assalammualaikum wbt....
Kali ni aku nak story kisah yang nak kata seram tak seram la pon..tapi lebih kepada agak misteri jugak la..kejadian ni berlaku lebih kurang sebulan lebih dah, tapi baru mak aku ceritakan tadi..
Jalan alternatif selain highway plus nak menuju ke utara boleh jugak melalui jalan lama ikut Hulu Yam ke kuala kubu dan bla bla bla hingga sampai la mana kita nak pergi..pada yang dah biasa melalui jalan ni pasti dah tau kawasan ni merupakan kawasan perkelahan ye dak..hujung minggu sesak..tah apa best mandi kat Hulu yam tu pon aku tak tau..
Berbalik kepada misteri yang aku nak kongsikan ni...perkara ni telah diterlihatkan kepada pandangan mak aku dan abang ipar aku jer pada malam tu sewaktu melalui jalan hulu yam ni..untung lah..
Dalam perjalanan balik dari penang, abang ipar aku yang drive saja la masuk dari exit hulu bernam nak menghala ke kuala lumpur..masa tu dalam lingkungan 1.30 pagi..sampai je berhampiran kawasan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor tu, tiba-tiba suasana yang meriah terlihat disebelah kiri jalan berhadapan sekolah sains tu...
Mungkin masa tu abang ipar aku dah syak sesuatu yang pelik..tapi mak aku kurang la pelik sangat kot sebab dia tak familir jalan kat sana..mak aku cakap dia tetiba kagum tengok cahaya yang terang benderang, dikawasan tu, siap dengan ada rumah besar-besar lagi...
tapi mak aku cuma diamkan saja perasaan tu..lepas melalui jalan tu..baru abang ipar aku bersuara..
"mama nampak tak rumah-rumah besar tadi tu".......
"nampak je..cantikkan..tak tau plak ada rumah besar-besar kat uluyam ni..terang pulak tu lampu lampu dia..."
tiba-tiba kakak aku pulak mencelah...
"eh kat mana pulak ada rumah besar-besar dalam hutan ni..lepas taman kelisa tadi mana ada kawasan perumahan dah..tu pon perumahan sebelah kanan..sebelah kiri ni hutan, sungai dengan paya je...."
kekonfiusan telah terjadi..hahaha..
Betul cakap kakak aku..memang takda apa-apa kawasan perumahan lagi lepas tu..apa yang abang ipar dan mak aku nampak tu bukan la kawasan perumahan biasa..ni memang luar biasa..so tak mungkin jugak orang biasa boleh lihat kecuali special kes kebetulan dapat tengok...sangat-sangat untung...
Kali ni aku nak story kisah yang nak kata seram tak seram la pon..tapi lebih kepada agak misteri jugak la..kejadian ni berlaku lebih kurang sebulan lebih dah, tapi baru mak aku ceritakan tadi..
Jalan alternatif selain highway plus nak menuju ke utara boleh jugak melalui jalan lama ikut Hulu Yam ke kuala kubu dan bla bla bla hingga sampai la mana kita nak pergi..pada yang dah biasa melalui jalan ni pasti dah tau kawasan ni merupakan kawasan perkelahan ye dak..hujung minggu sesak..tah apa best mandi kat Hulu yam tu pon aku tak tau..
Berbalik kepada misteri yang aku nak kongsikan ni...perkara ni telah diterlihatkan kepada pandangan mak aku dan abang ipar aku jer pada malam tu sewaktu melalui jalan hulu yam ni..untung lah..
Dalam perjalanan balik dari penang, abang ipar aku yang drive saja la masuk dari exit hulu bernam nak menghala ke kuala lumpur..masa tu dalam lingkungan 1.30 pagi..sampai je berhampiran kawasan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor tu, tiba-tiba suasana yang meriah terlihat disebelah kiri jalan berhadapan sekolah sains tu...
Mungkin masa tu abang ipar aku dah syak sesuatu yang pelik..tapi mak aku kurang la pelik sangat kot sebab dia tak familir jalan kat sana..mak aku cakap dia tetiba kagum tengok cahaya yang terang benderang, dikawasan tu, siap dengan ada rumah besar-besar lagi...
tapi mak aku cuma diamkan saja perasaan tu..lepas melalui jalan tu..baru abang ipar aku bersuara..
"mama nampak tak rumah-rumah besar tadi tu".......
"nampak je..cantikkan..tak tau plak ada rumah besar-besar kat uluyam ni..terang pulak tu lampu lampu dia..."
tiba-tiba kakak aku pulak mencelah...
"eh kat mana pulak ada rumah besar-besar dalam hutan ni..lepas taman kelisa tadi mana ada kawasan perumahan dah..tu pon perumahan sebelah kanan..sebelah kiri ni hutan, sungai dengan paya je...."
kekonfiusan telah terjadi..hahaha..
Betul cakap kakak aku..memang takda apa-apa kawasan perumahan lagi lepas tu..apa yang abang ipar dan mak aku nampak tu bukan la kawasan perumahan biasa..ni memang luar biasa..so tak mungkin jugak orang biasa boleh lihat kecuali special kes kebetulan dapat tengok...sangat-sangat untung...
ni la lokasi yang dikatakan...
Kalau korang biasa lalu, kawasan yang aku tandakan bulat tu betul-betul di kawasan selekoh depan sekolah..takda apa kat situ kecuali paya atau tasik yang tak berapa besar sangat..betul-betul tepi jalan..kiri dan kanan pon tasik..dan kat sini la mak dan abang ipar aku nampak satu kawasan perumahan yang cantik tu..pelik??
Adakah ini yang dikatakan perumahan orang bunian, jin?..wallahualam..tapi mak aku tak pulak cakap nampak penduduk kat situ..yang dia nampak cuma rumah-rumah besar dan lampu yang sangat banyak dan terang .macam tu jugak apa yang abang ipar aku katakan...persoalan bersifat modenisasi terus menerjah kepalotak aku..
Teknologi apakah yang mereka guna untuk buat kawasan perumahan secantik yang mak aku gambarkan tu..dari sumber tenaga apakah yang mereka gunakan untuk pasang lampu terang-terang...mana mereka dapat bahan-bahan untuk jadi maju lebih dari kawasan perumahan biasa kita ni?..subhanallah..ustak ajar sebut tu kalau nampak sesuatu yang kita kita rasa pelik..
Semasa aku kuat memancing dulu,.hampir seminggu 2 3kali aku akan lalu tempat ni.pasal 2 km dari tempat ni ada satu kolam memancing...jalan sorang-sorang tengah malam pon biasa..tak pernah pulak nampak kejadian yang pelik ni. untung betul mak dengan abang ipar aku....
air bukit ulu yam..
Tapi ada satu versi lagi aku tak tau la nak percaya ke idok sebab ni kawan aku yang cerita dari kawan dia punya pengalaman..betul betul atas bukit paling tinggi kat Ulu yam tu, ada tempat orang berhenti untuk ambil air yang mengalir dari tanah tu untuk minum..
Kat tepi jalan ni pulak dikatakan dah ramai orang yang melalui jalan ni nampak ada pasar malam yang sangat la meriah dan terang benderang jugak di tengah-tengah hutan, atas bukit dan tengah malam.hahaha.tak logik sungguh...ternyatalah kalau dakwaan ni benar, ini bukan bazar larut malam(uptown) untuk kita...mohon jangan berhenti shopping...hahaha..
jangan nampak camni dah lah..hihihii...
p/s : ada sapa-sapa penah nampak??
Lalu pun tak pernah. Takdelah aku dapat nampak.
ReplyDeleteMeremang jugak aku. Ada orang dia teringin sangat nak nampak tapi tak dapat nampak kan? Hijab tu bukan dibuka untuk semua.
Wallahualam. Kalau itu bunian.
Agaknya kalau beli teh ais ikat tepi jadi ape la ek kat pasar malam misteri tu?
-kak6-
aku la salah sorang nak nampak tapi takleh nampak..hijab tu macam hijabster ke zie..golongan fesyen yang bertudung kan..kehkehkeh..
Deletemesti ko terpengaruh citer hijab piear andre tu kan.
#bukan apa zie..takut diorang tak guna RM je..hahaha...
Aku kalau boleh taknak nampak.
DeleteJika menurut apa yang aku baca dalam buku, penulis menggambarkan hijab tu umpama tirai pemisah ghaib ngan yang nyata. Wallahualam.
Yang fesyenista hijabster tu aku gelar jilbab. Huhuhu..
Kira ko ni berani r ek. Kalo kat johor, kemayan city. Lebih kurang sama kisahnya dengan ko.
rajin jugak ko baca buku alam angker ni ye zie...bukan yang alam angker katun ujang gigi jarang2 tu kan..hahahaha...
Deletenama tempat dah city..seram ke? tapi kemayan tu cam bunyik kemiyan je..jap2..aku dah terasa seram2 kuku ni..away~~~~~
Kemayan City tu shopping mall la Pakcik! Kiranya shopping mall yg tak siap, terbengkalai camtu je. Mmg semak samun je yg ada kat situ. Org Singapore banyak tertipu & tershopping kat situ. Sbb dea nampak tmp tu meriah gila, ingatkan shopping mall baru kat JB ni. Tetiba balek umah tgk2 daun2 & ranting2 kayu je yg dea shopping. Hehehe
Deleteperghh..nampok noh nipunye ko makcik...hahahhahaa...dah ko cakap terbengkalai bleh plak org singapore shoping kat situ..hahahhaa
DeleteMana la aku tau. Aku cuma sampaikan cite tu je. Aku pun tak penah la teshopping kat situ. Manjang yg aku lalu aku nampak bangunan terbengkalai je. Gelap je. Tp itu la cite yg digembar gemburkan. Konon2nya yg dorang nampak meriah tu bukan manusia punya dunia la tu. Kut. Hukhuk! Aku pulak yg dikata pentipunya. Grrrrr
Deletehahahhaa..oooo gitu ke citernye..hebat gila..siap bukak shopping complex lagi..hahahhaa...tapi dari citer ko ni, nampak la kekarutan tu terlebih sangat..toksah percaya..
DeleteAsl Lyaa cmmnt atas Na ni???
Deletekan Na dah 2nd dahh isk isk isk
Lenkali jadik 1st Na takde sesape pun leh potong. Na jangan sedih okeyyy! :P
DeleteKaum jin mmg hebat kalo betul perumahan tu derang punya. Kan daripada zaman Nabi sulaiman dulu mereka yang membina lantai istana Nabi Sulaiman sampai nampak macam air, padahal kaca. so, tak mustahil. Cuma yg musykilnya, sebab ko tak bertuah. Kehehehe... Punya la ko sepatutnya lebih terdedah utk tgk benda2 tu, tapi tak terpilih. Sian ko. Agaknya jin pun takut nak tunjukkan kat ko. Takut ko amik gmbr ke, atau singgah menziarah derang ke. Ko tu bukan bleh kira sgt.
DeleteAku pon takde la masa tu lyd..kalau tak mesti lg frust..aku menceritakan semula jer konon2 ade kt situ..ekekel
Delete#mungkin lain kali ade peluang tgk sendiri..
2ndddddddd \(´▽`)/
ReplyDeleteNa kalau nampak benda2 ni dah mcm biasa sgt da Bundle..
DeleteTakyah jauh2 dlm rumah Na pun ade tp rumah dlu laa..now takde dah...
Kita tggu Lyaa punya commnt..eh silap Lyaa punye entry kat blog Bundle hahaha
liyaa..blog mu kena malware. buang arjunapopkorn dr bloglist..
Deleteaku bukan citer nampak hantu na oii..kan aku citer pasal nampak kawasan perumahan misteri tu..camne dalam rumah ko pon leh ade rumah..woaaa..besar rumah ko na..siap ade rumah dalam rumah..kehkehkeh...
Deleteeee cmmnt Na kan so suka hati Na laa nk crita apa..kan ritu Bundle suka hati eja Nama Na kan..kekekekekekkeke
DeleteCiS!!
4feet8 -mcmne awak taw blog kena malware?????? hebat gila! ajar jap..
kau boleh ganti zainal abidin ni
Deletejna : yela2..amik la ko..hahaha...kalau blog yang ade malware biasanya takleh masuk na..
Deletewadi : takmo..
orang kita panggil orang bunian, tapi sebenarnya itulah jin kabilah Ammar dan Ummar..
ReplyDeleteyela mad..rasanya betul la golongan jin tu...orang bunian ni bahasa kita je pon..
Deleteaku teringin nk tgk.. hehe..xpernah g uluyam walaupun xjauh je dr umah aku.. yg bukit mcm pernah lalu kot ms nk menghala ke kuang tgk tanah murah..tp kan spjg jln mmg xda lampu jln..
ReplyDeletejalan situ nak buat apa lampu..cuba2 la jalan kat sana malam2..mana la tau leh nampak..jgn lupa record sekali kalau boleh..haha..
Deletesalam menyampuk....
Deletekalau ikut uncle seekers, rekod pun tak guna. tak nampak. hahaha.
tu sebab dia penah buat keje bodo cari hantu..kehkehkeh...
Deletemungkin pernah lalu sini
ReplyDeletetp xigt
seram gak baca
huhuhhu
nak seram apanya elea..ni bukan citer seram pon..hahahaha..
Deletehehehe..mcm mana perasaan takut tu ye..aku xpnh mengalami..hahaha
ReplyDeletedalam stori aku ni takda sapa2 yang rasa seram atau takut pon carlos sebab bukan citer hantu..
Deletetp ikut pengalaman aku, pernah sekali je la aku rasa seram kene sakat dengan setan ni..perasaan dia meremang bulu roma satu badan..hahaha
Akak kat mana2 pun kalau lalu time malam gelap area hutan mmg scary. huhu...
ReplyDeletep/s : akak vote putih sebab mata rabun. Background hitam buat sakit mata bila baca font putih. Tp ikut suka ko la, dah blog ko. ekeke...
standard la tu kak..nak hilangkan perasaan tu senang je..jgn pikir pape..cuba jadi pelesit jalan raya masa tu..bawak selaju yang boleh..ofkos akak dah takde pikir seram2 tu..-_-'
Delete#macam lulz je tips aku ni..kehkehkeh
#aku pon dah macam tersuka la dengan background putih ni..nampak luas..hahaha
ko bundle. ko memang saje. aku selalu balik rumah ayah aku yang tak siap lagi ikut jalan tu. sebab itu je short cut nak sampai selayang.
ReplyDeleteko mengingatkan aku satu benda. masa tu aku tengah marah. bila lalu kat jalan ulu yam tu kemarahan aku bertambah-tambah. apa benda yang Encik L pujuk aku buat tak layan je. selalu kena gertak aku dah nangis dah.
tapi masa tu tak. terus sampai selayang aku naik atas rumah. aku rasa ada benda berat release dari badan aku. dan aku terus nangis beriya-iya.
lepas mandi semua, aku dah okey dah.
tapi aku tak jumpa la pasar malam ke ape. dan sekarang ni takde pulak kena ganggu ke ape.
betul la kot jalan ni ada something. aku malas amek pusing sangat.
ko kene sampuk ke apa ni punzel..hahaha..cam kelakar pon ade gak citer ko ni..cam takde kaitan je ko tengah marah,jalan kat uluyam bleh jadi makin marah plak..hahahaha..
Deletekaitan secara tak lansung la. sebab aku ni orang paling cepat reda marah. ni berjam-jam aku marah. langsung tak masuk akal.
Deletesuara-suara jahat membisik ke telinga ku.
ha, seram tak?
arghhh..kenot brain....aku tak kira.citer ko kelakar gak..tak seram langsung...kehkehkeh
DeleteULU YAM.. dulukecik2 mmg rajin pergi mandi sana tp start ada cerita kata kat sana org buang hantu 1bus sebab nak clearkan tapak nak bina bangunan. ada dgr tak? strt dr tu kitaorg dah stop pg sana...
ReplyDeleteskrg sllu pergi mandi kat sg tekala. sana tak takut hantu/bunian skrg ni tapi tkut ngn serangan kencing tikus haha sorg dah kene baru2 ni. jadi nasihat kan org ramai jgn pergi sane buat masa ni yee..
bab buang hantu 1 bas tu nampak sangat membohongnya iima..hahaha..tak logik langsung hantu nak ikut naik bas..kehkehkeh..
Deletekat uluyam pon ade la kes kencing tikus ni..ade gak yang meninggal org tempat aku ni..
hahhaha jaat kot kau ckp cm tuuu! ala caya jer lah org dah cite janji kalau caya tak rugi duit modal kita angguk jer hehe
Deleteykerrr...penyakit tuh skrg dah makin menularrr
kisah buang hantu dengan bas ni popular kot..tapi yang aku dengar yang melibatkan haron din..sapa tah buat citer..mengarut gila..kehkehkeh...
Deleteha aku dgr pun cm tuh gk...
Deletekau kata mengarut kan hbs org buang hantu masuk botol patu buang kat laut percaya tak?
ala kau dulu mesti percaya gk skrg jer kau buat2 kata mengarut
pegii dah!! hehe
aku tak caya pongg..hahahaha...
Deletepong tak pong aku tau kau caya tapi sajer tak nak ngaku.. dr segi kau citer pong mmg nampk nauuu kau percaya haha
Deletexpenah lagi lalu kat sna.. hohho.. macam best je kan nampak rumah yg lawa2, pasar yg meriah.. terang benderang... woww... ntah2 kat situ ibu kota negara jin kot.. hahaha...
ReplyDeletebest la kalau yng kita nampak tu cantik2 je emma..kene nampak rupa2 yang buruk tu, tak lalu makan jadinye kang..hahaha..
Deletebukan stakat x lalu makan, xd mood trus nak hidup.. haahaha.. harap dijauhkan la bnd2 yg buruk tu... :D
Deleteamboi..overnye ko emma..takde mood nak hidup terus...berat nanang mung ni..hahahahhaa
Deletesepanjang hidup,,, setakat ni,, tak de lagi jumpa benda pelik2... setakat dengar bunyi tu biasa la,,, entah2 bunyi yang memang tak pelik langsung tapi muja yang anggap dia pelik,, terus tak berani nak check it out,, hehe
ReplyDeletetakpela tak jumpa pon...bukan dapat apa pon muja..cuma kira untung je la kot kalau dpat jumpa tu..
Delete#ko perasaan lebih..hahaha
x pnah lak g sana.. tapi dulu masa kat felda chini,around pukul 3 pagi, aku penah nampak orang naik motor xde kepala. lalu sebelah aku (aku kat dalam kete). esoknya aku demam
ReplyDeletehuhu..serius ke citer ni citer pengalaman ko..cam dalam filem je..hahaha..
Deleteyup...aku ngan gf abg aku nampak, abg aku yg tgh drive time tu x perasan. seriau beb, dr blkg nmpk cam bese je, sekali masa kitrg potong, baru perasan sampai parat kolar je. atas xde apepe huu
Deletehuh..betul2 ade rupanya kesah2 hantu camni ek..ingat dalam filem je...err..seram gak kalau aku terserempak camtu..haha
Deletemasa study dulu selalu je kesana mandi manda dengan classmate..aku tak ingat la pulak kawasan yang ko tanda tu cekgu. tapi biasalah tetempat cenggitu kan...memang untung la Mama dan Abang Ipar ko...hehehehe. diperlihatkan.
ReplyDeleteko studi kat mana sampai leh ke uluyam plak aien..tempat tu depan lagi dari kawasan perkelahan.untung la depa..hahaha...kalau citer kat anon yg bawah ni langsung dia tak percaya..hehe..
DeleteUsah percaye bende tahyul, Allah berjanji di dalam dalil bahawa manusia tidak boleh melihat JIN:
ReplyDelete1. Allah s.w.t telah mengisyaratkan dengan firman-Nya;
Dan pada sisi Allahlah Kunci-kunci semua yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah. (QS. al-An’am; 6/59)
2. Allah s.w.t berfirman:
Sesungguhnya ia (syaitan/jin) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu, dari dimensi yang kamu tidak mampu melihatnya. (QS.Al A'raf 7; 27)
Saya orang Kampung Pasir Hulu Yam Bharu & perkara ni boleh bawa kepada ketakutan selain daripada takut pada Allah. Nauuzubillah.
ni bukan soal percaya benda tahyul la encik anon..percaya makhluk ghaib ni wujud pon kewajipan kita..aku pon bukan citer pasal bende seram nk takutkan orang..bukan citer hantu pon..
Deletemasalahnya benda ni baru berlaku kat mak dengan abang ipar aku..mmg la kita tak boleh tngok hakikatnya..dah tu ko nak cakap mak dengan abang ipar aku tu cuma halusinasi, berilusi?...
bagi aku nasib la kalau nak ternampak yang pelik2 tu..tu pon atas izin Allah jugak..
so far aku lalu jalan tu nak pergi batang kali memang tak pernah nampak apa2 pun bro..tapi lepas baca citer ko nie seram gak laa..aku tak sure sgt dari map yg ko tunjuk tu tapi kalau tempat ko tunjuk ngan aku pikir tempat saya sama , kat situ memang xde rumah pun...
ReplyDeleteregarsd,
-Strider-
kalau depan sekolah tu takde tempat lain dah lan..tu je sekolah kat area2 uluyam yang ade..sebelum sampai batang kali..dpn tu ade paya...nak seram apa plak der..aku tak citer pasal hantu kopek pon..hahaha..
Deleteaku tak pernah la alami kejadian camni..jalan hulu yam tu pun sekali2 jer kot aku lalu, itu pun waktu siang..
ReplyDeleteair kat bukit hulu yam tu pun aku pernah lalu jer..nampak la ramai org amik air kat situ, kununnya utk berubat or kesihatan..entah betul ke tidak, aku pun xtau..:D
siang2 mat rempit ade la..hati2 kalau ko singgah mandi kat sana..cermin keta senang kene pecah kalau ade barang berharga dalam keta..hahaha
Deleteair tu orang buat minum biasa je la pasal tu air mata air..takdenya untuk ubat2..jimat duit je tak payah beli air dari mesin pasal air tu dah bersih dari dari air tapis jba tu..
ouch.... leeza tak pernah lalu. rasa macam takut jer nk lalu.
ReplyDeletenak takut apanye...
Deletesetakat ni tak pernah diperlihatkan lagi lah, biarlah tak nampak yang pelik2 huhu. gua tak berani tak tengok video tu, grrr haha.
ReplyDeletehahaha..elok gak tu tak nampak..tapi kalau nampak alhamdulillah..kehkehkeh...
Deletevideo tu aku tak jamin kesahihanya..tapi nampak cam ade pocong belakang kereta dia..hihihiiii
kalau kita cuai dan alpa, sah2 la kita berenti kat tempat meriah2 tu.
ReplyDelete*bila nak tukar jadi blogsampah.my? hehe
kalau aku dengan kawan2 aku rasanya singgah kot..biarla nampak pelik pon..bukan senang woo...
Delete#aku teringin gak nak tukar..tapi takut pas tukar komitmen nak blogging lagi cam haram..stay je la dulu..mohon domain free satu...
wow boleh masuk misteri nusantara ni...hehehe..nasibbaik mak kau tak tegur masa lalu tempat tue
ReplyDeletehahaha..ade lagi ke rancangan tu..kehkehkeh..
Deletekalau tegur jadi apa ek??
Org kata kalau tegur kut2 la benda tu ikut. Tp tgk org jugak la jenis sng kena ke tak memenda camni. Kut :D
Deletesapa yang nak ikut tu?.mak aku rilek je..hahaha
Deleteaku tak pernah lagi sampai ulu yam tu bro.
ReplyDeletemacam mana la student Sains Hulu Sleangor tu hidup.
takda pape kot kat sini, dah la kawasan macam menakutkan.
kau ada baca cerita ceria seram dalam cari gold?.
dorang ada share tempat tempat yang boleh dikatakan seram jugaklah.
pastu dorang ada citer jugak pengalaman memancing yang seram.
bebudak sekolah tu mmg takde dunia luar la gamaknye..nak naik bas pon bas tak lalu situ bro..kalau nak fly kena tumpang lori ikan je la..hahaha..
Deleteaku tak penah lagi baca kat situ..ok2 tq..nanti aku usyar..best gak kalau baca kisah2 seram time mancing ni sebab aku minat mancing..hehe..
salam
ReplyDeletedlm perjalanan blk dari kelantan ke kedah...melepasi tasik banding jam 12 mlm..ada sesuatu menumpang kereta akak..anak sulung yg drive nampak..benda tu dok seat belakang...berbalut putih...tp dia tak cakap kat akka dan suami...sampai rumah baru bgtau
yg kelakarnya..anak kedua jugak nampak..boleh pulak dia bertanya dlm hatinya...ehh tadi adik(yg dok seat blkg) pakai tudung merah..bila masa dia tukar tudung putih hehe...
sejak tu..akak dah serik...fobia dgn perjalanan waktu malam...
perghh..scary gile kak..bunyik cam dalam filem gak..tapi sebab akak dah alami akak je la tau camne rasanye..orang lain cam saya ni mungkin la kurang caya kan..scary2...
Deleteuii.. aku time blajar kat upm dlu mmg salu kot g situ. mmg lgsung xde rumah mewah megah weh. hayya.
ReplyDeleteerr..xberani aku nak loading vid tu.haha
mungkin sebab ko tak lalu situ time malam kot..rumah tu ade waktu malam je..hahahhaa...
Deletevideo tu cam tipu je..
Aku bukan la org yg ada kelebihan untuk tgk makhluk2 halus ni. Kiranya kalau betul la yg mak kau nampak tu kawasan perumahan jin or org bunian. Aku rasa aku takkan pernah nampak. Tp if takat nampak rumah, takpe la kannn. Takde seram apa pun. Hehehe
ReplyDeleteTp aku takut tgk video tu, Pakcik! Grrrrr. Aku penah gi kelas malam drive sorang lalu jalan blakang. Kiranya jalan tu agak sunyi & takde lampu jalan. Grrrrr. Aku asyik terimagine kang tetiba ternampak yg bukan2 ke. Tp Alhamdulillah takde pape.
aku frust sebab aku takde sekali masa tu..kalau tak mesti syok..kot2 la bleh nampak..nak seram tu mmg takde la..bukan nampak hantu ye dak..
Deletepenakut gak ko ni kan..ko patut risau kat penyamun sebenarnya..diorang tu pon ramai yg perangai cam setan..kene rompak tgh2 malam tu naya je..
yelah bundle. kalau lalu kat kawasan kubur, aku lebih takut makhluk yg nampak dari yg taknampak. sebab?
Deletesebab yg tak nampak tak kacau kita kalau kita tak ganggu dia.tapi, kalau makhluk yg nampak ni, tak kacau pun, anytime boleh jadi lauk kat mereka.. takut woo.. dunia sxxxxx sekarang..
tu la..'org' yang sebenarnya yang kompom bleh datangkan mudarat kat kita..hantu setan ni takut ngn kita kalau kita sentiasa ingat Allah kan ha kan..hahaha
Deleteuish tak mo lah, jalan situ mmg menakutkanlah malam2.
ReplyDeletekalau takut gelap takpe lagi sebab sana tu malam mmg takde lampu jalan..tapi kalau makhluk2 tak nampak ni toksah takut la kak..
Deletenasib baik kau cerita..klu aku lalu jalan ni nampak ada pasar malam konfirm aku tak breti..hehe
ReplyDeleteahh, nyesal aku citer..kalau tak, mana la tau leh baca citer ko g uptown alam ghaib kan..hahahaha
Deletexpernah la ada pengalaman sendiri yg mcm ni.. tp pengalaman adik sy.. dia benti rehat kt satu kwsn lapang, kt penang. masa tu kul 1@2pagi.. ms nk tdr tu tgk kosong je, pastu terjaga jap, jenguk sikit kwsn tu, penuh dengan "org"..macam downtown.. esok pginya pas subuh, dia bgn tgk kwsn tu bersih!! klu ikut logik, bila ada psr lama atau downtown, mesti at least ada plastik sampah kann.. tp xde.. so dia tanya pakcik kat situ, pakcik tu kata xde pun downtown atau pasar malam kt area sn.. blerghhh..
ReplyDeletelenguh jemari kontot menaip..
xdpt imejin hulu yam tu kt mana pdhal duk selangor gak.. hahaha
fuiyoo..gempak gak citer tu..rugi la adik ko tak singgah..kalau tak mesti ade citer lagi best...
Deleteko duk selangor tang mane ni?
haha..siang2 je berani bace entri ini..mlm2 nk bace tkt nnti ada yg tdo ng mak plak..
ReplyDeletepenakut..k bye..hahahhaa
Deleteseram ni bro
ReplyDeleteXde seram mane lah bro..ni misteri je lebih..tkde nmpak pon makhluk2 asing..
Deletemisteri2..agaknya klu betul perumahan bunian..maju sunggsuh depa,rumah beso,lampu terang benderang siap uptown lg..ehh pasar malam ekk..kehkeh
ReplyDeletetak payah la minta dapat tengok hantu, dicerita dari hadis yg pernah sy baca kalau manusia biasa ni nampak jin/syaitan, nescaya mereka akan pengsan/mati terkejut. mungkin sekarang boleh kata berani tapi bila realiti pasti jadi kaku
ReplyDeleteperenggan pertama dan kedua aku baca, meremang bulu mata, last2 tu aku mengekek tahan gelak sampai tersedu2, menangis2 aku citer kat papa JJ sebab kami pernah kot tersesat masuk jalan sana. Tengah malam jugak, tapi tak nampak apa2, biar la tak untung pun huhu.
ReplyDeletehuiii takut la camtu nak g mandi air terjun ulu yam. bkn semua org yg boleh nampak kan..
ReplyDeletePerkara macam ni pernah berlaku dengan parents aku bro, tapi masa tu diorang nk balik on the way ke Kuala Krai, Kelantan. Bapak aku citer die nampak ade satu pekan yang diorang lalu macam meriah gila2 punya sedangkan jam pukul 3:00 pagi. Selalunya jalan dari Gua Musang - Kuala Krai sunyi sangat pagi2 time macam tu....memang ade rumah kampung tp selang 2 , 3 rumah pastu hutan balik....
ReplyDeletexD x prnh terjadi lagi lam hidup >.<
ReplyDeleteaku lalu pun tak pernh tmpat ni. harap2 kalo aku lalu satu hari nnti aku tak nk la ternmpak pasar malam yg org2 lain cerita tu. takut tersinggah pastu tak blik balik hua hua minta di jauhkan
ReplyDeleteMaaf lah bro.. bukan nak takut kan korang.. tapi sebelah tu, atas bukit tu ada kubur India & Cina..
ReplyDeleteKalau nak selamatlah kan ; aku rasa ada upacara pengkebumian atau bakar mayat.. atau ada orang shooting.
kalau jawapan mistik tuuuu.. ; seperti jawapan di atas lah - macam-macam andaian boleh buat - nampak rumah orang bunian atau jin... atau... apa saja.
Aku tinggal di Antara Gapi, sebelum Taman Kelisa tu, jalan masuk ke Antara Baru baru dibuka sebelah Sekolah Sains Hulu Selangor tu..
mungkin dah lama treat ni korang bincang dan baru hari ni aku terbaca..... so nak pendek cerita suspen gak naik bulu tengkuk.... aku ada bercadang nak beli tanah kt belakang sek sains tu..... tanah kiranya cun gak la..... ada dusun durian manggis rambutan bagai dan hujung tanah ada air terjun kecik sesuai la utk 2 keluarga bpiknik..... kalau dah gayanya mcm ni seram gak..... sbb tpt yg tuan blog tunjuk tu betul2 laluan jalan masuk ke lokasi tanah tu...... huurrrmmmmm.....
ReplyDeleteBetul cite ko ni...akak tempat kje aku pn pnah ckap ternampak perkampungan meriah terang benderang bila nk naik bukit tu...orang tertentu je boleh nampak agak nye..malam la..
ReplyDeleteBetul cite ko ni...akak tempat kje aku pn pnah ckap ternampak perkampungan meriah terang benderang bila nk naik bukit tu...orang tertentu je boleh nampak agak nye..malam la..
ReplyDeletesebelah tasik kawasan yg ditandakan bulat tu ada kubur hindu...tempat bakar mayat pun ada kat situ...
ReplyDeleteEnter your comment... pasal pindah kan komuniti jin satu bas tu betul sebab nak tambak lombong kat area selayang ni.
ReplyDeleteSalam. Saya baru je lalu jalan tu td, dalam pkl 12:30-1 pagi . Dari KL nak balik ke Ipoh. Esok Raya haji, Waze bawa jln ke situ utk elak jam PLUS highway. First time ikut jln tu. Tp dalam gelap2 seram td, byk ja kereta ikut jln tu. Anyway, saya mmg nampak kejadian tu. Terang benderang lampu fairy light. Meriah . Saya rak terfikir pula itu alam bunian. Bila dah baca blog ni. Ha ah logik, atas bukit. Meriah2 mcm tu, mmg tak mungkin. Betul2 lepas Sekolah menengah sains tu. Dari arah kl, lampu terang tu akan berada di sebelah kiri. Rasanya td, saya nampak 2. Satu, rumah banglo besar & terang benderang meriah. Satu lg, yg pasar tu. Agaknya kalau saya sempat snap gambar td, (if bawa slow sikit, tp bahaya la 😅) mesti entah apa la yg keluar kt gambar tu.
ReplyDeleteAnyway, lepas lalu jln Ulu Yam tu. Memang akan tempuh lalu jln Kerling pula, sebelum keluar & jumpa highway Tg Malim.
ReplyDeleteNak dijadikan cerita, dalam samar2 gelap, kereta tgh lalu lalang. Dari arah hadapan, sebelah kanan saya, tepi jln (kaw rumah kampung di sebelah kanan) Tiba2 ada seseorang tgh jln, kain pelikat tutup habis 1 muka, sambil kain berkibar. Berjalan dari arah hadapan kiri passed by ke arah selatan.
Saya sempat tgk semula (Sekilas) pada Cermin pandang belakang Tengah saya, org tersebut tiada. Masa saya termampak dia tu, saya tgh process. Eh? Kjp. Org tu jln, pegang botol. Muka dia tutup habis dgn kain pelikat. Mcm telangkup muka tu. Saya mcm Eh??
Seram betul, balik mlm ikut jln lama tu. Silap tak check Waze dulu. Saya ingat saya ikut highway. Ni first time, from KL balik ikut jln berbeza masa keluar dari Jalan Ampang.
Sbb td traffice jam depan Gleaneagles, ada major accident. Orang terbaring mati atas jalan. Polis tutup dgn kain putih. Sementara tunggu Ambulance (Hosp Kerajaan rasanya) utk sampai. Coz saya sempat tgk Ambulance dari arah bertentangan dari jauh, menghala ke tempat accident td.
Walaupun bertutup kain putih, bhg mujanya nampak berlumuran darah 😖
Dari awal gerak nak balik Ipoh tadi, vibes mlm ni mmg seram & mengerikan 😭😭 Taubat tak nak balik mlm dah. Apatah lg lewat pagi 😭😭😭😭
Mohon maaf type panjang2.
Salam Eid Mubarak.
Semoga kita semua seisi keluarga selalu dalam lindungan Allah ta’sla, sihat sejahtera, Dipanjangkan umur dlm keberkatan & selalu dalam rahmat & kasih syg Allah Ta’ala.
Amiinn2 Ya Rabbal Aalaminn.