Thursday, April 2, 2015

Tiada Lagi Kepercayaan Karut..

Assalammualaikum wbt..

Mesti ada yang pelik apasal tajuk aku macam tu..macam ayat penyata plak..hehe..sebenarnya entri ni lebih kurang kesinambungan untuk entri aku tahun 2012 dulu pasal kepercayaan karut..so kali ni aku nak bagitau la pulak yang kepercayaan karut dah tak valid untuk 2015..orang kan sekarang sibuk pasal GST jer..

Ceritanya gini, kan dulu aku tulis entry pasal kepercayaan karut tu semua sebenarnya sebab kes aku tak boleh pegi memancing je masa bini aku mengandung anak jantan aku tu dulu..yang benda-benda lain tu wayang je lebih..point utama tetap pasal memancing..hahaha..

Korang bayangkan la betapa deritanya seorang pemancing bila tak boleh pergi memancing bila disebabkan hal-hal karut tu dipandang serius..dah la masa mengandung tu dah 9 bulan..korang ingat lepas beranak boleh terus ada lesen nak pegi mancing ke?..sori bro..lepas bini beranak, kita akan jadi lagi sibuk.harap kalau bini balik pantang kat  kampung jela boleh haven memancing kejap..lepas tu kompom susah,ada anak kecik kan..serius ni..aku dah rasa..

So kali ni aku amatlah senang hati sebabkan bini aku dah tak cakap pape pasal hobi aku ni...dah dua bulan dia mengandung anak kedua ni selamba je lagi aku pegi mancing..nak-nak pulak hobi mancing aku sekarang ni memang macam tengah air pasang..dalam kepala asik terbayang je 'indahnya membangau'..haha.



Nak sembang punyalah aku tengah angau nak memancing sekarang ni sampai sanggup aku pegi ambil permit memancing ni..semangat betul.heheh..padahal banyak je lopak air, longkang pree aku boleh ngail kan..haha..tapi tu la, bila dah takda masalah bab takda halangan dari rumah,ada je hal lain kacau sebab aku selalu kekurangan masa pulak nak pergi ngail ni..isk..isk...

So ni jela citernye..kepada brader-brader kaki pancing yang bini tengah mengandung tu, kalau depa cakap jangan pergi mancing tu, ikutkan je la..kalau langgar kang kecik hati pulak..bukan nak sokong ke dia yang percaya karut marut tu ke apa, just berkorban jela sikit jaga hati orang tengah mengandung tu...duduk jela rumah diam-diam..kehkeh..padan muka...

away~~~~~~~ bancuh umpan...



14 comments:

  1. Expecting anak kedua ye Bundle. Tahniah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq lyd..k bai, jgn kacau..aku nak mancing ni..haha..

      Delete
  2. Ohoi YM! lama saya tak singgah.. lama tak aktif... singgah nak habaq.. adsense dah sapot bahasa melayu.. apa lagi! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..aku pon suam-suam je la ni..tak berapa nak blogging sangat..tq utk info ko tu..

      Delete
  3. Tahniah..:-)
    -map-

    ReplyDelete
  4. tahniah oiii bakal menimang cahaya mata kedua.. ingat, klu wife kata jangan buat, jangan buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq..bab ngail jgan cakap tak boleh..hahaha..

      Delete
  5. baguih pulak anak no dua bley mancing..memang karut!hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. anjakan paradigma tu kutu..hahaha..

      Delete
  6. Weh bundle aku x boleh betul memancing. Aku kesian ke ikan tu, sakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah menatang tu jd makanan kita..nak pikir sakit ke dia, tak jadi lauk la bhai..hahaha..

      Delete