Thursday, May 3, 2012

Info dari usrah : kisah ilmu Nabi Adam

assalammualaikum wbt..

Untuk pengetahuan korang semua, setiap minggu kat opis aku ada buat usrah..ada dua orang ustaz yang mengajar kat opis aku ni..selang seminggu ustaz ni bertukar tukar shif la kiranya..hahaha..

Ustaz sorang ni namanya Ustaz Haznil..beliau ni kira ustaz yang baru nak pemes la jugak pasal dalam tv9 untuk rancangan Tanyalah ustaz pon dia pernah muncul..dalam rancangan yang kisah artis-artis yang dah dapat hidayah macam kisah Sham Kamikazi tu pon dia pernah jadi hos serta beliau ada juga segmen bersoal jawab di Radio ikim setiap minggu..

Sorang lagi ustaz ni namanya ustaz Hanafi..latar belakang ustaz ni aku tak berapa kenal pasal dia baru jugak mengajar kat opis aku ni..tu pon pasal Ustaz Haznil tu terlalu sibuk,dan sebab tu jugak la ustaz Hanafi ni jadi pengajar ke2 kat opis aku ni..

So usrah aku semalam yang jadi pengajarnya Ustaz Hanafi..Aku suka pelajaran dari Ustaz ni pasal banyak benda baru yang jarang aku baca atau dengar dari ustaz lain..ustaz Hanafi ni pon bukan calang-calang orangnya pasal ustaz Hanafi ni pon merupakan mentor dan senior kepada ustaz Haznil masa beliau belajar di Mesir dulu..cuma Ustaz Haznil je la glamer sikit..hahaha..

Habis bab pengenalan..

Masa usrah semalam, Ustaz Hanafi la yang punya kelas..macam minggu-minggu yang lepas, ustaz banyak bercerita pasal sirah-sirah nabi..ni memang pelajaran feberet la bagi aku..Ustaz ni lebih kepada Tasawuf, Sirah, perubatan dan macam-macam lagi jugak sebenarnya..berbeza dengan Ustaz Haznil, beliau lebih kepada akidah, kena mengaji yang buat aku cepat mengantuk..maklum la Qarin aku ni kuat sangat mengacau aku..hehe..(kredit untuk Pn.Kutu)..


Aku tertarik dengan kisah Nabi Adam a.s yang ustaz cerita dalam kelas tu..topik usrah ni sebenarnya pasal ilmu..cukup la kalau aku tulis point penting yang best je masa ustaz cerita tadi ye..macam semua orang yang patut tahu, Nabi Adam adalah manusia pertama..full stop..

Salah satu sebab Allah swt menyuruh semua malaikat sujud dan hormat sebab Nabi Adam jugak adalah Ciptaan Allah swt yang paling sempurna berbanding yang lain..perkara yang satu lagi aku baru dengar ni berkenaan ilmu yang Allah bagi untuk Nabi Adam..memang aku pernah jugak terbaca pasal hal ni..tapi bila dengar sendiri dari ustaz rasa lagi berkembang la ilmu yang baru aku dapat ni..

Mengenai soal ilmu yang ustaz ceritakan tadi, ilmu yang Allah swt ni sediakan sangat lah besar tak terhingga..sebijak-bijak manusia yang ada sekarang yang orang gelar genius pon tu tak terbanding lagi dengan Ilmu yang Alllah swt berikan pada Nabi Adam..ilmu yang Allah dah beri sebelum Nabi turun ke bumi lagi..


Yang menariknya apa yang ustaz ceritakan, Ilmu Nabi Adam ni merangkumi dari Zaman baginda sendiri hidup sampailah ilmu ke akhir zaman pon Allah dah sediakan untuk Nabi Adam .lebih dari tu pulak..kalau manusia yang ada sekarang cuma boleh hebat ilmu alam shahdah@alam nyata ni walaupon hakikatnya ilmu tu sangatlah kecil, Nabi Adam pulak Allah lengkapkan nabi dengan ilmu alam ghaib, akhirat dan segala-galanya sekali yang tak diwarisi walaupon anak cucu Nabi Adam sendiri..

Yang lawaknya, bila cakap pasal ilmu menyeluruh yang ada pada Nabi Adam..ustaz saja la timbulkan persoalan..kalau betul semua ilmu Nabi Adam tau, adakan Nabi Adam juga tau guna internet, komputer dan segala teknologi yang ada sekarang..hahaha..ok tu soalan bodoh je kata ustaz..tapi masih boleh menjelaskan persoalan tu dengan jawapan yang bijak dari soalan yang bodoh tu..nak cerita pasal tu lebih-lebih, panjang lebar pulak kang..haha..

So kesimpulan dari cerita ni, ada perkara yang kita boleh ambil iktibar..1st tuntutlah ilmu sebanyak mana yang boleh..kedua, kalau dah rasa banyak ilmu, belajar dah tinggi pon jangan bongkak sangat sebab nak bandingkan ilmu yang yang kita ada sekarang apa la sangat nak bandingkan dengan ilmu Nabi Adam..tak kemananya yop..





klik sini kalau nak dengar sendiri..tapi mungkin susah korang nak paham la kot..ekekeke..aku dah edit bab yang aku citer kat atas tu je..(audio tak memuaskan pasal aku record guna phone je)


Akhir kata, ni ada ayat tassawuf yang ustaz bagi suruh pahamkan..

Setiap zikir ada fikir
Setiap wirit ada warid
Setiap usul ada wusul




21 comments:

  1. Replies
    1. hahaha..lama tak nampak kak..baru balik dari bercuti ke..ekeke..

      Delete
  2. betul tu..takleh nak bongkak+angkuh dengan ilmu yang ada...sebab hakikatnya ilmu manusia ni sangat sedikit.. ^_^

    p/s : peringatan..peringatan.. ^_^

    ReplyDelete
  3. Aku mmg dah lama terfikir pasal ilmu yg orang2 dulu ada. kalau tgk dierang punya binaan bangunan pun dah menjelaskan segala-galanya. Kadang-kadang ada jugak aku terlintas yang zaman dulu pun ntah2 teknologi skrg ni dah ada dan dah mereka kuasai. CUma sebab ada kaum yang terus dilupuskan Allah sampai tak tinggal sisa so sebab tu kita tak tau banyak tentang apa yang mereka ada. Yang penting nabi2 dulu besar orangnya.

    ReplyDelete
  4. aku suka patah patah ayat yang last tu

    ReplyDelete
  5. Ada dlm satu ayat Al-Quran, bila Nabi Adam as diciptakn, Allah brfirman ada ajar Nabi Adam as 'ayat'. Lpas tu, Allah perinthkn Nabi Adam as sbutkn ayt tu kat para Malaikat. And then, para Malaikat pun akui pnciptaan Nabi Adam as.

    Mcm2 sy dgr apa mksud 'ayat' tu, sbb klu bro check sndiri dlm al-Quran, mmg takde spesifiik dlm surah tu. Apapun, mmg diakui Nabi Adam as mmg mmpunyai ilmu yg luas yg diajar Allah. Tgk la pun kturunan dia punya binaan. Sbnrnya mngalahkn kita pnya. Tp tu la, dh trkena azab Allah, kita tak nmpk la 'teknologi' diorg.

    Apapun, nice sharing bro! Taktau pulak kat ofis boleh ada usrah, ekeke!

    ReplyDelete
  6. Okeyyy, Pakcikk! Aku paling suka kesimpulan kau tuu. Even ayat kau tu cam cliche & ramai dah org cakap tp kita ni manusia kalau tak sentiasa diingatkan kita mudah lupa. Cewwah!

    2ndly, aku berminat gak nak tau apa jwpn ustaz tu psl yg kau kata soalan bodoh tu. Tu takdelah soalan bodoh pun sebenanye kann? Cuma soalan tu dengar cam lawak je laa kan? Hehe. Apa ek jwpn ustaz tu?

    Lastly, memandangkan opis kau tetiap minggu ade usrah, apa kata Pakcik kau share gak topik usrah yg kau dengar tetiap minggu tu. Kan best share2 ilmu ni. Disamping kau dpt pahala lebih, dpt gak tlg2 bg ilmu kat aku yg jarang dengar2 ceramah ni. Hehe.

    ReplyDelete
  7. woha.. thanks for sharing...

    ReplyDelete
  8. kalau macam ni boleh la setiap minggu share kat kami semua biar bertambah ilmu sama-sama...


    benarlah ilmu yang kita miliki hanya ibarat setitik air dilautan yang luas....banyakkkkk lagi yang kita tak tahu dari tahu.

    ReplyDelete
  9. soalan mcm tu pun sengaja ditimbulkan ye? hehehh. amboi ustaz.

    ReplyDelete
  10. ilmu Allah lagi hebat. Dia bg kat sape2 yg die nak..mintak la kt Allah n doa jgn lupa..^^

    ReplyDelete
  11. wah,, bestnya,,, tau je semua benda,, :D

    ReplyDelete
  12. Aik bro, bro keja kat ofis mana lak ada benda2 camgini nih? Ini sudah bagus, mendekatkan dan didekati. Senang nak bertanyakan persoalan, sambil2 menguatkan apa yg patut, menajamkan apa yg perlu.

    Pernah baca pasal Nabi Adam as kat library yang berlambak kat setiap perhentian yang sy jejak. namun lebih terikat kepada cerita2 pengembaraan. Hoho.. Soalan tu mmg.. lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. private je apple..syarikat consultant..tapi bos aku ni alim sikit.tu pasal ada kelas usrah tiap2 minggu..hehe..

      Delete
    2. patutla.. tu yg pelik tu. haha..

      Delete
  13. wah bgs nye office buat usrah....kami just ada solat jemaah setiap zohor n asar....slalu ada ceramah time puasa , dia jemput ustaz luar tuk ceramah. tp kadang2 ada gak wat kelas hadis wpon bukan bulan puasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku kalau bulan puasa memang kelas mengaji je la..ngantok sikit..hahaha..

      Delete
  14. aku dh lama baca entri ni tp tak berkesempatan nak komen.bagus boss ko nie ekk,at least boleh juga org bawahan dpt ilmu agama, berganda pahala lg bila ko share dengan kiteorg..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...