Thursday, October 11, 2012

Butthurt detected : Tak boleh ditegur, salahkan orang pulak..

assalammualaikum wbt..

Pada satu garisan halus betul-betul buat aku teruja..mau taknya, boleh kata semua setuju dengan entri tu kecuali aku sorang je yang nak bangkang..hahaha..jangan marah H..aku paham sangat apa yang kau maksudkan sebenarnya dalam entri tu...untuk yang belum baca entri tu sila la terjah link aku bagi di atas..kalau malas, korang baca je la terus apa aku nak tulis ni..hahaha...

Isu ni berkaitan seseorang di anggap menjatuhkan hukuman bila dia menegur seseorang lain dalam konteks agama..perkara ni dah lama aku perasan..kat FB biasa sangat..ada yang golongan menegur, ada yang melenting lepas ditegur..untuk bagi senang korang paham, aku gunakan balik ayat yang H buat contoh ni.

"Kau tak tau tutup aurat, kau berdosa." ahli neraka'..ok..aku ambil satu ni je bagi korang senang nak paham...


Ramai menyokong dan berpendapat, kita tak sepatutnya cakap macam tu sebab dikatakan menghukum..yeke?.. kehkehkeh...

"butthurt detected"..


Alasan kenapa ramai tidak bersetuju 'menegur' atau 'ditegur' macam tu disebabkan faktor 'dosa pahala urusan Allah swt'..kita bukan sesapa untuk menentukan atau yang "dikatakan" telah menjatuhkan hukuman tu..


Hukuman tang mana? habaq mai..bagi aku ni kes sentap je..bersangka baik udah la..orang menegur perkara baik terima je la..bila masa pulak orang yang tegur camtu jatuhkan hukum kat korang?..benda basic je beb..tak perlu belajar tinggi pon..buat benda baik, dapat pahala, buat maksiat, langgar perintah, berdosa..ahli neraka..anak buah aku yang tadika pon dah tau...


Alasan konfiden yang tak setuju dengan teguran tu plak berpegang pendapat kononya orang yang 'dijatuhkan hukuman' tu belum tentu syurga atau neraka bagi dia..so jangan pandai-pandai jatuhkan hukuman..lebih kurang camtu la kan maksud korang..

Tu korang yang cakap.. hehe...



Rasullulah s.a.w bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah,yang bermaksud :

"ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu : (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar bonggol unta..mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalan demikian dan demikian"

(riwayat muslim)



Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah..

Peristiwa Mi'raj..
  • Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.
  • wanita yang membuka rambut kepalanya selain suami, akan digantung dengan rambutnya di atas neraka sehingga menggelegak otaknya berterusan selama ia tidak menutupnya..
  • Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.

bla..bla..bla..banyak lagi, malas tulis banyak-banyak..


Haa..tu Nabi kita pulak yang cakap..adakah korang nak cakap tu hukuman dari Nabi?..sama je dengan kes-kes yang korang cakap orang menjatuhkan hukuman..tu sebenarnya peringatan yang nabi sampaikan, cuma orang tu plak sampaikan kat korang..hukuman tetap Allah yang bagi..apa yang jelas, dosa pahala tu dah di tetapkan atas semua amalan kita..jahat dapat dosa, baik dapat pahala..basic la..bukan suruh kaji hadis pon..hahahaa..

Dah terang-terang togok arak, berzina, tak tutup aurat,bla..bla..bla..tak sedar lagi ke dosa dah menimbun-nimbun kat situ..orang nampak, orang tegur la..dah ditegur sentap..kehkehkeh..aku cakap ni bukan la bermakna aku baik, aku pon dalam ketegori ahli neraka jugak sebab banyak dosa..aku pernah lagi nakal dari yang korang nampak kat sini..tapi aku tak sentap plak kalau orang nak tegur aku camtu..benda betul..terima dengan positif..

Soal orang yang berbuat mungkar ni bertaubat kemudian hari dan mungkin dosanya dah diampuankan Allah dah soal lain..mungkin orang yang tegur dia dulu cakap dia ni ahli neraka sebab amalan hidup dia masa tu jahaman..teguran yang mengatakan dia 'ahli neraka' tu pon base apa yang nabi sampaikan..so apa masalahnya?..andai dia bertaubat lepas tu, alhamdulillah lah..apapon hukuman tetap Allah swt jugak tentukan kat akhirat nanti..berbaik sangka la sesama kita..toksah la nak kata orang bagi teguran tu macam 'tuhan yang menghukum'..why so sentap..kehkehkeh...

wallahualam..


p/s : DON'T JUDGE A BOOK BY IT'S COVER - ni entri aku sendiri yang aku suka jugak pasal berlawanan  dari maksud yang selalu orang paham..hehe..


38 comments:

  1. Replies
    1. Nanti la aku komen. Sebenarnya aku kena baca buku ni. Hahaha! :D

      Delete
    2. makcik emosi -_-'..kahkahkahkah...

      Delete
  2. ehm tegur jer pun bukan menjatuhkan hukuman...tegur bg sedar jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya terlalu ramai takleh kene tegur ni mrs..depa cakap salah cara tegur la watever la..salah sendiri tak nak ngaku..kehkehkeh..

      Delete
  3. as-salam...yes sy sokong apa yg en. ym. bundle tulis..memang ramai yang tak boleh ditegur sekarang. tegur cara halus or tegur cara kasar pun tak jalan juga.

    ReplyDelete
  4. Tak banyak benda nak komen.
    Gill tak bertudung dan sering berpakaian ketat.
    Entry ni menyedarkan.
    Alhamdulilah dan terima kasih :)

    ReplyDelete
  5. Ye lah, Nabi memang ada cakap macam tu. Tapi tak salah rasanya kalo kita nak tegur orang, kita guna kan cara berhemah. Bukan sebab nak jaga hati orang tu sangat sebenarnya. Cuma nak tunjukkan akhlak yang baik kepada orang yang dinasihati tu supaya dia segan, bukan menyampah. [walaupun menyampah manusia tu tak ke mana pun asalkan Allah suka]. Masalahnya... bila kita tegur dengan gaya yang paling berhemah, orang tu tetap nak salah faham juga takleh terima, maka itu mmg wajar di bekhen. Sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berhemah atau adab sopan nak menegur tu lain kira lyd..tu atas masing2 punye perangai dan cara lyd..ustaz azhar pon lantang kondem orang bab dosa ni..butthurt tapi kita boleh pulak gelak2..

      isunya,org yg menegur ni disalahkan lyd..dituduh menghukum?hukum celah mana?..

      Delete
  6. nnti kena komen lagi,, kasi panjang,, sekarang dalm kelas,, lcturer dok mngajar,, wa dok online agi, hahaha

    ReplyDelete
  7. aku lak yang tak bape faham isi kau... kikiki

    ReplyDelete
  8. ada jugak yg butthurt sebab perasan sendiri macam org tu cakap ngan dia padahal...sebenarnya cakap general je:)

    ReplyDelete
  9. entah le....bila bab2 nasihat, tegur menegur ni.....amik point je la. Bukan siapa yg tegur tu. Apa pun yg paling penting ialah caranya bagaimana. :)

    ReplyDelete
  10. org kita sensitif sangat kalau ditegur bab2 agama, hairan juga, dia org marah sebab terkena batang hidung sendiri...tapikan, KY hairan kat fb kalau ada yg tulis kat wall sesuatu yg kurang menyenangkan, ramainya yg like, contohnya kebanyakkan gambarlah, seksi lagi, ratusan org like, secara tak langsung ibarat kita mengalakkan dia berpakaian begitu kan?

    ReplyDelete
  11. kahkahkah..jahak demo..aku rasa la kan, kalau nak dikirakan sentap, kita tegur sesopan mana pun, org yg ditegur biasanya akan sentap..even tabligh kalau tegur elok2 pun akan ada jugak orang yg sentap..hahaha

    aku copy paste balik apa yang ko taip:

    "perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar bonggol unta..mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalan demikian dan demikian"

    pada aku ini la contoh apa yg Liyaa komen, kesalahan tu dijatuhkan pada perbuatan, bukan pada manusia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku paham la..kesian kat 'perbuatan'..tak pasal2 kena salahkan..kehehkeh..aku sebenarnya dh malas nak berbalas komen entri ni h, ulang2 benda yang sama gak nnt..so nak tngok je korang tulis apa..hehe..

      Delete
    2. sama la..aku pun penat sebab dah nampak kita akan ulang taip benda yg sama..hahaha

      tapi kalau sekali tengok, aku rasa ramai jer org yg sokong nih..kalau yg nak bantah pun aku jer..grrrrr

      Delete
    3. hahahaa..bila twis dari pandangan aku plak, org sokong yang ni..tgok kat entri ko, orng sokong ko..trololo..kelakar plak jadinye...wei, ko jgn amik hati ek..

      Delete
    4. eh xde hal wei..memang selalu pun aku tengok org yg sentap bila kena tegur, pastu twist point kemudian salahkan orang yg tegur..tu apa yang aku faham dalam entry ko la..

      tapi dalam entry aku lain pulak..aku tulis camtu biar org takleh twist balik point tu kat org yg tegur..sentap ke tidak kalau kena tegur tu lantak diorang la kan..hahaha

      Delete
    5. "sentap ke tidak kalau kena tegur tu lantak diorang la kan"

      eh yg tu silap2..aku biasanya taknak kalau org yg aku tegur tu sentap..-_-"

      Delete
    6. Dah tutup kes ek? So takyah la aku komen lagi kan? :D

      Delete
  12. jangan ikut kate kati, ikut lah kate iman..lain lah kalau hati itu dh sebati dengan keimanan yg mantap trhadap Allah..maka, baiklah seluruh anggota badan yang lain..huhu

    ReplyDelete
  13. mungkin cara penulisan kut, org kita nih kalau nak ditegur kalau boley nak ayat yg sedap2 je mata ngn telinga mendengar, betul tak..kalau lain jek sket, paham2 jerlah..

    ReplyDelete
  14. biasalah manusia...kalau x bangkang mana ada bestnya!

    ReplyDelete
  15. alaa,,, biasa la tu,, tambah2 orang melayu,, pantang kena tegur sikit, termasuk la nurmujahidah,, haha,,, lastly,, tngok macam mana nak control la pulak,, :D

    ReplyDelete
  16. haritu sokong H, skrg nak sokong bundle lak. hahaha..

    tapi pointnya memang 'tak boleh ditegur'.

    ReplyDelete
  17. hmm, kat entri H, sy x komen, sy hnya komen kosong shj.. hoho..*mood komen kat sna hilang jap lantaran line slow aritu*

    bg sy, bab2 tegur ni, tegur dari perbuatan dh memadai la.. dan tunjukkan yg kta x suka kemungkaran yg org tu lakukan.. nak cakap mcm tu, mgkn bleh..nak sentap2 tu, mgkn bleh, tapi tuk org2 terdekat/ rapat je.. yg pntg, kta tgk dlu la ngn sape kta bcakap/ tegur tu..

    ReplyDelete
  18. Err, aku taktau nak comment apa :|

    ReplyDelete
  19. Orang tego tu sebab sayang sbb nak suruh berubah kearah kebaikan
    Motip sangat kata orang menghukum. Tak paham konsep tego dan menghukum kekdahnyaa.
    Kalau dah diri sendiri terasa dan sentap lagi nak salahkan orang lain.
    Cer bayangkan takde orang tego? Maksudnya tade sape peduli la tu. Kau hidup ke mati ke tade sape peduli.
    Pakai konsep mak ayah dan anak jela
    If mak ayah tak tego agak2 diri tu ase disayangi ke idok? Agak2 bila tego tu tanda dorang menghukum la eh? Sah2 dorang tego sbb sayang dan nak suruh kita berubah kearah lebih baik.
    Cer apply sket konsep tego kerana sayang bukannya tego kerana memandai hukum. Anggap camtu kan mudah.
    Haaa kan aku dah bagi lecture kat sini kehkeh

    Malas login

    ReplyDelete
  20. hm... Ada tu yang selepas ditegur marah bagai nak rak. Lepas tu menangis tak ketahuan. Till then, memang tak lah aku nak campur urusan orang macam tu kan. Banyak lagi benda lain yang boleh difikirkan untuk dilakukan...kot.

    ReplyDelete
  21. macam aku penah komen kt entry chuu dulu.. nak tego tengok gaye org dulu.. maksudnya die punye stai.. baru kite tego dgn care yg boleh menyedarkan.. dgn harapan die sedarlah kan.. kalu dua sentap.. apa leh wat.. yg penting tggjawap sesama umat islam kite dah tunaikan..

    soal hukum agama ni.. nak taknak kena tego.. walaupun kite penah buat salah/dosa atau masih buat salah/dosa.. dgn menego sekurang2nya mengingatkan dia dn jugak diri sendiri.. my opinion la ye..

    dosa tetap dosa.. cth : xtutup aurat mmg dosa.. itu bukan menghukum.. itu hakikat!.

    pasal taubat.. ya.. itu hanya ALLAH SWT yang maha mengetahui.. ALHAMDULILLAH.. andai dosa2 kita diampunkan.. semoga begitulah hendaknya.. amin..

    ReplyDelete
  22. beb aq nak bgtau, aq bkn nak buruk kn saudara sendiri,, tp ni membuatkn aq cerita sal keburukkan keluarga sendiri..

    ada hari tu aq pos kat "fb" tp mungkin ada yang suka ada yang x... tp bg aq apa yang post d fb tu xdak pun yang boleh buat org sakit hati... xsuka sila remove aq jd friend korang... bukan susa kn.. xperlu nak judge org @ trus menghukum..

    ok aq pendeek kan cerita sal saudara aq tu.. dia senang lena je nak mengata org.. bukan org je.. adik bradik dia anak saudara dia sendri pon dia kata... ok tu kitorang ble terima sebab saudara kn... xpe.. tp serius kadang aq sakit aty ngn dia jgk ... .. ok kisah sangat, tp yg betul2 buat aq sakit aty dan malu, boleh2 plak dia kata kwn aq tu pnghuni neraka, aq tau la kwn aq tu non muslim, tp xelok kot dia ckp gtu.. nak xnak aq delete post tu...

    masa dia ckp gtu dia xsedar diri ke??? aq fikir jap.. knp perlu nilai org mcm tu sekali,, diri sendri xtengok ke?? bini xtutup aurat knp xckp mcm tu kat dia.. huhhh btul2 bikin sebel...

    ehhh nak tulis lg... tp xpala... cukup la ni

    ReplyDelete
  23. sentap dan santap itu berbeza. hakhak.


    ramai dah komen. aku pun dah komen...dalam hati je. cekgu pasni aku akan slow sikit. harap kau tak lupakan aku ek. selamat hari lahir ya...semoga berbahagia disamping cik puan wani dan baby dalam perut tu.

    ReplyDelete
  24. Hmmm... aku baca link ke H, dan aku baca sini, dengna komen2 semua aku baca. At first aku macam nak reserve jer comment aku, yer la saper la aku nak sumbang sekomen dalam isu macam ni, walaupun sebenarnya aku antara orang yg selalu sangat kena tegur hahaha. So Kat link tu aku payah nak nampak garisan yang dipersoalkan, mmg tak nampak pun sbb pada aku, hukum is hukum, salah tetap salah.

    Jadi, dari pengalaman aku, tengok jugak saper yg menegur tu, (mmg la org cakap jangan pandang pada yg menegur, pandang pada point.. wateva).. and cara menegur. Contoh: aku puasa, pastu ada la yg menegur cakap tak guna la kau puasa berlapar sia2 kalau tak sempurna solat bla bla. Haaaa itu orang yg mmg buat aku nak ambik pinggan toreh muka dia. Mmg tak salah teguran dia, ada benarnya jugak... tapi aku harap orang bagi galakan, bukan matikan semangat. Kan elok kalau dia cakap, Alhamdulillah tabah berlapar puasa, solat tu kalau dijaga tak sesusah puasa, lagi berganda berkat nya or something like that. Kalau aku langsung tak puasa dah pastu canner? Aku kadang2 terfikir apa hukum orang yg matikan semangat orang lain untuk berubah atau berbuat baik. Hohoho

    Haaa dah jadi satu entry k bye.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...