Thursday, July 7, 2011

Miniature Project


Assalammualaikum all readers..

Miniature Town In October Dress


Harini aku nak bercakap tentang "seni"...apa yang korang tahu pasal seni ni..adakah pendidikkan seni kat sekolah tu seni?adakah seni tu dinilai dengan harga..boleh ke beli seni kat kedai makan?..pergi kedai order je,kak bagi seni sebungkus..ikat tepi ye..memang dapat la hasil seni kat mata korang kalau buat camtu..wakaka..



Seni ni bagi aku sangat subjektif..kadang2 aku tengok hasil hasil seni contohnya kraf atau lukisan, ikut mata aku kadang2 apa kebangang punya hasil boleh dianggap seni..seni dari sampah pon leh jadi seni..so takda siapa yang boleh menilai seni ni aku rasa...so kalau korang berminat menghasilkan apa-apa yang ada nilai seni,teruskan je..walaupon orang cakap tak best atau sampah, jangan pedulikan..tapi hasil seni tu biar la nampak kreatif bagi pendapat aku la..kalau hasil tu terlebih seni sangat sampai orang langsung tak paham apa yang nak disampaikan tu orang panggil wtfbbq..wakaka..


Macam aku kerja dengan syarikat lama sebelum kerja sekarang ni,kat situ aku kerja sebagai pelukis pelan jugak macam sekarang..hangin je aku dengan bos aku tu..selalu je aku kena sound dengan dia kalau dia check drawing aku..asik asik cakap aku ni takda seni..pastu dia plak sibuk nak adjust drawing tu..haizz..nasib la ko bos..kalau tak, dapat la hasil seni kat mata ko bos..wakaka..

Gambar ni orang panggil aquascape..bukan miniature..aquascape ni lagi susah pasal kena tanam pokok dalam air..tapi ni dah komersil la..miniature hutan takda lagi..hehehe...


Sebenarnya,sekarang ni aku tengah dalam perancangan nak buat satu hasil seni yang boleh dikomersilkan..disebabkan aku yang tak berapa seni ni, aku ada la mintak pandangan and kongsi idea aku ni dengan sorang member aku yang kerja arkitek..walaupon lari sikit dari bidang dia,tapi sebabkan aku tau dia memang berminat dengan seni, so aku terus ajak dia jadi rakan konsi aku..wakakaka..cet,cam bisnes juta juta plak..

ok,pendekkan cerita..idea aku ni ialah nak buat lanskap dalam akuarium..bukan untuk bela ikan ataupon worderpet ok..aku nak buat lanskap hiasan hutan yang ada air terjun, sungai, pokok hidup, hanya dalam akuarium..senang cerita orang panggil miniature la..biasanya miniature ni orang buat untuk model model banggunan yang real kan, tapi dalam skala kecil..lani idea aku nak buat miniature hutan yang betul2 real..so benda ni memang perlukan kesenian yang tinggi la aku tengok..sekarang pon aku baru dalam proses list bahan bahan yang diperlukan..bila tah nak jalan projek ni..wakakaka...


P/S: ada sesiapa nak sponsor dana?hehehe..
.

9 comments:

  1. seni itu halus dan kdg2 tak nmpk.kdg2 tu aku tgk hsil seni org,org lain kata cantik tp aku xnmpk cntiknya mungkin sbb aku yg xberseni dan tak nmpk mana seni keje org tu..

    ReplyDelete
  2. memang camtu la selalunya..mata cap ayam cam aku ni nak tengok yang terus paham je..kalau tak paham je malas pk..tu yang tak nampak kat mane seni dia..ekekeke..

    ReplyDelete
  3. seni ni halus buatan nya.. xsemua org boley lihat.. tapi ia harus diselami.. like say :lukisan.. bpe org yg boleh menjiwai hasil lukisan itu,kita haru melihat melalui mata hati :)

    ReplyDelete
  4. wow..dasyat ko sara..hehe..kena lihat ngan mata hati ek..sebab tu ex bos aku ckp aku tak seni rasenya..dia tak tengok dengan mata hati..demm yu bos..

    ReplyDelete
  5. sibuk plak die cari dana projek seni ni ek..
    dana project seumur hidup utk minggu depan tu bile nk cari?

    ReplyDelete
  6. adehh..mem besar komen plak..ekeke..untuk project tu kire lamsam je la yang..hehehe..

    ReplyDelete
  7. "kak..ikat tepi?" -hahahaha i like

    ReplyDelete
  8. wakakaka..dah agak tu yang ko nak komen zie..memang aku tunggu ko komen pon..hahaha..ampehh..

    ReplyDelete
  9. Nak bg dana tu jauh skali, tp nk bg pandangan tu tentunya walau pndgn sederhana cuma.
    Sy rasa idea tu sngt bagus. Sekiranya miniature tu merupakan miniature hidup, sudah tentu ada pasaran. Cuma mungkin bukanlah benda yg dijual di kedai2, kita boleh pilih melainkan perniagaan secara pesanan. Cnthnya, jika ada miniature yg menunjukkan air sungai kat Pangi, pelancong boleh beli untuk kenangan. hotel2 boleh beli untuk dijadikan rujukan. Malah pusat agen2 pelancongan juga mungkin berminat, daripada nak beri gambar atau brief berjam2, mereka boleh lihat sendiri keadaan sebenar dalam bentuk lebih kecik. Hehe.. berbincang dgn mereka, xsalah untuk mencuba. Gud luck!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...