Wednesday, May 9, 2012

Info : Mengingati kematian..

assalammualaikum wbt..

Atas permintaan beberapa rakan blogger yang baca entri aku berkenaan usrah aku minggu lepas, ada yang minta aku kongsikan lagi info usrah aku minggu-minggu seterusnya....sebenarnya aku pon agak lewat masuk kelas usrah tu semalam pasal aku keluar dulu cari nasik lemak untuk sarapan pagi..ada la terlewat dalam 15minit macam tu..kehkehkeh..

So bila aku masuk je kelas tu aku dah mula blur ustaz mengajar pasal apa..haha..dari yang aku cuba pahamkan ustaz bercerita pasal mati..kenapa perlu mati dan berbagai-bagai persoalan la jugak pasal mati ni yang ditimbulkan..nasib aku tak lepas banyak point..

Macam semua dah tau..mati memang lumrah..semua yang hidup pasti mati...kalau kita mati harini rasa-rasa sapa yang paling sedih? ahli keluarga? musuh? orang yang kita berhutang?kehkehkeh..ada satu mitos atau cakap-cakap orang tua jugak yang timbul masa kelas tu semalam..pernah dengar tak orang cakap kalau menangis masa ziarah jenazah tu jangan sampai menitik air mata kat jenazah?hahaha..benda tu sebenarnya takda apa pon kata ustaz..jangan percaya bukan-bukan la ye..


Sumber : Tagas.skid Row [member office]
Abang Din,pinjam gambar ok..hehe...


Maksud tersurat pasal mitos tu ada macam macam versi..tapi kita ambil la dari yang tersirat sebagai positif yang mana, air mata jangan sampai menitik atas jenazah tu bermaksud jangan la terlampau teriak atau terlalu meratapi..tu je..lagi satu ustaz cakap jangan terlalu pikir bila kita akan mati, bila hari kiamat, tasik galili dah nak kering la, Dajjal nak keluar la..patutnya kita kena pikir dah cukup ke persiapan kita sebelum mati ni..tu lebih penting..

Satu lagi bila selalunya orang kita sebut pasal mati macam dalam drama, contohnya babak orang sakit tu ada penyakit serius yang membawa maut dan dia bagitau keluarga, awek,bf dia yang dia akan mati....So orang yang dengar cakap pesakit tu akan balas.."isk, jangan cakap pasal mati sayang, jangan merepek", awak akan sembuh...cewahh..hahaha...cakap pasal mati pon jadi macam salah ye dak..bukan ke bagus mengingati kematian tu..(ni rekaan aku semata-mata, bukan yang ustaz cakap)..hahaha..

So sebabkan mengingati kematian ni memang bagus..apa kata kalau lepas ni, kalau korang nak sambut besday kawan-kawan, suami, isteri, mak, ayah..kita jangan belikan hadiah macam biasa lagi..kita hadiahkan pulak dengan kain kapan, batu nisan atau apa-apa la yang boleh mengingati kematian..ok kan...(walaupon sebenarnya bagus, risiko tanggung sendiri)..kehkehkeh...

Ok la..sebenarnya banyak lagi isu dalam usrah tu..tapi cukup la dulu setakat ni..aku nak mengulas lebih-lebih pon dah tak berapa ingat..dan yang pasti aku bukan alim ulama yang korang boleh rujuk dari penulisan aku ni kan..cukup la sekadar hal ringan yang aku rasa best nak kongsi, aku akan kongsikan..wuallahualam..


p/s : aku tukar layout kaler hitam balik pasal aku silau la bila online dalam gelap..terang sangat.. haha..


18 comments:

  1. Aku paling tak suka bila perihal kematian dibuat macam mainan. Ex-golpren aku dulu pernah menipu kononnya beliau sakit leukimia dan akan mati x lama lagi. Marah betul aku masa tu..*buat muka marah*

    Satu lagi yang aku marah kalau orang cepat putus asa bila tahu dia akan mati. As if macam tak ada harapan dan cuma menghitung masa untuk pergi..

    Selalu aku kongsi ayat macam ni:

    "Kematian bukanlah kehilangan paling besar dalam hidup. Kerana kehilangan paling besar itu ialah matinya apa yang ada dalam diri kita semasa kita masih hidup."

    ReplyDelete
    Replies
    1. perghh..lain macam gurauan ex gf ko husin..hahaha..
      betul la bro, aku pon rasa macam ayat ko tu..mati sebelum mati tu la kehilangn besar..err maksud ko "mati pucuk" kan..hahaha

      Delete
    2. erks..tu la..mati pucuk tu satu kehilangan besar..kahkahkah

      Delete
  2. betul. persiapan utk mati :)

    ReplyDelete
  3. huhu dulu pun sis mati2 lah percaya yg pasal air mata tu..tp bila dh belaja sekolah tu baru lah faham..
    kdg2 pengaruh drama mmg kuat..rasa cuak je bila ada org tdekat ngn kita sakit ke mcm cakap yg menyebabkan tak sedap hati ha mulalah fikir bukan2..

    huhu yg bab hadiah tu mmg risiko diatas tanggungjawab sendiri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..mesti orang salah paham sis kalau bagi kain kapan walaupon niat baik..mesti orang ingat kita nak prank kan..haha..

      Delete
  4. Perjalanan menuju kematian tu seseorang pernah gambarkan mcm ni.... kita on the way nak pegi ke satu tempat yang best tapi jauh. Dalam perjalanan kita berenti di R&R. Pastu kat R&R tu semua benda ada, sgt menyeronokkan. Boleh dikatakan lengkap la. So, kita dah lalai dan duduk terlalu lama di R&R tu sampaikan kita lupa destinasi kita kat tempat yg jauh dan best tu. so, terus je la kita duduk kat R&R tu sampai kesudah. Hehe. Lari daripada tajuk tak? Hahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow..kemain ko lyd..cam baca novel lak ayat ko..hahaha..bleh la terima..ada gak kaitan dengan mati..tak lencong tajuk pon..hahaha

      Delete
  5. aku ada member yang suka buat joke pasal kematian.nak je aku balut dia ngan kain kapan time tu,memang zaman sekarang kematian pun boleh dijadikan gurauan.Heh.

    part mitos air mata tu mengarut je,tapi seumur hidup siyes aku tak penah cium mayat tanda penghormatan terakhir.
    em.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ganas ko ni nak balut org ngn kain kapan..ekeke..

      Delete
  6. yang mitos selalu dengar dan dikuatkan lagi bulan lepas aku duduk betul2 sebelah jenazah nenek saudara yang meninggal sebab barah hati, bila anak2 bersedih nak cium jenazah elok je ustazah sound "kesat2 air mata tu jangan menitik kena jenazah...." more less camtulah ayat beliau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik..ustazah pon terpengaruh mitos tah apa2 tu ke..pesal kalau air mata menitik ingat mayat boleh hidup semula..adehh..secara logiknya kalau tak menangis meratap pon, air mata sedih tu tetap ada kan..nak buat camne kalau dah menitik time kita cium ke apa ke..

      Delete
  7. Aku pun penah denga mitos air mata jgn kena kat mayat nanti mayat saket. & aku percaya je tanpa tau arah tuju mitos tu sampailah aku baca entry kau ni. Haha. Ye laa, sbb aku pun taktau apa rasanya jadi mayat tu. Hehe.

    Yg psl dlm drama tu, aku rasa mmg bagus gak org yg hampir mati tu igtkan kematian. Tp aku rasa bnd ni mgkin de kena mengena ngan psikologi & perubatan gak kut. Mgkin bila org saket tu tetap bersemangat utk hidup & tak terlalu meratap usia dea yg dah nak hampir luput tu, tak mustahil sbnanye umur dea bleh jadi panjang lg. Sbb tu kut femely dea suh jgn igt mati. Cehh, memandai je aku. Ni pun rekaan aku je. Haha.

    Ahhh, yg penting ajal maut tu kan dah tertulis. Yg penting sentisa get ready je lah. Erkkkk! Kau dah ready ke Pakcik? Aku cam belum jeee. Huuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. simboliknya jgn meratapi sgt je..kena redha kan..
      ko mesti suka tengok drama ni makcik..pandai la ko bag semangat la, pisikologi la..ekeke..ustaz cakap kalau ziarah orang sakit yang nak mati,kita kene lagi ingatkan pesakit tu bab agama..ajar mengucap, suh dia baca yasin ke apa ke..hahaha

      Delete
    2. ouh , aku pon baru tahu nie . kehkeh .

      Delete
  8. aku lg suka background putih.haha..

    mmg pasal mati nie kita kena ingat selalu,jgn nak joli je hidup nie..ayat jgn cakap macam tu syg tu bukan apa,bkn pasal cakap pasal mati tu tak bagus,cuma tak nak kehilangan org tersayang je.haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la tu kutu..ingatkan mati supaya org tak pikir dunia je..yg kekal tu bila selepas mati jugak..

      putih cantik..tp mata aku dah teruk la..silau..haha

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...