Wednesday, April 22, 2015

Mat Jebon - Part 11 (saudagar mangga)

assalammualaikum wbt..

Minggu lepas masa tunggu bini aku kat opis dia, aku dapat satu panggilan dari member lama..memang lama gila la..last berkawan dan lepak sama-sama masa sekolah dulu..aku tak tau la mana dia dapat no phone aku..tapi berita dari panggilan tu agak mengejutkan..


Joe : "haloo Boy, aku ni ,Joe Selayang.."

aku : ermm..dalam hati dah tertanya dah pesal mamat ni call aku.. pastu baru aku tanya betul-betul.. "ye joe, apa cerita calling aku ni"..


macam sedap plak aku tengok gambar mangga ni..


takda cerita banyak, joe terus  straightforward je bagitau cerita sebenar..


 Joe : "Mat Jebon kantoi ni kat rumah aku" kau rapat lagi ke dengan Mat?"


aku : laa, kantoi apa plak dah kali ni"..


Joe : Aku tengok dia macam stoned ais je..nasib aku ada kat rumah tadi" kalau tak memang kena belasah la dia dengan abang ipar aku"


Aku : apa kes?


Joe : Dia curi mangga...


aku : wtfff....


hahahhaa..tu la kes kali ni yang melibatkan Mat Jebon..setelah lama aku senyap tulis entri tentang dia, akhirnya ada jugak cerita terbaru..sebenarnya aku agak kesian dengan keadaan Mat sekarang..seriously..beberapa kali jugak aku berselisih dengan dia masa aku balik kerja,cuma tak berkesempatan je nak tegur..

Cuma yang aku nampak, dia sangat tak terurus sekarang..aku tak tau dia tinggal dimana..yang aku nampak dia selalu berjalan kaki je tak tau mana arah tujuan dia..pernah sekali adik aku bagitau, dia ada tumpangkan Mat yang bawak besi buruk dalam guni untuk dijual..

Tapi tu besi aku boleh terima lagi, masuk akal jugak la..ramai je penagih-penagih yang aku kenal dah tolong rembat besi-besi, periuk periuk belakang rumah mak aku tu, siap sport rim motor aku pon lesap..tapi bila joe call bagitau mat kantoi curi mangga aku rasa nak tergelak jugak, tapi kesian pon ada sebab aku nampak sangat dia terdesak...

Joe bagitau, mulanya abang ipar dia yang nampak mat tengah petik mangga..masa tu Mat memang betul-betul lagi atas pokok..so brader tu sound la..


" oii, ko buat apa ni, curi mangga ke?"  lebih kurang la camtu ayat dia..


Mat yang dah mengelabah kat atas pokok tu pon jawab la.." err, nak makan bang"


pastu brader tu mula angin, dia pon sound la " kau turun sekarang, jangan nak menipu, Kau makan seguni ke? " sambil brader tu tunjuk mangga dalam guni bawah pokok tu yang Mat dah petik...


Lepas tuu dalam kecoh-kecoh tu la baru brader ni panggil adik ipar dia Joe dalam rumah tu keluar mintak tolong ambilkan galah..mujur la bila joe ni keluar je dari rumah, rupanya yang tengah curi mangga tu member yang sama-sama up dulu...memang mengeluh panjang Joe tengok...nasib member, kalau tak...takda buah cempedak diluar pagar nak dijolok, mat jebon yang kena jolok dengan galah tu aku rasa..hahaha...

Lepas Mat nampak Joe tu, baru mat nak turun, dia cakap kat abang ipar joe tu yang joe ni kawan sekolah dulu..bila Mat turun baru diorang perasan dengan lebih dekat la yang Mat ni nampak macam penagih dadah..so itu la kesahnya, bila diorang tengok Mat dah macam tu, nak pulak Joe pon kenal, jadi tak tau nak buat apa dah..so diorang lepaskan je..terus Mat lari...

So lepas dari kejadian ni la sebenarnya baru Joe ni call aku macam kat atas tu..ada la beberapa perkara lagi dia bagitau aku..dia tak sangka la Mat dah macam tu sekarang..tapi yang pelik tu, apa-apa kaitan dengan Mat selalunya mesti orang cari aku kan..haha..macam aku ni penjaga Mat plak..hahaha..

Tapi kalau korang nak tau la, macam mana member-member aku yang baru tau keadaan Mat ni kesian tengok dia, aku 10 kali lagi kesian..sedih aku tengok dia..yela, aku antara orang yang rapat betul dengan dia kan..nak pulak dia banyak sia-siakan bakat-bakat yang dia ada bila dah jadi macam ni..

Aku tak ingat dah aku pernah cerita ke tak sebelum ni, kalau korang nak tau Mat ada kebolehan memasak.kira chef la, masa dia kerja kat hotel dulu pon dia kerja masak-masak jugak..pernah bukak kedai makan, pernah kerja dengan event sukan lasak, sorang atlit memanah dan macam-macam lagi la benda berguna dia boleh buat..dan aku berani cakap la, andai dia tak terlibat dengan dadah ni, dia boleh hidup lebih bagus dari aku...

Sekarang ni aku cuma boleh doakan jela Mat akan berubah..aku memang takkan pandang dia seorang yang gagal..aku percaya dia pasti boleh berubah satu hari nanti..Kita pon tak tau lagi pengakhiran  hidup kita macam mana kan..kadang kita kat atas, kejap lagi kita kat bawah..so apa pon, harap bila kita diuji, kita tak terkeluar dari landasan hidup dan agama la..yang penting pengakhiran kita ye dak?


p/s : nak cakap Mat rembat mangga sebab nak buat mangga asamboi pon macam dah tak viral je lagi kan..hahaha..



MAT JEBON THE LEGEND


9 comments:

  1. Sedih aku baca kisah hidup mat. Die perlukan seseorang untuk teman dia dan berubah. Tu je.

    Sedih la. Ni cerita mat yang paling sedih.

    Yang lawak bile die terfikir nak buat jeruk mangga. Tu je.

    Bagi aku kan, orang yang bermasalah ialah org yang paling sempoi. Sempoi tu sbnrnya ketabahan dia menyembunyikan rasa sedih dan kecewa yang dia ada.

    Ni pendapat aku orang luar. Yg tk kenal mat ni sepenuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tengok dia memang nampak kesian sgt punzel..tapi apa aku leh tolong..yg aku tau kalau dia jumpa aku pon selalunya nak pinjam duit je..tak membantu pon pasal duit tu mmg untuk dia beli dadah je selalunye..

      Delete
    2. honestly, die memang lah ko nmpk mcm perlukan duit. tapi dia tak.

      secara dasar, siapa taknak berhenti melakukan kejahatan.

      semua orang nak.

      tapi mcm mana kan?

      ko memang tak boleh bantu pun bandle.

      mj memang tak makan nasihat kan?

      hahahaha~!

      Delete
  2. dia nak mulakan perniagaan mangga la tu... lepas tu cari durian pulak... lepas tu manggis... lepas tu... lepas tu... lepas dah... awat biar dia lepas... apa aku komen ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa pon elok dia kena tangkap..duduk kat pusat ke penjara ke sbb apa yang aku nampak masa dia baru-baru keluar penjara dulu muka bersih je..badan berisi..ni baru bape bulan kat luar dah mengisap balik, mencuri la apa la..kesian tengok..

      Delete
  3. dh part 11.. aku kena bc dr awal smpai akhir bru boleh bg komen bernas..okbye

    ReplyDelete
  4. Adoiii ingatkan story pasal mangga! This time masa blogwalking banyak baca kisah sedih. :(

    Manusia boleh berubah & diubah kalau kena cara. Mungkin kisah ini sudah jadi jalan & takdir hidup dia but now still kita tak tahu macam mana pengakhirannya. Andai suatu hari dia berubah ke arah kebaikan, alhamdulillah sangat kan. At least, he can survive his life properly without getting insulted by people around.

    ReplyDelete
  5. adoi mat saudagar mangga,mati2 aku ingat mangga kunci tu..rupanya curi mangga,hahaha..mmg Kesian la mat ni..klu dah kena benda tu..aku no komen la..mmg setiap org nak jadi baik..nak berubah..ko doakanlah sahabat saudagar mangga ko ni diberi keajaiban utk merubah kehidupan dia..

    ReplyDelete
  6. Dalam kesian kan si Mat, tergelak jugak aku baca.. sorry Mat. Pasal ni la aku paling benci dadah.. sebab dadah memang bukan sekadar merosakkan orang yang ketagih dia, tapi merosakkan semesta alam.. adik beradik boleh bergaduh laki bini cerai berai.. hmmmm minta jauh dengan benda puaka ni.
    Aku pun tengah sedih ada orang yang aku kenal rapat ni, tak sure dah terlibat dengan dadah atau kena mandrem.. biol dia semacam.

    ReplyDelete