Wednesday, October 17, 2012

Tips : mengelakkan kata-kata makan diri..

assalammualaikum wbt..

Teringat ketika aku berumur 12 tahun iaitu sewaktu darjah 6, aku mempunyai ramai rakan-rakan sebaya yang nakal(termasuk aku pon nakal jugak)..member aku merangkap ketua kelas, bernama Ujang..dia ni bijak, nakal, aktif sukan, dan boleh la dianggap memiliki pakej cemerlang nak jadi ketua..bukan sekadar budak nerd..

Dalam kelas, Ujang ni terer maths..dengan dia jugak la tempat aku nak tiru soalan-soalan yang aku tak leh jawab..baik kan dia..hahaha..tapi apa yang buat aku kagum dengan Ujang ni..masa tu pon dia dah jadi seorang pemain snooker yang 'cun'..serius beb..dia jugak la yang memperkenalkan aku dengan kedai-kedai kuda dan snooker ni..haha.. 

amaran keras : berjudi haram disisi agama

Kalau sekarang judi dah update ikut peredaran masa..mesin yang besar gedabak dulu dah digantikan dengan desktop je..kalau yang advan sikit kita boleh online je kat rumah guna transasi akaun je..dulu kat pusat snooker ni jela tempat judi lumba kuda..baru aku tau rupanya Ujang banyak buat latihan kira-kira kat sini..kelas tambahan katanya..patutlah terer maths..hahaha..

Apa yang aku nak cerita ni sebenarnya mengenai pengaruh kawan, dan "kata makan diri"..macam yang aku tulis atas ni dah menunjukkan aku terjebak join geng-geng nakal sewaktu muda sangat lagi..yang lagi best Ujang ni dah jadi seorang perokok masa tu..aku belum lagi..kira tak nakal lagi la kan..hahaha..

Aku ingat lagi dengan poyonya aku cakap kat Ujang "sampai bila-bila pon aku takkan hisap rokok la Jang" dengan asap rokok pon aku lemas, apatah nak hisap..kena belasah dengan mak aku nanti kalau dia tau..haha..Setahun berlalu aku terus berkawan dengan Ujang sehingga masuk ke sekolah menengah yang sama..kiranya belum sampai setahun la dari aku cakap tu, tak pasal-pasal aku pon  dah start merokok..kehkehkeh..yep,form 1 aku dah start belajar hisap rokok..masih belum terlambat kan..kahkahkah..

See..dulu kononnya takkan sesekali merokok..last last habuk..ni la akibat aku kondem Ujang..dulu memang la aku tak perasan hal ni..bila aku refersh balik pengalaman aku, betul cakap orang tua-tua jangan suka mengata ibarat peribahasa 'kata dulang paku serpih, mengata orang, kan aku pulak yang dah lebih'..hahaha...
Bukan soal rokok je..tu contoh benda kecik je beb..banyak lagi benda yang lebih kurang gitu gak ceritanya tapi lagi berat..aku cakap tak nak buat, last aku buat..tapi untuk kes aku ni, rasanya kurang tepat la peribahasa tu walaupon maksud macam lebih kurang..yela..jenis aku bukan mengata tapi bangkang terus perbuatan tu depan diorang..

Jadi peribahasa "kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih" tu bagi kes aku better digantikan 'mengata' tu dengan kutuk or watever yang lebih sesuai ye dak..haha..mengata orang ni macam mengumpat belakang pulak..tak sesuai langsung dengan jiwa aku..hahaha..bangkang atau kutuk depan-depan takpa la.. 

Pada korang yang rasa pernah alami pengalaman macam aku gak..normal kot..tapi kompom masa korang cakap tu korang tak sedar pon hal ni..kalau dah terbuat apa yang kononnya tak nak buat tu,sure korang takda perasaan bersalah lagi masa tu..sampai satu masa macam aku sekarang ni, korang akhirnya akan tersenyum sumbing je sendiri..padan muka..hahaha...

Tapi sekarang aku dah jumpa jalan penyelesaian untuk mengelakkan 'sumpahan keris makan tuan' ni..senang je beb..korang terbalikkan je ayat yang taknak tu jadikan nak..contoh dulu, aku cakap aku tak nak merokok, tapi tak lama lepas tu aku dah merokok..So bila terbalikkan ayat tu bila kawan-kawan pelawa..jangan cakap taknak lagi..

Contoh....


Ujang : "nah rokok, aku belanja"..

Bundle : "Terima kasih Jang, gua simpan dulu rokok ni..Tahun depan gua start hisap.. janji"..

  • Tipikalnya..kita mudah mungkir janji kan..99% aku yakin janji tu dimungkiri..lagipon takkan nak hisap lagi rokok yang dah setahun simpan..dah lemau..kehkehkeh..
  • bila sumpahan keris makan tuan tu berlaku..korang tak sedar pon sebab takda apa yang berubah..

setahun kemudian...

"konon janji nak hisap rokok, tapi sampai kesudah tak hisap-hisap jugak"..marah ujang..kehkehkeh...


Bila jadi keadaan macam ni baru korang nampak apa yang korang cakap 'nak' tu tak pon jadi....

Tapi keadaan macam atas ni tak mungkin la jadi kan..hahahaa..at least kemudian hari korang tak la malu akibat perbuatan dari cakap tak serupa bikin..tak hisap rokok nak malu apa..untung la...hahaha...boleh jugak sesuaikan dalam apa-apa situasi..pandai-pandai sendiri..kehkehkeh...



p/s : ni formula rekaan aku semata-mata..sila la cuba dan lihat hasilnya..aku belum cuba lagi..kehekeh..

p/s update : aku taknak berhenti merokok!!..hihi..(dengan harapan kata makan diri)



31 comments:

  1. Replies
    1. aku start hisap rokok masa aku form 4..dah terlambat ke? isk3..

      ok lepas ni aku taknak bahan sida-sida lagi..aku nak beradab jer dengan dia..aaa..tapi aku tak janji la..

      Cc: sida-sida..

      Delete
    2. Aku dah umur 2* dah tapi tak start hisap rokok lagi, dah terlambat sangat ke? Isk!

      Grrr, jangan cakap taknak...
      cc:Ah hech

      Delete
    3. belum terlambat lagi tu..muhun kakdah cepat2 belajar hisap rokok..better late than never.. :|

      Delete
    4. 'taknak bahan sida-sida lagi..aku nak beradab jer dengan dia'= sentiasa bahan + tak beradab..kahakahkah..

      #ko smoke gak H? bak kok tang..

      Delete
  2. adess,, rokok??? bakar duit semata,,, betul,.. sob4

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm..bakar duit ek..bleh la terima pasal bukan say no..cuma nasihat..mana la tau kan kot terjadi macam aku dulu lak muja..kehkehkeh..

      Delete
  3. mmg terserlah kerekaannya tuh...hehhehhe. tapi mmg sikap manusialah mmg cenggitu kan. apa nak buat.masa depan bukan leh nampak pon, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rekaan mmg sah rekaan..hahaha..walaupon masa depan tak nampak..tapi yang sudah2 teori aku ni betul apa..sedar dengan tak sedar je la..hahaha..so bleh cuba tips ni..hehe..

      Delete
  4. Eh, kreatif cadangan ni Bundle. Elok jugak kalo kita berjanji nak buat sesuatu yg kita tak suka kan? Daripada dok cakap besar yang takkan buat pastu termalu sendiri kalo termakan diri. Aku dulu penah cakap mcm ni, "Aku takkan beli keta kenari [sebab rupa dia buruk kan, semua org tau]. Even kalo org bagi aku free pun aku tanak amik". Perghh. Pastu masa aku dah start keja, abg aku nak jual kenari dia dgn harga yang murah. So, aku pun 'terbeli' jgk kenari dan sampai ke tua aku still pakai kenari. Kehkeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tu pasal aku bagi formula ni..psyko diri sendri..kehekeh..
      in b4 ni aku penah jugak kutuk kawan2 aku yang pakai skuter..aku cakap ni motor OKU pasal takde gear n clutch..last2 aku pakai skuter gak..hahahha..

      Delete
  5. Aku Xpernah Hisp Rokok Walaupon Aku Bergaul ngn Budk2 Yang Nakal..Hehehe
    Nak Pegang Pon Rase Takot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rokok tu contoh kecik je jep..yang lain2 penah kantoi dak?hahaha..

      Delete
  6. aishh kalau nk ckp ayat termkn diri ni mmg bnayk sgt daah yg termakan hjahah tu yg besar sampai skrng kekeke tp btul gak formula yg awk bg tu..kena try kot2 xde laa termakan diri termalu sendri ek? ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..cuba la na..sesuaikan la ikut situasi yang ko suka..haha..

      Delete
  7. ni macam reverse psychology dah ni. hehehe.. merokok baik untuk kesihatan. boleh? haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa..perkataan reverse psychology ni la aku terlupa tadi..jenuh pikir natang apa perkataan tu..hahaa..

      Delete
  8. Masa kecik-kecik dulu selalu je isap rokok daun Arwah Atok. Sampai tersedak-sedak sedut asap. Lepas Arwah meninggal, dah tak de lagi nak nyedut asap tu dah. Tak sampai hati nak merokok dah. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa..rokok daun takpe lagi..takde racun..apa pon tetap tak baik untuk kesihatan kan..rugi je..haha..

      Delete
  9. aku rasa tak nak komen di sini...

    ReplyDelete
  10. Yup Pakcik! Benda ni normal kut. Peribahasa tu kita salu pk utk benda yg berat2 je. Walhal kita akan selalu terkena utk benda yg kecik2 & kdg kita tak pasan pun. Utk benda yg berat2 aku salu gak beringat bila tetiba rasa nak mengata org. Hihi. Bila nak start terkata je, aku mesti pk em tak berani la nak ckp, kut2 satu hari nanti aku lak yg terbuat.

    Utk bnd kekecik lak, aku salu gak control ayat yg aku ckp tu. Cth dlm kes kau ni maybe aku akan cuma ckp Sory la Jang, aku tak merokok. Takde r nak kondem habis2an kan? Hahaha! Tp bila baca tips kau ni, aku rasa leh gak cuba diaplikasikan. Mmg teori rekaan, tp kalau dikaji ngan lebih mendalam, & kena pd tmp & perkaranya, aku rasa ada gak kesan positifnya. Hahaha! Kemaen komen aku :P

    ReplyDelete
  11. langsung tak sedap..aku dah beli pon..haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...