Wednesday, October 31, 2012

Cerita anak kecil dalam Jamban

assalammualikum wbt..

Aku bukan seorang yang puitis, jiwang apatah lagi romantik..walaupon aku penah masuk kelas sastera, jiwa sastera tak melekat sangat kat aku..sebab tu aku kenot brain kalau Encik H tulis entri guna bahasa sastera dia..terjimak minda aku nak baca apatah lagi nak memahami..hahaha...

Cuma dalam ramai-ramai pengkarya seni bahasa ni..aku tertarik dan masuk kepalotak dengan sorang je..hasil karya minah ni memang aku minat dari dulu..puisi-puisi dan gaya bahasa dia yang tak serabut, steady, gempak, straight forward buat aku suka dan mudah paham..lagipon dia seorang wanita..bonus kat situ sebab jantina pon memainkan faktor aku suka dia..hehe..

Entry ni takda apa pon isu sebenarnya, saja aku tetiba nak post pasal Fynn Jamal sebab pagi tadi aku terbaca kat wall fb keyataan dari Ainan Tasneem yang bagi pencerahan supaya fan Fynn tak marah lagi sebab Ainan dah gunakan lagu Fynn dalam Single terbaru dia..bla..bla..bla...

Monday, October 29, 2012

Info : Deja'vu dan Hyperthymesia

assalammualaikum wbt..

Akhir minggu Oktober yang membosankan ni aku dah mula berkerja semula..sakit operate gigi minggu lepas pon tak sembuh lagi..blog kawan-kawan pulak dah macam banyak aku terlepas..sori geng..internet kat rumah aku belum ada lagi...nak harap online kat opis pon, dah seminggu aku MC tak kerja..maaf sebab buat korang rindukan aku...kehkeh..

Sebenarnya banyak entri berlabel dairi yang aku nak tulis, tapi pasal dah dua entri aku yang lepas pon berlabel dairi buatkan aku malas nak teruskan niat aku tulis entri dairi personal ni..dah macam attention seeker  lak aku rasa asik nak cerita pasal diri walhal aku bukan la seorang retis..kehkehkeh..

Entri kali ni aku nak cakap pasal  Deja'Vu..rasanya dah ramai tau pasal dejavu ni kan..filem,lagu,drama, dan macam-macam ada pasal dejavu ni..harapnya korang pon dah tau la apa maksudnya perkataan tu..fenomena dejavu yang penuh misteri ni dah lama pon dikaji oleh pengkaji-pengkaji barat..macam-macam teori pon dah ada..cuma jawapan yang paling klise yang aku leh cakap, wallahualam..cuma Allah je yang tau apa yang sebenarnya kita lalui yang dinamakan dejavu tu..

Wednesday, October 24, 2012

Dairi : Kronologi maksilofasial surgery

assalammualikum wbt..

Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih bebanyak pada semua yang wish kat aku semoga cepat sembuh,yang bertanya pesal aku kena masuk wad dan lain-lain la..caring jugak korang kat aku kan..haha.. terima kasih banyak..aku terharu..yang terpenting thanks so much kat bini aku la pasal dia sorang je yang paling amik berat kat aku dan ada masa aku kat hospital..muaahh..sayang u ketat-ketat..hehe..

Alhamdulillah operation berjalan lancar 'agaknya'..cuma kesan operation ni aku masih terasa sakitnya..sebenarnya hal kecik je aku kena masuk dewan bedah dengan wad ni..cuma nak cabut gigi..haha..ok.nampak je macam  hal kecik, tapi melibatkan prosedur yang rumit dan pembedahan yang menyakitkan ok..kalau boleh aku pon taknak susah-susah masuk wad, masuk dewan bedah bagai..ni dah klinik gigi tak leh buat terpaksa la doktor pakar plak uruskan..hampeh..

Aku tak nak citer pasal gigi yang kena cabut tu..cuma nak citer sikit  pengalaman aku masuk dewan bedah dan kena tahan wad 3 hari 2 malam ni..huhu..lu ada?hahaha..

Thursday, October 18, 2012

Dairi : 48 jam sebelum ke dewan bedah..

assalammualaikum wbt..

Sedang aku menyantap hidangan tengahari tadi, pihak hospital telah menghubungi aku untuk memberitahu yang pembedahan ke atas aku boleh dijalankan sabtu ni..kalau aku setuju bermakna aku kena tinggal di wad sehari dulu sebab nak kena buat pemeriksaan kesihatan dan kena berjumpa pakar bius, bla..bla..bla...

Err..serius aku takut beb..hahaha..mulanya aku tolak pasal aku tak nak tinggal kat wad..aku mintak pembedahan tu dijalankan sehari je tanpa masuk wad, tapi kekosongan untuk permintaan aku masih belum ada..so terpaksa aku aku terima jugak sebab dah malas nak derita sakit lama-lama..nak tunggu lagi mungkin bulan 11 nanti pulak..

Sebenarnya dalam 3 minggu lepas aku dah beberapa kali pergi klinik dan akhirnya klinik suruh aku merujuk ke hospital..bosan ahh..aku dah la alergik dengan doktor,bau-bau ubat, hospital, darah(nasib doktor kat hospital selayang tu lawa-lawa)..lagi cun dari Fatin liyana pon banyak...hehe..

Wednesday, October 17, 2012

Tips : mengelakkan kata-kata makan diri..

assalammualaikum wbt..

Teringat ketika aku berumur 12 tahun iaitu sewaktu darjah 6, aku mempunyai ramai rakan-rakan sebaya yang nakal(termasuk aku pon nakal jugak)..member aku merangkap ketua kelas, bernama Ujang..dia ni bijak, nakal, aktif sukan, dan boleh la dianggap memiliki pakej cemerlang nak jadi ketua..bukan sekadar budak nerd..

Dalam kelas, Ujang ni terer maths..dengan dia jugak la tempat aku nak tiru soalan-soalan yang aku tak leh jawab..baik kan dia..hahaha..tapi apa yang buat aku kagum dengan Ujang ni..masa tu pon dia dah jadi seorang pemain snooker yang 'cun'..serius beb..dia jugak la yang memperkenalkan aku dengan kedai-kedai kuda dan snooker ni..haha.. 

amaran keras : berjudi haram disisi agama

Kalau sekarang judi dah update ikut peredaran masa..mesin yang besar gedabak dulu dah digantikan dengan desktop je..kalau yang advan sikit kita boleh online je kat rumah guna transasi akaun je..dulu kat pusat snooker ni jela tempat judi lumba kuda..baru aku tau rupanya Ujang banyak buat latihan kira-kira kat sini..kelas tambahan katanya..patutlah terer maths..hahaha..

Monday, October 15, 2012

Pakcik pencari V2

assalammualaikum wbt..

Kisah Uncle Seekers yang sebelum ni terlibat dalam pembongkaran bermacam-macam isu semua pon dah sedia maklum..isu mengenai Sultan Johor akhirnya mengheret beliau ke lokap dibawah akta rahsia rasmi tak silap aku..haha..kenapa bukan atas dakwaan fitnah atau hasutan?wallualam..hehe..

Kes polis tu aku malas ambil port sangat..adakah Uncle masih dalam perbicaraan atau dah 'diampunkan' sultan pon aku tak tau..yang pasti tak lama selepas Uncle dibebaskan, Uncle dah menulis lagi isu baru dalam blog beliau yang baru..Uncleseekers V2..

Pada peminat isu-isu pembongkaran, boleh la follow entri uncle ni..Isu utama Uncleseekers V2 kali ni pon tak kurang panasnya..membabitkan Keluarga Diraja jugak..hoho..lagi panas dan membuatkan korang terasa wow disebabkan penampilan khas pemberi maklumat Uncle yang Anak almarhum Sultan sendiri..hahaha.. 

Saturday, October 13, 2012

Autoshow Uptown Sri Gombak

assalammualaikum wbt..

Aku taknak tulis banyak pon kali ni..geram..internet kat rumah aku pulak jadi mangsa akibat mentaliti beruk penduduk perumahan aku ni..Kabel TM pon nak curi jugak..demm..sebabkan hal ni, aku dah jadi malas plak nak menulis lagi..rehat la kejap ye dak..haha..ni pon aku pinjam surf tenet kat rumah mak aku je..

Info ringkas yang aku nak sampaikan ni berkenaan satu event..rasanya ramai dah kenal Bro Khairul yang blog beliau bermotifkan modified kereta...Jangan lupa esok (Ahad 14/10/2012) beliau mai KL buat event Autoshow dan Battle of the Band kat UPTOWN SRI GOMBAK..Acara bermula 12pm -8pm..



So pada blogger-blogger yang berhampiran mai laa singgah-singgah cuci mata layan kereta dan berhibur dengan battle of the band ni dan artis jemputan..sambil-sambil tu dapat la jugak kita beramah beramas mesra kan..hahaks..kalau nampak aku kat situ,..tegur-tegur la beb..jumpa kat sana kay..hahaks....


p/s : kategori kapcai takda ke bro..haha..



Thursday, October 11, 2012

Butthurt detected : Tak boleh ditegur, salahkan orang pulak..

assalammualaikum wbt..

Pada satu garisan halus betul-betul buat aku teruja..mau taknya, boleh kata semua setuju dengan entri tu kecuali aku sorang je yang nak bangkang..hahaha..jangan marah H..aku paham sangat apa yang kau maksudkan sebenarnya dalam entri tu...untuk yang belum baca entri tu sila la terjah link aku bagi di atas..kalau malas, korang baca je la terus apa aku nak tulis ni..hahaha...

Isu ni berkaitan seseorang di anggap menjatuhkan hukuman bila dia menegur seseorang lain dalam konteks agama..perkara ni dah lama aku perasan..kat FB biasa sangat..ada yang golongan menegur, ada yang melenting lepas ditegur..untuk bagi senang korang paham, aku gunakan balik ayat yang H buat contoh ni.

"Kau tak tau tutup aurat, kau berdosa." ahli neraka'..ok..aku ambil satu ni je bagi korang senang nak paham...


Monday, October 8, 2012

Sentap : Awet muda vs perasan matured

assalammualaikum wbt..

Adalah dengan ini dimaklumkan, sebelum hujung bulan Oktober ni ulangtahun kelahiran aku ke-18 akan tiba..tarikh sebenar tak bleh la bagitau..kehkehkeh...so berkenaan isu umur ni, aku dengan sukanyew nak tulis entry ni..maklum la dah ramai yang tak percaya dengan umur aku..hehe..

Sesungguhnya aku amatlah syukur dengan apa yang tercipta kat diri aku ni...aku tetap asli sebagai orang nusantara ni..mak ayah aku berbangsa melayu banjar walaupon aku tak reti langsung nak cakap dialek banjar..kehkehkeh..walaupon muka aku ni tak boleh dijual untuk jadi model belacan mahupon nak jadi artis..maklum la pan asian je yang lebih laku..tapi aku berbangga sebab aku dikurniakan genetik lambat nampak tua..

Serius beb..aku tau ramai yang jeles..rilek, baca perabih dulu..hahaha..dalam entri aku tahun lepas, aku penah tulis pasal sorang awek promoter wimax kantoi menyangka usia aku masih bawah 20..eh, aku sentap okay..kebarangkalian sangkaan dia hampir kurang 10 tahun dari sepatutnya..so sebabkan dah biasa terjadi perkara ni kat aku, aku rasa ni satu anugerah..

Saturday, October 6, 2012

Sentap : mentaliti serupa beruk-part2

assalammualaikum wbt..

Sebelum ni aku ada buat entry mengenai mentaliti tahap beruk sesetengah orang yang tinggal di flat..kali ni up sikit dari mentaliti aku rasa..aku tak tau nak cakap diorang ni golongan apa dah..mental dah la tak betul, masalah yang ada-ada tak jugak settle, tambah plak kes yang aku nak tulis ni..haih..tertekan je aku..haha...

Disebabkan aku cuma tinggal di rumah flat ni..ruang untuk sidai baju yang dicuci korang sedia maklum la kan memang terhad..bila pakaian yang dicuci makin bertambah ampaian yang lama dah cukup..so aku beli la baru yang besar sikit..lagipon jiran-jiran aku cakap selamat je letak kat luar kalau semak sangat dalam rumah..tapi tak sangka plak aku, hari pertama gunakan ampaian baju tu, tak pasal-pasal je uniform bini aku hilang sepasang...kehkehkeh..

Aku tak tau camna diorang cakap selamat..hahaha..sebelum ni kasut aku dah hilang..tapi kali ni aku memang kenot brain..takkan la baju orang baru cuci pon nak rembat..adoii..sakit mental teruk sangat dah aku rasa penduduk sini..lagi buat aku tak sangka, biasanya budak-budak lelaki je yang buat kerja mencuri ni..macam kasut aku hilang tu, perkara biasa la kan..tapi pencuri baju bini aku tu, mesti la perempuan ye dak..takkan  laki dia tolong curikan untuk bini kot..kehkekeh..

Thursday, October 4, 2012

Pencerahan : Kenapa aku tak join segmen..

assalammualaikum wbt..

Untuk entri kali ni aku nak bagi pencerahan sikit pendapat aku mengenai segmen..apa pon maaf la kalau tak sempat singgah blog korang semua pasal minggu ni aku agak sibuk..drawing banyak tak siap..lol..Semalam aku kena tagged untuk join satu segmen oleh saudara pemilik blog everything's everythings ..huh, ayat skema..haha..sori bro tumpang tanya sikit, nama kau apa?..takda tulis pon kat blog..haha..anyway terima kasih la bebanyak..cuma aku nak mintak maap jugak pasal aku keberatan sikit la nak join segmen ni sebab.....

Okay aku flash back sikit dulu..sebelum ni aku dah pernah tulis entri berkenaan blogging ni dari pandangan aku dan style aku la semata-mata..entri tentang wordless wednesday,segmen,plagiat, komen,etika blogging, dan macam macam lagi la..aku nak bagi link pon dah tak ingat mana satu..haha..boleh cari sendiri kat tab atas tu kalau rajin..hehe..

Cuma kesimpulanya, apa yang aku tulis, tu la apa yang aku 'buat' atau 'tak buat'..contoh macam segmen ni..aku tak paham sebenarnya apa tujuan dia..adakah untuk menaikan ranking, trafik, tambah follower atau sekadar nak glamer?..kalau sebab-sebab ni serius aku kurang berminat..aku blogging bukan sebab tu dan bukan niat aku nak kondem sesapa..cuma aku nak buat pencerahan lagi pada yang terlepas entri-entri aku dulu kenapa aku tak join segmen..sebab utamanya aku tak berminat nak terikut-ikut style orang atau 'peraturan' berblogging jenis segmen ni..