Monday, December 31, 2012

kalau lah....

assalammualaikum wbt..

Dalam entri kali ni aku nak kongsi sikit info berkaitan perkataan 'KALAU' yang aku dapat dalam rancangan tanyalah ustaz minggu lepas..aku tak berapa ingat sangat pon apa ustaz tu cakap..tapi aku nak ulaskan la sikit dari yang aku paham tu untuk perkongsikan bersama...

Agak agak korang berapa banyak perkataan 'kalau' yang kita sebut sehari? hahaha..apa punya soalan la kan..ok abaikan..penat aku tanya cikgu google tentang maksud perkataan 'kalau' tapi tak jumpa apa yang aku nak..yang ada cuma contoh penggunaan ayat dan perkataan sama maksud je macam 'sekiranya' 'andai' dan 'jikalau'..

Sifat perkataan 'kalau' ni boleh ditafsirkan dengan dua maksud yang aku nampak..'Kalau' yang dah terjadi, dan 'kalau' yang belum terjadi..


contoh 1 :

"kalau la tadi aku tak sempat tekan emengence break, kompom eksiden masuk bawah lori..nasib baik"...

-ayat ni merujuk 'kalau' yang dah terjadi..

contoh 2 :

"kalau kamu rajin usaha, insya'allah kamu akan cemerlang nanti dalam peperiksaan"..

-yang ni pulak 'kalau' yang belum terjadi..


Tentang penggunaan perkataan 'kalau' yang biasa kita sebut mesti yang contoh yang pertama kan..tak kira la dalam situasi apa pon..apa yang aku nak kongsikan ni dari apa yang ustaz terangkan..Nabi SAW melarang kita bercakap 'kalau' macam ayat contoh 1 tu..sebabnya itu ibarat kita tidak mempercayai qada dan qadar..

Sebenarnya kejadian yang di 'kalau' kan tu, memang tu la yang akan berlaku dan telah berlaku..bukan sebab dapat emengence break baru selamat dari exsiden..no no..kita pon tak tau andai sempat break sekalipon, adakah kita akan selamat.haha...perkara ni nampak macam lekeh je kan..tapi agak melibatkan akidah sebenarnya bak kata ustaz..better kita ucap alhamdulillah bila kita selamat..

kalau dah jodoh tak kemana..kehkehkeh..


Bukankah Qada dan Qadar tu rukun iman kita..percaya la apa yang jadi tu memang dah tersurat gitu..no 'kalau kalau' yang buat kita rasa kononnya kita yang mengubah keadaan tu..masalahnya kejadian camni selalu terjadi kat aku..adehh..semoga aku dapat muhasabah diri dan sentiasa ingat apa jadi tu takdir..macam putus cinta jugak..

'Kalau' untuk contoh kedua tu pulak penggunaan ayat yang betul..yang tu kira bagus la sebab kata semangat untuk berjaya..lagipon perkara tu belum terjadi dan dengan izi Allah 'kalau' tu akan terjadi dengan usaha kita..percaya dengan usaha dan doa sesuatu tu boleh kita miliki..tapi andai apa yang kita inginkan tak dapat atau terjadi sesuatu di luar kemahuan kita,terus percaya tu semua qadar dan qadar yang telah ditetapkan..elakkan lah menyalahkan takdir..

Akhir kata,sampailah sudah kita ke penghujung tahun 2012..dengan ini aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua pembaca blog sampah..terima kasih kerana banyak menyokong penulisan aku selama ni..korang semua ohsem...

happy new yearr!..


p/s : korang keluar celebrate tahun baru ke?..aku tak kemana-mana pon..ada BBQ parti je sat lagi kat umah member aku...lai..lai...hehehe..chowzzz...





57 comments:

  1. ahhh..yg penting aku atas drpd kakdah..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku sendiri pun memang dah terbiasa kot guna perkataan kalau..tak kira la kalau yg pertama or kalau yg kedua..tapi Alhamdulillah la sebab rasanya aku jarang jugak guna kalau yg pertama..macam apa yg ko taip la, ibarat kita menyesal dgn takdir..jarang tu maksudnya kadang2 terlepas la jugak 'kalau' tu..kehkeh..tapi aku still cuba untuk elak la..

      lagi satu yg aku biasa guna ialah perkataan "kot"..aku xtau la itu macam tak percaya pada takdir ataupun apa..cuma lebih kepada situasi yg aku sendiri tak pasti..uncertain..kot..hahaha

      Delete
    2. aku suka gak guna perkataan 'kot'.. sampai kawan aku naik bengang. haha..

      Dr MAZA kata kalau yg pertama adalah 'kalau yang dikeji'. dan yang kedua adalah 'kalau terpuji'.

      Delete
    3. H :
      benda biasa yang kita selalu tercakap der..dah tentu dari zaman nabi dulu pon manusia dah mmg bersikap camtu..kalau tak, takde la nabi tegur..pasal kot2 kot tu aku tak tau...hahaha..

      panda :
      Dr maza ade buat pencerahan ek pasal ni..ok tq bro..kene cari ni..aku suka pandangan2 Dr.Maza

      Delete
    4. ingatkan azam tahun ni nak kawin satu lagi. ting ting ting

      Delete
  2. ingat kata-kata cikgu tuisyen aku dulu, "duk guna kalau2..pah ceroh kalau..dhtu, kalu katok anjing pun mapuhhh.."

    sampai sekarang aku ingat ayat dia tu (-.-")

    btw, apa motip ko letak gambar luniey ngan apek? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun nak tanya soklan yang sama gak,, apa salahnya kalau letak gambar aku dengan ricky martin :D *tetiba

      Delete
    2. mek para :
      kalu katok anjing pun mapuh..hahaha..cikgu tusyen ko ajar subjeb apa para..kehekhkeh..

      mek muja and mek para:
      motif letak tu kan dah tulis caption bawah gambar...hahaha..ade kaitan kan dngn entri aku..kehkehkeh..

      Delete
    3. cikgu tu ajar matematik. sbb tu sampai sekarang aku failed bab matematik. hahahahaha

      Delete
  3. kalau jodoh tak kemana.. kalau sampah pun tak kemana. tak dak kaitan. ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sampah ke tong sampah la..yang takda sivik buang je rata-rata..masuk air la ko cikgu..hahaha..

      Delete
  4. skang musim exam, mmg slalu lah kluar kalau yg pertama tu... adehhh..

    kalau la aku baca dan hafal makna2 tu smalam..
    kalau la aku x tdur lepas subuh tadi.. bleh aku belajar..

    dan banyak lagi kalau laaa... dlu penah dgr gak sal sebut kalau tu, tapi lupa dh plk, n tengkiu ingatkan ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la tu emma..kita semua sama je...aku jamin la takda sapa terlepas dari terguna ayat tu..tpi bila dah tau ni atleast cuba la elakkan ye dak..

      Delete
  5. hidup kita ni penuh dengan 'kalau, kalau.....'
    kadang2 tak sedar terjejas akidah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak yang kita tak berapa nak sedar sebenarnya..tp yang risau tu bab2 camni la..bab akidah..

      Delete
  6. Aku tak tau entah berapa banyak aku sebut kalau. Kalau macam tu aku akan kurangkan la.

    Penulisan yang baik untuk penutup tahun aku. Selamat berbbq bund n famili.

    P/s : aku dah taknak nyanyi lagu Ezlyn -jikalau aku dah.

    -kak6-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..sama dengan je ngan aku zie..harap terkurang dan boleh tak cakap lagi la pasni kalau2 yang tak sepatutnya tu..

      aku berbbq dengan kawan aku je..hehe..

      Delete
  7. lagi dilarang, lagi tu yang orang suka guna. lagi disuruh, lagi tu yang kita cemuih nak buat. sampaikan ada yang buat lagu lagi.. untuk dua2 versi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasal hal ni aku rasa ramai yang tak tau sebenarnya bro..tapi kalau dah tau, tapi sengaja buat tak reti gak lantak la..

      Delete
  8. Err aaa aaa. Tak penah terpikir aku mende ni & tak penah terdengar lagi ceramah psl benda ni. Betul gak ek? Insyaallah pasni aku cuba elakkan penggunaan 'kalau' cam kes pertama. Tapi camne kalau 'kalau' tu digunakan selepas kejadian tapi sebab penyesalan?

    Contohnya "Kalau la aku blaja betul2 dulu, takde r aku jadi camni". Maksudnya, memang la hidup org tu dah ditakdir camtu. Tapi, dea cuma gunakan 'kalau' tu untuk insaf & penyesalan la kononnya. Heheh! Aku rasa aku cam ngengade je nak bertanya. Nama pun perkongsian ilmu kan. So, mesti la ada Q&A kat ending dea. Ahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pon baru tau makcik..isu yang rare kot..jarang2 ustaz sebut...

      bab yang ko tanye tu, 4feet kat bawah dah tolong jawabkan aku rasa..tak guna nak ada penyesalan..menyesal ni setahu aku dengan cara tak mengulangi je perbuatan kita buat dah cukup..lagi satu dah nabi larang tu, toksah la kita nak pandai2 lagi.ikut je la...hehe..

      Delete
  9. motip letak gambar apek?

    anyway.nice post. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde motif pon..saje..tapi caption aku bawah gambar tu ade kaitan kan dengan entri..heheh..

      Delete
  10. oh, aku byk kali juga dgr org cerita tentang KALAU ni. ada kat masjid, ada kat TV. jadi, memang dah cuba usir sikit-sikit dari hidup sendiri..
    untuk peringatan diri aku sendiri, aku selalu ingat ayat dibawah;
    "takguna 'kalau-kalau' dah, sbb benda dah berlaku. terima, redha dan usaha untuk perkara yg lain"
    penggunaan 'kalau' bg aku hanya akan buat kita meratap benda yang tentu2 akan buang masa dan yang memang tak akan mengubah apa-apa..
    ini bagi akulah. sbb pendapat setiap org adalah berbeza.. ;)

    Selamat Tahun Baru Bundle & wani. dari highway MRR2 kat selayang-batu caves misti boleh nampak bunga api dr bandar Kuala Lumpur kan..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus apa yang ko kongsikan tu 4feet...terima dan redha je..mmg nabi pon taknak umatnya ada sikap camtu sebab tu nabi larang kan..lagipon hal ni termasuk dalam qada dan qadar..

      thanks 4feet..heppi nuyer gak untuk ko..aku tak tengok pon bunga api..lgipon dari rumah aku ni rasanya taknampak dan aku malas nak tngok pon..hahaha..

      Delete
  11. selamat tahun baru..kena elakkan guna perkataan kalaulah ye utk situasi yg pertama..ok2 take note!

    ReplyDelete
    Replies
    1. take note kutu..hahaha...untuk peringatan bersama..selamat tahun baru beb..

      Delete
  12. hahaha.. aq pun dh terbiasa guna perkataan "kalau" wlupun blom terjadi @ dah terjadi...

    ingtkn org borneo je yg suka guna perkataan kalau ni.... hahaha... aq tersilap rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana mana pon sama je...aku pon tak tau bapa banyak kalau sehari aku dah sebut..hahaha..so jangan la biasakan lagi ye lina..

      -randle-

      Delete
    2. gua xthn tgk -randle- tu hahahahahaaha...

      kalau la aq kaya.. hahahaha (tetiba lari topik)

      Delete
  13. Kalau laa bundle.....
    Kalau laaa kan?
    Hahhaha
    Btul contoh ayat pertama tu.m
    Angah slalu pesan kat Na jgn guna ayat kalai utk contoh petama Bundle tu..sebaliknya "syukur"

    #kalau laa Na kawen 2013 bundle nk sponsor ape???lagi2 kalau lahh Na kawen dgn H..dabel sponsor Bundle kena prepare.. KALAU....
    Hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau na kawen aku bagi hadiah je la..nak sponsor tunggu la 'kalau' aku kaya sikit ye na..hahaha..kalaulah ko kawen dengan H plak..aku bagi dabel je la hadiah tu..hahahhaa..dengan liya mintak triple..hahahha...

      Delete
    2. Kalau konfem baru cite =))


      ..........................


      (Kalau dorang jadik, kita tong2 dah r Pakcik :D)

      Delete
    3. Hahahahhahaha
      Tergelak bace komen korang!
      Klakar laa ayat kalau n!I!!

      H mcm memalu pulak kalau jd laki Na kahkahkahkahkah

      Delete
    4. hahahha..ko jngan tertipu ngan sopan santun H tu na..takde pamalu nye dia..kaki dangdut tu..hahahhaha...

      Delete
  14. Kalau lah aku tak kenal kau...Zzzzzzzzz...ekekekek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kalau aku tak kenal ko..hahahhaa...

      Delete
  15. Replies
    1. sebelum ko nak kalau kaya..kene usaha dulu bro..nanti dah kaya, bleh aku tumpang kaya ko kan..kan..hahahaha..

      Delete
  16. kalau tu macam menyesali dgn apa yg dah ditakdirkan berlaku la kan. ishhh selalu je cakap macam tu. azam tahun baru tak nak sebut 'kalau' lagi. :)

    nasib baik bundle ingatkan, kalau tak.... hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus la tu chicna..atleast entri penutup tahun aku ni ade gunanya gak..hahaha...aku ingatkan untuk diri aku sendiri gak..tapi harap tak lupa balik la..hahah

      Delete
    2. haha.. tu la. manusia kan mudah lupa. kalau lupa tu ingat la balik. hikhikhik..

      Delete
  17. Kalau Babi pakai Speak, pun nampak ensem. hahaha.. Benda kalau ni, xleh pakai sangat.

    >BANkami

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu der..lembu kalau pakai skirt pon sexy..hahahaha..

      Delete
  18. sometime 'kalau' ni mcm bnde yg kite x pasti. Kalaulah... kdg2 aku rasa pekataan ni byk bgi harapan je lebih err.. *larik

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul gak tu chuu..kalau2 ni cam bagi harapan je lebih..hahaha..terima kasih la chuu..sampai gak ko kat blog aku..terharuu...

      Delete
    2. kalau free2 nti aku dtg lg...( cobaan mmberi harapan) kehkehkeh

      Delete
  19. Kalau la bro jadi keeper bola macam apek, pandang leuniey sebelah mata je kan..happy new year!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalaulah aku apek..mmg aku tak pandang luni tu..hahaha..dah macam rosmah mansur look alike aku tengok..kehkehkeh..

      Delete
  20. aku pun selalu..terguna"kalau"huhu...apa dah kau selitkan pic apek & wife dia...masukkan pic kau lagi baik..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku kan pemalu..kehkehkeh...apek takpa la hensem skit dari aku..aku hensem banyak..hahahahaahaha.........

      Delete
  21. kalau..kalau..kalau..errr..kalau aku nak wish selamat tahun baru belum terlambat lagi kan? wakakaka..

    ReplyDelete
  22. owhhh lagu tu... kalau la I tau dari dulu. (see, dasar sangat kan). kalau padi kata padi lah senang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...