Wednesday, May 27, 2015

Adakah makanan tambahan anda terjamin berkualiti atau sekadar hebat menipu?

Produk yang jenis makanan kesihatan ni ternyata memang hebat konfidenkan orang..masa saya warded dulu pon pernah sorang promoter ni datang ceritakan kebaikan produk dia..mujur la saya jenis tak berduit..kalau tak, memang 90% saya akan beli..

Dah la datang time org sakit, kat hospital pulak tu..siap bawak berbagai testimoni..boleh kata ramai la dalam wad tu yang penyakit lebih kurang termakan umpan..bijak betul strategi pemasaran beliau..

Pendekkan cerita, lepas setahun dari tu, dah keluar pulak cerita tentang penipuan tentang produk tu..takde la bagus sangat..boleh la makan saja2 sebagai makanan tambahan..cuma takde la sehebat yang dikatakan..dengan harga yang mahal, memang tak berbaloi la buang duit..tapi yang beli tu boleh la kredit sebab ada usaha nak sembuh cepat ye dak.

Bagi saya perkara ni seperti 'yang miskin dilarang sakit'..pasal produk2 ni memang bukan harga untuk marhean macam saya..saya tak tau la betul ke tidak testimoni yang ada-ada tu, tapi kalau betul ia boleh sembuhkan kanser, kenapa kat farmasi tak jual..hahaha..
  
lol..ternyata kapitalis untung bila bisnes guna agama..


Tu satu bab, satu lagi yang saya nak cakap, masih tentang produk-produk kesihatan, tapi bab ni saya lagi tak suka,sorry la kalau ada yang sentap..cuma saya terpikir, setelah bermacam-macam produk MLM yang dikesan menipu tentang produk mereka, adakah produk yang gunakan agama ni suci murni dari penipuan...bahkan produk-produk mereka ni lebih laris dari yang tak gunakan agama walaupon lagi mahal...oh lupa plak, bab meniaga yang ade kaitan dengan agama mana boleh sentuh..nanti orang marah...


-saja tulis pasal biasa terdengar kat satu radio tu, ade rancangan promosi makanan tambahan shariah compliance, halalan toyyiba dan sunnah..


p/s : entri ni aku tulis kat FB sebenarnya..tapi sebab blog dah lama tak update, aku repost jela kat sini..hahaha...

7 comments:

  1. hahahha eh sejak bila kau ber"saya" ni? last2 baru "aku". Tak salah, molek sangat.. tapi janggal la pulak.

    baidewei, aku pun jenis yang takkan beli supplement, usahkan yang mahal, yang murah pun aku tak jeling.. bukan anti.. tapi tak koser. simple life.. bagi aku kalau aku masak tak guna msg dah cukup baik dah. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko tak perasan ke aku bagitau entri ni aku kopipes dari entri kat FB aku jer..sbb tu bersaya-saya bagai..hahaha..kat fb aku tulis ikut mood..kadang sopan kadang biase je..yg ni kene time aku sopan la ni..hahaha...

      Delete
    2. Tu la, aku pun cam tersentuh hati bila bundle jadi bersaya-saya. RUpanya repost.Tapi still tak sangka, kat FB pun guna saya. Heheh.

      Ada ke agreement yg dibacakan ayat Quran 30 juzuk?

      Delete
  2. aku ada baca pasal ni.

    komen aku satu je; perubatan alternatif ni kadang bergantung kepada kepercayaan kita kepada sesuatu cara untuk berubat tu.

    sembuh atau tak, Allah SWT yang tentukan.

    tapi aku setuju jugak, bila kebanyakan perkara melibatkan al-quran dijual dengan harga yang kita tidak mampu memiliki ia secara dasar nampak seperti menjual agama. kita pun, tak boleh nak judge lebih-lebih jika kite tak mengkaji dengan mendalam.

    ReplyDelete
  3. betul.. kdg tuh lebih kepada berniaga dorg ni.. lebih elok bayar pada harga sepatutnya jer dan letak ditepi tu tabung derma ikhlas. lagi bnda tu nampak ikhlas hehe

    ReplyDelete
  4. ADMIN. SAYA TELAH TUKAR BLOG LINK SAYA. MOHON UPDATE DALAM BLOGLIST TUAN.

    http://bankami.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. makanan tambahan sekadar ada khasiat yang membantu bukan memulihkan.. sebab produk apa pun takde kuasa. Yang menyembuhkan Allah.. kalau yg jenis cerita bagai nak rak bagusnya produk dia tu nampak sangat menipu..

    ReplyDelete