Saturday, May 18, 2013

Sentap+Tips : Bercinta dan memilih pasangan hidup..

assalammualaikum wbt...

Bercakap tentang jodoh, orang selalu cakap kalau dah jodoh tak kemana, tak lari gunung dikejar..aku setuju dah jodoh memang tak kemana, dan gunung memang tak lari dikejar, masalahnya yang nak dikejar ni orang..bila soal kejar mengejar dengan orang ni, jodoh tu 50% la atas usaha kita..kalau dapat insya'allah jodoh tu ada, tu pon ade kemungkinan tak kekal sebab lagi 50% lagi hanya tuhan yang tahu..kita merancang, tuhan tentukan..

Pada yang belum baca, sebelum ni aku ada post satu entri pasal aku frust hal jodoh dan bercinta ni (link)..kalau tak nak meleleh hingus jangan baca..ok dalam entri ni ada beberapa perkara aku nak cakap yang semuanya tentang jodoh, kapel dan seumpanya..

Pertama sekali..berkenaan orang yang bercinta macam beruk ketika muda..tengah sekolah dah gatal bercinta, habis SPM kawen..kalau zaman dulu tak pelik pon kan..nenek aku pon kawen muda..belas-belas tahun dah kawen..sekolah pon idok..haha..so takda la isu bercinta masa sekolah kan..

Dalam hal ni aku bersetuju dan kurang bersetuju dalam masa yang sama..secara ringkas aku bersetuju kalau pasangan yang bercinta ni kawen awal diusia muda kalau depa dah terlalu kemaruk..hal ni bahaya kalau tak disegerakan..takut jadi masalah anak perempuan lari rumah ikut jantan, kes-kes rogol, atau bunuh diri bila dapat halangan keluarga...so ibu bapa nak taknak terpaksa ikut rentak anak-anak ni pada pandangan aku..budak-budak yang tengah kemaruk macam tu memang keras kepala..kawenkan je..habis citer..

sapa nak jawab kalau sampai jadi kes bunuh diri?


Dan sebab aku tak bersetuju pulak, kalau orang yang masih takda BF/GF tapi tiba-tiba mintak mak pinang anak orang atau main terima je pinangan orang sedangkan baru habis SPM..wei..agak-agak la...boxer,bra pon mak lagi belikan, ada hati nak kawen..Payeh take note..

Hal kedua pasal isu bercinta masa sekolah jugak, atau dalam skop bercinta dengan rakan sebaya..contohnya sama-sama dalam tingkatan lima la..masa ni korang bajet korang dah dewasa kan..jenis kapel yang getik sikit, masa ni kompom dah pikir masa depan nak hidup bersama, nak anak berapa orang dalam 3 4 tahun akan datang..kalau boleh lepas SPM jugak nak kawen...kehkehkeh..

Dalam hal ni, apa yang aku kenot brain hanyalah sebab faktor usia yang sebaya..sebenarnya tak tertakluk kepada cinta budak-budak sekolah sangat pon..cuma aku tak nak orang dewasa terasa je..kehkehkeh..bagi pendapat aku la..orang lelaki mestilah cari calon isteri yang lebih muda dari dia..macam tu jugak perempuan harus sedar yang dia patut cari calon laki yang tua dari dia..

Sebabnya fakta yang aku nampak, 80peratus perempuan lebih kelihatan tua dari lelaki yang sebayanya..20 peratus lagi orang-orang yang petite macam Ha:4feet8 atau yang memiliki genetik awet muda je akan nampak sebaya atau lebih muda dari lelaki sebaya..dan fakta yang nak aku kongsikan lagi yang aku penah tulis dulu, orang perempuan akan mendefend diri mereka sendiri dengan mengatakan diorang cuma nampak matured..bukan tua..kehkehkeh...


 kalau dah jodoh..Perkahwinan Shafiq 16tahun dan Yana 14tahun yang mengemparkan masyarakat tahun lepas..sangat muda dan harap mereka bahagia...


Sebagai contoh yang terjadi kat aku..minggu lepas bini aku ajak la aku pergi makan kat kedai makan kawan dia di Ampang..masa tu anak member bini aku tu pon ade sekali duk main-main..so dia pon suruh la anak dia datang kat bini aku..tau apa budak tu cakap.."malu la dengan auntie wani, abang tu ada kat sebelah."..See..bini aku adalah 'makcik', dan aku cuma 'abang' pada pandangan budak tu..kehkehkeh..ni pon bini aku dah muda 3 tahun dari aku ok..cuba bayangkan kalau sebaya, mungkin orang perempuan akan dianggp kakak, makcik, nenek barangkali bila berjalan dengan suami..harap aku tak tido luar malam ni.. hahaha...

Perkara terakhir aku nak cakap pulak tentang orang muda yang berkapel tanpa melihat dunia luar terlebih dahulu..contohnya budak-budak sekolah lagi, hihi..mungkin dia rasa BF/GF dia masa tu paling best, cun, hensem agaknya..aku bukan apa, kesian kat korang..cuba berkembang sikit..cari jodoh tu luar kawasan..pergi study dulu ke, kerja dulu ke, berlambak lagi jodoh boleh jumpa kat universiti, kolej, tempat kerja, atau enjoy jer dulu..

Alasan orang yang malas cari jodoh jauh-jauh ni selalunya mesti buat alasan nanti susah time raya..masing-masing nak bergaduh balik kampung sendiri..hahaha..well..tu perkara biasa..tapi apa nak kisahkan sangat.. raya setahun sekali je pon..bukan hari-hari nak balik kampung tu..macam member opis aku ni, Abang Din Skidrow, dulu ayah dia cakap jangan cari bini orang satu kawasan je..tapi brader ni lebih sikit, dia memang taknak terus orang satu Johor yang senegeri dia tu..mujur dapat orang Pahang, dan yang penting lebih muda dari dia..hahaha..


 Ikan di laut, asam di darat pon boleh mix jadi asam pedas..so takkan nak makan ikan goreng je..kena la buh cili sikit..baru sedap..hehe..


Untung sebenarnya kalau dapat jodoh luar kawasan ni..terbuka sikit dengan adat dan budaya yang bukan kebiasaan kita..macam aku kampung kat Selayang ni..dapat bini jauh at least merasa gak balik kampung walaupon mak mertua aku duk Pekan Jitra je, bukan kampung..dapat belajar cakap utara..hahaha..memang time raya tak jumpa la ketupat macam kat Selangor ni..yang ada ketupat Palas..mula-mula memang pelik gak...tapi sedak apa..hahaha..

Akhir kata..kepada sesapa yang tak leh terima tips, kritikan dan pandangan aku kat atas ni, terpulang la.hahaha...aku tau Jodoh tu kerja Allah, kita merancang tapi tuhan tentukan..so ni la yang dinamakan perancangan kan...buat pilihan dulu..tetapkan sasaran..baru tembak..Bang....


Penulis tak diundangan : Jack Sparrow.

30 comments:

  1. errr... saya sudah 19tahun, sudah berkapel selama 5 tahun. minta abam bundle bagi nasihat perlu ker saya kahwen dengan kaplan saya ini? hohohoho windu korang. maaf komen minta penampor.... aku tanak komen lebih pung :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon adik manis kawen same abg juge..itu kapla kasi buang sana..haha..

      Oii mek bru tubik dari guo ko apo..haha..lama gile hilang..

      Delete
    2. tolong carikan untuk aku boleh?

      Delete
  2. pergh xkan baby lagi nak kawen

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. weh,, dah kapel banyak kali putus gak ni per cer,, grr,, lps ni nak kawin terus kalau ada yang minang,, yang penting lagi tua daripada diri sendiri,, kih3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde jodoh la tu mek..sebbkn ko dh tua amat digalakkn terima je pinangn org kalau ade yg masuk..ye penting cool je..jodoh tu kuase tuhan..kdng2 tak cari dia dtg, time cr dia tak mai..

      Delete
  5. Byk point kau dlm entry ni sampai aku taktau nak komen yg mana satu. Percentaan budak skola (usia muda) ni mmg takleh nak bendung dah la. Normal kut. Zaman kita kat skola dulu pun sama je kan. Aku rasa mostly bkn dah nak kawen sgt pun, tp lebih kepada saje2 nak ade kapel gak. Saje2 nak partner2 ngan someone camtu la.

    Psl sebaya, dulu ikutkan aku nak kawen ngan yg setaun or 2 taun tua ke. Tp takde jodoh & jodoh sebaya gak. Hahaha. Tp drpd segi auntie ngan abang tu seperasan aku, tak pernah alami masalah tu :P Cuma kalau kau kata bagus carik lelaki lebih tua tu sbb fakta kata pompuan biasanya lebih cepat matang (dari segi pemikiran) berbanding lelaki tu aku setuju la. Plus, if lelaki lebih tua, lebih mudah untuk rasa hormat berbanding sebaya. Kut :D

    Psl jodoh luar kawasan, taktau nak komen lebih2 la. Pd aku tu sume dah jodoh kut. Ikut aliran hidup dorg. Kalau yg jenis penah merantau, dpt la jodoh jauh. Kalau yg jenis blaja, keje tak penah kuwa kampung, possibility tinggi la dpt jodoh satu kawasan. Takat ni dlm adek beradek aku, aku sorg je dpt jodoh jauh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gatai gak ko ye makcik..kecik2 dh nk bercinta..haha..aku tak tau..haha..tpi mujur la aku tgk laki ko nampak lebih tua dari ko walaupon sebaya..bab luar kawasan tu pon mmg jodoh yg takleh jangka sebenarnye..

      Member aku kelasi kapal punye la jauh merantau alihalih kwen dgn jiran je..hahah

      Delete
  6. hmmmmm. pasal jodoh ni susah laaa. Aku pon tak tau nk cakap macam mana. Hahahahaha. Tapi aku rasa betul lah point kau yang kena cari bakal suami yang lebih tua dari kita. yelah perempuan kan cepat nampak tua. Sobbss. kena pakai produk kakton la cenggini. hew hew.

    even mak aku pon suruh cari jodoh yang lagi tua. hewwwww. Jodoh luar kawasan? hahaha. aku baru nak cari yg senegeri ngn aku. Johor! hahaha. yelahh senang. Tapi tak mencabar pulaksss. ok cari lain negeri lahh! haha. Okbai. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kan..betul ckp aku..mmg org tua2 dah sedar menda ni pasal depa pon penah muda..tpi pelik gak ko ni..siap dah pikir nk cari jodoh setempat..hahaha..

      Delete
  7. Jodoh eh?dulu aku penah la jugak cinta kera..tapi bila clash..sampai sekarang aku rasa macam takut nak ada perasaan cinta... wakakaka...so,aku sokong bab kalau nak cari bakal suami kena lebih tua dari kita....

    Dannnn...aku nak jodoh dari luar kawasan,sbb aku suka . Haa tu je nak kabo,kbai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Loh..sbb cinta beruk ko tak nak bercinta lagu mek..berat mung ni..jodoh kene cari sendiri mek..tkkn nk suruh org tua carikan..kang tak bekenan plak..

      Delete
  8. woi..bakal suami aku muda 2 tahun dari aku tau! tapi takpe..aku awet muda..sib baek..hahahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. woaa..terer pakwe ko..pilih awek lagi tua..trill agaknye..hahaha..tapela, apepon semoga berkekalan ke jinjang pelamin dan akhir hayat la ye..

      Delete
  9. bro bundle selalu senyum itu sebb nampak muda :)

    ReplyDelete
  10. bf ak selalu ckp aku tua..selalu je buli aku.walaupn sebaya tp x dy nk mngaku hahaha.

    pkcik..aku kenot brain ko mention nama payeh hahaha. nampak caring disitu :>

    ReplyDelete
  11. emm?

    nak komen ape ye...

    bagi aku mmg jodoh tak ke mana. tapi bila dah berjodoh tu, sampai bila kita akan bersama dan ke mana hala tuju hubungan tu adalah sebab usaha dan doa.

    memang kerja tuhan dan kembali kepada satu rukun qada dan qadar tambah lagi dengan usaha, doa dan tawakal.

    *aku tertinggal kot, kenapa ada penulis undangan?

    ReplyDelete
  12. If you want to get a great deal from this piece of writing then you have to apply these methods to your won website.


    my page supra vaiders

    ReplyDelete
  13. kenal 3 tahun , hampeh .. putuih tengah jalan. hehe. sekarang memberi peluang pada ibu dan ayah untuk mencarikan :D

    ReplyDelete
  14. Aku ngaku aku makcik. Anak jiran aku yg cakap. Hahahaha. Mungkin size jugak kot...
    Apa yang ko tulis tu ada sikit pada aku. Kawin 1 negeri, kawin sebaya, rancang kawen dari pas spm.

    Sudah jodoh...dok jauh camane pon berjodoh jugak. Nampak cam tak berkembang, tapi banyak jugak boleh belajar melalui cara hidup.

    # mentang2la ko petite... abe sokmo! Hahaha

    Kak6 vs kakton

    ReplyDelete
  15. Ak blom kwen. Kehkeh. Ce teka sape aku. :p

    ReplyDelete
  16. Bila dah mengandung dan beranak, banyak masa tidur perempuan terkorban demi anak-anak dan menybebabkan proses penuaan dia lagi cepat. kesian.

    Tgk matang tak matang jugak.
    Kematangan kadang-kadang tak sejajar dengan umur.
    :)

    sekadar pandangan.

    ReplyDelete
  17. betul tu perempuan sebenarnya nampak lebih matured. bukan je nampak tp memang matured. hahaha..

    ReplyDelete
  18. aku ni sebab asik tunda2 nak komen, last2 aku xtau nak komen apa..hahaha

    kesimpulannya, kalau boleh aku harap jodoh aku bukan org Johor..kalau boleh la..sebab alasan macam ko tulis tu, terbuka sikit pemikiran..lari drpd kebiasaan org johor..ada feel nak balik kampung, sebab jauh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...