Tuesday, May 29, 2012

bell's palsy

assalammualikum wbt..

Minggu lepas opis aku digemparkan oleh berita tak berapa best sebab salah sorang pekerja kat sini jatuh sakit..member aku ni kena strok sebelah muka..kesian dia..apa yang lebih kesian pulak, dia tengah mengandung dua bulan sekarang ni..

Lepas ramai duk kecoh kat opis ni pasal penyakit yang menimpa Izzah ni(nama sebenar dia), aku buat rilek terus tanya pakcik google apa sebenarnya penyakit yang member aku ni hidap..kalau ikut dengar cakap cakap orang-orang kat opis ni macam-macam versi ada..hahaha..sebab tu aku rujuk google lagi puas hati ye dak..hahaha..

So dari apa yang aku jumpa..Izzah ni menghidap bell's palsy..bell palsi ni ialah penyakit lumpuh saraf muka yang menyebabkan ketidakmampuan mengawal otot muka pada sisi yang terkena penyakit ini. Ia selalunya bersifat sementara. Beberapa keadaan boleh menyebabkan kelumpuhan muka seperti barah otak, strok dan penyakit Lyme. Tetapi jika tiada sebab dapat dikenal pasti, keadaan ini dikenali dengan nama palsi Bell. Penyakit ini dinamakan sempena ahli anatomi dari Scotland bernama Charles Bell yang pertama kali menemuinya. <--sumber wikipedia..


kesan akibat bell's palsy


Yang lebih kesiannya, doktor yang tengah merawat dia tak berani nak bagi ubat sebab berisiko menjejaskan kandungan dia..ye la kan baru 2 bulan..aku pon tak tau macam mana keadaan dia sekarang..dari yang aku dengar member aku pergi melawat dia..keadaan macam teruk sangat..haih, seriau plak aku dengar..semoga kau cepat sembuh Izzah..

Dari sumber bacaan lain yang aku jumpa, golongan wanita mengandung memang berisiko tinggi untuk mendapat bell's palsy ni walaupon nisbah 2 dalam 10,000 orang..dan aku tak sangka jugak budak Izzah ni yang sangat aktif dan kecoh pon boleh terkena..so untuk golongan wanita yang tengah mengandung sekarang ni, jaga la kesihatan baik-baik ok..untuk golongan lelaki mengendong toksah risau.hahaha...


# Dengar citer terbaru pagi ni, Izzah dan makin teruk pulak..kuman yang ada kat otak sebelah kiri tu dah masuk sebelah kanan jugak..erk..


36 comments:

  1. ya Allahh, sian nya diaa.. :( harap izzah tabah..

    ReplyDelete
  2. kenapa macam gtu ..teruk jugak bende ni eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam aku baca..ade kaitan dengan virus jugak..wallahualam..

      Delete
  3. Kesian jugak bila mengenangkan org yg kena penyakit2 yg kita jarang dengar nih..macam gf adik aku yg juga merupakan adik kawan aku..dia kena penyakit Multiple Sclerosis yang efek pada brain dgn spinal cord..

    Kebarangkalian nak kena penyakit tu pun kecik jer..lebih2 lagi kat negara2 asia..

    Utk info tambahan di sinun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. *aku rasa aku memang selalu lari topik bila komen*

      Delete
    2. kesian wei tengok org sakit ni apatah lagi yg menanggung ye dak..ko komen tak lari sgt pon dari topik h..tapi ko kembangkan lagi cerita tu..hahaha..

      Delete
  4. eh. kasihan nya. btw semoga dia cepat sembuh :0

    ReplyDelete
  5. Yup...smoga izzah cpt sembuh.....

    ReplyDelete
  6. takutnye.... dah la aku tgh mengandung.. huhu.. moga2 ALLAH pelihara lah aku and baby..

    dan moga2 izzah cepat sembuh...amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko baik2 makcik jage kesihatan..ade risiko tu..semoga sihat walafiat la ko makcik..amin..

      Delete
    2. tq la pakcik.. ngeri gak kot... pasal pemakanan jugak ker?.. malas google.. hahak!

      Delete
  7. Tu kira side efek mengandung ke takde kena mengena ey? Takut aku dengar. Sedih kan bila dpt penyakit2 yg jarang org kena ni? Mesti rasa nape kita yg terpilih. Hmmm. Apa lg kalau kebarangkalian terkena penyakit tu tipis, tp kita still kena. Tp kena redha je la weyh.

    Kalau aku, aku sedih gila. Ngah preggy lak tu. Mana nak pikir kesihatan sendiri lg. Mana nak pikir baby lg. Dah la org preggy ni takleh stress2, takleh penat2 sgt. Dugaan tu aku rasa utk dea. Dugaan.

    Btw, dea mengandung anak ke bape & bape umur dea? Sometyme, bila Allah bg apa yg kita betul2 nak, mesti ada dugaan yg mengiring nak uji kita tabah ke tak. Sanggup terima ke tak. Wallahualam. Sedih sendiri lak aku tetiba. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu bukan side efek laa..mungkin masa tu antibodi tak kuat kot so bleh jadi..sapa-sapa pon leh kena tak kira laki atau pompuan..

      tu la aku rasa kesian gila tu..dah la mak buyung..nak pk baby lagi..diri sendiri lagi..adehh..ni baru anak fist dia..umur sebaya ko..

      Delete
  8. dugaan buat Izzah terkena penyakit disaat sedang mengandung...moga lekas sembuh hendakNya. sedih mengenangkan walau tak kenal kan.

    ReplyDelete
  9. Bell's palsy? Syaa kene tahun lepas. Tapi dalam masa seminggu je dah baik.
    Syaa pergi hospital, tapi syaa ni jenis yang tak suka telan pil.
    So, abah ajak berurut. Berurut dekat Kota Tinggi. Berurut baru tiga kali, then Alhamdulillah, mulut dah tak senget lagi. Nak makan oun senang. Tak meleleh macam mase sakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. icc..alhamdulillah la cepat je sembuh..kene time preggy ke?

      Delete
    2. syaa tahun ni form 5. tahun lepas form 4.
      mane ade mengandung. penyakit tu datang tiba-2. doktor pun taktahu datang dari mane.

      Delete
    3. icc..muda lagi dah kena penyakit tu..alhamdulillah la sihat cpat..member aku ni sampai masuk icu dah..

      Delete
  10. Nauzubillah. Harap2 Izzah okay. Ko perasan tak sekarang ni macam2 penyakit yg keluar. Barah darah la, akut la, jangkitan virus kat paru2 la. Aku cam seram je. Mungkin penyakit ni daripada dulu dah ada, tapi skrg makin kerap jadi kat org2 sekeliling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la lyd..dah macam2 penyakit skg ada..risau je aku..

      Delete
  11. moga dia cepat sembuh. pestime kita tau nama penyakit ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pon pestime dengar..tapi penyakit ni da lama ade..

      Delete
  12. kesiannya., x twu plak org prgnen bole ade risiko cmni., semoga semuanya baik2 saje., takziah untuk izzah :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan org preggy je chuu..ko tngk bdak form4 pon leh kena cam contoh pengkomen atas tu..adehh..bahaya betul

      Delete
  13. penah dgr penyakit ni, dulu ada kecoh sat..
    hmm smoga kwn tu cepat sembuh,,smoga bila wa pregnant nt smua baik2 saja..cis ada hati ckp psl pregnant kunun, huhu

    ReplyDelete
  14. kesian laa . first time gak aku dgr penyakit mcm nie . hope dia tabah la . dah la anak 1st . mesti sedey mcm apee kan . bundle , kalau kau pergi lawat dea , ckp warga blog kem slm . ckp kat dia , hope cepat sehad . amin ~

    ReplyDelete
  15. Hmm.. Tak tau nk komen pe bro. Semoga member bro beransur sembuh. Yang Sylvester Stallone dengan lukisan Mona Lisa juga dikaitkan dengan masalah saraf serupa kot. Jadi, benda ni boleh sembuh ke pe? Mcm teruk je yang part kuman2 tu. Hmm..

    ReplyDelete
  16. InsyaAllah xda pape..
    sy pernah blajar pasal pnyakit ni waktu blajar dulu..
    yg sy ingat,mata dia kena la cover dari cahaya matahari: contoh pakai glasses, sebab mata dia senang kering..
    slaen tu jgn bg kena direct angin/kipas ke muka yg affected 2..
    bg sy, sy suggest dia p buat rawatan physio kat hospital..kat sana dorang akan ajar exercise muka n other treatment..
    semoga Kak Izzah cepat sembuh..amin...

    ReplyDelete
  17. terjumpa info ni, pasal bell's palsy… sharing is caring :) - Bell's Palsy - Lumpuh Saraf/Otot Muka

    ReplyDelete
  18. ~semoga cepat sembuh dan tabah hadapi ujian tue :)

    ReplyDelete
  19. takut plak aku baca entri ni.harap kawan ko tu akan sembuh..klu smp membahayakan nyawa,takkan doc tak bley buat apa2..pregnant baru dua bulan,boleh selamatkan lg aku rasa..tp mgkin gak penyakit nie jarang berlaku, doc pun takde pengalaman sgt kot.simpati aku kt izzah tu...

    ReplyDelete
  20. Assalam.
    Apa dah jadi kepada Izzah? Semoga dia selamat.

    p/s :
    Visit my blog www.ruzanaibs.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...