Wednesday, December 7, 2011

Prank tutorial : Spirits of the coin..

amaran : entry ni mengandungi unsur-unsur ganas, seram dan meyentuh aspek agama yang tidak keterlaluan..

assalammualaikum wbt..


Apa korang tau pasal prank? prank ni kalau ikut sejarah silamnya berasal dari kisah april fool tak silap aku..kat US pada setiap bulan april diorang akan sambut prank sepanjang bulan..prank dengan troll ni macam adik beradik la cuma prank ni lebih kasar guraunya..kehkehkeh..


Selalunya troll ni lebih bersifat statment menyerang, sindiran sinis, membahan, makan dalam, menganjing dan lain lain..prank pulak aku nampak lebih kepada mengenakan seseorang tu secara dekat yang bukan saja buat orang tu butthurt tapi rasa macam nak bagi penendang je terus kat orang yang prank dia.. kehkehkeh..

Macam macam cara prank ada..contoh rancangan prank yang ada kat TV yang tak keterlaluan macam Just for laughs Gags tu..yang rancangan melayu punya,wa kena beb! sebagai contoh..kalau nak tengok prank yang tahap wtf, korang cari la sendiri..

Aku sendiri ada pengalaman prank yang memang wtf..cerita ni cerita 10 tahun lepas time aku baru habis SPM..Aku dengan sorang kawan aku ni yang merupakan perancang utama dah plan nak kenakan sorang lagi kawan aku ni yang agak poyo la senang cerita..

Sebelum tu, korang tau pasal permainan spirits of the coin?..benda ni memang khurafat dan tahyul..kononnya main benda ni boleh panggil roh orang mati..kahkahkah.. benda ni la aku main dulu untuk kenakan kawan aku sorang ni..tapi yang aku main ni langsung takda pemujaan ataupon khurafat ok..tipu tipu je...insya'allah dosa aku menipu kawan aku tu ada,hehehe..tapi syirik aku rasa tak kot..mintak jauh la..



Prank ni memang susah nak buat,tapi kalau menjadi hasilnya memang superb..so aku cuba terangkan sejelas yang boleh untuk korang paham...kalau berani boleh cuba, sesuai untuk student dan boleh di kreatifkan lagi..hehe..


TERMA DAN SYARAT SEBELUM PRANK SPIRITS OF THE COIN

  • kumpulkan pelakon seramai 4 atau 5 orang..
  • pastikan semua jelas motif dan tau peranan masing2 (kena pandai berlakon)
  • cari tempat yang sesuai..(rumah kosong,pondok atau tanah perkuburan)
  • mesti buat waktu malam..
  • tak boleh pasang lampu..(pasang lilin je)
  • sediakan prop..kad spirit, duit syiling lama..kalau takda,duit syiling 50sen pon boleh..
  • nak kenakan orang hati mesti kering,berani,serius, walaupon korang mesti akan tergelak..



PERSEDIAAN SEBELUM PRANK

Pelakon mesti buat perbincangan sebelum jumpa mangsa..contoh untuk main spirit ni, korang yang terlibat dah bincang awal awal bila,kat mana,point prank,peranan pelakon,skrip mesti ready.

Bila dah ready semua, baru korang jumpa bakal mangsa tu sebelum waktu malam..ajak la mangsa minum ke apa ke dulu..time ni sorang pelakon mesti start bukak cerita untuk main spirit..

Dalam masa yang sama jugak pelakon ke2 mesti mengiyakan untuk main sama..

Tapi pelakon ke-3 dan ke-4 mesti jadi pembangkang..baru la nampak real..kalau semua iye je nampak sangat nipunye plak kan..

Last baru tanya bakal mangsa, ajak,paksa,cabar..biar dia nak tak nak terpaksa ikut jugak..kahkahkah...

Bila mangsa dah setuju..misi berjaya..

Lepas tu korang balik dulu,rehat cukup² pasal malam baru game start...



PRANK BERMULA..
  • Bila dah sampai masanya, contoh pukul 12malam..jumpa tempat yang dijanjikan..jangan lupa bawak prop yang diperlukan..
  • Dah masuk rumah atau pondok tu, korang duduk la rapat rapat dan cuma pasang lilin je kat tengah..gelap tu selain bagi mood seram,sebenarnya boleh cover korang dari kantoi gelak tau..hehe
  • Korang boleh start main..tapi sorang pelakon ni mesti belagak kononnya pandai la nak panggil roh ni..sorang pulak kena berlakon tak berapa sihat, yang lain lain ikut je..yang tak sihat tu mesti buat² la tido dulu kat tepi...bila konon²nya syiling dah bergerak kat atas kad spirit, pelakon lain ni mesti buat buat terkejut atau takut.baru la mangsa lagi cuak..dialog skrip pandai² la..hehehe..
  • Semasa main tu pelakon pon mesti pandai buat soalan kononnya boleh bersoal jawab dengan roh..ala macam dalam filem tu..
  • Peringkat seterusnya yang lebih mencabar, ajak roh tu datang rumah atau pondok tempat korang main ni..
  • **contoh macam aku buat..bila dah konon² roh tu dah sampai,dia tak boleh masuk..alasannya ada ayat quran kat depan pondok..so salah sorang pelakon kena tanggalkan dulu ayat quran tu..baru lagi real..**
  • Lepas tanggalkan ayat quran tu tadi, pelakon yang konon tak sihat dan tido tu terus bangun mengejut kononnya roh tadi dah masuk dalam badan dia..hehehe...
  • Kat sini pelakon tu pulak mainkan peranan dia..
  • **semasa aku main dulu, kononnya roh wanita mati kena rogol dan bunuh yang datang..nama dia maisara..hahaha..**
  • Sebabkan roh hantu perempuan,pelakon yang konon kena rasuk ni mesti la berlagak macam perempuan..duduk bersimpuh..cakap lembut..baru real dan peranan yang paling penting buat mangsa takut..ekeke..time ni pon kalau ikut pengalaman aku,mangsa prank dah nak terkencing..ekeke..
  • Cara nak takutkan mangsa lagi,pelakon hantu ni mesti cakap mangsa ni la orang yang bunuh dia..pelakon yang lain² mesti buat² takut jugak..mulut mangsa biasanya akan terkumat kamit baca ayat kursi dan macam macam lagi..hahaha
  • Pendekkan cerita,Lepas dah siap bersuai kenal dengan hantu tipu tu,korang suruh la hantu tu keluar dari badan pelakon sorang ni..tapi masa ni kononnya hantu ni ada syarat sebelum blah..
  • ** macam aku dulu,hantu nak baju dengan kasut member aku ni..kalau tak bagi keluarga mangsa pon dia nak kacau la konon..hahaha..nak tak nak kawan aku ni terpaksa la bukak baju dan kasut dia lepas tu campak dekat pagar macam mana yang hantu suruh..(boleh mintak apa je..duit,hp,boxer,coli dan sebagainya)**
  • Settle ucapkan salam perpisahan, hantu pon konon keluar dari badan..time ni pelakon hantu tu mesti berlakon pengsan balik kejap dan lepas tu bangun terpinga pinga..
  • lepas tu korang cepat² la macam nak balik..konon tak sedap badan la apa la kan..hehe..biarkan je mangsa yang tak pakai baju dan kasut tu blah sendiri dalam kesejukan malam tu...kehkehkeh..korang pastikan dia balik dulu,atau salah sorang cepat² ambil baju dan kasut yang dia tinggalkan dan sorok...
  • lepas tu korang boleh bersurai atau lepak tanpa dia dan gelak beramai ramai..kehekehe...
  • Esoknya kalau mangsa tak demam, dan dia datang port korang lepak,baru la korang bagi balik baju dan kasut tu dan gelakkan lagi beramai ramai..teruskan menganjing sampai penat..sumpah sampai mati dia takkan lupa dan bersedialah kalau dia balik asah parang nak sembelih korang..kahkahakah..


p/s : tak paham lagi?,sila tanya..
p/s : prank part2 lebih ganas (coming soon)


34 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. yang terkena tu wajib la asah parang...fuhhh...

    ReplyDelete
  3. hahaha, mangsa prank tu mesti berdendam paa. hahaha

    ReplyDelete
  4. hahhahha..siap bertutorial lagi...kira2 leh lah buat kat org lain palk pasni..haha

    ReplyDelete
  5. Hahahhahahaa terbaik punya pank ;D terima kasih untuk tutorial yang snagat bermakna ni XD

    ReplyDelete
  6. @aien : haha..kalau dia bawak parang..cabut laaaa..ekeke

    @alyaclumsy : rasanya sampai sekarang member aku tu berdendam..hihi..

    @cinta zulaikha : haha..risiko tanggung sendiri la kalau nak buat..

    @tuan besar : bermakna ke bro..ekeke..macam jahanam je aku rasa..ekeke..selamat mencuba ye...next tutorial pasni lagi kejam..tunggu...

    ReplyDelete
  7. hahahahaha..gila,,ko memang gila kan..memang makan selipar la spe buat aku camni..

    tp kalau hantu tu datang betul2 camne pulak weyh??

    ReplyDelete
  8. @anakwakmail : soalan ko tu soalan bagus..dulu member subahat aku pon risau kalau hantu datang betul²..tapi redah je la..hantu dtg cabut la...kehkehkeh....

    ReplyDelete
  9. kejam sioot!.haha..tapi best gak dapat prank org camni.kehkeh

    ReplyDelete
  10. beraninyer... kalaulah time prank kan mber2 kene betul2....mau demam 2 minggu jawabnya..

    ReplyDelete
  11. penat dgr game ni

    takut ah nak maen

    ish

    ReplyDelete
  12. ini boleh mengundang kemarahan !

    ReplyDelete
  13. @zaza : hahaha..suka ko zaza,ko yang kene baru tau..ekeke

    @nana : tu la,nasib tak datang hantu betul2..kalau tak dengan aku skali demam..ekeke

    @lea : ni game budak jahat dulu2 je lea..skg main ps je..

    @bro khairul : hehehe..bukan takat marah je bro..boleh buat gaduh terus..hehe

    ReplyDelete
  14. weh bundle, mase aku kt hostel uitm dulu mmg ade bdk2 bilik sblh main spirit nih, serius jadi, dan2 dorg masuk tido bilik aku , siot betoi nye bdk2

    ReplyDelete
  15. hish..betul ke bleh panggil hantu ni..aku tak percaya lah, sebab tu aku berani buat..ekeke..tp itu dulu hati manyak kering maa..skg hati sudah ada taman..ekekeke..

    ReplyDelete
  16. hahaha..teringat kenangan silap main spirit of the coin nie.tutorial yg diberi plak memang xde cacat cela..cukup detail..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  17. @ini belog saya : hehe..berani tak berapa penting sgt..kena pandai belakon yang penting..hehe

    @azlan : hahaha..ada lagi yang susah aku nak terangkan bro..tapi ok dah tu kan..cuma keadaan sebenar bila bila je bleh berubah..hehe

    ReplyDelete
  18. Cool gile prank nko ni. Ko org Pahang ke? Ceh tetiba. Cerita ko dgn background blog ni memang sgt matching. Aku dpt imagine dgn lebih berkesan cerita ni. Cpeat skit kuar prank siri ke 2.

    ReplyDelete
  19. haha , brguna gler tuto nyh , dgn bckground siap , dh ready jaoh2 dri laptop takodd kna troll yg tiba2 antu kluar tu , HAHA !! glew towl ~

    ReplyDelete
  20. haha lu aku org ajak main,kompem kena paksa pun aku takmau.khurafat tu aku kata.aku budak baik.hahaha.

    tut0 nie sesuai utk budak nakal jer!kihkih

    ReplyDelete
  21. dulu time sekolah ramai budak main spirit2 ni,nasib tak join,hehe

    ReplyDelete
  22. wah !!!!
    main spirit of the coins....
    cam pernah main jer waktu kechik2 dulu.....
    isk !!!!
    nakal nyer teman nie....

    ReplyDelete
  23. hampeh ler dpt kwn yg kna kan btol2 mcm tu..xtdo mlm kwn tu nnti

    ReplyDelete
  24. haha..naya sapa yg kena prank ni...

    ReplyDelete
  25. kadang2 betul2 terjadi, budak2 hostel ada yg buat kehkeh

    ReplyDelete
  26. aku pernah tengok orng main benda ni.. tengok macam betul.. tapi abis baca entry ni aku rasa diorng saja nak kenakan aku cisss!!

    ReplyDelete
  27. have a nice day visit me and follow!!! http://animexited.blogspot.com

    ReplyDelete
  28. omk.. dulu kecik saya pnh main spirit of the coin..ini tak lucu,mmg jadi.tobat aku tak main lagi!!

    ReplyDelete
  29. pernah kena gak yg coin2 ni. sakit hati gua beb!

    ReplyDelete
  30. giler jahat idea..skali yang bg idea betol2 kena bru tau..hehe

    ReplyDelete
  31. hahahah... pergh!! -_- kejam jugak r.. y kedua lagi kejam... xD kesian.. >.<

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...