Tuesday, May 29, 2012

bell's palsy

assalammualikum wbt..

Minggu lepas opis aku digemparkan oleh berita tak berapa best sebab salah sorang pekerja kat sini jatuh sakit..member aku ni kena strok sebelah muka..kesian dia..apa yang lebih kesian pulak, dia tengah mengandung dua bulan sekarang ni..

Lepas ramai duk kecoh kat opis ni pasal penyakit yang menimpa Izzah ni(nama sebenar dia), aku buat rilek terus tanya pakcik google apa sebenarnya penyakit yang member aku ni hidap..kalau ikut dengar cakap cakap orang-orang kat opis ni macam-macam versi ada..hahaha..sebab tu aku rujuk google lagi puas hati ye dak..hahaha..

So dari apa yang aku jumpa..Izzah ni menghidap bell's palsy..bell palsi ni ialah penyakit lumpuh saraf muka yang menyebabkan ketidakmampuan mengawal otot muka pada sisi yang terkena penyakit ini. Ia selalunya bersifat sementara. Beberapa keadaan boleh menyebabkan kelumpuhan muka seperti barah otak, strok dan penyakit Lyme. Tetapi jika tiada sebab dapat dikenal pasti, keadaan ini dikenali dengan nama palsi Bell. Penyakit ini dinamakan sempena ahli anatomi dari Scotland bernama Charles Bell yang pertama kali menemuinya. <--sumber wikipedia..

Monday, May 28, 2012

Frust, lawak dan terharu

assalammualaikum wbt..


Frust lawak

Entri kali ni aku nak cakap pasal dua perkara..1st pasal entri aku semalam..rasanya aku macam gagal je sampaikan mesej tu..tah mana la silapnya sampai ramai pulak aku rasa tak paham..kahkahkah..nak cakap aku tulis tak jelas,rasanya dah cukup jelas dah aku terangkan..kalau aku tak terangkan takpa la gak..ni maksud yang tersirat tu pon aku dah suratkan..frust campur lawak gak jadinya bila baca koman-komen korang tu..hahaha...serius aku takda niat nak troll sapa-sapa ye..kehkehkeh..

Aku paham korang nak cakap banyak lagi sakit yang lagi sakit dari sakit tengkuk tu..betul la korang cakap tu..tapi yang aku nak sampaikan dalam entri semalam tu pasal "Paling" atau "Toleh"..faham dok? hahaha...sebab tu la aku cakap sakit tengkuk tu sakit 'paling' sakit..bukan maksud aku sakit tengkuk tu sakit yang tersakit ke, teramat sakit ke, atau lebih sakit dan takda niat pon aku nak cakap sakit gigi tu kurang sakit dari sakit tengkuk.kehkehkeh..

Harap korang yang tak paham entri aku semalam tu dah jelas sekarang..kalau tak paham jugak..pi sekolah tadika balik..hahahahaa...


#kredit to Aien not Alien sebab tak salah paham entri aku semalam..

Saturday, May 26, 2012

Info : Sakit 'paling' sakit..

assalammualaikum wbt..

Korang semua tau tak penyakit apa yang orang cakap 'sakit paling sakit' ?..ni aku nak bagitau sikit pada sesapa yang belum tau lagi apa yang dimaksudkan dengan sakit paling sakit..

kalau nak aku bagi definasi sebenar sakit apa yang paling sakit mengikut perubatan serius aku memang tak tau..semua penyakit kalau boleh, biar la tak sakit..err macam mana tu..hahaha..yela..sapa yang suka sakit ye dak..takpon istilah sakit tu biarla merujuk perkara yang tak menyeksakan..maksud aku kalau orang tu cakap dia sakit sebenarnya merujuk kenyang ke, seronok ke..boleh ke camtu..kehkehekeh..

Tuesday, May 22, 2012

Fakta : Aku tak pandai baca buku..

assalammualaikum wbt..

Awal tahun 2012 ni, aku ada tulis satu entri berkaitan pembacaan..rujuk sini Aku, dia dan novel..kat akhir entri tu aku ada bagitau yang aku berazam nak beli satu novel dan habiskan baca..hahaha..setakat ni dah bulan mei, azam aku nampaknya jauh sangat lagi target tu nak tercapai..kehkehkeh..masa aku pergi pesta buku tempoh hari pon aku tak beli novel atau buku cerita..yang ada komik je..hahahaa..

Walaupon camtu aku tetap suka membaca ok..komik pon bacaan kan..hahaha..tapi yang aku nak cerita kali ni..fakta yang aku nampak kat diri aku..Susah sebenarnya nak cuba benda yang bukan style kita ni..diri korang, aku tak tau lah..mungkin sebab masa korang belajar dulu atau tengah belajar sekarang dah biasa mengadap buku kan..so biasa kot membaca buku ni..ntah kenapa baca buku ni tak berapa menjadi dengan aku..hahaha...

Masa pesta buku haritu, ayah aku pon ada pergi sana dan beli la beberapa buah buku dia nak baca..dia memang seorang pembaca dan pengumpul buku..kat rumah orang tua aku ni dah macam perpustakaan pon ada kalau korang nak tau..buku terbaru yang dia beli masa kat pesta buku tu yang aku perasan ada 3 buah..satu tajuknya Eksklopedia Bidaah dan satu lagi buku teori konspirasi rahsia simbol yahudi..lagi satu aku tak ingat..

Saturday, May 19, 2012

Bagai anjing dan kucing

assalammualaikum wbt..

Ungkapan yang sering orang dulu gunakan untuk menggambarkan sesuatu situasi selalunya diterjemahkan dalam peribahasa, pepatah, pantun dan sebagainya..korang pon mesti biasa dengan satu ungkapan ni yang biasanya ditujukan untuk orang yang tak boleh duduk dekat dan mesti bergaduh.."macam anjing dan kucing"..betul kan...aku tak tau ayat ni termasuk dalam kategori peribahasa atau apa..tapi bila aku dah tengok gambar yang aku dapat dari email, ayat tu mungkin dah tak berapa sesuai lagi digunakan..hahaha..


alololo..suwittnye..hahaha..


Cukup la sekeping yang aku masukkan ye..kalau tengok gambar semua yang aku dapat yang ada lebih kurang 18 keping memang comel-comel semuanya..langsung tak menggambarkan anjing dan kucing ni macam yang selalu orang cakap yang tak boleh jumpa dan pasti akan bergaduh.. mungkin anjing dan kucing dah lupakan sejarah pergaduhan spesis kot..makanya hidupla mereka aman dan damai..kehkehkeh..

Friday, May 18, 2012

Dairi : kisah disebalik aku dan bundle..

Entri semperna hari guru

assalammualaikum wbt..

Macam aku dah pernah cerita dalam entri lepas yang aku sendiri tak ingat entri mana..perkataan YM.Bundle iaitu Id aku dalam blogging ni merupakkan id yang sama aku guna dalam dunia chatting masa aku gila chatting dari zaman mirc sampai la yahoo massenger, dan skype..tapi kali ni aku nak cerita sikit apa kaitan yang sebenarnya antara aku dengan bundle..

Pengaruh bundle ataupon pakaian bundle ni dalam hidup aku ni sebenarnya bermula sejak aku di tingkatan tiga lagi..masa tu aku kenal sorang awe kelate yang kerja di kedai makan berhadapan dengan rumah aku..nak jadikan cerita, dia ni la asalnya yang membawa pengaruh bundle dan skinhead kat aku dan merupakan member aku sejak dari tu sampai la sekarang yang dia pon dah nak masuk dua orang anak sekarang ni..haha..

Member aku ni nama dia Hazaki@Aki je la..dua tahun lebih tua dari aku..entri ni memang nampak special la sebab aku menyebut terus nama betul dia tanpa guna watak "bukan nama sebenar"..haha..pasalnya dia memang member yang paling baik dengan aku..sekarang je la dah tak rapat mana pasal susah dah nak lepak-lepak macam dulu ye dak..masing-masing ada tanggung jawab dengan keluarga..

Monday, May 14, 2012

Sentap : Istilah troll yang perlu anda tahu..

assalammualaikum wbt..

Kalau korang biasa baca blog obefiend blog serius atau blog katun nokharomm ayam & babi korang pasti akan selalu jumpa istilah yang takda dalam kamus dewan bahasa..kat sini aku selaku cikgu bundle akan menerangkan serba sikit maksud istilah urban ni mengikut definisi kamus dielek/urban dan pengunaannya dalam seharian..

Meleis
Mesti korang dah biasa jumpa perkataan ni kan?..perkataan ni digunakan dengan meluas dalam entri blog serius sehingga ramai buat anggapan istilah meleis ni pon muncul pertama kalinya dalam blog obe..

Friday, May 11, 2012

Berita baik untuk wanita bergelar isteri..

assalammualaikum wbt ..

Rasanya entri ni ramai pembaca blog aku suka sebab ramai kat sini golongan wanita je yang baca kan..hahaha..maklum la sejak kebelakangan ni feedback dari pembaca pembaca blog aku ni macam makin kurang je..kalau dulu komen boleh la jugak sampai 30-40..lani tinggal belas belas je..tu pon termasuk yang aku balas komen..kehkehkeh..sabau je la bak kata aien not alien..blog aku dah makin bosan ke?hahaha..

Ok, straight to point..berita baik yang aku nak sampaikan ni berkenaan hal laki bini la..tapi masih boleh diambil perhatian untuk yang bakal jadi laki atau isteri ni..info yang best untuk kaum hawa tapi tak berapa best untuk kaum adam ni aku dapat dari buku yang bini aku beli masa pesta buku haritu..hahaha..

kenapa aku cakap berita baik untuk isteri je, tapi tak best untuk golongan suami ni ialah sebab statment ustazah ni dalam buku tu ada menyebut..

Thursday, May 10, 2012

ketenteraman jiwa aku terganggu..

assalammualaikum wbt..

Harini aku nak buat entri luahan sikit..sebenarnya entri ni nampak macam personal, tapi korang ambil je la pengajaran dari entri ni sebagai umum ok..hahaha..ceritanya camni..sejak aku dah kerja dengan syarikat baru ni..environments kerja kat sini sama sekali berubah dari tempat kerja lama aku..sebabkan aku orang baru, aku malas la nak tegur sangat apa-apa yang aku tak suka, kang orang cakap aku lebih-lebih pulak..

Tapi ada satu perkara yang aku memang tak suka pasal sesetengah sikap orang ni ialah bila tak reti jaga ketenteram orang lain...serius aku rimas betul kalau setiap hari rasa terganggu ni..contoh macam kat tempat kerja aku sekarang..walaupon opis aku ni dah cukup best..tapi sebab ada jugak makhluk camni la buat opis tak best..

Senang citer aku memang bebulu betul dengan manager aku ni..aku bukan kesah hal kerja kalau dia nak bagi kerja segunung pon..kerja-kerja jugak walaupon aku banyak habiskan masa blogging kan..kehkehkeh..tapi yang aku tak puas hati ni, elok bilik aku macam rumah mayat, tak pasal-pasal bertukar jadi macam taska..kadang-kadang macam zoo pon ada..haihh..

Wednesday, May 9, 2012

Info : Mengingati kematian..

assalammualaikum wbt..

Atas permintaan beberapa rakan blogger yang baca entri aku berkenaan usrah aku minggu lepas, ada yang minta aku kongsikan lagi info usrah aku minggu-minggu seterusnya....sebenarnya aku pon agak lewat masuk kelas usrah tu semalam pasal aku keluar dulu cari nasik lemak untuk sarapan pagi..ada la terlewat dalam 15minit macam tu..kehkehkeh..

So bila aku masuk je kelas tu aku dah mula blur ustaz mengajar pasal apa..haha..dari yang aku cuba pahamkan ustaz bercerita pasal mati..kenapa perlu mati dan berbagai-bagai persoalan la jugak pasal mati ni yang ditimbulkan..nasib aku tak lepas banyak point..

Macam semua dah tau..mati memang lumrah..semua yang hidup pasti mati...kalau kita mati harini rasa-rasa sapa yang paling sedih? ahli keluarga? musuh? orang yang kita berhutang?kehkehkeh..ada satu mitos atau cakap-cakap orang tua jugak yang timbul masa kelas tu semalam..pernah dengar tak orang cakap kalau menangis masa ziarah jenazah tu jangan sampai menitik air mata kat jenazah?hahaha..benda tu sebenarnya takda apa pon kata ustaz..jangan percaya bukan-bukan la ye..

Monday, May 7, 2012

Info dan tutorial : backup entri dalam blog lain..

assalammulaikum wbt..

Mesti korang semua dah sedar kepentingan backup data bila mengunakan komputer atau lappy ni kan..mana la tau tiba-tiba pc korang tu buat hal pulak..masuk virus ke rosak ke..memang la biasanya boleh diselamatkan lagi sebelum format baru atau repair, tapi andai data tu korang sangat urgent nak guna, kan jadi masalah..so cara selamatnya baik korang backup dulu kat mana-mana external hardisk atau thumb drive..

So harini aku nak tunjuk sikit cara backup data..tapi bukan la data biasa..tu semua orang pon tau..ni cara nak backup data content blog korang tu..lepas korang dah blogging bertahun-tahun tak sayang ke kalau tiba-tiba blog korang hilang..maklum la untuk pengetahuan korang, banyak dah blog yang di hapuskan oleh Blogger kerana didakwa melanggar peraturan Term of Service Blogger..

Saturday, May 5, 2012

Info : Mitos tentang lepas kahwin yang busted..

assalammualaikum wbt..

Ada sesapa rindukan aku..kehkehkeh..ok la..kalau boleh aku tak nak taip banyak untuk entri ni..serius tangan aku sakit lagi ni..dari pengelangan sampai lengan jugak la terasa sakit yang tiba-tiba je mai tak tau dari mana..wooo..

Entri ni sebenarnya sikit sebanyak berkaitan alam lepas kahwin jugak walaupon aku sama skali tak boleh terima mitos yang selama ni dah banyak kali aku dengar..korang pernah dengar tak biasa orang-orang lama cakap badan cepat naik lepas kawin sebab hati senang...kehkehkeh...

Sampaikan ada sorang kawan aku ni..nama dirahsiakan..dia ni agak weng dan tintong sikit la sebab selalu ambil dadah sebagai supliment untuk dia ada tenaga extra untuk kerja dan berjaga malam..dadah tu bukan la dadah dah jadi ubat macam kat hospital tu beb..senang citer dia ambil ais atau syabu ni la..lol

Thursday, May 3, 2012

Info dari usrah : kisah ilmu Nabi Adam

assalammualaikum wbt..

Untuk pengetahuan korang semua, setiap minggu kat opis aku ada buat usrah..ada dua orang ustaz yang mengajar kat opis aku ni..selang seminggu ustaz ni bertukar tukar shif la kiranya..hahaha..

Ustaz sorang ni namanya Ustaz Haznil..beliau ni kira ustaz yang baru nak pemes la jugak pasal dalam tv9 untuk rancangan Tanyalah ustaz pon dia pernah muncul..dalam rancangan yang kisah artis-artis yang dah dapat hidayah macam kisah Sham Kamikazi tu pon dia pernah jadi hos serta beliau ada juga segmen bersoal jawab di Radio ikim setiap minggu..

Sorang lagi ustaz ni namanya ustaz Hanafi..latar belakang ustaz ni aku tak berapa kenal pasal dia baru jugak mengajar kat opis aku ni..tu pon pasal Ustaz Haznil tu terlalu sibuk,dan sebab tu jugak la ustaz Hanafi ni jadi pengajar ke2 kat opis aku ni..

So usrah aku semalam yang jadi pengajarnya Ustaz Hanafi..Aku suka pelajaran dari Ustaz ni pasal banyak benda baru yang jarang aku baca atau dengar dari ustaz lain..ustaz Hanafi ni pon bukan calang-calang orangnya pasal ustaz Hanafi ni pon merupakan mentor dan senior kepada ustaz Haznil masa beliau belajar di Mesir dulu..cuma Ustaz Haznil je la glamer sikit..hahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...