diadakan adalah untuk menghilangkan perasaan malu untuk kaum ibu. so bila depan orang ramai pun dh xmalu nk tunjuk tetek. xlama lagi, benda ni akan jadi normal. in future, maybe ibu2 xkan malu lagi tunjuk tetek dpn orang ramai. not good for health minda community.BANkami

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade unsur2 freemason tak bro..hahaha..tapi betul la lu cakap..acara camni untuk menghilangkan perasaan malu tu la..tak tau la aku ni bersikap kuno cam mantot jugak ke apa..tapi bagi aku mmg tak sesuai dan aku tak setuju bf secara terbuka..

      Delete
  14. setuju! rasa mcm tak seswai kot kalau bagi kat tempat awam. kita bukan negara barat kita patut ada rasa malu kan.. kalau ternamapak kat org ker dah kira aurat kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tapi ramai yang kata bukan terselak nampak tetek pon..so apa pendapat ko..masih tak sesuai lagi ke camne kira?hahah..

      Delete
    2. Tp rasa cm tak beradab jerrrr. Kalau tak nampak bagus lah tapi yakin ker tk kn nampak? dia bg bukan dia tahu nmpk ke x!patut latih anak kita kat mana boleh menyusu kat mana yang tak boleh. kalau baby. sebelum kuar pam lah masuk botol. tinggal nak ngn tak nak jer. dulu tak timbul sgt isu ni skrg jer makin maju makin hilang rasa malu...


      p/s: jgn sebut2 "tet**" malu oi nak baca...

      Delete
    3. haa..letak dalam botol tu pon penyelesaian bijak..tapi cam leceh sikit la kan nak bawak tu pulak kehulu hilir...

      #lor..malu apanye..kan ni entri 18tahun keatas..bukan citer lucah pon..hahahhaa..sori la ye kalau bahasa kasar sikit..:P

      Delete
  15. walaupun diri ini blom kawin apatah lagi nak bf baby, adalah kureng sesuai perbuatan itu di khalayak ramai lagi2 tang tak pakai cover tu. Perempuan should ada perasaan malu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi dari gambar yang aku upload tu cuba ko kira sis berapa orang pakai cover.hahahaha..cam takde je..kehkehkeh..yang tak bertudung tu dah satu hal..sebenarnya yang pakai tudung pon bukan selamat sangat pon dari terdedah..kain tudung tu tak cukup pon nak cover..lain la tudung labuh..haha....

      *rasanya depa takde perasaan malu..bangga ada la..

      Delete
  16. personally kalau aku dah kawen and ada anak, aku pun taknak wife aku breastfeeding depan org ramai..xkira la kat event tahunan ke, rumah jiran ke, depan family aku ke..senang citer, jangan breastfeeding kalau tempat tu boleh buat org lelaki nampak dia..

    malu kot kalau tiba2 ada org tegur aku, "wife kau tak malu ke?", "wah..open gila yer wife ko". rasa macam aku xtau jaga bini pulak..grrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, manis macam gula. eh lupa, taknak tegur seminggu. bai.

      Delete
    2. nak orang tegur camtu sebenarnya payah H..orang takut ko terasa..tapi ko sendiri patut malu..elok pesan awal kat bini ko nanti..haha..kalau dia otomatik ade perasaan malu tu takpa la..jgn open mainded sangt mcam makcik2 dalam gambar tu dah..amareka..hahaha..

      Delete
  17. aku as popuan pn rase malu bile tpndangkn., tp kalau boleh cari la tempat yg jauh dr public, lain la kalau da tdesak sgt dimaafkan.

    #away pegi beli nursing cover kahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. pesal apa ko nak malu..sama jenis je..kahkahkah..

      *away beli nursing cover gak..hahah

      Delete
  18. Entry ini mewakili isi hati aku...cekgu aku kan dari kecik lagi sensitip bab susu menyusu anak secara terbuka ni. Entah la...setiap kali TERlihat aku misti cecepat paling kelain. Hahaha. Aku lak yg kadang terlebih segan daripada ibu yg BF tu. Pehal ntah dorg boleh slumber je tayang...pastu nak2 anak jenis lasak..kejap2 bergerak...haaa kejap2 la tertayang...bayangkan ler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni dah 15 orang wanita termasuk ko, ada yang mmg mak2 budak atau lom kawen semua kurang setuju NIP tanpa segan silu.dan aku tak sangka jugak rupanya org pompuan cam ko pon malu bila tengok ek..ingatkan orang laki je malu..haha..

      Delete
  19. bg aku bf in public takde masalah selagi pandai cover aurat, dlm erti kata lain cari alternatif macam ko kata pakai nursing cover.skang ni pun ada byk baju menyusu yg berlambak dijual.bakal2 bapak cam ang ni kena main peranan jugak.beri keselesaan pada isteri, cover2 sikit time bini nak bf.

    klu dah sah2 tayang aset slamber jer mmg takde kemalauan itu perempuan.muahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg takda masalah kalau cukup syarat..aku pon tak heran sangat kalau coverline ok..tapi kalau bab bg nenen ni bukan takat aurat je lagi kutu..tu dah kira kemaluan dah tu..haha..

      Delete
  20. sepatutnya memang kena pakai nursing cover la..apa gile nak selak bagi baby macam tu je..kalau dalam nursing room lain la..selak la puas2..kadang2 ada yang tak bawak nursing cover sebab tempat tu ada nursing room.cuma bila dalam nursing room tu ada pulak bapak2 sibuk nak masuk sama terpaksa la ibu2 ni keluar dan tak tahan sangt anak dah melalak lalak,selak jugak la..(tolong la ayah2 jangan masuk sama dalam nursing room.)

    sekarang ni masalahnya ada ibu2 yang main selak je..bukan tak bagi menyusu di tempat awam cuma pakai la nursing cover..kan??kita kan perempuan..kena jaga aurat..ih..tetiba jadi ustazah lak nih..

    kalau saya pun tak nak la menyusu terbuka macam tu..sedangkan kat umah sendiri pun depan adik beradik pun saya segan..ni kan pulak tempat awam.rela saya bagi yang dah siap pump kalau kat umah ramai sedara mara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya ye la..tapi ramai yang takde kalau nak BF kat luar ni..tengok la gambar atas tu..nampak tak sapa2 yang pakai..macam takde je..hahaha..dah la open table je..depan tu siap ramai lagi cameraman rakam..haha..

      aku takde pengalaman lagi pegi nursing room.coming soon je..tapi aku take note la cakap ko ni..yang bapak2 ni toksah sibuk masuk sama..thanks..

      Delete
    2. Yg cameraman rakam tu takleh blah. Ish! Aku rasa cukup la if sekadar tak malu nak bf baby. Tp tak perlu kut untuk jadik tontonan =_=

      Delete
  21. err tutup macamana pun tetap malu jugak kot. orang tengok pun tau. skrg kat mall da banyak kan sedia bf room. kan kan.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ye ke chicna..dah tutp pon malu gak ek..hahaha..tapi takpe la.atleast terjage la sikit eset tu kan..org yang nengok pon tak payah alihkan pandangan pasal memang takda apa nak nampaknye..

      Delete
    2. mestila malu or lebih kpd tak selesa kot. huhu.. tp xtaula nnti bila dah ada baby camne. skrg mmg la ckp mcm ni. kakaka..

      Delete
    3. Aku pon rasa lebih tk selesa kalau tertutup sekalipon..yela dpn org ramai kn..

      Delete
  22. x dak tempat len ka depa nk p buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..komen bro nampak mcam tak setuju je NIP ni.tak lah bro..terlebih open mainded kot depa ni..

      Delete
    2. betul.. pelik.. x ada tmpat lain kaaaaa

      Delete
    3. Hahaha..takde yg peliknye leeza..kt klcc tu..haha

      Delete
  23. Aku tak tau pun mende program ni ada bund. Bagi aku, nak menyusukan boleh, memangla perlu.tapi mesti tertutup! Matlamat tak halalkan cara. Aku setuju dengan yang lain tentang kami waima sesama perempuan pun tetap malu.

    -kak6-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh mesti la ade zie..rakyat malaysia kn hebat dan kretif.apa apa pon boleh.hahaha..
      Benda baru aku belajr harini..rupenye sasama pompuan pon malu gak..thnks kak6..

      Delete
  24. aku hanya sokong kalau dia buat dengan tutup aurat..tu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bercover aku po xkesah..tp kalu nk citer bab aurat susah la bro.bukan semua ibu2 ni bertudung apatah lg jge aurat.hehe

      Delete
  25. aku kalau ada bini, aku takkan bagi langsung lelaki lain tengok tetek bini aku.. what de hek! tetek bini aku untuk tatapan mata aku je, memang taklah aku nak bagi bini aku tetekkan anak aku kat khalayak ramai.. pasti ada cara yang terbaik untuk mengelakkan breastfeeding di khalayak ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus bro..ko memng bakal suami dan ayah yang betul2 jage bini..tetek bini khas untuk laki+anak nak nenen tu je..anon yang komen kat mantot tu fully BF pon still tak bf kalau tempat awam..orang lain pon sure boleh..melainkan gamble je..haha..

      Delete
  26. Sebelum ni aku pernah terbaca status fb membe aku yg luahkan perasaan pada org yg kutuk2 pompuan2 yg bf kat public ni. Dea ckp la baby nak bf bukannya kira tempat. If kita pun leh makan in public, why not baby? & dea ckp bukannya nampak boobs pun. Ni yg membe aku cakap la. Kiranya aku rasa membe aku ni jenis yg cover la kut. So aku rasa yg dorang buat kat klcc tu jenis yg nak betulkan thinking2 org yg pikir bf in public ni pervert ke apa. Agaknya.

    Aku rasa bila aku dah ada baby nanti, aku pun malu nak bf baby in public. Dan aku gak rasa, lama2 nanti mesti ada yg akan pengaruh aku benda ni tak perlu malu, normal kut mommies bf baby, so tak perlu sorok2. Disebabkan aku dah baca still ada yg berpendapat bf baby in public ni actually sgt mengganggu, aku rasa aku akan mentenkan perasaan malu tu. Even if lama2 dah rasa biasa & tak malu, at least fikir la perasaan2 org yg rasa terganggu.

    *Aku tak pasti lak laki aku nanti jenis kesah ke tak kesah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg la bby tu nak nenen tak kira tempat..tp bagus la kawan ko tu kalau jenis cover..takde masalah pon..yang penting cover ngan kain atau menyorok sikit kalau takde cover..kalau tu orang nak bising gak, pang sekali muka dia..hahaha..

      normal tu normal la Bf baby..masalahnya mengganggu pandangan kalau tak cukup kain tu makcik..bukan setakat laki..aku tengok komen2 atas ni org pompuan pon malu..sebb tu kesimpulan yang aku buat sediakan nursing cover..settle masalah..orang tengok pon tak kisah apa...

      # aminnnnn..semoga ko cepat dapat baby...caiyok2 makcik..

      Delete
  27. saya pon bf anak...dan hakikatnya saya pon bf anak di tpt awam..sb biasalah kan budak nih, ikot suka dia jek nak nagis. kekadang spi tak jpa tpt yg suai nak bf dan akhirnya trpksa bf anak kat mana2 jek. tppppp, haruslah membawa kain untuk menutup. sbnya tak semua org pakai tudung labuh dek non, ada tuh pakai tudung biasa2 jek pon, jd sama jugak cam free hair, nampak jugak kalau nak npk. tak taulah nak salahkan sapa. yg penting si ibu kenalahhhhhhhhhh pandai sgt2 dlm bab2 nih. ada si bapa tak suka dengan hal2 camni, tp ada si bapa faham dan menerima hal2 begini dan akhirnya berbalik juga kepada si ibu, samada dia mahu menyusu di tempat terbuka atau tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la tu kak..asalkan ade kain menutup tu aku bleh terima la..nak harap tudung hana tajima tu nak tutup mmg idok la kan.bukan semua orang pakai tudung labuh.hahaha..

      Delete
  28. aku belum lagi jadi ibu..bakal ibu pun belum lagi sebab blum kawen..hak3..tapi sebagai seorang perempuan yg agak konservatif dan pemalu tahap tertinggi rasanya aku takkan sanggup nak buat cenggini pada masa akan datang..huk3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemalu tahap tertinggi tu..hahaha..bagus sha..tapi kot2 la ko berubah bila dah anak nanti camne??yela dah berlaki kan..kalau malu sangat susah nak buat anak..err ade kaitan ke?hahahahha..

      Delete
  29. aku sokong gila dowh entri ni.. betol la tu, soping kt KLCC boley je ken tapi nak beli benda yang sebijik tu pon tak boley.. mang sengaja nak tayang agaknye kot.. patot nye kalo da keluor tu pandai2 la prepare kalo da bawak baby.. aiseh kwang hasam

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..isk ko ni..ade ke saja nak tayang plak..hahaha..diorang ni pegang prinsip takpayah malu2 nak bf anak kat mana2 pon..tp masalahnya yang aku tegur ni bila kurang sopan kalau terdedah2 tu..kalau tak beli pon cover tu..boleh je bawak kain sendiri untuk cover kan..bawak selendang ke..setel prob..

      Delete
  30. aku respect kat anon tu gak. betul lah. masuk kete je la kalo nk bf. masuk surau ke. kalo nak senang, tak payah la nak berjalan shopping kat klcc dah tahu anak nk menyusu.

    lainlah kalo pegi klcc ke, tempat mane ke sebab kerja dimaafkan lah. kalo setakat nak berjalan pastu nk bf merata-rata pun tak best jugak. kena pandai jugak kawal diri kan.

    tapi aku kutuk-kutuk pun tak best gak. entah-entah zaman aku kawen nanti ape pulak halangannye kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. respek kat anon tu sebab dia boleh je elakkan bf kat public..so bukan alasan la kalau takde tempat tersorok nak pegi kan...

      Delete
  31. Interesting topic. I exclusively bf monster, my hubby mat salleh, fully support me bf our kid. I free hair, masa kat KL kalau nak keluar sangat2 I pilih the curve jer sebab sana ada nursing room yg selesa, or kalau penuh sangat pun, boleh jer kat sofa depan tu sbb that is morelike kids and mother area. And I use cover. Honestly I malu jugak la nak NIP. Once I saw one mother happily bf her baby right in front of Nursing room yang vacant. Hmmmm... her choice.

    ReplyDelete
  32. nie mazhab mana plak nie bf tempat terbuka... kan elok islam da ajar adab cukup lengkap... napa cara yahudi jugak yg depa nak ikut?...

    ReplyDelete
  33. err bgi aku utk ibu yg pkai cover tu tak slah kot. yg tak pakai cover tu susah sikit nk ckp. kalo dia sendri takde rasa malu kita nk ckp ape kan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...